Thursday, February 4, 2010

WAYANG MALAYANG

Bagi posting kali ini saya hanya mahu memaparkan satu maklumat yang ringkas sahaja. Ianya adalah berkenaan hubungan orang Melayu purba dengan orang Khmer serta kebudayaan Wayang Kulit. Sebenarnya para pembaca sekalian, hubungan diantara dua bangsa purba ini sangat misteri. Masih ramai yang tidak tahu bahawa golongan Mon-Khmer ini juga adalah saudara terdekat kita dari segi genetic. Terdapat banyak persamaan diantara orang Khmer dengan orang Melayu terutama kelompok Melayu tua seperti Kelantan-Pattani-Champa dan Kedah atau lebih mudah disebut Melayu Langkasuka dan Segenting kra.

Persamaan ini bukan sahaja dari rupa fizikal tetapi juga dari sudut budaya dan bahasa. Dalam konteks budaya pada misalnya kita dapat lihat ada persamaan diantara permainan Wau bulan di Kelantan dan Pattani dengan rupa bentuk Wau bulan dan beberapa jenis Wau lagi di Kemboja. Di Kemboja permainan Wau juga dimain sebagai perayaan musim menuai dan di masa-masa lapang seperti di Kelantan. Begitu juga dari segi bahasa. Terdapat banyak perkataan-perkataan yang sama seperti perkataan Khmer dalam vokabulari orang Melayu utara terutama di Kedah dan Perlis. Antaranya ialah perkataan bendang dan relong yang berkaitan dengan aktiviti penanaman padi. Samaada ianya perkataan Melayu asli yang dicedok orang Khmer atau ia perkataan asli Khmer yang dicedok kita itu saya tidak pasti. Kajian harus dibuat tentangnya.


Namun ada satu fakta yang amat menarik telah saya jumpa semasa membuat penyelidikan tentang hubungan Khmer dan Melayu. Apa yang saya jumpa para pembaca sekalian adalah sesuatu yang patut diambil peduli oleh kementerian kebudayaan Malaysia serta pengamal-pengamal kebudayaan. Di sebuah kampong yang agak terpencil di Kemboja yang terletak dalam daerah yang agak terkenal iaitu Battambang terdapat satu unsur kebudayaan purba yang menjadi saksi pertemuan dua buah tamadun silam yang hebat serta perkongsian kebudayaan yang berterusan lebih dari seribu tahun tahun. Apakah unsur kebudayaan tersebut? Apa yang saya maksudkan adalah wayang kulit.


Di Battambang terdapat sebuah kampong yang terkenal sebagai tempat asal wayang kulit di Kemboja. Menurut seorang pengkaji budaya Khmer, Wayang Kulit atau Ayong dalam bahasa Khmer bermula dari kampong tersebut. Apa yang memeranjatkan saya adalah mengenai nama kampong tersebut. Kampong tersebut bernama Malayang! Ya Malayang!  Bagi anda yang pernah membaca artikel Alter Terahsia Bangsa Melayu dari Srikandi pasti tahu dengan perkataan ini. Perkataan Malayang adalah bahasa Khmer purba yang merujuk kepada sebuah Negara kota Melayu purba! Sebuah Negara kota yang pada suatu masa dahulu pernah berjiran dengan mereka atau mungkin juga pernah menguasai wilayah mereka. Namun Malayang kini hanya tinggal sebuah kampong sahaja yang terletak di utara Battambang.


Jadi apa yang hendak saya sampaikan disini? Di Malayan inilah pernah berlaku pada abad ke 12 satu revolusi untuk menentang hagemoni Khmer di wilayah mereka. Dalam petitih Khmer purba pada zaman Jayavarman agung memerintah Angkor baginda pernah menyerang sebuah kota yang bernama Malayang bagi menamatkan revolusi yang menentangnya. Mereka menentang kerana wilayah tersebut pada masa itu didiami majoritinya oleh orang Melayu IndoChina seperti Melayu Segenting Kra dan Champa sisa dari kerajaan Funan yang tidak mahu bertuankan Jayavarman 1. Malahan sehingga kini di Kemboja terlalu banyak kawasan dan daerah yang berpangkal dengan perkataan kampong yang merupakan bahasa Melayu dan menunjukkan bahawa orang Melayu pernah berkuasa disitu suatu masa dahulu.


Berbalik mengenai wayang kulit tadi, menurut budayawan Khmer sebenarnya wayang kulit Khmer yang dicedok oleh Thai kemudiannya ini bukan berasal dari Khmer sendiri. Beliau dengan yakin mengatakan bahawa wayang kulit Kemboja adalah berasal dari Malaysia atau Semenanjung kerana menurut beliau pada zaman dahulu sempadan Malaysia adalah bertembung dengan sempadan kerajaan Khmer purba. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sempadan Malaysia ini! Jika kita lihat peta sekarang Negara kita langsung tidak bersempadan dengan Kemboja terutama di darat. Jadi sempada Negara apa yang dimaksudkan oleh budayawan tersebut? Sempadan yang dimaksudkan ialah sempadan kekuasaan kerajaan-kerajaan Melayu purba dan Segenting Kra seperti Funan, Sriwijaya, Tambralingga dan mungkin juga Malayang yang sempadan kekuasaannya sehingga sampai ke utara Kemboja di Battambang!


Jika kita perhatikan watak-watak wayang kulit Kelantan , watak yang paling terkenal sudah pasti Pak Dogo. Dalam wayang kulit Khmer juga ada watak ini yang dipanggil Ayong. Cara berpakaian wayang kulit Khmer dan wayang kulit Kelantan juga adalah sama. Para raja dan putera puteri berpakaian ala-ala Raja Bersiong. Jadi jika kita fikir-fikirkan balik fesyen pakaian ini milik siapa sebenarnya? Adakah ia milik Thai Perut Hijau, atau milik Khmer atau sebenarnya memang kita punya? Jawabnya sudah tentulah ia milik kita punya! Sebab orang Khmer cedok wayang kulit kita termasuklah cara berpakaian dan alat muziknya, kemudian orang Thai menyerang Angkor dan mencedok pula wayang Khmer tersebut untuk dijadikan wayang mereka.


 Apa yang menghairankan saya adalah sikap segolongan dari orang orang kita sendiri terutama yang berkait dalam bidang ini yang bodoh dan tuli tentang fakta ini. Mereka dengan bangganya mengatakan bahawa BUDAYA Melayu UTARA DAN PANTAI TIMUR ITU BANYAK DIAMBIL DARI JIRANNYA THAILAND. I SAY THIS IS BULL SHIT! Bukan budaya mereka yang kita cedok wahai cerdik pandai sekalian, sebaliknya telah terbukti bahawa mereka yang mula-mula mencedok budaya kita. Jadi wayang kulit, Wau bule, Batik, Menorah, Mok yong dan banyak lagi unsur-unsur kebudayaan Melayu Kelantan dan Segenting kra sebenarnya hak milik mutlak kita dan hasil kepandaian lokal masyarakat kita dan bukan cedokan serta pengaruh dari Thai perut hitam. Tapi memang tidak saya nafikan ada sesetengah budaya dari negeri-negeri utara Semenanjung ini memang menerima sedikit tempias dari unsur budaya Thai namun ianya adalah satu unsur kebudayaan yang baru , sebab bukankah kita tahu bahawa bangsa Thai hanya berhijrah ke Asia Tenggara pada abad ke 11 dan 12 masihi. Jadi sama-sama kita fikirkan, jangan asyik kata budaya kita ini budaya Sponge Bob, main serap dan sedot semua budaya luar hinggakan semua budaya kita harus dihubung kait dengan budaya bangsa lain seolah-olah tiadanya unsur kepandaian local atau local genius dalam bangsa Melayu. Wallah hu a’lam.



No comments:

Post a Comment