Shyama Rao merupakan seorang linguist yang menulis buku-elektronik berjudul “The Anti-Sanskrit Scripture” yang terdapat di perpustakaan maya Ambedkar. Rao telah mengkritik tanggapan akademis bahasa dunia bahawa bahasa Sanskrit adalah induk semua bahasa di Asia Selatan bahkan sampai Eropah Barat, demikian juga aksara Deva Nagari yang diakui berasal dari negeri para dewa tersebut.
Rao menjelaskan banyak kelemahan bahasa Sanskrit dan aksara Deva Nagari. Bahasa Sanskrit yang sejak zaman kuno dipropagandakan oleh bangsa Aryan sebagai bahasa suci dan Bahasa Dewata serta induk bahasa-bahasa di Hindustan, Persia, Inggeris dan Jerman itu, mengandungi kesalahan tatabahasa dan memiliki terlalu banyak karakter atau huruf. Rao membuat daftar perbandingan jumlah karakter bahasa-bahasa primitif, sebagai berikut: China - Ming (40,545), China - Sung (26,194), Cina - Han (9,353), Sumerian (1,200), Sanskrit (509), dan Heroglif Mesir (70) karakter.
Memang kalau kita tengok jauh lebih banyak jumlah karakter Cina atau Sumeria, namun dalam bahasa-bahasa itu setiap karakter mewakili satu makna grammatical suatu kata atau morpheme. Sedangkan dalam bahasa Sanskrit satu aksara Deva Nagari ia hanya melambangkan bunyi, cara bacaan, perubahan bentuk kata dan lain-lain aturan grammatical yang sangat rumit. Ianya agak mirip dengan huruf-huruf Timur-Tengah seperti Hebrew dan Arab tetapi jauh lebih rumit dan susah. Belum lagi tatabahasanya yang tidak konsisten sebagai kelompok bahasa daratan Asia Selatan ke Barat. Bahasa Sanskrit tidak membezakan jenis jantina, tidak mengenal “tenses”, tidak ada konsep “tunggal dan jamak”, serta tidak ada partikel, tetapi banyak sinonim dan homonim yang mirip dengan kelompok bahasa Nusantara. Anehnya kosa-kata bahasa Sanskrit banyak yang mirip bahasa-bahasa Asia Selatan, Asia Barat hingga Eropa Barat.
Pada 1786 pula, Sir William Jones mengumumkan di Calcutta satu fakta yang menggemparkan dunia apabila beliau menyatakan bahawa bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa Eropah telah tumbuh hasil daripada satu sumber yang sama yakni sebuah bahasa yang mungkin tidak lagi wujud atau dalam erti kata yang lain bahasa Sanskrit bukanlah sumber sebenar bahasa-bahasa utama dunia terutama bahasa Eropah. Namun dari penemuan inilah bermulanya trend untuk mengelaskan bahasa-bahasa ini sebagai dalam kelompok Aryan. Ternyata kefahaman ini telah terpesong dan perkataan Aryan itu telah disalahgunakan dan sehingga kini banyak pihak yang sudah terlupa dengan apa yang mula-mula diperkatakan oleh Sir William jones yakni terdapatnya sumber yang telah hilang.
Kesimpulannya, bahasa Sanskrit dan aksara Deva Nagari adalah “rakitan” atau bawaan dari berbagai bahasa. Ia dibentuk dengan mencampurkan kosa-kata dan cara tulisan berbagai bahasa yang ada di Daratan Hindustan ditambah dengan bahasa-bahasa pendatang dengan logat bangsa Aryan. Ini juga dibuktikan bahwa penutur aktif bahasa Sanskrit pada tahun 1921 hanya tinggal sekitar 356 orang di seluruh India, Pakistan dan Bangladesh dan pada bancian tahun 1951 hanya ada 555 orang penutur Sanskrit dari 362 juta penduduk India.
Bahasa Jawa, Sunda, Bali dan Melayu mengandungi sekitar 50% kosa kata Sanskrit. Berkemungkinan besar orang Aryan mencedok sebahagian bahasanya dari Bahasa Nusantara sebagai sebahagian bahasa cabangannya. Kerana secara faktanya, penutur Sanskrit jauh lebih banyak di Nusantara jika dibandingkan di India suatu ketika dahulu. Apatah lagi orang Aryan sendiri sekarang memakai bahasa Hindi untuk bertutur dan bukan Sanskrit. Bukti paling jelas adalah masih belum ditemukan satupun naskah kuno berbahasa Sanskrit dengan aksara Deva Nagari di India sebelum tahun 500 Masehi. Memang benar bahawa Rigveda ditulis dalam Sanskrit namun ahli sejarah tidak menemui langsung salinan terawal kitab tersebut. Yang wujud hanya salinan dari kurun selepas masihi yang masih baru. Trivia bukan? Masakan tempat asal bahasa ini tiada naskah kuno Sanskrit.
Bahasa yang dianggap dan dipropagandakan sebagai bahasa dewa ini, terbukti sebagai bahasa himpunan atau cedokan minoriti “penguasa” wilayah Hindustan. Sayangnya, propaganda Sanskrit sebagai induk bahasa-bahasa dunia sudah terlanjur menjadi darah daging bersamaan dengan kedatangan imperialisme dan kolonialisme sebagai sumber anthropologi. Teori Sanskrit sebagai Induk Bahasa dunia sudah tertanam dalam memori intelektual sejarah, lingusistik dan sosial kita. Bahkan ia telah meracuni beberapa ahli komputer hingga pernah ada pendapat mengatakan “Bahasa Sanskrit paling sesuai untuk program komputer, kerana mewakili banyak bahasa besar di dunia” tanpa dipertimbangkan kerumitan penulisan yang digunakan dan ketidakkonsistenan tatabahasanya.
Seorang agronomist dari Haryana University, Professor Ashok Kumar sekitar tahun 2003/2004 ketika berbincang masalah bahasa, sangat hairan dengan bahasa Melayu atau bahasa Indonesia. Pertamanya dia pelik apabila mendapat tahu bahawa “language” itu bermaksud “bahasa”. Dia hairan, sebab dalam bahasa Hindi dan Bengali, “language” adalah “bhasa”. Dia lebih hairan lagi ketika diberitahu oleh seorang penulis dari Indonesia bahawa dalam bahasa Jawa bunyinya “boso” Dia pelik, dari mana istilah “bhasa, boso dan bahasa” itu berasal. Dia sebagai seorang Hindu tidak langsung menganggap bahawa ianya bahasa Sanskrit, malah menduga ia berasal dari bahasa Arab atau Urdu. Bukankah hal ini menghairankan? Mengapa istilah “bhasa” itu, kalau betul berasal dari Sanskrit, semestinya dalam Parsi, Jerman, Inggris, Latin, Yunani, juga serupa atau paling tidak ada konsonan “bhs”, tetapi ngape boleh jadi “lingua” pulok? Tak ke pelik tu? Kenapa pulak diambil dari bahasa Latin atau Greek dan bukan Sanskrit.
Sebenarnya para pembaca sekalian perkataan “bhasa” yang dianggap berasal dari Indo-European itu juga sebenarnya berasal dari kelompok bahasa Austric. Kita boleh lihat persamaan berikut:
Bahasa - Indon, Malay
Phil: basahin
Kawi: vosa
Fiji: waha
Maori: waha - perkataan, suara dan mulut.
Common Polynesian: vasa “bercakap”
Sesake: vasana - cakap
Api: bosa - bercakap
Ysabel: bacah - bahasa
Proto: Philippine - phaasaa
Jika kita lihat pada perkataan-perkataan yang melambangkan bahasa atau percakapan diatas, adalah jelas menunjukkan sememangnya ada asas jika dikatakan bahawa perkataan bhasa atau bahasa itu adalah berasal dari sumber Austric atau Austronesian. Hal ini kerana kita dapat lihat persamaan perkataan tersebut diantara suku kaum Malayo Polinesian barat yang dikatakan banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit dengan suku kaum Malayo Polinesian dan Austronesian sebelah timur seperti Fiji dan Maori yang langsung tidak ada pengaruh Sanskrit. Jika perkataan bahasa atau bhasa itu betul dari bahasa Sanskrit sudah tentu terdapat perbezaan.
Berbalik kepada Prof Kumar tadi, kehairanan beliau yang kedua adalah tentang jumlah bahasa di Indonesia yang ratusan jenis, tetapi memiliki satu bahasa yakni bahasa Malayu-Indonesia yang dapat diterima oleh hampir semua orang Nusantara, sehinggakan dia pernah bertanya “What language do you speak?” kepada seorang penulis dari Indonesia ketika dia sedang asyik berbincang dengan rakan dari Aceh dan Bali. Apa yang menghairankan juga ialah antara bahasa Jawa, Sunda dan Bali banyak mengandung kosa-kata Kawi, sedangkan hampir 80% kosa kata bahasa Melayu asli mempunya akar kata Kawi, menurut Wojowasito atau Zoed Mulder.
Keadaan ini sangat berbeza dengan negaranya India yang agak besar. Negaranya mempunyai kepelbagaian ekologi dan ekosistem yang hebat. Bermula dari yang bersalji di Himalaya hingga yang bergurun di Deccan dan Punjab. Dari daratan hingga kepulauan Andaman. Maka Prof. Kumar berfikir, seandainya India memiliki bahasa nasional yang boleh diterima oleh seluruh bangsa seperti Bahasa Melayu dan Indonesia, betapa kuat negaranya akan jadi! Tetapi dia hairan juga dengan Indonesia yang tidak maju-maju. “What’s wrong with the Indonesian?” katanya.
Ternyata dari Sumpah Pemuda, Bahasa Indonesia masih merupakan pengikat paling kuat kesatuan di Indonesia. Bahasa merupakan salah satu ekspresi kebudayaan sesebuah bangsa. Dalam sebuah artikel dalam majalah ilmiah HortScience, terdapat paparan mengenai asal-usul tanaman “tales-talesan” yang ada di Oceania, Polynesia hingga Hawaii yang menyebar ke Jepun, Cina dan Korea, dan diduga dahulunya dibawa oleh penjelajah lautan kuno dari Nusantara sebagai “bekal” bahan makanan. Tambahan lagi siaran NHK Jepun akhir tahun 2003 ada memaparkan perbincangan mengenai kebudayaan bangsa Hawaii. Dalam siaran itu ada tarian tradisional yang disebut sebagai “Kokonatsu no odori” (Tarian pokok kelapa) yang dalam bahasa Hawaiinya ada kata “kalappa”. Hal ini menunjukkan bahawa Nusantara telah mempunyai bahasa yang satu, berarti budayanya juga satu.
Di sini saya paparkan lagi persamaan diantara bahasa sanskrit dengan bahasa-bahasa puak Austronesia timur yang jauh dari pengaruh hindu-buddha atau vedik yang boleh menyebabkan mereka dipengaruhi bahasa sanskrit. Ternyata banyak perkataan-perkataan yang sama yang membuktikan bahasa asal perkataan tersebut bukan dari sanskrit:
Perkataan raja - Sanskrit
rahu- pemerintah- Philippines,
raha- oran tua dihormati- Arosi,
araha- ketua- Melanesian,
rato- orang tua- Solomon ,
mae-raha- ketua- Wango,
rato- ketua- Arosi,
ratu- raja atau ketua- Fiji,
ratu- ketua- Java,
latu- jurubina atau arkitek-, Samoa,
ra'atira- ketua- Tahiti,
datu- orang besar- Philippine, Indonesia
Jadi, bahasa manakah yang menjadi Induk? Sanskrit atau bahasa-bahasa Nusantara yang diwakili oleh Bahasa Melayu dan Indonesia? Sayangnya dalam sejarah penyebaran manusia, bangsa Nusantara dianggap sebagai pendatang dari Indo-Cina atau Taiwan dan Yunnan. Orang dari Aryavarta sendiri tidak tahu tentang asal muasal bahasa Sanskrit seperti Prof. Kumar yang bingung dengan satu kata Malayu yang kononnya dari bahasa Sanskrit yakni, “BAHASA”, kita pulak terhegeh-hegeh percaya membabi buta kata-kata R.O Winsted yang mengatakan bahasa Malayu itu penuh dengan bahasa asing terutama bahasa Sanskrit sehinggakan katanya hanya ada empat perkataan yang asli Melayu! Sudah tiba masanya untuk kita mencabar minda kita dengan teori kontroversi ini. Ingin saya ingatkan bahawa ini hanyalah sebuah teori sahaja dan tidaklah saya mengatakan bahawa kita harus menerimanya secara bulat-bulat. Adalah baik sekiranya kita membuat kajian yang lebih mendalam. Namun teori ini bukan mustahil jika dikaitkan dengan teori-teori sebelum ini terutama teori Sundaland, Tanah para dewa dan Tanah Para Nabi serta teori Banjir besar. Fikir-fikirkanlah. Anda semua bebas untuk membahaskan teori ini. Sekian wallah hua’lam.
Rujukan:
1). Atlantis Sunder Land Holistic-Scientific Research Institute.
Sir William Jones, 1746-94: A Commemoration.
2). The Influence of Sir William Jones upon Sanskrit Studies, Alfred Master, Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London,Vol. 11, No. 4 (1946), pp. 798-806.Cambridge University Press.
3). The Indo-Aryan Controversy: Evidence and Inference in Indian History.
4). The Development of Hinduism , M.M.Ninan.
No comments:
Post a Comment