Saturday, January 30, 2010

SRIKANDI THAILAND

Mungkin ada diantara anda yang pernah menonton sebuah filem Thai yang bertajuk The Legend of Suriyothai yang pernah ditayangkan di sebuah stesen TV swasta negara ini beberapa tahun lepas. Atau mungkin ada yang menontonya di layar perak. Apa yang saya hendak perkatakan mengenai filem ini terungkap dalam satu perkataan ‘MENAKJUBKAN’. 

Bagi saya filem ini amat sesuai ditonton oleh peminat-peminat sejarah terutama sejarah Asia Tenggara. Hari ini saya tidak mahu menyentuh sangat mengenai Siam nai-nai dan tuntutannya terhadap Thai dan sebagainya. Tujuan saya menulis artikel mengenai filem ini adalah kerana kualitinya dari sudut pensejarahan adalah amat bagus. Sepatutnya pengarah dan penerbit-penerbit kita mengambil contoh filem ini sebagai kayu ukur bagi menghasilkan filem-filem epik berunsurkan sejarah.


Dari pembacaan saya, pembikin filem ini juga adalah seorang kerabat diraja Thai iaitu Chatri Chaler Yukol. Malah idea dan dana bagi membukin filem ini disumbangkan sendiri oleh keluarga diraja Thai iaitu Permaisuri Sirikit. Baginda ingin menghasilkan filem tersebut bagi memberikan gambaran yang jelas mengenai sejarah kegemilangan Thai pada zaman Ayuthia sekaligus menarik minat para pelajar sekolah dan anak-anak muda untuk menghayati dan mencintai sejarah negara mereka. Hebat bukan visi baginda? Sekurang-kurangnya baginda sedar tentang betapa pentinganya sejarah terhadap jati diri anak bangsanya. Mungkin juga untuk mengelakkan daripada rakyatnya buta sejarah lalu warisan bangsanya dicuri bangsa lain macam di negara sebelah.


Jika anda lihat pakaian wanita-wanita istana dalam filem ini pasti anda terasa seolah-olah pernah melihatnya. Ya! itulah Alter anda sedang berbunyi, ciri-ciri pakaian istana Siam lebih kepada ciri-ciri pakaian Melayu silam yang kita dapat lihat di ukiran-ukiran candi Borobodur dan di Angkor. Cara ikatan kain, cara memakai kemban, cara memakai selendang, corak-corak kain dan barang-barang perhiasan seperti pending dan dokoh adalah saling tak tumpah macam kita. Adakah kita menerima pengaruh mereka? Oh tidak, sebenarnya kita yang mempengaruhi kebudayaan mereka terutama kebudayaan istana. Anda nak tahu lebih lanjut  perlulah selesaikan puzzle yang bernama ‘Srivichai’.


KITA BILA LAGI? Hanya PGL, yang lebih kepada kisah romance yang banyak unsur lagenda dari sejarahnya. Malahan historical accuracy-nya adalah kurang terutama dari segi prop dan costume serta latar belakang Melaka. Agak daif jika dibandingkan dengan filem-filem epik sejarah negara-negara jiran. Dari dulu sampai sekarang kalau nak lihat pendekar-pendekar Melayu bertarung bersilat, nak tengok pedagang-pedagang Melayu menjual kain, nak lihat pelayar-pelayar Melayu merentas lautan dalam jong-jong besar, KITA KENA TENGOK CERITA ZAMAN P. RAMLEE.


Bila ditanya kepada penerbit dan director ni katanya “market demand cerita begitu”. Habis tu mana tanggungjawab sebagai anak bangsa? Takkan semuanya nak berkira? Jangan sampai negara sebelah sini pulak yang buat filem tentang Melaka yang dapat box office dan terkenal seluruah dunia. Nanti depa mengaku Melaka depa yang punya pulak sebab depa yang perkenalkan kehebatan Melaka ke taraf dunia, tak ke kempunan kita? Jangan pandang rendah dengan pengaruh media ni, orang yang tak minat sejarah akan jadi minat bila menonton filem-filem sebegini. Hasilnya lihatlah di Thailand, filem Suriyothai dikatakan telah menyebabkan ramai anak muda minat untuk belajar sejarah! Begitu juga dengan negara jiran kita yang satu lagi Indonesia. Betapa banyak filem-filem dan drama-drama television yang berkisar tentang zaman kegemilangan kerajaan-kerajaan Hindu Seperti Majapahit, Singgasari, Kediri, zaman Islam wali songo, zaman kolonial dan sebagainya. Sebab itu rakyat mereka sangat terkesan jika kita menyentuh pasal sejarah bangsa mereka, walaupun bukan semua yang ditulis dalam buku-buku teks sejarah mereka adalah benar. Tapi kalau disini ada orang kita sendiri sanggup memperlekehkan karya-karya agung Melayu lama seperti Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah padahal bangsa asing mengikhtirafnya pada tahap yang amat tinggi sekali. Pelik!


Di Indonesia juga ada sebuah lagi filem yang pada hemat saya boleh menaikkan semangat dan keinginan anak bangsa untuk ‘mengaji’ sejarah. Saya sendiri amat terkesan dengan filem tersebut sehinggakan banyak kali menontonnya terutama apabila semangat untuk menulis hilang seketika. Filem tersebut berjudul TJUT NYAK DHIEN atau Cut Nyak Dien. Bagi yang kaki sejarah macam saya ni mungkin pernah dengar nama ini tapi mungkin juga ada diantara anda yang menyangka nama ini nama cina (macam yang berlaku terhadap Hang Tuah yang dicinakan menjadi Hang Too Ah).


Sebenarnya ia bukan nama cina tetapi nama Acheh dan Cut Nyak Dhien adalah salah seorang daripada tokoh yang tersenarai dalam Tokoh Pejuang Nasional Indonesia. Beliau adalah seorang WANITA. Siapakah wanita hebat yang sanggup mengepalai pasukan gerila bagi menumpaskan pasukan-pasukan patrol Belanda ini? Beliau adalah salah seorang daripada pejuang bangsa Melayu Nusantara yang sangat saya sanjung dan kagumi. Apa-apa pun saya memang tabik dengan pembikin-pembikin filem dan produksi yang sanggup mengeluarkan belanja berpuluh-puluh juta dolar bagi menjadikan sejarah itu hidup sebagai sebuah reality dalam bentuk tayangan.


Tak lama lagi akan keluar filem Merong Mahawangsa, apakah yang boleh kita harapkan dari filem ini? Mampukah filem ini menandingi filem-filem epic sejarah negara jiran? Atau masih mementingkan market demand berbanding historical accuracy? Sama-samalah kita tunggu.



No comments:

Post a Comment