Takkan hilang MELAYU di dunia,
Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
Bersatulah MELAYU sedunia,
Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.
Pendekar MELAYU menjadi sanjungan,
Dulu kini dan selamanya;
Pendekar MELAYU tak akan diperlekehkan,
Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.
MELAYU sakit semuanya sakit,
Kerana jiwa MELAYU berakar umbi;
Bersatu berpadu MELAYU hilanglah sakit,
Itulah bukti MELAYU sudah satu hati.
MELAYU pencetus kebangkitan ummah,
Jiwa Islam mahu mati fisabilillah;
Pendekar MELAYU akan satukan ummah,
Kerna mahu mati dalam fisabilillah.
Jiwa pendekar MELAYU tak takut mati,
Anak jantan MELAYU pantang dicabar;
Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
Nyawa jadi taruhan jika dicabar.
MELAYU hina MELAYU kepantang MELAYU,
Pahlawan MELAYU akan turun ke gelanggang;
Bermandikan darah hebatnya pahlawan MELAYU,
Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.
MELAYU kuat kerana bersatu,
Kutuk mengutuk hina menghina;
Bukan jiwa pendekar MELAYU,
Yang ada membela yang teraniaya.
Institusi Raja MELAYU dipertahankan rakyat,
Raja sekarang selalu muafakat;
Muafakat Raja bersama rakyat,
Raja dan rakyat hidup penuh berkat.
Hulubalang sultan sedia berbakti,
Pada raja berjiwa hamba-Nya;
Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
Laksamana lambang kepahlawanan sejati.
Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa MELAYU,
Raja dan rakyat saling menyanjungi;
Kata sepakat semua rumpun MELAYU,
Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.
MELAYU oh! MELAYU
Perwira oh! perwira
Pahlawan oh! pahlawan
Pendekar oh! pendekar
Laksamana oh! laksamana
Hulubalang oh! hulubalang
Berjuanglah kalian
Hingga ke titisan darah terakhir
Fisabilillah lah kamu jangan jemu
Syahidmu di medan juang
Allah sayang padamu
Syurga Firdausi tempatmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR.
Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
Syahid ke jalan-Nya
Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
Aku bangga denganmu
Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya
Alhamdulillah khaliqul asyya’, segala hal ciptaan Rabbi
Arasy kursi surga neraka, semua langit dunia dan bumi
Kemudian selawat salam hamba, kepada junjungan penghulu Nabi
Kepada waris bersama sahabat, termasuk sekalian Muhajir Anshari
Setelah selesai puji selawat, berilah hidayat hamba yang fakir
Insya Allah dengan tolong tuhan, hamba berkabar hal perjuangan Fisabilillah
Puisi semangat hamba kan karang, biarlah kukarang yang mana jadi
Hamba perbuat atas kebajikan, mudah-mudahan Allah memberkati
Jikalau kacau serta salah, janganlah marah pada fakir ini
Aku menulis di pihak Allah, semata-mata kerana Illahi.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment