(Ijtimak Malaysia - 11/07/2009). Setiap manusia diatas mukabumi ini berusaha. Setiap orang yang berusaha akan mendapat keyakinan atas apa yang diusahakan. Seorang petani yang usaha atas pertanian maka akan dapat keyakinan atas pertaniannya. Seorang peniaga yang usaha atas perniagaan maka akan dapat keyakinan untuk dapat sesuatu dari perniagaannya. Seorang pemerintah yang ada keyakinan atas pemerintahannya, yang usaha atas kuasanya maka akan datang keyakinan atas kuasanya.
Setiap orang berusaha dan dalam hati mereka ada keyakinan atas usaha yg mereka telah lakukan. Hari ini usaha atas agama telah ditinggalkan, usaha atas iman telah ditinggalkan oleh manusia. Oleh kerana itu, keyakinan atas agama telah keluar daripada hati manusia. Hari ini agama telah jadi satu benda yang ikhtiar dan infradi, satu benda pilihan dan bersifat peribadi. Sedangkan agama adalah bersifat ijtimai. Asalnya agama bersifat ijtimai dan umum. Agama perlu diamalkan secara ijtimai. Oleh kerana tiada usaha atas agama, maka dari hati orang Islam sendiri telah tidak ada keyakinan pada agama. Telah tidak ada penggantungan pada agama bahawa dengan agama kita akan dapat kejayaan. Punca utama ialah kerana usaha agama telah ditinggalkan.
Allah s.w.t telah janjikan hidayah dgn usaha mereka yg bermujahadah, berusaha dan bersusah payah. Usaha yg macam mana? Maulana kata ada banyak cara usaha ttpi usaha yg dikehendaki ialah usaha yg mengikut kehendak Allah s.w.t dgn cara yg telah dibuat oleh Nabi s.a.w. Usaha yg mana Nabi s.a.w telah bangunkan sahabat2. Usaha yg mana Nabi s.a.w telah sediakan sahabat2. Melalui usaha itu, agama akan datang dalam kehidupan kita. Kita kena yakin dalam hati kita, bahawa satu2nya cara yang pasti untuk dpt hidayat daripada Allah s.w.t adalah dgn perantaraan usaha dakwah illallah. Usaha tersebut hendaklah dijalankan dengan cara yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w. Kita kena buat usaha dgn cara yg dikehendaki oleh Allah s.w.t yg telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Kita kena pasak dlm hati kita bahawa hanya dengan usaha yang dibuat oleh Nabi s.a.w dan sahabat2 sahaja agama akan dtg dlm kehidupan kita dan seluruh umat. Tidak ada cara lain.
Usaha yg dibuat bukan dgn cara Nabi s.a.w dan sahabat, maka bukan agama yang akan datang tetapi di khuatiri kesesatan atau fitnah yg akan datang. Dengan cara lain hidayat tidak akan datang. Kalau dimana2 disudut dalam hati kita ada sedikit keraguan, kita fikir dalam banyak2 usaha ini adalah salah satu usaha, dengan cara lain pun boleh dpt hidayat, kalau ada perasaan macam ini, tidak ada yakin dlm hati, maka dia tidak akan dpt hidayat. Allah s.w.t telah beritahu dgn sungguh2, mereka yg bermujahadah/bersusah payah dgn cara yg Kami kehendaki, pasti dan pasti Kami akan bagi hidayah padanya. Kita kena ada keyakinan 100% bahawa bila buat usaha dgn cara yg dikehendaki oleh Allah s.w.t, dgn cara Nabi s.a.w dan sahabat2, maka pasti hidayat akan dtg. Usaha ini perlu dibangunkan secara ijtimai dlm umat ini barulah hidayat akan dtg dpd Allah s.w.t.
Yakin akan dtg dlm hati kita hanya dgn perantaraan dakwah. Agama akan dtg dlm diri manusia hanya dgn perantaraan yakin. Maulana Ilyas rah. kata inilah jlnnya utk bina yakin, utk bentuk yakin. Dgn perantaraan dakwah yakin akan dapat diubah, yakin akan dapat dibaiki. Inilah langkah yg pertama dlm usaha kita dan usaha semua nabi-nabi a.s iaitu utk betulkan yakin. Bagaimana yakin dapat dibetulkan sehingga dalam hati kita tidak ada keyakinan selain daripada Allah s.w.t. Dlm hati ada keyakinan bahawa segala sesuatu hanya berlaku dengan kudrat Allah s.w.t, semua berlaku dgn perintah Allah s.w.t. Setiap perkara yg telah berlaku, akan berlaku, semua nya berlaku kerana perintah Allah s.w.t. Ini perkara yang paling asas. Ini perkara yang paling penting yg mana semua org Islam kena faham. Kita kena rasa inilah keperluan yang paling penting. Inilah tggjwb yang pertama. Inilah tugas pertama kita iaitu utk betulkan yakin. Yakin yang betul dlm hati dan bulat hanya pada Allah s.w.t.
Maulana Ilyas rah. begitu berhati-hati dlm perkara ini. Satu org telah berkata ‘secara kebetulan benda ini berlaku’. Maulana Ilyas rah. sangat marah. Macam mana boleh kebetulan berlaku. Ini perkataan orang yang tidak percaya pada tuhan. Dengan kehendak Allah s.w.t semua berlaku. Dengan perintah Allah s.w.t perkara ini telah berlaku. Untuk betulkan yakin kita, pertama sekali kena betulkan percakapan kita, kena betulkan fikir kita. Dlm kehidupan kita 24 jam tidak ada satu perkataan pun yg keluar dari mulut kita yg bertentangan dgn kalimah lailahaillallah. Fikir kita, percakapan kita, pandangan kita, tidak ada sedikit pun yg bertentangan dgn kalimah lailahaillallah. Hari ini, dari pagi sampai petang, siang dan malam, percakapan kita, fikir kita, pendengaran kita, semua bertentangan dgn kalimah lailahaillallah. Dlm keadaan macam ni, bagaimana yakin kita boleh betul?
Pertama sekali kita kena betulkan percakapan kita, fikir kita dan setiap orang Islam kena fikir ini kerja dia dan tggjwb dia. Setiap hari pergi jumpa manusia, cakap ttg kebesaran Allah, cakap tentang kehebatan Allah, cakap tentang kalimah lailahaillallah. Hari ini timbul salah faham dalam diri orang Islam sendiri, kita menyangka dakwah iman, dakwah kalimah adalah untuk orang kafir, bukan untuk orang Islam. Kenapa saya perlu dakwah kalimah sedangkan saya sudah Islam? Dalam Quran Allah s.w.t telah terangkan bahawa orang yang paling berhak atas kalimah adalah orang Islam. Tuan punya kalimah ini ialah orang yang beriman. Dalam Quran, Allah s.w.t telah perintah orang yang beriman supaya berterusan beriman pada Allah s.w.t. ‘Wahai org2 yg telah beriman, berimanlah kamu’.
Yakni kamu kena usaha atas iman kamu sehingga dapat datang agama yang sempurna dalam kehidupan kamu. Keseluruhan hidup kamu mengikut hukum hakam Allah s.w.t. Usaha atas iman ini adalah perintah Allah s.w.t. Nabi s.a.w telah perintahkan para sahabat r.a mentajdidkan iman mereka. Walaupun sahabat mempunyai iman macam gunung, masih lagi nabi s.a.w menyuruh mereka mentajdidkan iman mereka. Usaha atas kalimah adalah keperluan orang Islam, bukan untuk orang kafir. Kena usaha atas iman sehingga dapat hasilkan iman yang mantap, iman yang kuat, iman yang sempurna pada Allah s.w.t sehingga keseluruhan agama dapat datang dalam kehidupan. Seluruh Quran telah datang dalam kehidupan sahabat r.a dengan perantaraan yakin. Sahabat kata, ‘kami belajar iman sebelum kami belajar Quran’. Mereka betulkan yakin mereka, dan keseluruhan Quran telah dapat mereka amalkan dalam kehidupan.
Perkara pertama yg kita dan seluruh umat kena faham bahawa kita perlu usaha atas iman. Inilah tggjwb saya, inilah kefarduan atas diri saya. Utk betulkan iman saya, utk betulkan yakin saya, saya kena lapang kan masa jumpa manusia utk cakap ttg kalimah lailahaillallah, cakap ttg mahfum kalimah. Saya kena pergi rumah ke rumah jumpa manusia. Dlm percakapan, dlm muzakarah, dlm perbincangan, 24 jam, saya tidak boleh cakap perkataan yg bertentangan dgn kalimah lailahaillallah. Kita kena cakap ttg kalimah ini lagi dan lagi sebagaimana sahabat2 telah buat. Sahabat telah pegang tangan sahabat yg lain, duduk sama2, mereka berbincang ttg iman, ttg kebesaran Allah, ttg kudrat Allah s.w.t. Kita kena rasa ini tggjwb kefarduan atas diri saya. Dalam kalimah ini, pertama sekali kita kena nafi. Kita kena nafikan selain dari Allah, semua nya tak boleh buat apa-apa, yang berkuasa hanya Allah s.w.t. Tujuh petala bumi, tujuh petala langit, dari sebesar makhluk hinggalah sekecil makhluk, semuanya tidak boleh buat apa2, tidak ada kuasa utk bagi menafaat atau mudharat. Yg berkuasa hanya Allah.
Sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah nafikan segala2nya, telah nafikan benda2 yg bergerak, nafikan bintang, nafikan bulan, nafikan matahari, juga nafikan benda yg tidak bergerak, nafikan berhala2. Beliau telah pecahkan berhala2 tersebut. Beliau telah nafikan segala2nya. Beliau telah mentauhidkan Allah s.w.t. Beliau telah hadapkan tawajjuh beliau hanya pada Allah s.w.t. Beliau bukan hanya kata dgn lidah, bahkan beliau telah buktikan dgn amalannya. Pada ketika beliau hendak dicampak ke dlm api oleh Namrud, maka malaikat Jibrail a.s telah bawa malaikat yg jaga air, malaikat yg jaga gunung utk bantu Ibrahim a.s ttpi pada ketika itu beliau tidak jadikan malaikat2 sbg perantaraan. Beliau telah berpaling dari malaikat, beliau tidak berhajat pada malaikat. Beliau tidak letak apa pun antara beliau dgn Allah s.w.t. maka bantuan Allah telah dtg secara langsung kpd Ibrahim a.s.
Tanpa asbab, Allah s.w.t bantu Ibrahim a.s. Allah s.w.t perintah api supaya jadi selamat dan sejahtera untuk Ibrahim a.s. Inilah perkara yg kita hendak belajar dari kisah Ibrahim a.s bahawa kita tidak boleh letak apa2 antara kita dgn Allah s.w.t. Keyakinan kita hanya pada Allah s.w.t. Hari ini, secara umumnya di seluruh dunia telah berlaku salah faham yg amat besar dikalangan org Islam krn mereka telah letakkan antara mereka dgn Allah s.w.t, asbab2 kebendaan dunia. Maulana Yusuf rah. kata syarat pertama utk seseorang itu ambil faedah dpd kudrat Allah s.w.t, dpd khazanah Allah s.w.t, dia kena buang langsung, tidak ada sedikit pun dlm hati dia keyakinan pada asbab kebendaan. Dia kena bersihkan keyakinan hati dia selain dari Allah s.w.t. Hari ini, org Islam cuba ambil faedah dpd kudrat Allah s.w.t utk selesaikan masalah dgn perantaraan benda dunia. Maulana Yusuf rah. kata org kafir pun buat, org kafir pun pandai, org kafir pun tahu iaitu ambil faedah dari khazanah Allah s.w.t melalui benda2 dunia.
Allah s.w.t pencipta, Allah s.w.t pemberi rezeki tetapi orang kafir letak benda-benda asbab antara mereka dengan Allah s.w.t. Hari ini, orang Islam letak kedai, letak kilang, letak wang ringgit sebagai perantaraan untuk dapat daripada Allah s.w.t. Sebenarnya, untuk dapat secara langsung daripada khazanah Allah s.w.t, adalah dengan perantaraan amal, bukan asbab. Perkataan yang keluar dari mulut org Islam sendiri yang mengatakan dunia darul asbab, untuk dapat dari Allah s.w.t kena ada asbab. Ini tidak betul. Maulana Yusuf rah. kata syarat untuk dapat faedah/bantuan daripada Allah s.w.t kena buang asbab dari hati. Kena keluarkan keyakinan asbab dari hati. Ini perkara yang penting yang kita kena usaha, kena sedar, kena faham, kita perlu usaha atas iman agar datang dalam hati keyakinan yang bulat hanya pada Allah s.w.t. Percakapan kita mestilah percakapan yang mengagungkan Allah s.w.t.
Percakapan tentang kehebatan Allah s.w.t. Perkara ini sangat penting sehingga baginda Rasulullah s.a.w sendiri, seorang nabi, bila ditanya tentang ashabul kahfi, maka nabi s.a.w telah kata baginda akan bagi jawapan esok. Baginda terlupa hendak kata insya’Allah. Maka 15 hari wahyu tidak turun. Selepas 15 hari baru wahyu turun. Allah s.w.t tegur nabi s.a.w kerana tidak kata insya’Allah, iaitu ‘sekiranya diizinkan oleh Allah, saya akan jawab’. Begitu sekali kita kena jaga percakapan kita. Setiap perkara yang berlaku, akan berlaku, telah berlaku, semuanya dinisbahkan hanya pada Allah s.w.t. Semua berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. Inilah usaha yang pertama yg kita kena buat, cakap kebesaran Allah. Pertama, kita perlu meyakini yg berkuasa hanya Allah s.w.t. Kedua, cara utk dapat dpd Allah s.w.t hanya dgn cara Nabi, muhammadurrasulullah. Makna beriman pada Rasulullah s.a.w ialah kita meyakini akan segala apa yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. Nabi s.a.w menyampaikan kepada kita janji2 Allah, perkara2 yg ghaib, tentang syurga, neraka, akhirat. Bila kita meyakini janji2 Allah s.w.t tersebut, meyakini segala apa yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w, semata2 percayanya kita pada Nabi s.a.w, itu adalah iman. Tanpa perkara ini, iman kita tidak sempurna.
Syarat utu iman kita diterima oleh Allah s.w.t., syarat utk kesempurnaan iman ialah kita kena meyakini 100% segala yg dikhabarkan oleh Nabi s.a.w pada kita walaupun kita tidak nampak. Di zaman Nabi, sahabat, org kafir dan org musyrik semua dgr perkataan nabi. Sahabat dgr perkataan nabi dgn penuh yakin. Benarlah kata2 Allah dan Rasul. Org musyrik dgr ttpi mrka kata, apa yg terjadi semua tipu belaka. Bila berlaku sesuatu keadaan, org beriman lihat pada janji Allah akan ttpi org munafik bila berlaku sesuatu keadaan, mrk lihat pada keadaan tersebut, mrk tidak lihat pada janji Allah.
Dlm perang Khandak, bila berlaku tekanan, org beriman lihat pada janji Allah. Mrk yakin 100% apa yg Allah dan Rasul janji. Org munafik dlm syak. Mrk tidak yakin bahkan mereka kata ini semua tipudaya belaka. Hari ini pun, org Islam diseluruh dunia, bila berlaku keadaan, ramai org Islam yang lemah iman, mereka mula sangsi dan syak pada janji Allah s.w.t. Sebagaimana org munafik lihat apa yg berlaku pada sahabat dlm perang Khandak, mereka syak dan kata macam2, mereka kata janji Nabi s.a.w tidak betul. Org beriman, apa pun keadaan yg berlaku, yakin dia 100%, tidak ada sedikit pun keraguan atas apa yg Allah dan Rasul telah janjikan. Sahabat2 telah diuji atas keimanan mereka, diuji atas keyakinan mereka pada nabi s.a.w. Ujian yg pelik2.
Dlm perang Khandak, bila berlaku tekanan, org beriman lihat pada janji Allah. Mrk yakin 100% apa yg Allah dan Rasul janji. Org munafik dlm syak. Mrk tidak yakin bahkan mereka kata ini semua tipudaya belaka. Hari ini pun, org Islam diseluruh dunia, bila berlaku keadaan, ramai org Islam yang lemah iman, mereka mula sangsi dan syak pada janji Allah s.w.t. Sebagaimana org munafik lihat apa yg berlaku pada sahabat dlm perang Khandak, mereka syak dan kata macam2, mereka kata janji Nabi s.a.w tidak betul. Org beriman, apa pun keadaan yg berlaku, yakin dia 100%, tidak ada sedikit pun keraguan atas apa yg Allah dan Rasul telah janjikan. Sahabat2 telah diuji atas keimanan mereka, diuji atas keyakinan mereka pada nabi s.a.w. Ujian yg pelik2.
Satu ketika, Nabi s.a.w telah beli seekor kuda dpd seorg arab. Akad telah berlaku. Telah berlaku jual beli cuma pada ketika itu Nabi s.a.w tidak bawa duit. Nabi s.a.w ajak arab itu ikut baginda untuk pergi ambil duit. Dua2 pihak telah bersetuju. Dalam perjalanan, ada satu orang tawarkan pada arab itu untuk beli kuda tersebut. Setelah berbincang, arab itu bersetuju untuk jual kuda pada orang kedua. Dia kata, ‘wahai Muhammad, kamu nak beli kuda ni?’ Nabi s.a.w kata, ‘aku dah beli kuda itu, kita sudah bersetuju’. Arab tu kata, ‘aku tak jual pun lagi kuda ni pada kamu’. Dia telah nafikan kata2 Nabi s.a.w. Arab tu kata, ‘kalau betul kata2 kamu, bawakan saksi, tiada siapa pun lihat akad jual beli tersebut’. Satu org sahabat, Huzaimah bin Sabit, lalu di situ dan dia kata aku sedia jadi saksi. ‘Aku bersaksi bahawa baginda s.a.w telah beli kuda kamu’. Rasulullah s.a.w tanya pada Huzaimah, ‘kenapa kamu berani jadi saksi atas perkara yg kamu tidak lihat’.
Huzaimah kata, ‘wahai Rasulullah, kamu telah beritahu pasal syurga, neraka, mizan, mahsyar, kubur, kehidupan selepas mati, semua itu kami tidak nampak, ttpi kami yakin sepenuhnya apa yang telah nabi kata. Takkanlah perkara yang kecil macam ini kami tidak boleh percaya’. Begitu sekali yakin para sahabat kepada Nabi s.a.w. Sejak dari itu, Nabi s.a.w kata kekuatan saksi Huzaimah sama dengan dua orang. Inilah usaha yang kita kena buat. Jalan untuk dapat iman, yakin yang sempurna pada Allah dan Rasul. Pertama, hanya Allah yang berkuasa, hanya Allah yang buat segala-galanya. Kedua, caranya ialah cara Rasulullah. Tiada cara lain untuk kita ambil dari Allah hanya dengan cara perantaraan amal Nabi s.a.w. Hari ni, org2 Islam telah mengganggap bahawa cara untuk dapat dari khazanah Allah adalah dengan perantaraan asbab, dengan perantaraan makhluk, benda2 dunia. Mereka jadikan kedai mereka, ladang mereka, sebagai perantaraan untuk dapat dari Allah padahal dalam asbab, dalam benda2 tidak ada janji Allah. Janji Allah s.w.t semata2 di dalam amal dengan cara Muhammadurrasulullah.
Allah s.w.t telah ciptakan asbab utk manusia sebagai imtihan, sbg ujian bagi manusia. Allah s.w.t hendak tengok hamba2nya adakah mereka dtg kpd Allah dulu atau pergi pada asbab dulu. Allah hendak tengok, bila kita ada masalah atau mengalami sesuatu keadaan maka kita pergi pada Allah dulu, kita tawajjuh pada Allah dan kita guna cara yang Allah telah beri, cara yang mana ada janji Allah dengan perantaraan amal. Dgn perantaraan amal segala masalah kita akan diselesaikan oleh Allah s.w.t. Kalau satu org telah pergi pada asbab dulu, tidak pergi pada Allah s.w.t terlebih dulu, maknanya dia telah utamakan asbab dan Allah s.w.t tidak akan selesaikan masalah dia. Hari ini, orang Islam fikir, kita boleh buat asbab cantik2, tggjwb utk usaha atas asbab, yg sempurnakan Allah s.w.t.
Usaha atas kedai, usaha atas ladang, usaha atas kilang dan kedepankan pada Allah s.w.t. ‘Aku sudah usaha, Engkau bagilah rezeki’. Itu bukan cara nya. Caranya ialah dengan amal, dengan perantaraan solat, doa, dan amal kita kedepankan pada Allah s.w.t maka bantuan Allah s.w.t akan dtg pada kita. Sebagaimana sahabat2, bila mereka menghadapi sesuatu keadaan, mereka akan kedepankan amal, mereka dahulukan amal daripada asbab. Hari ini kita buat asbab dahulu, bila asbab tidak berjaya, selepas itu baru minta dgan Allah s.w.t. Sahabat pergi pada Allah s.w.t dahulu. Dua keadaan berlaku samada Allah s.w.t bagi bantuan pada mereka dengan amal mereka tanpa perlu pergi pada asbab iaitu tanpa asbab Allah s.w.t bantu mereka dan kadang2 Allah s.w.t bagi bantuan dgn perantaraan asbab. Sahabat buat amal dan juga asbab tetapi mereka dahulukan amal.
Perkara ini kita kena cerita lagi dan lagi. Bantuan ghaib Allah s.w.t pada sahabat dan bantuan ghaib Allah s.w.t pada nabi2 dan rasul2. Ini bukan semata2 sejarah. Hari ini kita baca, kita tulis kisah nabi sebagai satu sejarah sedangkan kisah nabi2, kisah rasul, bantuan ghaib Allah s.w.t pada nabi dan rasul, bantuan ghaib Allah s.w.t pada sahabat, perkara ini dituntut untuk dicerita lagi dan lagi untuk bentuk iman kita. Dalam Quran Allah s.w.t cerita kisah nabi2 pada Rasulullah s.a.w. Allah berfirman, ‘Kami ceritakan pada kamu kisah nabi2 dahulu yg akan memantapkan hati kamu’. Allah perintahkan nabi s.a.w ceritakan pada sahabat. Perlu dicakap lagi dan lagi dlm dakwah kita supaya timbul dlm hati kita keyakinan pada bantuan Allah. Hari ini orang kata mereka sahabat, mrk dpt bantuan krn mrk sahabat nabi, kita bukan sahabat, kita kena guna asbab, kita kena usaha atas asbab.
Sahabat dpt bantuan Allah s.w.t krn amal yg diyakini. Janji bantuan Allah s.w.t terbuka hingga hari kiamat. Bukan khas utk sahabat2 sahaja. Allah s.w.t berfirman dlm Quran,‘Kami pasti dan pasti akan bantu rasul Kami dan org2 yang beriman pada hari akhirat’. Allah s.w.t telah berjanji utk bantu org2 yg beriman. Bantuan Allah s.w.t bukan khusus untuk para sahabat sahaja. Janji Allah s.w.t untuk setiap orang beriman hingga hari kiamat. Jika kita dapat wujudkan amal yg sama yg telah wujud dlm diri sahabat, kita juga akan dpt bantuan secara langsung dpd Allah s.w.t sebagaimana sahabat2. Dlm hadis diberitahu, satu org beriman hari ini sama dgn 10 org sahabat dan ganjaran utk satu org beriman hari ini sama dgn 50 org sahabat.
Sahabat tanya, ‘adakah 50 org dikalangan mereka?’ Nabi s.a.w jawab, ‘tidak, sama dgn 50 org dikalangan kamu’. Satu org yg terima bantuan ghaib dpd Allah s.w.t di dunia, ini bukanlah maksud. Maksud amal ialah utk dpt keredhaan Allah s.w.t. Tanda sempurna iman seseorg itu bukanlah sbb dia dpt bantuan ghaib Allah s.w.t. Nabi s.a.w ditanya, ‘apa tanda iman?’. Nabi tidak kata tanda iman ialah bila seseorg itu dpt bantuan ghaib dpd Allah s.w.t. Nabi kata, tanda iman ialah bila buat amal baik kamu rasa gembira, dan bila buat benda yg buruk kamu rasa sedih. Kita kena cerita ttg iman dan cerita ttg tanda2 iman. Satu kumpulan sahabat telah dtg jumpa Nabi s.a.w. Mrk kata dalam diri mrk ada 15 sifat. 5 perkara yg kamu perintah kami beriman dgnnya. 5 perkara yg kamu perintah kami beramal dgnnya. 5 perkara yg telah ada dlm diri kami sejak zaman jahiliyah lagi.
5 perkara yang kamu perintah kami beriman:
1) beriman kepada Allah dan Rasul
2) beriman kepada malaikat
3) beriman kepada kitab-kitab
4) beriman kepada hari akhirat
5) beriman kepada takdir
5 perkara yang kamu perintah kami beramal:
1) kalimah lailahaillallah muhammadurrasulullah
2) solat
3) zakat
4) puasa di bulan Ramadhan
5) haji
5 perkara yang sedia ada dalam diri kami:
1) sabar ketika susah
2) syukur ketika senang
3) redha dengan keputusan Allah
4) berani berhadapan dengan musuh
5) bila musuh ditimpa kesusahan, kami tidak gembira musibah yang menimpa mereka
Nabi s.a.w kata mereka ini adalah org2 yg faqih. Faqih ialah org yg mempunyai kefahaman yg sempurna tentang agama. Nabi s.a.w telah iktiraf mereka sebagai fuqaha, udabaq. Maulana kata, kalau kamu mahir macam mana pun dalam bahasa arab, kamu tidak boleh sampai ke tahap kemahiran Abu Jahal. Nabi s.a.w kata mereka ini faqih, fuqaha, udabaq. Kalau pintu kenabian masih terbuka, mereka ini layak untuk jadi nabi kerana ketinggian sifat yang mereka miliki. Ini sifat2 yg patut ada pada setiap org beriman. Sifat orang beriman, sabar dan syukur. Keseluruhan sifat iman terkumpul dalam 2 perkara ini. Satu orang yang mempunyai sifat sabar dan syukur yg sempurna pada Allah s.w.t maka dia ialah seorang yang mempunyai iman yg sempurna pada Allah s.w.t. Ini tanda iman.
Hari ini kita faham sabar itu ialah bila satu org dipukul, dia tahan atas pukulan tersebut, maka dia orang yang sabar. Satu org yg dapat nikmat, dapat kesenangan maka dia kata dia bersyukur pada Allah s.w.t. Kedua-dua ini bukan syukur dan bukan sabar. Sabar adalah kita menahan diri kita dpd perkara2 yg dilarang oleh Allah s.w.t. Syukur adalah kita menggunakan diri kita menurut perintah/kehendak Allah s.w.t. Walaupun tiada makanan untuk dimakan, tiada pakaian untuk dipakai, tiada duit untuk dibelanja, dia boleh jadi satu orang yang bersyukur pada Allah s.w.t apb dia guna apa yg dia ada ikut kehendak dan perintah Allah s.w.t. Ibadat bukan balasan bagi nikmat. Satu org yg dapat nikmat, sebagai balasan, dia beribadat pada Allah s.w.t. Ibadat adalah hak Allah s.w.t.
Iman adalah taat. Tanda iman dlm diri seseorg ialah dia ada sifat taat pada perintah2 Allah s.w.t. Ibadat adalah hak Allah s.w.t. Kalau seseorg itu, seumur hidup dia Allah s.w.t tidak bagi dia sesuap makanan, tidak bagi seteguk air pun, Allah tidak bagi apa2 nikmat pun pada dia, pun dia tetap kena beribadat pada Allah s.w.t. Nikmat2 dunia bukanlah balasan bagi ibadat kerana dunia ini begitu hina disisi Allah s.w.t. Dunia tidak layak jadi balasan untuk ibadat. Satu org yg telah mati, minta izin dgn Allah s.w.t utk kembali ke dunia untuk ucap satu subhanallah.
Dia sanggup korbankan harta seluruh dunia utk kembali dan buat satu amal, pun Allah s.w.t tidak terima. Ini menunjukkan seluruh dunia ini tidak ada nilai dibandingkan dgn satu subhanallah. Kalau seluruh manusia, semua taat perintah Allah s.w.t, beriman pada Allah s.w.t, beribadat pada Allah s.w.t dan Allah s.w.t tidak bagi apa-apa balasan di dunia, itu pun hak Allah s.w.t. Kalau seluruh manusia beribadat dan Allah s.w.t masukkan semua ke dalam neraka, itu pun hak Allah s.w.t. Tiada siapa pun ada hak untuk tanya Allah s.w.t, ‘kenapa?’ Ibadat adalah semata-mata hak mutlak Allah s.w.t dan setiap hamba Allah kena beribadat pada Allah s.w.t.
Dia sanggup korbankan harta seluruh dunia utk kembali dan buat satu amal, pun Allah s.w.t tidak terima. Ini menunjukkan seluruh dunia ini tidak ada nilai dibandingkan dgn satu subhanallah. Kalau seluruh manusia, semua taat perintah Allah s.w.t, beriman pada Allah s.w.t, beribadat pada Allah s.w.t dan Allah s.w.t tidak bagi apa-apa balasan di dunia, itu pun hak Allah s.w.t. Kalau seluruh manusia beribadat dan Allah s.w.t masukkan semua ke dalam neraka, itu pun hak Allah s.w.t. Tiada siapa pun ada hak untuk tanya Allah s.w.t, ‘kenapa?’ Ibadat adalah semata-mata hak mutlak Allah s.w.t dan setiap hamba Allah kena beribadat pada Allah s.w.t.
Apa yg kita faham ialah bila kita ditimpa musibah kita hendaklah bersabar, nanti bantuan Allah s.w.t akan dtg. Bantuan Allah s.w.t tidak akan dtg, keadaan tidak akan berubah melainkan dlm diri kita ada sabar dan taqwa. Kedua2 sifat kena ada serentak. Kalau cuma hanya ada sabar, taqwa tidak ada, maka musibah yg dtg disebabkan dosa2 yg kita telah lakukan, kesusahan tersebut tidak akan terangkat semata2 hanya dgn bersabar. Sabar kena dtg dgn taqwa. Dalam Quran, Allah sebut sabar dan taqwa sekali.
Kedua2 sifat kena ada dlm diri, barulah bantuan Allah s.w.t akan datang dan Allah s.w.t akan ubah keadaan. Maulana Yusuf rah. bagi misal, satu orang sabar tanpa taqwa, spt seorang pencuri kena tangkap. Polis pukul dia. Dia doa azab untuk polis. Azab Allah s.w.t tidak akan turun pada polis itu. Kenapa? Kerana pencuri tidak ada taqwa. Dia cuma sabar sahaja. Allah s.w.t tidak terima doa buruk dia pada polis. Untuk dapat bantuan Allah s.w.t, utk Allah s.w.t ubah keadaan yg menimpa org Islam kena ada sifat sabar dan taqwa.
Kedua2 sifat kena ada dlm diri, barulah bantuan Allah s.w.t akan datang dan Allah s.w.t akan ubah keadaan. Maulana Yusuf rah. bagi misal, satu orang sabar tanpa taqwa, spt seorang pencuri kena tangkap. Polis pukul dia. Dia doa azab untuk polis. Azab Allah s.w.t tidak akan turun pada polis itu. Kenapa? Kerana pencuri tidak ada taqwa. Dia cuma sabar sahaja. Allah s.w.t tidak terima doa buruk dia pada polis. Untuk dapat bantuan Allah s.w.t, utk Allah s.w.t ubah keadaan yg menimpa org Islam kena ada sifat sabar dan taqwa.
Dlm Quran, Allah s.w.t cerita kisah Nabi Yusuf a.s. Seluruh kisah Nabi Yusuf a.s berkisar pada kedua2 sifat sabar dan taqwa. Allah s.w.t telah ubah keadaan beliau dan keluarkan beliau dari segala masalah. Begitu juga dgn bani Israil dan Nabi Musa a.s. Allah s.w.t telah keluarkan Nabi Musa a.s dan bani Israil dari cengkaman Firaun dan Allah s.w.t binasakan Firaun. Org Islam doa laknat/keburukan bnyk manapun atas musuh, Allah s.w.t tidak akan ubah keadaan, bantuan Allah s.w.t tidak akan dtg, musibah tidak akan hilang selagi sabar dan taqwa tidak ada dlm diri. Org Islam amalkan agama tetqpi masih gagal. Dua sebab kegagalan. Pertama, kerana orang Islam tidak ada keyakinan bahawa kejayaan dlm agama. Kedua, kerana mengganggap setakat beberapa amal yang dia telah lakukan itu adalah agama.
Agama adalah himpunan keseluruhan amal. Ibadat adalah satu himpunan hukum2 Allah s.w.t. Mentaati segala hukum2 tersebut dipanggil ibadat. Maulana Zakaria rah. kata ibadat ada 10 perkara. Solat, puasa, zakat, haji, zikir, tilawah, tijarah, dakwah, ihtimam (ambil berat) akan sunnah dan tunaikan hak2 jiran. Satu org yg hendak dpt kejayaan kena amalkan agama yg sempurna dlm kehidupan. Dari segi dunia, bila asbab tidak sempurna maka tidak akan memberikan hasil seperti yg dikehendaki. Sedangkan ianya tidak ada janji Allah s.w.t. Kalau lengkap pun masih tidak ada janji Allah s.w.t.
Adakah dengan agama yang tidak sempurna kita boleh dapat kejayaan? Untuk dapat kejayaan dari Allah s.w.t, pertama kena ada yakin bahawa dengan agama kita akan dapat kejayaan. Kedua, kita kena amalkan agama yang sempurna dalam kehidupan. Oleh itu, usaha dakwah yang kita buat hari ini adalah dakwah kepada agama yang sempurna. ‘Deen yang kamil’, dengan membawa agama yang sempurna dalam kehidupan. Usaha kita bukan cakap sahaja. Bahkan kita kena tunjukkan, musyahadahkan agama yang sempurna dalam diri kepada manusia. Ini yang berlaku pada sahabat2. Sahabat pergi ke seluruh dunia, mereka bawa agama yang sempurna secara amali dalam kehidupan mereka. Seorang sahabat sudah cukup utk hidayat satu negara.
Hari ini, banyak jemaah bergerak ke seluruh dunia ttp masih belum cukup utk hidayat seluruh dunia. Kenapa? Kita kena bergerak dgn membawa agama yg sempurna dlm diri. Bukan hanya cakap ttg iman, bukan hanya dakwah dgn percakapan, bahkan kita juga kena dakwah dgn amalan. Sahabat2 bergerak dgn membawa agama yg sempurna dlm kehidupan dan jadi asbab hidayat utk seluruh dunia. Kita kena buat usaha dgn penuh yakin, tarbiyah/taskiah (bersih) utk diri dan hidayat utk seluruh alam. Hidayat seluruh alam adalah pasti bila buat usaha yg telah dibuat oleh Nabi s.a.w dan para sahabat. Dgn usaha dakwah, Allah s.w.t akan ubah yakin dan keadaan.
Allah s.w.t telah jelaskan dalam Quran pasal satu kaum yang mana Allah s.w.t telah buat keputusan untuk dibinasakan sebab maksiat yang mereka telah buat. Satu golongan cuba untuk nasihatkan mereka supaya mereka berhenti daripada maksiat. Satu golongan org2 soleh yg tidak buat maksiat telah tegur org yang cuba hendak ubah tadi. Apa faedah yang kamu dat bila bagi nasihat pada mereka sedangkan Allah s.w.t telah buat keputusan utk binasakan mereka. Golongan yang buat usaha tadi jawab, pertama, supaya kami tunaikan tggjwb kami pada Allah. Kedua, moga2 mereka akan bertaqwa dan tinggalkan maksiat tersebut. Kaum yg Allah telah buat keputusan pun diharap mereka boleh berubah apabila mereka didakwahkan. Kita kena yakin dengan perantaraan dakwah Allah akan ubah yakin dan ubah keadaan.
Kaum yang telah diberi peringatan, mereka masih dalam maksiat, Kami telah selamatkan mereka2 yg telah beri peringatan tadi. Satu orang yang buat dakwah dengan yakin, pasti dia akan selamat dari azab Allah. Kalau tidak, bila Allah s.w.t turunkan azab, semua akan kena, orang soleh yang tidak buat maksiat pun akan ditimpa azab. Hanya mereka yang telah berusaha bersungguh2 dengan sedaya upaya mereka untuk ubah keadaan tadi, mereka akan diselamatkan oleh Allah s.w.t. Dalam hadith, ibarat macam dalam kapal. Satu orang tebok lubang. Yang akan binasa/lemas, bukan orang yang tebok sahaja, bahkan seluruh penghuni kapal akan tenggelam. Ahli ibadat, ahli zikir, orang soleh, org maksiat, semua sekali akan tenggelam bersama dengan org yg tebok kapal tadi. Kecuali org yg larang. Org yg telah berusaha utk menegah daripada tebok lubang.
Masalah di depan kita bukan hanya masalah diri kita sahaja. Masalah hari ini adalah masalah seluruh alam, seluruh manusia. Kita dipertggjwbkan utk seluruh manusia di seluruh dunia. Allah s.w.t akan ambil kerja dari mereka yg dlm hati dia ada fikir bagaimana agama yg sempurna dpt dtg dlm diri saya dan diri seluruh umat di seluruh alam. Bagaimana agama dpt diamalkan 100% di seluruh dunia. Ini tggjwb kita. Satu org yg buat maksiat, kalau kita tidak usaha atas dia, maka dia akan jadi asbab turunnya azab Allah dan semua akan binasa. Kita kena yakin dgn usaha Nabi s.a.w yg akan dpt hidayat dari Allah s.w.t. Nabi s.a.w berada di jln yg lurus dan Nabi s.a.w bawa manusia ke jln yg lurus.
Satu org yg berada di jalan yg lurus maka dia akan dapat Allah. Satu orang sahabat telah dakwah kaum dia dari pagi hingga petang, seluruh kaum dia telah masuk Islam. Bila orang kafir didakwahkan dan kesannya ialah masuk Islam, apatah lagi orang Islam sendiri yg didakwahkan kepada Islam. Baginda s.a.w telah jadikan setiap org sahabat sebagai da’i. Jin-jin juga telah beriman kpd nabi s.a.w dan mereka juga dijadikan da’i. Allah s.w.t telah utuskan Nabi s.a.w untuk manusia dan jin. Satu kumpulan jin telah dengar bacaan Quran Nabi s.a.w. Mereka telah beriman pada Nabi s.a.w dan kembali kepada kaum mereka dan dakwah kaum mereka masuk Islam. ‘Sahutlah seruan nabi yg telah dihantar oleh Allah s.w.t’. Jin-jin juga telah buat kerja dakwah.
Setiap sahabat adalah da’i, tidak kira dari golongan mana, kabilah mana, kulit putih, kulit hitam, negara mana, tidak kira siapa sahaja tanpa pengecualian, setiap orang adalah da’i. Secara ummmumi setiap orang terlibat dalam dakwah. Kerja dakwah bukan untuk orang tertentu sahaja. Kerja dakwah adalah kerja setiap umat nabi s.a.w. Setiap orang yang beriman kepada Nabi s.a.w bertggjwb untuk buat kerja dakwah. Inilah kerja umat nabi s.a.w. Setiap lapisan umat perlu dibangunkan atas kerja dakwah. Bila tidak ada ummumiat dalam usaha dakwah, telah menjadi sebab utama terjadi kemurtadan dalam umat ini. Bila usaha dakwah dibuat secara ummumiat maka pintu untuk orang masuk Islam akan terbuka luas dan pintu untuk orang Islam keluar dari Islam akan tertutup rapat.
Bila kerja dakwah tidak dibuat, pintu untuk orang masuk Islam telah ditutup dan pintu untuk orang Islam keluar dari Islam telah dibuka. Maulana pesan baca kitab hayatus sahabah. Jadikan kitab ini sentiasa kita mentelaah khususnya untuk orang yang buat usaha ini. Apakah bentuk/cara usaha yang sahabat2 telah buat dan umat nabi kena ikut. Bila baca kitab hayatus sahabah akan terbentuk mizaj seorg da’i. Fikir, sifat, tabiat sebagai seorang da’i.
Dlm hayatus sahabah ada satu kisah ttg Ikrimah bin Abu Jahal. Ikrimah ialah anak kepada Abu Jahal. Abu Jahal musuh Islam yg besar. Anaknya telah masuk Islam dan menjadi pejuang Islam dan telah korbankan nyawa utk Islam. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Bila Nabi s.a.w dpt tawan kota Mekah, Ikrimah telah lari keluar dari Mekah. Dia telah naik sampan menuju ke arah Yaman. Ditengah laut, dtg ribut taufan. Sampan hendak tenggelam. Dia kata pada pembawa sampan, apakah cara utk selamat? Pembawa sampan tadi tidak tanya kamu pandai berenang atau tidak. Dia kata kalau nak selamat kamu kena ucap kalimah ikhlas. Dakwah telah jadi umumiat di zaman nabi s.a.w. Pembawa sampan pun buat dakwah. Dlm keadaan genting macam itu pun dia buat dakwah. Ikrimah tanya apa itu kalimah ikhlas? Dia jawab, lailahaillallah. Ikrimah kata kerana hendak lari dari kalimah itulah aku dtg sini. Aku hendak lari ke Yaman sebab aku hendak lari dari Nabi s.a.w. Ditepi pantai, isteri dia bagi isyarat supaya dia balik. Kisah yg panjang, akhirnya Ikrimah telah masuk Islam.
Bila dakwah telah dijalankan secara umum, org yg hendak lari dari Islam, jalan telah ditutup, dia terpaksa masuk Islam. Hari ini dakwah tidak dijalankan secara umum. Kita anggap kerja dakwah ini kerja golongan ora tertentu sahaja. Bila hilang ummumiat dlm usaha dakwah, pintu kemurtadan telah terbuka luas. Kita kena usahakan setiap umat atas kerja dakwah. Kita mengganggap usaha yg dibuat sekarang ini berlainan dengan usaha yang dibuat oleh sahabat. Maulana Yusuf rah. berkali-kali kata inilah usaha yang sahabat telah buat. Usaha yang sama, kerja yg sama. Selagi kita tidak yakin ini adalah usaha yg telah dibuat oleh sahabat2, selagi itulah Allah s.w.t tidak akan datangkan kesan sebagaimana kesan yg Allah s.w.t telah dtgkan pada sahabat.
Bantuan, ganjaran, nusrah, pahala, fadhilat, kelebihan yg sahabat dapat, kita tidak akan dapat selagi mana kita anggap usaha yg kita buat tidak sama sebagaimana usaha yang sahabat telah buat. Kita kena letakkan kelebihan/ganjaran yang Allah s.w.t telah janji di depan kita. Maulana kata kita kena selalu baca kitab hayatus sahabah. Kita buat usaha dengan yakin pada janji2 tersebut. Kalau tidak, usaha yang kita buat akan jadi macam satu gerakan, satu persatuan shj yg tidak dtgkan perubahan pada umat, tidak akan dtgkan apa2 kesan. Kita kena buat usaha dgn penuh yakin. Inilah kerja yg telah dibuat oleh para sahabat r.a. Segala bantuan yg sahabat dapat, kita pun akan dpa bila kita buat usaha ini.
Matlamat usaha ini bukan untuk bawa umat kpd amal infradi, ibadat ttp utk bawa umat kpd kerja Nabi s.a.w. Satu pagi atau satu petang di jalan Allah s.w.t lebih baik dpd dunia dan seisinya. Satu pagi di jalan Allah s.w.t, akan mendahului selama 500 tahun. Bila2 masa sahaja, bila Nabi s.a.w nampak sahabat bagi tumpuan pada amal infradi yg menyebabkan dia menangguh untuk keluar di jalan Allah, Nabi s.a.w akan terus menerangkan pada sahabat tentang kelebihan keluar di jalan Allah s.w.t yg mengatasi amal infradi. Abdullah Rahawa r.a telah diputuskan untuk keluar di jalan Allah bersama dengan jemaah.
Jemaah telah keluar awal pagi, dia telah tangguh keluar kerana hendak kelebihan solat Jumaat di belakang Nabi s.a.w. Dia fikir dia ada kuda yg pantas dan boleh kejar jemaah. Selepas solat Jumaat, Nabi s.a.w dapati Abdullah Rahawa r.a masih ada. Nabi s.a.w panggil dia. ‘Kenapa tidak keluar lagi?’ Abdullah Rahawa r.a tangguh keluar di jalan Allah bukan sebab kerja dunia. Dia lewat keluar di jalan Allah sebab agama, sebab hendak solat Jumaat dibelakang Nabi s.a.w. Nabi s.a.w tanya, ‘berapa lama kamu lewat?’ Dia jawab, ‘satu pagi’. Nabi s.a.w kata, ‘kamu tahu tak banyak mana mereka telah mendahului kamu?’ Dari segi masa, mereka telah mendahului kamu selama 500 tahun dan dari segi jarak, mereka telah mendahului kamu sejauh maghrib dan masyrik (timur dan barat).
Maulana tidak faham, hari ini bila kita dengar hadith kelebihan keluar di jalan Allah, kita anggap kelebihan ini untuk satu perkara yang khusus, berperang. Berperang bukan maksud kerana tidak ada mana2 nabi diutuskan oleh Allah s.w.t untuk binasakan manusia. Nabi-nabi dihantar oleh Allah s.w.t untuk jadi asbab hidayat. Nabi pesan, dakwah dahulu selama 3 hari, bila mereka masuk Islam itu lebih baik untuk kamu dari unta-unta merah. Bila satu orang masuk Islam, sahabat akan takbir dengan kuat sekali mengatasi kegembiraan mereka dapat menawan satu negara. Maksud berjihad bukan untuk berperang tetapi atas maksud kerja dakwah untuk mengajak manusia pada Allah s.w.t.
Hari ini orang anggap kerja dakwah ini adalah salah satu daripada amal-amal baik. Pemahaman ini Nabi s.a.w telah hapuskan. Nabi s.a.w kata pada Abdullah Rawahah r.a, kalau kamu infakkan harta seluruh dunia pun kamu tidak dapat mengejar mereka. Kerja dakwah ini mengatasi segala kerja2 amal yang lain. Kita kena ada yakin bahawa kita akan dapat ganjaran dan kelebihan yg sama sebagaimana sahabat2 telah dapat. Kalau tidak ada yakin, kita tidak akan dpt kesan yg sama. Tuan2 fikir, apa yg tuan2 patut buat, bangun dan bagi nama utk keluar dijalan Allah, 4 bulan dan utk ulamak 1 tahun.
No comments:
Post a Comment