Sunday, January 24, 2010

KENALI ULAMA TANAH MELAYU

Al Allamah Wali Allah Syeikh Toyyib al Makki (1912 - 2016). Nama sebenar beliau ialah Syeikh Toyyib Bin Haji Cik Teh dan dilahirkan di Kedah. 

Ada beberapa riwayat mengenai tahun kelahiran beliau. Diantaranya pada 1921 dan 1912. Tapi menurut beliau sewaktu al faqir ziarahnya pada 2013, umur beliau sudahpun melebihi 100 tahun ketika itu.

Beliau ke Mekah pada tahun 1951 bersama dengan ahli keluarganya dan ketika disana beliau berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji dan menuntut ilmu dari beberapa ulamak muktabar Mekah.

Diantara guru gurunya ialah:

1. Sayyid Alwi Bin Abbas
2. Syeikh Hasan Masyath
3. Musnid Dunia Syeikh Muhammad Yasin Bin Isa al Fadani
4. Syeikh Sayyid Muhammad Amin Kutbi
5. Syeikh Muhammad al Arabi al Maliki
6. Syeikh Zakaria Bila al Makki
7. Syeikh Abdul Qader al Mandili
8. Pak Da Eil Mekah

Antara rakan seguru beliau di Mekah ialah:

1. Tuan Guru Haji Abdul Rahman - Pondok Guar Kepayang, Kedah
2. Tuan Guru Haji Saleh Musa - Pondok Sik, Kedah
3. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombing
4. Tuan Guru Haji Isa Gerik

Di Mekah beliau di kenali dengan nama 'Haji Toyyib Roti' kerana beliau hanya makan roti. Akhlak beliau sangat indah. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun ketika hayatnya. Jika ada yang meminta nasihat dari beliau, nasihat yang beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yang meminta nasihat tersebut.

Kehidupannya sungguh zuhud. Sewaktu tinggal di Kedah, beliau duduk di rumahnya yang sungguh dhaif. Beliau tidur beralaskan papan sebagai tilam dan kampit simen yang keras sebagai bantal. Walau umurnya ketika itu sudahpun mencecah 100 tahun, beliau masih bercucuk tanam dan membaiki rumahnya sedikit demi sedikit. 

Beliau lantang dalam menegakkan hukum agama sehingga ada diantara penduduk kampung tidak menyukai beliau. Walaupun begitu, ramai alim ulamak yang datang bertemu dan meminta nasihat daripadanya.

Diantara karomah beliau ialah:

1). Beliau pernah dipatuk ular ketika bercucuk tanam, anehnya bisa ular itu hanya terkumpul di jari yang dipatuk sahaja dan lama kelamaan bisanya hilang cuma jari tersebut menjadi gelap sedikit.

2). Sewaktu umurnya sekitar 90 tahun, beliau masih dikurniakan anak. Satu anugerah Allah Taala buat beliau.

Syeikh Toyyib meninggal dunia ketika berusia 104 tahun di Mekah dan dimakamkan disana.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin. Bissirril Al-Fatihah

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment