Sebenarnya sudah ada kajian yang dibuat oleh para ahli kaji purba dari barat dan negara jiran yang menunjukkan bahawa budaya piramid sebenarnya berasal dari Kepulauan Melayu. Lebih tepat lagi ianya dikaitkan dengan sebuah benua yang telah tenggelam iaitu Sundaland. Sudah lama sebenarnya saintis-saintis barat mengeluarkan teori mereka mengenai Sundaland. Namun demikian sebahagian besar ahli-ahli kaji purba, kajibumi dan sejarah aliran perdana masih meraguinya kerana menurut mereka ini semua pseudo-science dan kajian purba yang terlarang. Namun yang benar tetap akan tersingkap walau bagaimana carapun kita menutupnya bak kata orang Melayu bangkai gajah kalau ditutup akan berbau juga.
Di negara jiran kita Indonesia beberapa ahli kaji purba dan kaji bumi ternama mereka sedang giat untuk membuktikan bahawa sememangnya tanah Kepulauan Melayu ini wujud sebuah ketamadunan purba yang tinggi ketamadunannya. Salah satu kehebatan tamadun purba ini adalah pembinaan piramid. Professor Robert Schoch dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam. Menurut beliau lagi Sundaland yang tenggelam lebih kurang 70,000 tahun yang lalu telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.
Kajian yang dibuat beliau bukan sahaja menyetuh tentang bukti-bukti kaji purba tetapi juga bukti linguistik, antropologi, DNA dan kaji bumi. Oleh itu adalah sukar untuk menyangkal teori yang dibuat beliau tanpa pengetahuan dalam bidang-bidang tersebut. Tambah beliau lagi tamadun-tamadun utama dunia seperti Sumer, China, Bolivia, Peru dan lain-lain mendapat ilmu mereka dari orang orang Sundaland yakni Kepulauan Melayu. Menurutnya lagi manusia dari Sundaland ini mempunyai ilmu pelayaran yang hebat dan telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan tamadun mereka. Adakah anda pernah menonton filem 10,000 BC? Jika belum sila tonton kerana dalam filem itu ada maksud tersembunyi. Jika kita teliti betul-betul dalam babak akhir filem tersebut setelah kesemua hamba-hamba itu memberontak, para penguasa yang mengarah untuk membina piramid tersebut cuba melarikan diri dengan sebuah kapal besar yang disembunyikan di belakang Piramid. Filem ini dengan jelas cuba memberi clue kepada kita bahawa pembina piramid datang dari wilayah asing yang jauh.
Mungkin maklumat ini terlalu asing bagi kalian semua namun sebenarnya kenyataan Prof Robert ini ada asasnya. Seperti yang telah saya katakan ahli-ahli kaji purba Indonesia sedang giat mencari piramid-piramid di seluruh Kepulauan Melayu dan hasilnya mereka berjaya menemui beberapa buah piramid dan setiap piramid yang berusia beribu tahun lebih tua dari piramid Mesir! Salah satu tapak yang telah dikenal pasti oleh kaji bumi dan ahli kaji purba Indonesia ialah di Gunung Lalakon, Bandung. Menurut mereka setelah mereka mengadakan ujian batuan secara saintifik mereka mendapati dibawah permukaan Gunung Lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina manusia dan bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ini benar bermakna Gunung Lalakon adalah salah satu piramid yang terbesar dan tertinggi di dunia. Pasukan yang digelar Turangga Seta ini mendakwa masih ada ratusan piramid lain yang tersebar di seluruh Indonesia. Mereka mengatakan bahwa piramid-piramid itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung mahupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramid. Mereka memiliki empat sisi yang ternyata simetri.
Adakah penemuan ini sama seperti penemuan di Bosnia. Saya juga mendapat maklumat bahawa penggalian di Bosnia telah dihentikan kerana kurang bukti ditemui dan dihalang oleh lembaga kaji purba yang berpengaruh di dunia. Mengapa mereka betul-betul takut jika piramid ditemui di Bosnia atau di Indoneisa agaknya?
Selain daripada gunung-gunung yang disebutkan diatas sebenarnya ada banyak lagi tapak lain terutama tapak megalitik di Indonesia yang mempunyai binaan berupa piramid dan cerun piramid. Antaranya ialah Candi Sukuh yang amat terkenal itu. Jika kita lihat betul-betul Candi ini tidak ubah seperti piramid kaum Maya dan Aztec di Amerika tengah! Selain Candi Sukuh satu lagi candi yang hampir serupa ialah Candi Cheto. Semua ini terletak di Pulau Jawa. Sebenarnya jika kita membuat kajian lebih mendalam ciri-ciri pembinaan candi-candi di Kepulauan Melayu adalah amat unik. Hal ini kerana ianya berasaskan kepada binaan cerun piramid. Contoh yang paling nyata ialah candi Borobudur sendiri. Selain Borobudur candi-candi lain seperti Candi Pasemah di Sumatera selatan dan Candi Prambanan terutama di bahagian atasnya yang melambangkan Gunung Mahameru juga mempunyai asas cerun piramid. Jadi pada pendapat saya adalah wajar sekiranya kita katakan bahawa pembinaan piramid adalah tidak asing sebenarnya di Kepulauan Melayu.
Para pengkalji dari UKM sendiri pernah membuat kesimpulan bahawa di sekitar Tasik Chini ada bukit-bukit yang berbentuk seperti piramid yang mempunyai empat bucu yang lurus. Tambahan lagi jika kita lihat senibina rumah-rumah Melayu di seluruh Kepulauan Melayu maka akan kita lihat tidak hilangnya tradisi piramid dalam masyarakat kita. Yang saya maksudkan adalah senibina bumbungnya yang berbentuk piramid dan antara contohnya ialah Masjid Kampung Laut. Adakah benar piramid berasal dari Kepulauan Melayu? Adakah benar Sundaland adalah Atlantis yang dicari-cari selama ini?
No comments:
Post a Comment