Tuesday, January 26, 2010

MORTAR MELAYU




Peca de Malacca' di Muzium Militari Lisbon, Portugal.

Mortar Raksasa Yang Digunakan Oleh Angkatan Tentera Kesultanan MELAYU Tua mempertahankan Kota Melaka dari serangan Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque pada 1511. 

Selain daripada mengunakan Rentaka, meriam Lela, Istinggar dan pelbagai jenis senjata lain mengikut catatan pihak Portugis sendiri. Angkatan Tentera Kesultanan MELAYU Melaka yang diketuai oleh Sultan Mahmud Shah juga turut menggunakan satu lagi jenis senjata iaitu sistem mortar seperti gambar di bawah yang dipercayai adalah mortar raksasa yang berdiameter 1.5 meter, berat 55 tan dan panjang 4.45 meter. Mortar yang dirampas penjajah Portugis dari Kota Melaka sehingga kini maSih dipamerkan di Lisbon Military Museum yang terletak di Bandar Lisbon, Portugal.

Ingat!!! Melaka hanya tumbang apabila berlaku pengkhianatan dalaman dan apabila dikatakan ketuanya sendiri membenarkan penjarahan hak kerana dikaburi nafsu dan kepentingan diri. Pihak penjajah portugis ketika menawan melaka telah merampas beribu meriam dan istinggar.

Bayangkan betapa hebatnya kesultanan melaka dahulu bukan saja menjadi pelabuhan tumpuan seluruh dunia malah mempunyai senjata api yang banyak dan canggih mengatasi empayar luar. 

Tulisan yang terdapat pada mortar tersebut bermaksud, "Khadam Ahli Baiti Rasulillah Abul Qazi Nizham Shah”.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment