Saturday, February 6, 2010

PEDANG ATAU SUNDANG LIPAS

Hari ini mari kita bersama berkongsi dan menyebarkan pengetahuan tentang salah satu daripada senjata Melayu yang juga kerap kali kita lupa. Senjata yang dimaksudkan ialah Pedang atau Sundang. Jarang kita dengar dalam kisah-kisah sejarah terdapatnya orang Melayu yang berperang dengan Pedang dan Sundang. Namun ini tidak bermakna ianya tidak wujud. Sebenarnya kedua-dua senjata ini merupakan sejenis pedang yang lurus dan panjang yang digunakan dengan dua belah tangan (seperti pedang samurai Jepun). Ia popular di Filipina, Borneo dan Sulawesi. Di Malaysia, ia dihasilkan di Terengganu, Kelantan, Patani dan Utara Semenanjung Malaysia.

Sundang, sama ada jenis biasa atau sundang lipas biasanya digemari oleh pelaut. Saiznya lebih besar dan berat dari pedang biasa. Walau bagaimanapun bagi pelaut yang sentiasa berkayuh dan mendayung berat dan saiz sundang ini alah bias tegal biasa bagi mereka, cuba kita bandingkan saiz dayung dengan sundang, mana yang lebih besar. Sundang biasanya menggunakan bahagian tengah bilah untuk menangkis serangan pedang, bukannya bahagian tepi yang tajam. Manakala bagi jenawi pula jenis pedang seperti ini adalah berasal dari China dan mendapat pengaruh dari pedang Jian. Di Semenanjung tidak banyak pedang seperti ini kecuali di pulau Jawa dan Sumatera kerana di Semenanjung Sundang lipas lebih terkenal dan banyak digunakan. Walaupun nampak sama namun terdapat perbezaan diantara sundang lipas dan pedang jenawi. Jenawi lebih tirus manakala Sundang lipas lebih lebar.


Sundang Keris Moro tidak digunakan untuk menikam seperti keris, ia lebih kepada menetak dan melibas. Saiz matanya agak besar dan lebih berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga lebih mirip kepada hulu pedang berbanding hulu keris. Sundang lipas pula digunakan untuk menyerang dalam sebarang keadaan. Senjata ini tidak belaga bila bertempur tidak seperti permainan parang atau pedang. Teknik permainan ini kena bergerak pantas menyababkan senjata ini tidak akan berlaga apabila diserang atau menyerang musuh.


Dalam silat gayong tidak semua gurulatih yang dapat belajar permainan ini kerana ia dianggap sebagai senjata tertinggi. Selain daripada seni sundang lipas satu lagi senjata yang masih sebahagian jurulatih tua miliki adalah seni “Serampang” sama ada Serampang Laut atau Serampang Barat. Permainan ini dianggap amat menggerunkan dalam segala permainan senjata. Kelebihan senjata ini adalah ia dapat melakukan serangan terhadap musuh yang ramai, lagi ramai adalah lagi baik. Sebenarnya bayak lagi senjata kuno yang belum lagi terungkap oleh kita sekarang yang masih manjadi rahsia dalam Ilmu Persilatan guru-guru tua.



No comments:

Post a Comment