Saturday, January 30, 2010

KEDAH BUKAN MELAYU?

Artikel saya pada kali ini adalah ulasan mengenai kenyataan yang dibuat oleh seorang Forumer dalam sebuah Forum. Dibawah adalah lampiran tulisan Forumer tersebut.

Sriwijaya or Sribhoga had became an Empire after 7th C AD when they broke into Suvarnabhumi (Malayan Peninsula-Southern Thai old name). It began in Southern Sumatera in Indonesia and their first King is actually a Hindu from ancient India (Vedic period), they had relationship with Sri Lanka and Benggal. In the Indian Tamil Inscription above, you can see that the Kingdom of Sriwijaya, Malayur (Malay, Melayu), and Lamuri-Desa are the Kingdoms in Sumatera which is now in Indonesia, at first Sriwijaya is only a regional Kingdom but later combined with Malayu Kingdom of Jambi, among the dynasty in Malayu Kingdom is Shailendra dynasty, some people speculated that the dynasty is actually a foreign dynasty and not native in Indonesia, they possibly ran from Malayan Peninsula as when Funan Kingdom was defeated by Chenlar Kingdom, the whole Kingdoms in South too had to bow to Chenlar, and might be those people are from Funan Royal Court, they might be escaping from prosecution and sailing across the sea to Sumatera.


The Kingdom Malayur language or Bahasa Melayu (dialect) was actually the formal language used as Lingua Franca and administration in Malayan Peninsula, Java Island, and Borneo Island, Southern Philippines, and Southern Thai because of they were under the influence of Sriwijaya-Malayu Kingdom. Malay Language was divided into three period, the first period with Hindu-Buddhism influence when the language was influenced by Sanskrit with rich Sanskrit vocabulary, and then Classical Malay which is actually influenced by Persian and Arabic, and later Modern Malay, which is now spoken in Singapore, Malaysia, Brunei, and Indonesia (a version of Malay dialect). Lunggasuka people speak different language which is their own native language. Our language today is the blend of Malay and our ancestor language, Malay ethnic from Indonesia won't understand us entirely when we speak because we have our native words and our dialectical grammar is different from them.


Here are some words in our Kedah Language, they are not Malay nor Thai. People today tend to classify Kedah language as a Malay dialect but many Kedah people refuse it and saying that it is a distinct language influenced largely by Malay, not a dialect. Kedah people too like Khmer people are proud people as we refer ourselves as an ethnic and Malay is a different ethnic , and we revere our Land as it is a Sacred land:


Pra Om, Prang, Moh, Pok, Mak, Anak, Beang, Heang, Kchuboung, Athaan, Kherchai, Thaouk, Yeao, Khrieao, Khunnaiy, Kherngeau, Relaiy, Rompohn, Ph'ung, Khabau, Kherchieau, Khraao, Sertheap (Srahthap), Serdaeng (Sadaeng), Chanahk, Chearouk (Chrouk), Leegarn, Phu'ngkorc, Loolaarc, Jheop, R'ngeath, etc. It is difficult to translate them even into Standard Malay or English because some of them have contextual meaning especially the Verbs, not merely words.


Artikel ini menarik perhatian saya. Setelah channelling siapa penulis artikel ini saya dapat kesan bahawa beliau samaada memang penyokong siam nai-nai atau salah seorang daripada pendokong setia teori siam nai-nai. Artikel ini dengan jelas menyatakan bahawa si penulis mengakui bahawa orang-orang Melayu Kedah sebenarnya adalah bukan keturunan Melayu tulin dan adalah berasal daripada suku Mon-Khmer. Menurut beliau lagi sebahagian besar orang Kedah juga menyetujui pendapat beliau dan tidak mengaku sebagai Melayu tetapi adalah etnik Kedah yang lebih dekat dengan etnik Mon-Khmer berbanding Thai atau Melayu. Mereka dikatakan telah diMelayukan oleh kerajaan Malayur dan Sriwijaya apabila kerajaan-kerajaan mereka seperti Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka di takluki oleh empayar Melayu-Sriwijaya. 


Persoalannya disini adakah pendapat beliau ini boleh diterima? Adakah benar bahawa sebahagian besar daripada orang Kedah sendiri tidak mengaku bahawa mereka adalah Melayu tetapi adalah Mon-Khmer. Kenyataan beliau ini agak aneh kerana beliau menolak bukti-bukti DNA dan linguistic yang jelas meletakkan orang Melayu Kedah sebagai Austronesia dan bukan Mon-Khmer.


Saya akui berkemungkinan besar ada diantara suku Mon-Khmer yang telah mengalami asimilasi atau peresapan budaya dan bahasa dengan suku Melayu, namun perlu diingat bahawa jika benar orang Kedah adalah Mon-Khmer kerana bahasanya berbeza seperti perkataan-perkataan yang dituliskan dalam artikel tersebut, mengapa orang Kelantan atau Selatan Thai di sebelah pantai timur berlainan benar dialeknya sedangkan penduduk disini juga adalah dekat dengan IndoChina? 


Jika orang Champa dan Kelantan serta Pattani adalah Austronesia apa yang menyebabkan orang Kedah menjadi Mon-Khmer. Hipotesis yang dikemukakan beliau adalah tidak kukuh kerna tidak bersandarkan bukti yang nyata dan hanya tertumpu kepada bukti linguistic sahaja. Itupun belum cukup mantap lagi. Berkemungkinan besar keturunan penulis berkenanaan dan orang-orang kampung beliau adalah memang berketurunan Mon-Khmer yang suatu ketika dahulu pernah berhijrah ke Kedah atau mungkin dibawa oleh pedagang hamba, Itu tidak mustahil.


Teori yang beliau kemukakan ini sama tidak kukuhnya dangan teori anai-anai yang mengatakan bahawa orang Kedah adalah orang Siam. Hanya kerana sebutan perkataan itu berbeza tidak bermakna ianya dari stok atau suku ygng berlainan. Kenyataan beliau dalam artikel ini juga menunjukkan bahawa beliau mempunnyai pemahaman yang amat cetek tentang erti Melayu yg sebenar dan juga lilmu bahasa itu sendiri. 


Beliau menyatakan bahawa jika orang Melayu asal Indonesia mengedngar pertuturan orang Kedah sudah pasti mereka tidak akan memahaminya...nah, begitu juga kalau mereka mendengar percakapan orang Kelantan dan Terengganu sudah tentu mereka juga tidak akan memahaminya apatahlagi jika mereka mendengar bahasa Pahang yang berbeza mengikut daerah dan aliran sungai.


Bagaimana jika saya sebutkan beberapa perkataan Pahang disini yang pasti orang-orang dari Kedah juga akan menganggap ia adalah bahasa Mon-Khmer: KOI, KEH, KOHOIT, MELENGGEING, PROH, SEDEY, MENGKALA, MENCIPOIT, BABIR, AOK,MOH, MERELOH,MERENOK, PEDOOH,KEKNYE, KEHUT, KEHAK, PEPALEH ect. 


Begitu juga dengan dialek-dialek suku-suku Melayu yang lain yang banyak di Nusantara ini, adakah kerana ianya berlainan maka anda boleh mengaggap ia adalah bukan dari rumpun Melayu? Tidak, ianya tidak semudah itu untuk mengelaskan sesebuah bahasa . Seorang pakar bahasapun terpaksa berkerja mengkaji bertahun-tahun sesuatu nahu bahasa itu untuk mengkalsifikasikan sesebuah bahasa tersebut.


Bahasa Champa misalnya, jika anda mendengar sekali imbas anda akan seperti mendengar bahasa Thai atau bahasa Khmer malahan anda akan terus menganggap bahawa ia adalah dari rumpun Mon-Khmer, padahal ia telah disepakati oleh pakar-pakar bahasa sebagai bahasa Austronesia atau Melayo –polinesia dan bukan Mon-Khmer. Mungkin intonasinya adalah hampir dengan bunyi Mon-Khmer tetapi perkataannya adalah berbeza. 


Begitu juga dengan bahasa Acheh, bagi yang tidak pernah mendengar pasti akan merasa pelik dan menggaggap ia bahasa Thai atau khmer padahal ia adalah bahasa rumpun Melayu. Jadi kenyataan beliau yang menyatakan bahawa orang Kedah adalah Mon-Khmer semuanya adalah tidak mempunyai asas yang kukuh dan boleh dipertikaikan. Malahan sehingga sekarang tidak terdapat satu buktipun yang dapat mengukuhkan kenyataan yang didokong beliau bahawa kerajaan Langkasuka menggunakan bahasa Mon-khmer.


Tidak adal stele, prasasti atau manuskrip yang dapat menyokong teori ini, tetapi peliknya anda dapat melihat dengan banyak stele, dan prasasti yang menyatakan mengenai kerajaan Champa dengan bahasanya sekali yang dianggap sama tua atau lebih tua daripada Langkasuka sendiri. Jika benarpun sudah pasti bukan 100% masyarakat yang menguasai kerajaan tersebut adalah Mon-khmer, mungkin kerajaannya berbentuk heterogeneous sepertimana kerajaan-kerajaan Melayu yang lain dimana berlakunya percampuran darah antara Mon-Khmer-Melayu yang akhirnya membentuk masyarakat utara semenanjung tanah Melayu sekarang. 


Namun ia masih lagi tidak menyelesaikan persoalan saya mengenai mengapa terdapat perbezaan yang begitu ketara diantara dialek pantai timur utara iaitu Pattani, Kelantan Terengganu dengan dialek Kedah perlis sedangkan jika dilihat pada peta pengaruh langkasuka dan Kedah tua, kedua-dua kawasan pantainya iaitu pantai timur dan pantai barat adalah dibawah kekuasaannya? 


Ini adalah suatu misteri! Jika benar Kedah adalah Mon-Khmer mengapa Pattani dan Kelantan tidak dan mengapa perkataan-perkatan Mon-Khmer ( jika benar ia perkataan Mon-Khmer) yang disebut dalam artikel tersebut tidak terdapat di Kelantan, sedangkan ia adalah dibawah pengaruh kekuasaan yang sama iaitu Langkasuka?? Pelik bukan! Barangkali ada pakar-pakar bahasa atau pakar sejarah yang lebih arif tentang ini boleh memberikan komen atau pendapat serta hipotesis anda.


Rumusannya saya tidak bersetuju dengan artikel berkenaan yang menyatakan bahawa orang Kedah adalah Etnik khas Mon-Khmer. Perbezaan perkataan dan persamaan nya dengan perkataan mon-Khmer berkemungkinan besar adalah daripada cara ambilan atau pinjaman. Jika mahu meletakkan perbezaan ketara dialek sebagai penentu suku bangsa maka dengan mudah kita dapat mengeluarkan suku-suku Melayu yang lain daripada kelompok Austronesia kerana jika anda atau si penulis artikel ini mendengar percakapan Jawa Totok atau Bugis, atau batak, atau Toraja atau Aceh atau dialek Bali maka sudah tentu akan tercengang dan menyatakan bahawa suku-suku ini bukan Melayu dan berasal dari Mon-khmer juga. 


Hal ini kerana bahasa-bahasa ini juga lenggok nya dan banyak perkataan-perkataannya yang tidak terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu. Jika sang Forumer masih mahu mempertahankan kenyataan beliau bahawa orang Kedah adalah dari suku Mon-Khmer dan bukan Melayu Austronesia, nampaknya mereka terpaksa menukar status bangsa mereka dalam kad pengenalan dan borang-borang rasmi sebagai peribumi...:) mereka juga perlu diberikan subsidi penuh kerajaan dalam segala aspek keranan mereka sama dengan suku-suku mon-Khmer yang lain yang terdapat banyak di Semenanjung Malaysia ini seperti Jah-Hut, Jakun, Semelai, Senoi, Semak-beri, mah-Meri, Semak Beri, seboi dan banyak lagi suku-suku yang kita orang Melayu sebut sebagai ORANG ASLI. Mereka inilah suku Mon-Khmer sebenar yang masih ada di Semenanjung Tanah Melayu ini. Mahukah rasanya orang-orang Kedah disamakan dengan mereka ini?



No comments:

Post a Comment