Tuesday, January 26, 2010

MERIAM TEMBAGA SINGORA DI CHELSEA LONDON (1623)

Terdapat padanya ukiran tulisan Jawi Arab yang terdiri daripada beberapa bait syair,seruan ke atas nama Allah serta nama Sultan Sulaiman dan tarikh padanya.

Tafsiran tulisan yang terdapat di meriam ini, 

 علامة صاحبه السلطان سليمان شاه، ملك المظفّر اسم لقابه، ثلاث وستون والف، في سنة الاليف، واربع يوم من شهر ذوالقعده في يوم الاثنين

Alamat (tanda) yg ampunya nya assultan Sulaiman Shah, Malik Al-muzaffar nama gelarnya, Pada tahun hijrah 3 dan 60 dan 1000 (yakni 1063 h), pada tahun alif dan 4 hari daripada bulan zul kaedah pada hari isnin

 يا من غفور وغفّار يا من شكور وستّار 
واحشرنا مع الابرار سبحان ALLAH SWT ALLAH SWT اكبر 

Tafsiran, 

Wahai Tuhan yang maha pengampun dan lagi amat mengampuni Wahai Tuhan yg sangat menerima syukur dan amat menutupi Himpunlah kami serta orang-orang yg benar Subhanallah, Allahu Akbar

 ايڠة٢ اڠكو هي انق داݢڠ كتانه جوكڽ كيتاكن فولڠ 
تنتوت الهم عازي برفارڠ جنج توهن كجنه داتڠ

Tafsiran, 

Ingat-ingat engkau hai anak dagang Ke tanah juganya kita akan pulang Tuntut olehmu kemuliaan berparang (berperang) Janji Tuhan ke jannah datang

مريم دفربواة اداله سدة مڠوچڤ شكور كحضرة ALLAH SWT جديكن تند منڠكلكن منّه اكن ممبونه كافر عليه اللعنه

Tafsiran, 

Meriam diperbuat adalah sudah Mengucap syukur ke hadrat Allah. Jadikan tanda menanggalkan minnah (nikmat atau kurniaan) Akan membunuh kafir alaihil laknah. Wallahua'lam

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment