Jika kesemua manuskrip itu kembali ke tanah MELAYU, Sayalah antara orang yang paling gembira. Mana tak nya hampir 30 ribu naskah manuskrip MELAYU yang kini tersimpan di perpustakaan Universiti Leiden di Belanda, tidak mustahil boleh dimiliki semula Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura jika semua negara ini bekerjasama mendigitalkannya.
Sehingga kini belum ada kerjasama membabitkan semua negara terbabit, sebaliknya hanya melalui usaha kecil sesetengah pihak. Jika Semua negara berkepentingan mampu dan mahu bekerjasama, pemilikan semula manuskrip MELAYU di Leiden tidak mustahil walaupun bukan dalam bentuk asalnya.
Kiraan kos untuk mendigitalkan semua manuskrip itu belum pernah dilakukan, namun sebagai pedoman di Leiden kos untuk mendigitalkan selembar naskhah adalah 1 euro (RM4.83) dengan tambahan RM72 bagi tempahan baharu.
Justeru, untuk naskhah 500 halaman, andaian kos diperlukan adalah kira-kira RM2,485. Jadi, kalau kita andaikan 30,000 naskhah itu katalah ada sejuta halaman, jadi kos digitalnya juga pasti besar.
Sebelum ini British Library terbabit dengan projek digital keseluruhan manuskrip MELAYU dalam simpanannya yang mencecah kos sekitar RM686,180.Projek itu mendapat dana daripada pasangan Amerika yang menetap di Singapura, William and Judith Bollinger dan mengambil masa lima tahun bermula 2013.
British Library turut bekerjasama dengan Perbadanan Muzium Kebangsaan Singapura dengan mendigitalkan manuskrip berkaitan Singapura yang tersimpan di British Library.
Tak dapat yang asal pun takpa, Sebab perkembangan teknologi masa kini membolehkan salinan digital dibuat, malah pangkalan data boleh menghimpunkan banyak salinan. Kajian menggunakan naskhah fizikal pula perlu dikendalikan dengan penuh cermat kerana sifat 'rapuh' naskhah lama.
Di Leiden, katanya genre manuskrip MELAYU yang paling banyak disimpan adalah cerita rakyat yang kaya dengan kandungan kearifan tempatan puak yang mendiami wilayah Nusantara.
"Ia dirakam sama ada dalam bentuk historiografi tradisional seperti chronicle (kronikel) dan annal (babad), undang-undang atau cerita panji. Selain itu, tersimpan juga raja-raja dan manuskrip ilmu agama, “Dalam hampir 30ribu manuskrip itu dirujuk sebagai manuskrip MELAYU, ada juga naskhah ditulis dalam tulisan selain jawi. Antaranya tulisan rencong, Bugis, Bali, Sunda dan Jawa, tetapi manuskrip bertulisan jawi tetap menjadi bahagian paling banyak dan naskhah berkenaan adalah koleksi diperoleh Belanda ketika zaman penjajahan dan ia datang dari pelbagai daerah di alam MELAYU.
Bayangkan kalau kita dapat semula manuskrip ni, Perkapalan, Perubatan, Pembinaan, Perkerisan, Astronomi, Petua-petua, Sejarah Peradaban Nusantara, Dan banyak bidang lagi. Perggh No wonder pihak penjajah mencuri semua manuskrip MELAYU, Sebab mereka tidak mahu kita semua tahu sejarah kehebatan nenek moyang kita dahulu, satu cara mereka nak hapuskan bangsa kita melalui sejarah.
Lihat saja khazanah di Malaysia hari ini, bangunan kebanyakan peninggalan penjajah, sedangkan tapak asalnya adalah istana, Masjid, dan sebagainya. Yang mereka hancurkan dan membina sejarah mereka. Manuskrip ni tak kira negara penjajah lain lagi seperti UK, 1 negara ada berapa University dan muzium. Banyak dan tidak mustahil setiap muzium ada sejarah kita yang disimpan mereka.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment