Kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria dan bangsa di Kepulauan Melayu sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji barat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.
Sebenarnya terdapat banyak persamaan diantara bangsa kita atau Kepulauan Melayu dengan Sumerian ini, seperti dalam sudut bahasa, keagamaan (theologi), kebudayaan dan juga mitos-mitos kewujudan. Ada sesetengah pengkaji yang menolak persamaan ini dan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata. Namun adakah suatu kebetulan boleh muncul dengan banyak sekali? Sudah tentunya tidak! Oleh itu mari kita bersama-sama menelusuri zaman purba untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.
Seperti yang dikaji ahli sejarah, diperkirakan bahawa zaman gangsa dimulai sekitar 5000-6000 tahun yang lalu sekaligus menjadi salah satu tonggak sejarah terpenting dalam bidang pembuatan logam. Gangsa dipebuat dari peleburan yang kompleks dari tembaga dan timah dan masih dikeluarkan hingga sekarang. Di kawasan Mediteranian, logam timah adalah sangat kurang, ini berbeza dengan Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai sumber timah terbesar di dunia baik dari zaman kuno hingga sekarang. Oleh sebab itulah perdagangan diantara kawasan Kepulauan Melayu dan Asia Barat sangat penting pada zaman purba. Tetapi pada saat itu timah bukanlah satu-satunya yang dibawa oleh orang Asia dan Kepulauan Melayu ke dunia sebelah barat kerana para arkeologi telah menemukan cengkih di dalam bejana kapal di Syria dengan bukti tahun setidaknya 1721 SM. Bangsa Pheonicia ternyata telah membawa cengkih di awal kelahiran aksaranya, bahkan lebih awal lagi, kira-kira tahun 3000 SM, Mesopotamia telah menggunakan tumbuhan Kepulauan Melayu itu untuk daging yang sudah tidak segar lagi, sekaligus untuk pengubatan.
Kerana zaman keemasan perdagangan cengkih antara Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari berbagai bangsa seperti India, Arab, Eropah, adalah berterusan beberapa ribu tahun kemudian, maka cengkih tentunya digunakan sendiri oleh orang Sumer dan Pheonicia. Hubungan dagang yang sudah terjalin sejak awal peradaban ini menandakan mereka berkomunikasi dengan bahasa yang sama atau setidaknya satu bahasa lingua franca yang difahami bersama. Orang Sumeria sering menyebut orang orang laut dan pedagang tersebut sebagai bangsa Magan dan Meluhha/ Melukha (Mungkin Maluku atau Malayu/Malaka?).
Hubungan ini wajar jika dilihat dari yang tertulis di dalam dialog Kritias. Plato menulis bahawa di awal kehidupan, ada dua komuniti yang berbeza yang dibaratkan sebagai ‘gembala’ dan ‘pelaut’. Kanaan (Pheonicia) dan Sumeria adalah bangsa pelaut berorientasikan hilir sekaligus merupakan pembina kota-kota pelabuhan pertama di Timur Jauh yang tentunya mempunyai tradisi yang sama dengan pelaut-pelaut ulung Kepulauan Melayu.
Sumeria merupakan peradaban tertua di dunia termasuk yang pertama menyumbangkan ilmu-ilmu peradaban seperti penulisan, irigasi, undang-undang, agama, ilmu-ilmu sains (aritmatik, geometri, kalender, senibina) dan sebagainya. Kota-kota Sumeria adalah yang pertama mempunyai sistem pertanian yang sistematik sejak 5300 SM dan perkembangan sistem penulisannya sudah dimulai sejak 3500 SM. Karya-karya Sumer adalah yang tertua di dunia dan tetap terpelihara hingga era Babilon, lalu berkembang hingga ke Timur Tengah dan Mediteranian dan memberi sumbangan khususnya kepada tamadun Yunani dan Yahudi. Misalnya dua dari empat sungai taman Eden dalam kitab mereka bernama Tigris dan Euphrates.
Selain itu, seperti yang telah saya sebut berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba. Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang panggil sebagai Dilmun, Magan dan Melluha. Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah, adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia. Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon), perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.
Di dalam bahasa itu juga, kata 'burakan' yang bermaksud ‘gelombang', 'berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria ‘Buranun' (Beralun dlm bahasa Melayu) dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat. Selain itu perkataan GU dalam bahasa Sumerian ada persaman dengan perkataan KU atau AKU dalam bahasa Melayu kerana maknanya adalah sama iaitu saya manakala perkataan KAMI dalam bahasa Sumeria adalah ME.
Selain itu bahasa Sumeria tidak sama dengan rumpun Indo-Eropah atau Afro-Asiatik (Mesir, Berber, Semit, dsb) yang terdapat di sekelilingnya, seolah-olah ia bahasa asing yang terpulau. Meskipun sudah lama pupus, Paul Kekai Manansala, menjumpai banyak kata-kata Sumer di dalam rumpun Austrik (Asia Tenggara, Asia Selatan, Oceania termasuk bahasa Melayu). Apatah lagi di samping cengkih, Sumer juga menggunakan kerbau Asia, berkemungkinan kerbau ini berasal dari jenis Asia Tenggara (kerbau bubalus bubalis carabanesis), seperti yang terlihat pada sigil Sumerian abad ke-3 SM.
Mungkin ada diantara anda yang terlepas pandang klu-klu yang terdapat di seluruh Kepulauan Melayu. Seperti juga ahli-ahli Freemason, orang orang Kepulauan Melayu terutama Melayu-Polenesia gemar menyorok klu tentang rahsia bangsa mereka dalam senibina rumah atau bangunan yang dibina mereka. Anda tidak percaya? Sebagai contoh rumah adat Toraja satu arkitektur tradisional dikenali sebagai Tongkonan. Materialnya adalah terbuat daripada kayu uru, kayu lokal yang sekuat kayu jati. Arahnya selalu menghadap ke utara. Atapnya berbentuk melengkung seperti Minangkabau. Meskipun orang Toraja ini tinggal di kawasan pegunungan, namun atap melengkung indah tersebut ternyata berkait rapat dengan lautan atau perairan. Bentuk rumah dengan atap lengkung itu menggambarkan sebuah perahu atau kapal. Model atap tersebut menggambarkan perahu yang digunakan Puang Buralangi pada masa berlayar ke Toraja, ribuan tahun silam. Dalam mitologi Toraja, Puang Buralangi adalah manusia pertama yang diciptakan Tuhan.
Buralangi diciptakan Tuhan di bahagian utara langit dan kemudian diturunkan di daerah yang disebut Pongko sebelum pergi ke Toraja dan beranak-pinak di sana. Pongko itu berada di daerah utara. Itu sebabnya, tongkonan selalu menghadap ke utara. Tidak ada kepastian di mana Pongko itu berada. Ada yang berpendapat ianya China, Wallahhua’lam. Kisah penciptaan Buralangi juga berkait tentang banjir besar yang meneggelamkan daerahnya. Kerana keadaan ini juga Puang Buralangi menggunakan perahu untuk ke Tanah Toraja. Perahu ini kemudiannya diabadikan dalam bentuk atap rumah.
Terdapatnya versi lain tentang mitologi banjir di Toraja, yang diungkap oleh Stephen Oppenheimer mengenai teori yang ditulis dalam bukunya, Eden in the East: Benua yang Tenggelam di Asia Tenggara. Buku ini sangat menarik untuk dibincangkan. Ianya agak sensasi tapi amat memikat hati kita kerana bersangkut-paut dengan masa lalu sejarah kita yang misterius ini. "Karakter khas mitologi di kawasan Kepulauan Melayu dan Asia Tenggara adalah banyaknya cerita banjir," kata Oppenheimer dari Universiti Oxford, London. Kata-kata ini sangat penting kerana ianya adalah klu yang terawal dan terpenting yang harus kita baca dan faham jika kita mahu merungkai sejarah purba bangsa Kepulauan Melayu. Kisah banjir ini yang menjadi dasar teori Oppenheimer bahwa banyak peradaban tertua di dunia berasal dari kawasan Kepulauan Melayu, terutama dari wilayah Pentas Sunda, yang sekarang sudah tenggelam menjadi Laut Sunda dan Laut Cina Selatan. Bukti lain yang digunakan Oppenheimer adalah pemetaan genetik.
Pentas Sunda adalah wilayah dataran luas yang berada di wilayah Indonesia dan Malaysia sekarang. Sebelum dipisahkan oleh laut kerana Zaman Ais berakhir sekitar 6,000 tahun sebelum Masihi, Sumatera, Jawa, dan Borneo masih menyatu dengan Asia. Daratan ini juga menghubungkan Kalimantan dengan wilayah selatan Cina. Oppenheimer percaya, pada masa Pentas Sunda itu belum tenggelam, penduduknya sudah memiliki kemampuan teknologi bertani, mencari ikan, atau membuat tembikar. Kemampuan pertanian ini boleh dikatakan paling tua di dunia. "Belum ada masyarakat lain (di dunia masa itu) yang boleh melakukannya," kata Oppenheimer.
Apabila Pentas Sunda dibanjiri air secara mendadak, penduduknya mula berpindah. Mereka membawa bersama teknologi pertanian dan sebagainya ke seluruh dunia. Di barat, pengaruh para imigran dari wilayah kita dan sekitarnya sampai Eropah, sedangkan di timur mereka sampai ke Benua Amerika dengan melalui Selat Bering, yang ribuan tahun lalu masih boleh dilalui dengan berjalan kaki, tidak perlu menggunakan perahu. Menurut Oppenheimer, oleh sebab itulah peradaban Sumeria, 5,000 tahun SM, juga dipengaruhi oleh peradaban orang orang bertutur bahasa Kepulauan Melayu (dalam keluarga bahasa yang mencakup bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu). Selama ini ahli sejarah menyatakan di Sumeria sistem undang-undang sudah dikembangkan, teknik ketenteraan sudah cukup maju sehingga terjadinya perang diantara kota-kota. Roda, adalah salah satu penemuan kemajuan paling berpengaruh di dunia, juga sudah diciptakan pada masa ini. Dan terutama sekali huruf telah pun digunakan, iaitu dalam bentuk huruf paku atau cuneiform.
Namun apa yang lebih memeranjatkan, Oppenheimer melihat beberapa penemuan dari Sumeria menunjukkan adanya persamaan dengan kebudayaan atau teknologi masyarakat Kepuluan Melayu. Persamaan benda-benda Neolitik yang muncul di Kepulauan Melayu dan Mesopotamia sekitar 7,500 tahun lalu juga menjadi salah satu bukti. Tembikar yang ditemukan di Ur, yakni salah satu kota tua Sumeria, menunjukkan beberapa persamaan dengan tembikar kelompok masyarakat Kepulauan Melayu seperti penggunaan cat warna merah. Begitu juga, dengan penemuan patung-patung dengan cacah (tatto) yang mirip dengan cacah kita. Seni membuat cacah adalah ciri-ciri khas Kepulauan Melayu. Tidak hanya teknologi yang disebarkan para penduduk Kepulauan Melayu ribuan tahun silam ke berbagai penjuru dunia, tetapi juga mitologi kisah banjir. Sebagai contoh Epik Gilgamesh, iaitu kisah banjir besar Sumeria yang memiliki persamaan dengan banjir Nuh, menurut Oppenheimer, bertitik-bertolak dari kisah tenggelamnya Dataran Sunda di wilayah Kepulauan Melayu dahulu kala.
Sejak dua abad yang lalu, cerita banjir Nabi Nuh as adalah satu-satunya legenda tentang banjir besar yang dikenali dunia mutakhir. Munculnya mitologi banjir besar, yang sebahagian kisahnya sangat mirip kisah Nabi Nuh as, dalam dunia moden apabila tablet-tablet tulisan huruf paku, semacam buku dari kerajaan Sumeria, ditemukan di Irak oleh Hormuzd Rassam pada 1853. Tablet-tablet itu pertama kali diterjemahkan oleh arkeologis Inggeris, George Smith, pada awal 1870. Tablet itu berisi kisah Gilgamesh, seorang Raja Sumeria. Dalam cerita itu, Gilgamesh bertemu dengan Utnapishtim di negeri timur yang mengaku telah selamat dari banjir besar yang melanda negerinya kerana dia sempat naik perahu besar. Dalam perahu itu, ia membawa semua benih yang boleh ditanam. Setelah beberapa hari, ia melepaskan burung untuk mengetahui apakah sudah nampak ada daratan. Arkeologis Inggeris lain, seperti Sir Leonard Woolley, pada 1929, menyimpulkan bahawa kisah Utnapishtim dan banjir Nuh itu adalah sama. Namun hanya Allah yang lebih mengetahui sama ada kisah itu dan orang itu adalah sama seperti yang dikhabarkan dari Al -Quran.
Tetapi tidak boleh tidak kita juga harus mengikuti perkembangan jumpaan bukti semasa. Dalam pengkajian dan pencarian akan bahtera Nabi Nuh as, saya yakin dunia telah mengiktiraf bahawa bahtera yang dijumpai di puncak gunung Ararat adalah bahtera Nabi Nuh as yang asli. Jikalaupun ia bukan bahtera Baginda, kita juga mendapat kepastian bahawa sememangnya pernah berlaku suatu banjir yang maha besar suatu ketika dahulu, yang dapat menjelaskan mengapa boleh ada kapal purba diatas puncak gunung. Jika benar bahawa bahtera tersebut adalah bahtera Nabi Allah Nuh as maka kita makin dekat dengan rumusan bahawa Nabi Nuh as sebenarnya berasal dari tamadun Pentas Sunda yang telah tenggelam.
Baru-baru ini (2010), gabungan pengkaji arkeologi dan antropologi dari dua negara, iaitu China dan Turki, seramai 15 orang, yang juga merakam film dokumentari tentang tapak kapal Nabi Nuh as itu, telah menemukan bukti baru. Mereka mengumpulkan artifak dan fosil-fosil berupa serpihan kayu kapal dan paku. Hasil kajian makmal Noah’s Ark Ministries International, China-Turki, setelah melakukan ujian material fosil kayu oleh ahli tanaman purba, menunjukan bukti yang amat-amat mengejutkan, yakni fosil kayu kapal Nabi Nuh assebenarnya berasal dari kayu jati yang ada di Pulau Jawa!
Mereka telah meneliti ratusan sample kayu purba dari berbagai negara dan memastikan, bahawa fosil kayu jati yang berasal dari kawasan Jawa Timur dan Jawa Tengah 100 peratus tepat dengan sample fosil kayu kapal Nabi Nuh as. Mereka meyakini 99 peratus, bahwa tapak kapal di Gunung Ararat, Turki adalah merupakan fosil Kapal Nabi Nuh as yang ribuan tahun lalu terdampar di puncak gunung itu, setelah banjir besar menenggelamkan dunia dalam peristiwa mencairnya glisier di kedua-dua kutub. Daripada kajian ini maka jelas kepada kita bahawa misteri dunia dan rahsia Allah swt itu tidak semudah yang kita sangka. Rupa-rupanya ada sebab mengapa Allah swt menempatkan umat Islam teramai di dunia di Kepulauan Melayu. Rupanya tanah bertuah ini adalah tanah para Nabi sebelum kewujudan Bani Israel. Sama ada hipotesis saya ini benar atau tidak hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Namun kisah ini tidak berakhir disitu. Berbalik kepada topik banjir besar, yang lebih memeranjatkan lagi bahawa kisah Utnapishtim atau banjir Nuh ini bukanlah satu-satunya kisah tentang air bah besar. Beberapa kisah yang serupa mulai dikesan di seluruh dunia dan ini memeranjatkan para sejarawan. Ini semua dapat mengukuhkan lagi bukti bahawa Nabi Nuh as mungkin berasal dari Kepulauan Melayu. Di Wales misalnya, sebuah negeri kecil yang pemerintahannya menyatu dengan England ada kisah mengenai tasik Llion yang menyembur dan membanjirkan seluruh daratan kecuali Dwyfan dan Dwyfach. Mereka selamat dengan kapal tanpa tiang dan kembali mendiami Pulau Pridain (Britania). Kapal itu berisi sepasang binatang dari setiap makhluk yang hidup.
Di Tahiti, misalnya, ada kisah banjir setinggi gunung, selama sepuluh hari. Apa yang jelas ia bukan tsunami, yang mungkin sudah dikenali di daerah itu, kerana lamanya sampai 10 hari. Manakala suku Ami, salah satu suku pribumi di Taiwan, memiliki ciri yang sama dengan dongeng di Tibet-Burma dan Austro-Asiatik di India Timur. Kisahnya tentang banjir yang singkat, menyelamatkan diri dengan kotak kayu, mendarat di gunung dan pembiakan orang yang selamat. Tetapi ada sesuatu yang merunsingkan saya, ianya adalah mengenai asal usul-Nabi Nuh as itu sendiri. Seperti yang anda tahu perbincangan ini adalah untuk mencari titik mula perkaitan diantara Orang Sumeria dengan Kepulauan Melayu. Persoalannya disini sama ada benar ataupun tidak Nabi Nuh as itu rumpun Kepulauan Melayu? Jika benar maka misteri persamaan bahasa diantara Sumeria dan Kepulauan Melayu telah terjawab. Mereka adalah daripada induk bangsa yang sama.
Sebenarnya tidak ramai yang tahu bahawa Sumeria mempunyai satu lagenda mengenai kedatangan seorang pendita berbentuk makhluk dua alam dari timur. Makluk ini jika dilihat pada Plate-plate tinggalan mereka, ianya berbentuk seakan-akan reptilia seperti biawak atau ikan serta burung, namun sejak kali pertama saya melihatnya saya percaya ianya adalah NAGA! Menurut riwayat, pendita ini datang dari arah laut di timur dengan berenang dari lautan Hindi. Dalam lagenda mereka juga pendeta ini dikatakan pendatang dari Dilmun atau Eden yakni tanah bertuah ini bertujuan untuk mengajar sesuatu ilmu spritual kepada orang orang Sumer. Dalam legenda Babilon, kedatangan imigran Kepulauan Melayu dirakam dalam kisah tujuh orang pendita yang datang dari laut (Timur) membawa berbagai pengetahuan baru. Kisah seperti ini juga terdapat di Hindukush (pusat peradaban Indus kuno) dan dimuat dalam Buku Kematian Mesir kuno. Seperti yang telah saya paparkan sebelum ini Oppenheimer telah memberikan satu senarai yang panjang mengenai mitos-mitos masyarakat Mesopotamia dan Asia Barat secara umumnya yang dipercayai berasal dari Kepulauan Melayu.
Dalam lagenda ini juga pendatang dari timur ini sering digambarkan sebagai sesuatu yang baik dan positif namun ada juga gambaran yang negatif. Menurut pengkaji, terdapatnya konflik yang wujud diantara dua kelompok pendatang yang singgah di Sumeria ini. Dalam The Book of Enoch, dua kelompok pendatang dari timur ini dikatakan telah berperang sesama mereka. Sebagai contohnya dalam tradisi lagenda masyarakat Yahudi pertelingkahan berlaku kerana faktor perebutan hak perdagangan dan perniagaan yang tidak jujur. Hal ini menunjukkan bahawa pendita dari timur ini juga turut memperkenalkan konsep perdagangan dan perniagaan kepada mereka.
Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan siput cowry dan lingkaran siput yang dikerat sebagai matawang Sumeria awal seperti mana yang digunakan oleh masyarakat Kepulauan Melayu. Apa yang lebih mengejutkan ialah cara ia digunakan juga sama dengan orang orang Kepulauan Melayu iaitu ianya ditebuk lubang dan dijadikan sebagai rantai atau gelang untuk dibawa ketika membeli. Persamaan ini tidak boleh dikatakan sebagai kebetulan kerana bangsa lain di sekitar Mesopotamia tidak mempunyai matawang seperti itu. Sehingga sekarang para pengkaji masih bingung apakah barangan yang didagangkan orang Sumer dengan Dilmun. Namun produk kayu atau balak adalah salah satu komoditi yang dapat dipastikan.
Dalam catatan Yahudi kuno ada menyatakan tentang hubungan perdagangan diantara para pedagang Pheonicia yang membawa kayu dinamakan Almug dari sebuah tempat yang jauh ketimur. Menurut catatan itu lagi perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut mengambil masa selama tiga tahun dengan menaiki kapal. Para pengkaji moden telah cuba mencari jawapan apakah yang dimaksudkan dengan kayu Almug tersebut dan kebanyakan dari mereka mengatakan ia adalah kayu Jati atau Gaharu atau mana-mana jenis kayu wangi yang lain yang berasal dari kawasan tropika. Perdagangan kayu-kayuan ini berkemungkinan besar adalah permulaan kepada munculnya perdagangan rempah ratus dari timur. Apa yang pasti dalam banyak petitih-petitih kuno Asia Barat, Dilmun digambarkan sebagai sebuah tempat yang penuh dengan kayu-kayu wangi dan dinamakan Tanah Wangi Wangian (The Land of Aromatics).
Dari sudut keagamaan pula, dalam masyarakat Polinesia, dewi bulan mereka dinamakan sebagai Ina atau dalam bahasa Samoa Hina dan Hawai sebagai Wahine. Perkataan wanita dan betina juga dikatakan berasal daripada nama ini. Apa yang menarik adalah, dalam masyarakat Sumeria, Inana merupakan nama bagi dewa bulan mereka! Hal ini menunjukkan wujud persamaan yang amat ketara. Tablet yang bertulis nama Inana ini ditemui arkeologis dan dipercayai berumur lebih 10 ribu tahun. Malah bukan itu sahaja, kebanyakan daripada mitos kedewaan dan nama-nama dewa masyarakat Sumeria adalah mempunyai persamaan dengan nama-nama dan kisah dewa dewi orang Polinesia.
Seperti mana orang orang Sumeria yang sangat mahir dalam ilmu cerap bintang, konsep ilmu ini juga adalah sama dikalangan masyarakat Polinesia. Hal ini amat memeranjatkan para pengkaji barat. Ini mengukuhkan lagi teori bahawa orang Kepulauan Melayu termasuk Polinesia adalah pembawa tamadun kuno ke Sumeria. Perhubungan diantara Sumeria dan Kepulauan Melayu ini sudah pasti berlangsung dalam jangka waktu yang amat lama sehinggakan terdapatnya kesan-kesan yang dalam diantara kedua-dua bangsa ini seperti kewujudan patung orang Sumeria di Candi Penataran dan kewujudan persamaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Sumeria.
Selain daripada bukti-bukti, keagamaan dan mitos serta kebudayaan terdapat juga bukti dari segi anthropologi dan genetic. Saintis yang telah membuat kajian mengenai rangka dan tengkorak orang Sumeria dikatakan bahawa mereka mempunyai dahi yang agak luas, tulang hidung yang lebar dan besar serta struktur bibir bawah yang tebal. Ciri-ciri ini dikelasifikasikan mereka berada dalam golongan Astroloid yakni sama seperti tengkorak orang orang Austrik dan Kepulauan Melayu.
Daripada perbincangan yang dibentangkan ini maka ada beberapa perkara pokok yang tidak harus kita terlepas pandang.
1). Yang pertama adalah adanya hubungan dagang diantara masyarakat Kepulauan Melayu dengan Sumeria sejak awal tamadun itu berasas lagi.
2). Yang kedua adalah terdapatnya bukti-bukti yang menyokong bahawa permulaan tamadun selepas banjir berkemungkinan besar bermula di Kepulauan Melayu. Hal ini diperkukuhkan dengan penemuan penggunaan kayu jati dari Jawa dalam pembinaan bahtera Nabi Nuh as.
Apa yang penting bahawa kita perlu yakin bahawa semua ini bukanlah suatu kebetulan kerana terlalu banyak persamaan yang dapat kita berikan diantara bangsa Kepulauan Melayu dengan satu bangsa yang misteri dari Iraq ini yakni Sumeria. Namun adakah semua persoalan tentang Sumeria-Kepulauan Melayu ini akan tertutup dan berakhir disini sahaja? Masih banyak lagi yang perlu dibongkar, terlalu banyak lagi yang harus dikaji, masih terlalu awal untuk kita berpuas hati dengan bukti yang kita ada sekarang. Oleh itu saya sebagai penulis, menyeru para pembaca yang budiman sekalian supaya bersama-sama untuk memecahkan kebuntuan dan misteri ini supaya dapat kita membuka dengan lebih luas lagi pintu Alters Terahsia Bangsa Melayu ini.
No comments:
Post a Comment