Orang MELAYU dulu-dulu pantang tandas dibina di dalam rumah. Nenek moyang kita dulu Kebersihan dan syariat Islam sangat dijaga. Dalam Islam kita semua tahu Tandas itu bukan tempat yang elok, Kerana tandas adalah tempat kegemaran dan tempat tinggal Jin dan Syaitan.
Kalau saya perhatikan kebanyakan tandas pada zaman kini banyak yang dibina di dalam bilik, bila keluar pintu tandas terus nampak katil Lepastu pintu pulak dibiar terbuka, syaitan dan jin pun suka boleh masuk terus ke bilik tidur kita mana taknya suami isteri zaman sekarang ramai yang suka bertengkar dalam bilik tidur sendiri.
Orang tua tua kita dahulu sedar perkara-perkara yang kita terlepas pandang dan pandang remeh, Keluarga dulu walau hidup di ceruk hutan, duduk di pedalaman tetap bahagia dan hidup aman. Asal maghrib semua masuk rumah, Tutup pintu, tutup tingkap ataujendela, angkat kain. Kerana mereka tahu waktu syaitan berkeliaran, Bukan macam zaman sekarang kita tahu tapi bila maghrib semacam je duk luar lagi, dengan pintu terbukak, tingkap tak tutup.
Orang dulu banyak pantang larangan dan kiasan bersebab, salah 1 nya untuk mendidik akhlak dan adab kita, contoh jangan duduk atas bantal nanti punggung berbisul, Sedangkan tak ada kena mengena pun dengan bisul , Tapi sebenarnya diorang nak ajar kita tentang adab, sebab bantal itu digunakan meletak kepala ketika tidur.
Berbalik berkenan tandas ataubilik air, kita kena selalu jaga Kebersihan sebab bilik air atautandas yang kotor adalah salah 1 punca tersekatnya rezeki kita, Syaitan dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMISMALAS. SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita.
So bermulai hari ni jagalah Kebersihan tandas dan bilik air, pastikan pintu selalu tertutup ketika guna dan selepas guna, jaga adab-adab ketika mandi atau buang air besar, pastikan tiada percikan air kencing pada lantai dan dinding, amalkan selalu doa masuk dan keluar tandas. Biasakan menutup kepala ketika masuk tandas dan biasakan melangkah masuk dengan kaki kiri dahulu. Biasakan tidak bercakap atau bernyanyi. Ketika buang air besar dan kecil jangan menghadap kiblat. Keluar tandas dengan kaki kanan dahulu dan baca doa.
Banyak lagi pesanan dan adab berkenaan dengan bilik air dan tandas yang nabi pesan dan ajarkan. Korang pandai-pandai lah cari tanya ustaz atau suami. Jangan pandang remeh semua perkara ni. Ingat rumah tangga yang selalu bertengkar itu selalunya berpunca dari tandas ataubilik air. So jagalah Kebersihan Rajin2 lah tutup pintu tandas atau bilik air lepas guna.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment