Al-Marhumah Cut Nyak Dhien adalah seorang Panglima Wanita yang berasal daripada Lampadang-Aceh. Dilahirkan pada tahun 1848-1908. Cut Nyak berkahwin dengan suaminya Teuku Ibrahim Lam Nga pada Tahun 1862. Pada 1873 ketika tercetus Perang Aceh-Belanda, Cut Nyak bersama-sama berjuang menentang penjajah Belanda bersama suaminya itu.
Cut Nyak disegani sebagai Panglima Perang yang turut ikut berperang menentang Penjajah Belanda, Tahun demi tahun keadaan semakin tegang dan Cut Nyuk semakin diburu kerana menyusahkan Penjajah Belanda. Beliau terpaksa berpindah sekeluarga di daerah terpencil untuk menyukarkan penjajah Belanda mencari Cut Nyak bersama suaminya.
Suaminya Teuku Ibrahim terlebih dahulu syahid dari Cut Nyak Dhien (Isterinya). Pada 29 Jun 1878 Pihak Belanda mendapat maklumat dari pengkhianat Aceh mengenai lokasi Teuku Ibrahim di Sela Glee Tarun dan Penjajah Belanda terus mengumpul bala tentera dan menyerang tempat persembunyian bersama pejuang syahid yang lain ketika mengatur strategi untuk membuat serangan.
Cut Nyak Dhien sangat sedih apabila mendapat tahu suaminya Teuku Ibrahim telah Syahid dan berkata “Mengapa kau tinggalkan kami? Siapakah penggantimu untuk meneruskan perjuangan yang panjang ini?” ratapnya di sisi jasad sang suami yang terkulai bersimbah darah. Atas kematian Teuku Ibrahim Lam Nga, Cut Nyak Dhien bersumpah bahwa suatu hari nanti ia pasti akan menghancurkan dan mengusir Belanda dari Aceh. Dan selepas 2 tahun kemudian iaitu pada 1880, Cut Nyak berkahwin dengan Teuku Umar, Cut Nyak telah bernazar akan mengahwini lelaki pertama yang membantu beliau menentang Penjajah Belanda. Dan lelaki itu adalah Teuku Umar.
Tetapi kesedihan dan pengkhianatan tidak berakhir di sini, Sekali lagi berlaku pengkhianatan dan ada individu yang membocorkan maklumat mengenai rancangan Teuku Umar untuk menggempur Belanda di Meulaboh. Dan akhirnya Teuku Umar syahid di 11 Feb 1899 di Meulaboh kerana Rancangannya sudah diketahui penjajah Belanda. Untuk kali kedua, Cut Nyak kehilangan suami yang berjuang bersamanya. Tapi itu tidak mematahkan semangatnya dan tekadnya untuk mengusir Belanda dari Aceh. Sekali beliau bertekad akan membalas dendam atas kematian kedua suaminya Teuku Ibrahim Dan Teuku Umar.
Cut Nyak menjerit "Demi Allah! Polim masih hidup! Bait hidup! Imam Longbata hidup! Sultan Daud hidup! Tuanku Hasyim hidup! Menantuku, Teuku Majet di Tiro masih hidup! Anakku Cut Gambang masih hidup! Ulama Tanah Abee hidup! Pang La’ot hidup! Kita semua masih hidup! Belum ada yang kalah! Umar memang telah Syahid! Marilah kita meneruskan pekerjaannya! Untuk Agama! Untuk kemerdekaan bangsa kita! Untuk Aceh! Allahu Akbar!”
Cut Nyak Dhien menaikkan semangat rakyat Aceh untuk terus mengangkat rencong melawan Belanda Walaupun Teuku Umar telah tiada. Selepas kematian Teuku Umar, Cut Nyak Dhien menggantikan suaminya dan menjadi pemimpin dan dikelilingi oleh pahlawan yang sangat setia terhadapnya. Dan Salah satu orang yang paling dipercayai Cut Nyak Dhien adalah Pang La’ot.
Namun, perjuangan melawan penjajah belanda bukanlah suatu yang mudah. Satu persatu panglima Aceh tewas dalam peperangan. Cut Nyak Dhien terpaksa menerapkan strategi gerila, keluar masuk hutan, untuk menyerang Belanda. Jumlah pasukannya pun kian berkurang dari 300 prajurit lama-kelamaan tinggal beberapa orang saja. Dan Kesihatannya juga semakin teruk dan penglihatannya semakin kabur.
Dengan harapan yang semakin tipis untuk menang dengan keadaan kekurangan orang dan kesihatan semakin teruk. Pang La'ot iaitu orang kanan Cut Nyak menyuruh agar Cut Nyak menyerah diri dan merawat kesihatannya. Tetapi sudah tentu Cut Nyak menolak cadangan itu, Dia berkata "Tunduk pada Kafir? Cis! NAJIS ! Semoga Allah menjauhkan aku dari berbuat seperti itu”.
Akhirnya perjuangan Cut Nyak berakhir apabila orang kepercayaannya itu pergi berjumpa Ketua Belanda dan memberitahu tempat persembunyian Cut Nyak dengan saki baki pejuang Aceh. Dan Pada 6 November 1905 Penjajah belanda menyerbu tempat persembunyian Cut Nyak.
Ketika Penjajah Belanda sampai dia sedar inilah Pengakhiran Perjuangannya dengan kesihatannya yang lemah dan hanya mempunyai beberapa orang pejuang yang tersisa. Cut Nyak hanya duduk sambil berzikir sambil ketua Belanda itu datang kepadanya untuk menangkapnya.
Pang La'ot yang ketika itu bersama pihak Belanda datang kepada Cut Nyak, tapi belum sempat dia bercakap, Cut Nyak meludah mukanya dan berkata "Pengkhianat BUSUK, lebih baik kau membunuhku”. Cut Nyak diasingkan ke Tanah Jawa Barat iaitu di Sumedang dan beliau merahsiakan identitinya dan menjadi guru agama di sana dan akhirnya Srikandi ini meninggal pada 6 November 1908 di usianya 60 Tahun hanya sebagai seorang guru agama. Identitinya terus menjadi rahsia sehingga akhir hayatnya.
Dan akhirnya selepas 50 Tahun lebih, iaitu pada 1960 makam beliau dijumpai oleh seseorang yang memang sudah lama mencari di mana makamnya Ratu Aceh, Srikandi Aceh, Panglima Perang Aceh Iaitu Al-Marhumah Cut Nyak Dhien.
Bissirril Al-Fatihah..
Tengok caption pada gambar Cut Nyak Dhien menangis, Saya ada letakkan doa beliau kepada Allah ketika itu.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment