Bagi meneruskan kesinambungan mengenai bangsa-bangsa awal dunia, para Nabi terawal serta kaitannya dengan tanah Nusantara yang bertuah ini maka saya persembahkan satu artikel berbentuk HIPOTESIS untuk kita sama-sama memikirkan kebenaran disebaliknya. Dalam artikel ini kita akan mengembara di zaman yang paling jauh yang tak pernah saya pergi sebelum ini. Saya akan bawa anda ke zaman dimana manusia pertama bertapak dibumi iaitu zaman Nabi Allah Adam a.s bersama isterinya Hawa serta anak-anak mereka setelah baginda dikeluarkan dari Taman Jannah.
Timbul persoalan mengenai teori yang menyatakan bahawa Nabi Adam as as itu diturunkan oleh Allah di tanah Nusantara. Saya percaya yang ramai diantara pembaca sekalian telahpun tahu sama ada melalui pembacaan atau mendengarnya dari sumber kedua tentang perkara ini. Namun bagi saya jika saya tidak mengkajinya sendiri nescaya saya tidak akan berpuas hati dengan jawapan yang saya terima. Sebab itulah saya telah cuba membuat sedikit penyelidikan dan rujuk silang mengenai teori tersebut. Oleh itu mari kita hayati kisah manusia pertama ini dahulu, Nabi Adam as AS.
Pada era penciptaan Baginda as, Azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM, tambahan lagi disuruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya diburukkan wajah mereka dan dihalau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’ oleh masyarakat barat. Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam hati manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar dari syurga.
Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi serta anak cucu mereka. Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang diciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya tahu dan jika mahu lebih, anda haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.
Nabi Adam as a.s tidak turun dengan tangan kosong. Baginda telahpun dipenuhkan dirinya oleh Allah swt akan ILMU SEGALA NAMA. Baginda kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewi atau wali-wali keramat yang dikenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tetapi, dikhabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini untuk diaplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic seperti bangunan yang tinggi-tinggi dan teknologi pembuatan senjata yang memusnah.
Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewangga atau wali. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa atau orang keramat yang mahu membina dunia sebagai syurga hawa nafsu yang sudah pastinya disemarakkan oleh bisikan Azazil si Iblis. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. Inilah dinamakan sebagai ‘light and dark’ hitam atau putih, Ying atau Yang, antara yang baik dengan yang jahat. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini. Daripada tulisan ini kita semua tahu bahawa Nabi Adam as a.s telah diturunkan Allah dari syurga ke suatu tempat di atas bumi dengan dilengkapi dengan ILMU SEGALA NAMA. Persoalannya di sini, dimanakah tempatnya Nabi Adam as mendarat dari syurga tersebut?
Berdasarkan riwayat dari Ibnu Abi Hatim, yang diterimanya dari Abdullah bin Umar ra, menyatakan bahwa Nabi Adam as as turun ke dunia di Bukit Shafa, sedangkan Hawa turun di Bukit Marwah. Akan tetapi, riwayat dari Ibnu Abi Hatim ini terdapat versi lain, yang menyatakan bahwa tempat turunnya Nabi Adam as as di bumi, berada di antara negeri Makkah dengan Thaif. Di sisi lain, menurut riwayat Ibnu Asakir yang diperoleh dari Ibnu Abbas ra, menyatakan bahwa Nabi Adam as as turun di Hindustan dan Hawa turun di Jeddah dimana makna Jeddah berasal dari kata Jiddah, yang berarti nenek perempuan. Syaikh Yusuf Tajul Khalwati berpendapat, Nabi Adam as as turun di Pulau Serendib. Beliau ketika itu menduga, Pulau Serendib adalah Pulau Sri Lanka (Sri Langka) (sumber: Tafsir Al Azhar, Juzu’ I, tulisan Buya HAMKA). Tetapi berdasar penelitian, kata Serendib adalah bahasa Sanskrit yang ditulis dalam bahasa Arab, yang aslinya berasal dari kata Suvarna Dwipa pulau emas yakni Sumatera, yang merupakan sebahagian dari kawasan pentas Sunda. Maka melalui pendapat yang dikemukankan oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, saya mula mengatur benang-benang untuk cuba mencari kebenaran yang mengatakan Nabi Adam as turun di Nusantara. Sememangnya persoalan ini adalah amat membingungkan kerana tiadanya sebarang rekod sejarah mahupun nas-nas dari Al-Quran yang menyatakan tempat dimana Nabi Adam as turun di bumi. Namun sejak dari zaman Rasulullah saw lagi telah banyak cubaan dilakukan oleh ahli-ahli tafsir untuk memecahkan kebuntuan tersebut seperti yang kita dapat lihat dalam penulisan sebelum ini.
Selain daripada tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh Syeikh Yusuf Khalwati terdapat beberapa lagi tafsiran dari sumber-sumber yang boleh dipercayai kesahihannya. Cuma apa yang diperlukan adalah anjakan paradigma dan pandangan yang sedikit berbeza sahaja. Antara riwayat yang saya maksudkan adalah seperti;
1). Dari Qatadah ra, beliau berkata bahwa Allah swt meletakkan Baitullah (di bumi) bersama Nabi Adam as. Allah swt telah menurunkan Nabi Adam as di bumi dan tempat diturunkannya adalah di tanah AL HIND. Dan dalam keadaan kepalanya di langit dan kedua kakinya di bumi, lalu para malaikat sangat memuliakan Nabi Adam as, kemudian Nabi Adam aspelan-pelan berkuranglah tinggi beliau. (HR Musonif Abdur Razaq).
2). Dari Ibnu Abbas r.huma. telah berkata, “Sesungguhnya tempat pertama dimana Allah swt turunkan Nabi Adam as di bumi adalah di AL HIND”. (HR Hakim)
3). Dari Ali ra telah berkata, “Bumi yang paling wangi adalah tanah AL HIND, di sanalah Nabi Adam as. Diturunkan dan pohonnya tercipta dari wangi surga”. (Kanzul Ummal).
4). Dari Ibnu Abbas r.anhum. telah meriwayatkan Ali bin Abi Thalib ra telah berkata, “Di bumi tanah yang paling wangi adalah tanah AL HIND (kerana) Nabi Adam as telah diturunkan di AL HIND, maka pohon-pohon dari AL HIND telah melekat wangi-wangian dari surga.” (HR Hakim)
5). Dari Ibnu Abbas r.hum telah berkata bahwa jarak antara Nabi Nuh as dengan hancurnya kaumnya adalah 300 tahun. Dari tungku api (tannur) di AL HIND telah keluar air dan kapalnya Nabi Nuh as. Berminggu-minggu mengelilingi Ka’bah. (H.R.Hakim) (riwayat ini penting kerana kita telah tahu bahawa Nabi Nuh as berkemungkinan besar berasal dari Sundaland. Jadi AL HIND disini adalah Nusantara dan bukan India. Namun ini hanya teori yang masih banyak harus diperbaiki jadi seeloknya jangan kita ambil bulat-bulat kesimpulan ini.
6). Dari Abu Sa’id Al Khudri ra mengatakan bahawa seorang raja dari AL HIND telah mengirimkan kepada Nabi saw sebuah tembikar yang berisi halia. Lalu Nabi saw memberi makan kepada sahabat sahabatnya sepotong demi sepotong dan Nabi saw pun memberikan saya sepotong makanan dari dalam tembikar itu. (HR Hakim)
7). Dari Abu Hurairah ra berkata bahwa Nabi saw. telah menjanjikan kepada kami tentang perang yang akan terjadi di AL HIND. Jika saya menemui peperangan itu maka saya akan korbankan diri dan harta saya. Apabila saya terbunuh, maka saya akan menjadi salah satu syuhada yang paling baik dan jika saya kembali (dengan selamat) maka saya (Abu Hurairah ra) adalah orang yang terbebas (dari neraka). (HR An Nasai).
8). Dari Ali ra berkata bahwa dua lembah yang paling baik di kalangan manusia adalah lembah yang ada di MEKKAH dan lembah yang ada di AL HIND, dimana Nabi Adam as diturunkan. Di dalam lembah itu ada satu bau yang wangi, yang darinya boleh membuat kamu jadi wangi.
9). Dari Ibnu Abbas ra meriyawatkan dari Nabi saw telah bersabda bahwa, “Sesungguhnya Nabi Adam as telah pergi haji dari AL HIND ke Baitullah sebanyak seribu kali dengan berjalan kaki tanpa pernah naik kendaraan walau sekalipun. (HR Thabrani)
10). Dari Ubay bin Ka’ab ra mengatakan, “Saya berkeinginan untuk keluar di jalan Allah ke AL HIND”. Ubay bin Ka’ab ra bertanya kepada Hasan ra, “Berilah saya nasihat”. Hasan ra berkata, “Muliakanlah perintah Allah dimanapun kamu berada maka Allah akan memuliakan kamu”. (HR Baihaqi fii Syu’bul iman)
11). Dari Sauban ra dari Rasulullah saw beliau bersabda, “Dua gulongan dari ummatku yang diselamatkan Allah dari Neraka. Iaitu golongan yang berperang di AL HIND dan golongan yang berkumpul bersama Isa a.s.” (HR Nasai dan Ahmad).
Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu Adam yang berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang hebat. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Tapi benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, mungkin bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. Ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain. Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NUH yang besar, mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.
Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana manusia-manusia hybrid seperti Neanderthal dan homo sapien awal dihapuskan (atau mungkin di sembunyikan) sebab itu kita hanya jumpa rangka sahaja. Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebaranlah mereka membina kehidupan yang baru. Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘Nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewi atau wali keramat pada era ADAM. Tetapi, sejak peninggalan NUH dan banjir besar, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya. Tapi bilakah mereka itu akan pulang kepangkuan tanah ‘dewa’ ini? (peringatan kepada semua pembaca, bila saya sebut dewa bukan bermakna saya menyekutukan Allah tetapi ini merujuk kepada apa yang difahami oleh manusia zaman purba yakni manusia-manusia terpilih selain Nabi yang ada karamah atau ilmu yang tinggi sehingga disembah sebagai dewa samaada secara sengaja atau tidak sengaja). Bagi lebih memahami perihal ini kita akan lihat era-era berikut satu persatu dimulakan dengan era Adam.
ERA ADAM
“Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah” Al-Quran 19:10
Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA NAMA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Namun umatnya bukan sahaja terdiri dari keturunannya malahan termasuk golongan fallen Angel atau jin-jin, gergasi dan raksasa seperti yang ada diceritakan dalam Al Quran, serta makhluk pelik-pelik mungkin termasuk NAGA yang pada ketika itu bertebaran di muka bumi. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus dunia secara bersama seperti Nabi Syith dan anak cucunya yang lain. Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini, “ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya”.
Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA NAMA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Pewaris ILMU SEGALA NAMA ini di beri HAQ untuk mengurus bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI atau jika anda berasa kurang senang menggunakan konotasi tersebut boleh juga gunakan para WALI-WALI. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang Maha Besar.
Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan umat yang satu berpecah-pecah, ini sudah tentu sebab itu para Malaikat sebelum Allah menjadikan Adam sudah dapat meneka bahawa anak cucunya akan membawa kerosakan. Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi ‘dewa-dewa atau Wali-wali’ tapi tiada HAQ contohnya dalam kes Habil dan Qabil. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan mereka sendiri yang menjadi asas kepada perbezaan bangsa sekarang. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA seperti Qabil dan anak cucunya yang mendendami adik beradiknya yang lain. Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, namun ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?! Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan yang pertama di bumi yaitu peperangan diantara puak Qabil dan puak anak-anak Adam yang salih yang diketuai oleh Nabi Syits, adik kepada Qabil.
Qabil setelah membunuh Habil dikatakan telah melarikan diri ke Mesir atau Babil dan menetap dengan anak cucunya disitu. Keturunannya dinamakan Bani Qabil yang memulakan tamadun di lembah Nil dan seterusnya menjadi umat Nabi Idris as. Diriwayatkan bahawa Allah swt menyeru Nabi Syits as memerangi Qabil dan puaknya. Akhirnya Qabil berjaya ditangkap dan dihukum mati. Setelah dia mati anak-anak serta cucu Qabil menuntut mayat Qabil dan kemudiannya cuba untuk menanamnya. Namun sebelum mereka sempat menanam mayat Qabil, syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia telah menasihati mereka supaya menanam Qabil didalam batu berhablur yang dipahat sebagai keranda. Syaitan atau Iblis juga menasihati mereka supaya mayat itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik-cantik serta diawetkan dengan garam dan disertakan dengan barang-barang perhiasan dan makanan. Kemudian Iblis mengarahkan agar keranda batu itu diletak didalam sebuah binaan dan dipuja setiap setahun sekali dengan membawa makanan dan wangian. Maka bermulalah upacara menghormati si mati seperti mumia Mesir purba. (Sumber Israeliat).
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu” QS Al-A’raaf:7
“Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya” QS Al-An’am:123.
“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.” QS Al-An’am:165.
ERA KETURUNAN ADAM
“Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang orang yang ragu-ragu.” QS Yunus:94.
Pada era ADAM dan anak cucunya yang mengurus bumi, mereka di gelar DEWA-DEWI atau wali-wali. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan “Apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di bumi?” Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada dia adalah “SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA” Allah boleh berkehendakkan apa sahaja untuk berlaku sama ada ia menampakkan kelemahan mahupun kekuatan kerana Allah itu Maha Bijak dan Maha Mengetahui dari kita. Saya tahu, memang ramai yang belum ‘open-mind’ dalam hal sebegini, saya tegaskan mengenai sikap kita kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan katakan “Jangan cabar Tuhan?”. Apaka Tuhan itu tercabar? Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNYA DIA dalam memberi keizinan.
Berbalik perihal ILMU NAMA, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah ‘hari pembersihan’ itu. Dewa-dewi ini ada juga yang mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua berdasarkan memori atau cerita dari nenek moyang mereka ADAM yang ada pada manusia itu tentang ‘syurga’ di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.
Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia sebab mereka adalah anak cucu Adam juga, tetapi mereka ini golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka. Namun akhirnya manusia dari era selepasnya terkesan dengan karamah-karamah yang ada pada mereka ini sehinggakan patung-patung mereka dicanai dan disembah seperti tuhan. Lama kelamaan perbuatan menyembah berhala ini menjadi suatu agama yang universal dan merebak ke seluruh dunia. Maka muncul lah dewa dewi yang pelbagai nama antaranya Enki dan Enlil, Diana, Baal, Zeus, Hera, Vishnu, Rama, Brahma, Venus dan banyak lagi yang merupakan nama-nama para manusia yang mempunyai ilmu segala nama yang diwarisi dari datuk atau moyang mereka ADAM.
ERA NUH
“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu” QS Al-An’am:6.
Selepas beberapa siri peperangan dan kekejaman yang amat hebat, bumi ketika itu harus di ‘bersih’kan demi kesejahteraan manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu daripadanya telah ‘lari’ orbitnya dan menyebabkan gegelang bulan yang terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar. Namun ini masih dalam konteks kontroversi sebab tiada maklumat dari sumber yang bertauliah yang boleh mengesahkannya. Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah terjadi 2 siri banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali ketiga itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya suhu meningkat pula, secara tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebabkan banjir yang membinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam era banjir besar.
Bahtera NUH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman ini. Jika mengikut apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, makanya, bahtera ini cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya. Di atas bahtera itu, NUH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah satu-satunya tanah yang berpenghuni. NUH lah yang mempunyai ILMU SEGALA NAMA itu. Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin sekali pun. Maka memang benarlah NUH adalah ‘raja lautan’ dan waris NUH lah yang mewarisi ILMU SEGALA NAMA itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air banjir surut), akhirnya, bahtera mereka terdampar di suatu tempat di sekitar Asia Barat, di mana, di sinilah bermulanya era ketamadunan baru muncul.
Dari transformasi dan asimilasi di dalam kapal, wujud manusia yang berupa kini yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan bumi baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan manusia dulu? Dari pengetahuan saya, perbezaannya adalah pada limitasi manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk atau mungkin terbang seperti manusia zaman Era ADAM. Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah mereka ke seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NUH harus di tunaikan. APAKAH WASIAT NUH itu?. Jadi, apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa itu adalah bangsa yang berdarah di raja dan berisi ILMU SEGALA NAMA yang mengetahui wasiat NUH. Bangsa itu adalah bangsa MIM…?!
Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (Yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh ketika bencana). Ketiga-tiga waris Nuh as ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, Akkadian, Mesir dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja, bangsawan dan para pendita inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki bahtera NUH as itu tadi.
Bagaimana ini boleh terjadi? Di dalam bahtera NUH itu anak-anak NUH as melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh as itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat Nuh as. Apakah itu wasiat Nuh as? Wasiat Nuh adalah kata-kata kepada warisnya supaya Kembali Semula Ke Tanah Asal Mereka yakni Pentas Sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh as ini, akan terdirinya ketamadunan yang hebat.
Salah satu bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni Nusantara adalah Pentas Sunda tempat bermulanya pelayaran Nabi Nuh adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR. Selain itu, bukti lain adalah, kajian daripada Stephen Oppenheimer dan Prof Arysio Santos, serta Thomas Suarez yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk “Early Mapping of Southeast Asia: The Epic Story”. Dalam buku Eden in the East Oleh Stephen Oppenheimer ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NUH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia. PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di Nusantara dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di Nusantara terjadi. Adakah ini kerja Hidden Hand?
Apakah anda dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda anda seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang mana mereka tiba-tiba mahu mencari ‘the lost world’. Akhirnya, Christpher Colombus menjumpai Amerika dan mengelarkannya itu sebagai ‘the lost world’. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh Colombus itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal keturunan Para FIRAUN ini.
DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepada Nusantara. Tapi, kebanyakkan dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana ‘The Lost World’, ‘Solomon Mine’, ‘asal keturunan FIRAUN’ dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini. Tapi, persoalannya, di sini tu bagaimana, jika dikaji, di permukaan Tanah Nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti Sumeria, Mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh dikatakan semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah atau teknik rujuk silang, “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat” QS Ali-Imran: 33.
Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke Pentas Sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat Quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya ‘ahli rumah’ atau ‘ahlul bait’ ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan Arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan. Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga menerbitkan raja-raja agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakin lama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan yang ‘ingat’ sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju ‘THE PROMISED LAND’.
Hal ini di burukkan pula dengan penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja dan wali agung pada zaman dulu kala seperti kisah raja Namrud yang merupakan cicit kepada Nabi Nuh sendiri yang lupa akan kekuasaan Allah dan mengatakan dia anak Allah. Beliau juga mewarisi Ilmu-ilmu para Nabi seperti Matematik, Astronomi dan Sains malahan beliau orang pertama di dunia yang mencipta konsep jam, menit dan saat serta membahagikan 24 jam kepada satu hari. Beliau juga pakar pembina bangunan tinggi, jambatan dan saluran irigasi. Kesemua ilmu ini telah diwarisi dari nenek moyangnya yang merupakan orang soleh dan Nabi-Nabi seperti Nabi Idris dan Nabi Nuh. Namun akibat kesombongannya dia leka dan lupa akan Allah dan mengangkat dirinya sebagai tuhan.
Jelas disini bahawa wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’ atau wali. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. Kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.
Maka dapat saya simpulkan disini bahawa pencarian kita akan Tanah asal Nabi-Nabi terawal seperti Adam, Idris dan Nuh sudah semakin hampir. Walaupun saya tahu bahawa ada pihak yang kurang senang saya mengaitkan hal agama dalam penulisan saya namun hal ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan sumber adalah dari situ. Dari itu kita dapat memberikan rumusan bahawa Nabi Adam as berkemungkinan besar diturunkan di Nusantara. Hal ini adalah kerana perkataan AL HIND yang digunakan oleh orang Arab untuk memanggil benua India bukan khusus untuknya saja sebaliknya AL HIND adalah konotasi untuk melambangkan kawasan Pengaruh Hindu termasuk Asia Tenggara. Oleh sebab itulah ketika Khalifah Muawwiyah ra menulis surat balasan kepada Maharaja Sriwijaya, dia memanggil Maharaja tersebut sebagai PENGUASA AL HIND. Malah surat dari Sriwijaya kepada Khalifah Umar Abdul Aziz juga dicatatkan sebagai surat dari seorang Maharaja Al Hind. Namun seperti yang kita ketahui Sriwijaya bukan terletak di India bukan?
Tambahan lagi saya menemui buku sejarah tulisan pengkaji luar berbahasa Inggeris yang mengiyakan tanggapan saya bahawa Nusantara adalah Al Hind. Selain itu jika kita lihat pada panggilan orang orang barat pada zaman penjelajahan terhadap Nusantara adalah THE EAST INDIES atau Hindia TIMUR. Perhatikan perkataan Hindia itu. Semua panggilan ini diperolehi daripada catatan awal pengembara Arab ke Nusantara seperti Ibnu Battutah dan Al Idrisi. Satu lagi perkara yang amat menarik bagi saya adalah mengenai Hadith dan riwayat yang telah saya paparkan di awal artikel ini tadi. Salah satu dari Hadith tersebut adalah mengenai peperangan yang bakal berlaku di Al Hind. Nabi Muhammad mengatakan bahawa sesiapa yang menyertai peperangan tersebut akan masuk syurga.
Seperti yang kita ketahui sememangnya banyak peperangan yang melibatkan orang Kafir Harbi dengan orang Islam sepanjang zaman di Nusantara ini. peperangan terbesar di Nusantara dan terawal tentulah diantara Portugis dengan Melaka, kemudian disusuli Portugis dengan Aceh yang mengorbankan lebih dari 60 ribu orang Aceh serta banyak lagi peperangan diantara Portugis dengan Aceh dan negeri-negeri Melayu yang lain. Malahan peperangan ini masih berterusan hingga kini iaitu diantara Pattani dengan Thai dan Moro dengan Kristian Filipina dan Aceh dengan Indonesia. Saya pasti peperangan yang disebut Nabi Saw adalah peperangan-peperangan tersebut. Bukankah kesemua riwayat ini mengukuhkan lagi teori yang menyatakan bahawa Nabi Allah Adam itu diturunkan Allah di Nusantara dan membina tamadunnya disini bersama anak cucunya Nabi Syithsas dan Nabi Nuh as. Tidak perlulah rasanya saya terangkan lagi apa signifiken hadiths yang mengatakan tentang kewujudan kayu wangi-wangian di Al Hind kerana Nusantara memang terkenal dengan kayu-kayuan tersebut seperti Gaharu, Cendana, Depu, Kayu Manis, Kemenyan dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment