Thursday, January 1, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(Tempat: Nizammuddin, New Delhi, India). Keputusan terhadap umat akan dilihat dari perintah2 yg dilaksanakan. Umat dahulu juga mempunyai agama atau perintah2, ttpi mrk melalaikannya bahkan ada yg mengingkarinya. Namun sudah menjadi tradisi Allah Taala pada umat2 terdahulu setiap mrk lalai dari agama Allah, maka Allah kirim Nabi kpd mrk utk memberikan peringatan. Sehingga ketika mrk telah melampaui batas dan tidak menghiraukan peringatan yg telah diberikan, Allah hancurkan umat2 itu. Umat dpt mengetahui agama jika mrk melakukan kerja dakwah. Jika dakwah tidak dilakukan maka agama akan hilang. Siapa saja yg mengamal kan agama maka hidupnya akan mengalami peningkatan hidup. Bagi yg tidak mengenal agama, peningkatan hanya akan dpt tercapai melalui dakwah. Dgn dakwah manusia akan mengenal agama dan mau mengamalkan agama. Tnp dakwah maka manusia akan jauh dari agama dan terjadi kerosakan dlm kehidupan manusia. 

Ulama adalah pewaris ilmu para Nabi, maka peranan ulama dlm memperbaiki umat sangatlah penting. Jika para ulama hanya duduk2 saja dirumah maka kehidupan masyarakat akan rosak. Nanti pada hari mizan agama, pengadilan agama, para ulama ada yg dimuliakan kerana ilmu mereka dan ada yg dihinakan karena ilmu mereka. Allah akan minta pertggjwban dari para ulama ini, apa yg telah mereka lakukan utk umat. Ulama yg dilaknat Allah adalah ulama yg ilmunya tidak dapat menambah ketakwaan atau rasa takut bagi dirinya. 

Ulama yg tidak ada risau terhadap umat di dunia ini maka ketika azab turun, Allah akan timpakan azab ini kpd dia terlebih dahulu. Seperti kisah seorg ulama yg kulitnya tidak meremang melihat kemaksiatan yg terjadi di lingkungannya. Ulama ini tidak mau buat dakwah maka Firman Allah kpd malaikat Jibril a.s, utk menurunkan azab dimulai dari ulama tersebut terlebih dahulu. Para Anbiya a.s melakukan kerja dakwah kerana rasa takut kpd Allah. Bukan kerana hasil dari keadaan2 spt senang, susah, miskin, kaya, sakit atau sihat. 

Semua Anbiya a.s menjalankan dakwah kerana rasa takut kpd Allah dan dilakukan dlm keadaan apapun baik susah maupun senang, dlm keadaan berat ataupun ringan, dlm keadaan sakit ataupun sihat. Para Anbiya a.s tidak pernah meninggalkan kerja dakwah walaupun mereka disiksa dan mereka tidak pernah meminta bahkan berharap utk menerima imbalan walaupun itu hanya sekadar ucapan terima kasih. Para Anbiya a.s ini melakukan usaha atas iman dan amal melalui dakwah sehingga lingkungan yg rosak menjadi baik. Namun ketika Nabi mereka wafat dan dakwah telah ditinggalkan, lambat laun kaum yg tadinya taat telah berubah menjadi kafir. 

Atas perkara inilah yg diusahakan oleh Nabi s.a.w adalah melibatkan sahabat dlm kerja nubuwah agar dpt melanjutkan kerja dakwah ini. Inilah usaha nabi iaitu mencetak daie2 yg akan melanjutkan usaha dakwah Nabi. Skrg kita tidak akan mendapatkan Nabi lagi walaupun zaman telah menjadi rosak melebihi kerosakan yg terjadi pada kaum2 terdahulu. Kerja Nubuwah ini telah diwariskan Nabi kpd umat ini dan akan berlanjut sampai hari kiamat. Setiap sahabat yg menerima dakwah Nabi kpd Islam, maka yg pertama kali mereka lakukan adalah dakwah. Begitu pula setiap wahyu turun maka yang diperintahkan oleh Nabi adalah menyampaikan kpd yg tidak hadir disini. 

Jika dakwah ditinggalkan maka umat ini akan jauh dari Allah:

(1) Pertama yg akan dicabut oleh Allah jika umat ini meninggalkan dakwah adalah rasa harap, sehingga ini akan membuat mereka berharap kpd selain dari Allah. Jadi penyakit yg akan timbul pertama kali ketika dakwah ditinggalkan adalah penyakit syirik, kerana rasa harap kpd Allah telah hilang dan berganti menjadi rasa harap kpd selain Allah atau berharap kpd makhluk. 

(2) Yang kedua, jika dakwah ini ditinggalkan maka yg akan tercabut dari diri manusia adalah keinginan utk menjalankan amal ibadat spt solat, baca Quran, zikir, zakat, haji dan lain2. 

(3) Dan yg terakhir jika dakwah ditinggalkan adalah tercabutnya rasa kasih sayang terhadap manusia. Tanpa dakwah maka akhlak manusia akan rosak dan kebatilan akan timbul di mana2. Dgn dakwah agama akan dtg dan hanya dgn dakwah agama akan terpelihara. 

Kerja dakwah ini hanya dpt dilakukan bila ada pengorbanan dan mujahaddah. Org mengira bahawa dakwah itu utk org lain, padahal dakwah itu adalah utk diri sendiri. Bagaimana yg kita bicarakan ini dapat tertanam dlm hati. Hanya dgn dakwah kita dpt mengenal Allah dan mendapatkan rasa cinta kpd Allah. Setiap org beriman dpt mengisi dan memenuhi cahaya iman ke dlm hatinya melalui amalan dakwah ini. Hanya dgn amalan sajalah kita dpt menyenangkan Allah dan dakwah ini adalah amalan yg dpt mendtgkan rasa senang dan rasa cinta Allah Taala. Dakwah ini adalah amalan para kekasih Allah. 

Kerana dakwah seseorg dimuliakan dan kerana dakwah pula seseorg dihinakan. Seperti Bilal r.a, asbab kerja dakwah yg sebelumnya dia hanya seorg hamba, stlh memeluk Islam dia dimuliakan oleh Allah di dunia dan di akhirat. Di dunia dia meninggal sbg gabenor dan seblm meninggal pun langkah kakinya sudah terdengar oleh Nabi s.a.w di akhirat dan dgn dakwah ini pulalah Allah telah menghinakan Firaun yg menentang dakwah Nabi Musa a.s di dunia dan di akhirat. Di dunia ini siapa yg tidak melaknat Firaun Laknatullah. Dgn Dakwah maka seseorg akan mendptkan Iman, Iman itu adalah:

1. Rasa harap dan takut kpd Allah.
2. Keyakinan terhadap perkataan Nabi s.a.w ttg kehidupan akhirat.

Jika manusia tidak punya rasa harap kpd Allah, maka agama hanya akan menjadi agama ikutan. Sedang kan yg namanya agama adalah meletakkan keinginan Allah diatas keinginan kita. Tiada yg lebih penting dpd keinginan Allah. Yg namanya seorg hamba itu adalah seseorg yg melakukan apa yg tuannya mahu. Seorg hamba yg baik adalah hamba yg taat pd tuannya. Iman adalah perhambaan kpd Allah dgn melaku kan ketaatan. Kini krn umat telah kehilangan rasa harap kpd Allah sehingga rasa harap mereka terletak pada asbab spt kilang, kedai, sawah, jawatan dan lain2. Maka ketika mati, mereka tidak akan membawa apa2 selain kesia2an. Ketika harap pada Allah dlm diri manusia ini telah hilang maka yg akan dibicarakan mereka hanya perkara asbab dan keduniaan saja. 

Saat ini umat hanya membicarakan dunia saja, sementara para sahabat yg menjadi pembicaraan mrk adalah kebesaran Allah dan akhiratNya. Hari ini manusia suka membicarakan perkara yg tidak berharga. Ini krn mereka tidak tau nilai dari amal agama. Inilah sebabnya saat ini kerja dakwah sgt diperlukan iaitu sbg cara umat utk mengenal Allah dan janji2 Allah. Tanpa dakwah manusia tidak akan mengenal Allah dan tidak akan mengenal janji2 Allah. Jika seseorg tidak mempunyai iman, maka perbuatan dosa akan menjadi keahliannya seperti berjudi, mencuri, rasuah dan lain2. Jika suasana agama sudah terbentuk maka setiap pendosa akan berdtgan minta dihukum, kerana merasa bersalah dan takut kpd Allah dan ini dpt terwujud melalui kerja dakwah. Hanya dgn kerja dakwah suasana amaliat, suasana agama akan terbentuk.

Penjagaan terbaik pd diri kita adalah iman. Jika seseorg tidak mempunyai iman maka dia tidak mempunyai benteng penjagaan. Ia akan menjadi org yg serba bergantung kpd yg lain. Hatinya akan menjadi gelap sehingga tidak dpt membezakan mana yg baik dan mana yg buruk. Ketika masyarakat rosak, sangat sulit bagi seseorg utk mengamalkan agama. Tetapi dgn dakwah, masyarakat yg rosak akan menjadi baik. Hanya dgn dakwah kita dpt mengetahui pentingnya agama. Tanpa dakwah sifat harap kpd Allah tidak akan wujud dan keyakinan manusia hanya terletak pada asbab. Jika sifat harap manusia timbul dari asbab maka iman tidak akan wujud dlm diri manusia. Krn iman itu membawa manusia dari yakin pada asbab menjadi yakin pada Qudratullah. 

Tanpa iman manusia tidak dapat mengamalkan agama. Apa itu agama? Agama itu adalah menjlnkan seluruh perintah Allah dan ikut seluruh cara kehidupan Rasullullah s.a.w dgn niat hanya utk menyenangkan Allah. Kita tidak lain diciptakan hanya utk menghambakan diri kita kpd Allah. Dimana selama 24 jam kita melakukan ketaatan terhadap apa yg Allah ingini dlm setiap waktu, tempat dan keadaan. Segala bentuk amal ibadah kita, harus dilakukan dgn perasaan ihsan iaitu perasaan merasa diperhatikan oleh Allah dan ikhlas iaitu semata2 hanya utk menyenangkan Allah. Walaupun itu ibadah dlm perdagangan, istinja, makan, bergaul dan lain2. Ibadah itu bukan hanya di masjid tetapi segala sesuatu yg kita lakukan dgn membawa rasa melihat Allah dan dilihat oleh Allah. 

Jika kita tidak membawa ihsan dlm setiap perbuatan kita maka kecenderungan manusia ini akan berbuat menurut nafsunya saja. Org tidak akan takut memakan makanan yg haram, melakukan maksiat dan menzalimi org lain. Makanan haram akan mengeluarkan keinginan utk melakukan perbuatan yg haram. Penghasilan yg haram akan menghancur kan agama yg wujud dlm diri kita. Hanya dgn perkara atau makanan yg halal manusia dpt menjalankan agama dan tidak merusak amal2nya. 

Segala sesuatu yg terlihat dan tidak terlihat ada dlm kuasa Allah s.w.t. Ular tidak akan boleh membunuh tanpa izin Allah, bahkan ular tidak akan dpt ttp menjadi ular tanpa izin dari Allah, mungkin boleh menjadi tongkat, spt tongkat Nabi Musa a.s. Agama ini adalah segala kehendak2 Allah atas diri manusia. Jika kita penuhi kehendak Allah, maka Allah akan penuhi keinginan kita. Hanya dengan agama manusia dapat menguasai dunia. Hanya dgn menjlnkan perintah2 Allah langit dan bumi dpt tunduk kpd manusia. 

Sebgmn yg telah terjadi pada para sahabat, berjalan diatas air, mendtngkan hujan, menghidupkan binatang yg mati dan lain2. Hanya org2 yg menjalankan perintah Allah mereka dpt memiliki kekuatan yg luar biasa. Kerana dgn ketaatan maka kekuatan Allah ada bersama mereka. Spt tongkat Nabi Musa a.s yg menjadi ular, spt Nabi Ibrahim a.s ketika dilempar ke dlm api dan lain2. Segala sesuatu ini Allah ciptakan utk menguji manusia. Manusia yg tidak lulus dari ujian Allah Taala akan terperangkap dlm ciptaan Allah, terperangkap oleh dunia. Utk ini kita perlu berkorban di jln Allah agar Allah kuatkan Iman kita dgn hidayahNya.

No comments:

Post a Comment