(Ijtimak Malaysia - 10/07/2009). Hendaklah kita semua dengar dengan penuh tawajjuh, dengan penuh rasa kebesaran, dengan penuh rasa keagungan, dengan penuh tumpuan kerana kita berkumpul disini bukan sebagai satu adat. Kita berkumpul untuk dengar satu perkara yang sangat penting. Kita berkumpul utk dengar ttg usaha yg telah dibuat oleh nabi2 dan Nabi Muhammad s.a.w, ianya adalah maksud kedatangan nabi2 dan maksud kedatangan Nabi s.a.w. Usaha ini merupakan usaha nabi2. Bila dengar dengan penuh tumpuan dan tawajjuh barulah Allah s.w.t akan bagi faham. Kalau berlaku apa2 kekurangan dalam tawajjuh kita, maka kesannya adalah akan berlaku kekurangan dalam agama. Kekurangan dalam memberi tumpuan pada perkataan2 dakwah, akan memberi kesan pada agama. Kita kena yakin. Kalau tidak yakin dengan dakwah agama akan terbina dlm diri, maka kita tidak akan dapat menyempurnakan tuntutan2 dan takazah2 usaha dakwah ini. Selepas dengar dgn penuh tumpuan, kita kena buat 2 perkara. Pertama, kita dakwah kan apa yg kita telah dengar, sampaikan pada orang lain. Kedua, dakwah apa yang kita dengar dengan amalan kita (secara amali).
Kita tunjukkan pada manusia apa itu agama dari segi amalan. Dlm Quran Allah berfirman, ‘siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yg buat dakwah, mengajak manusia pada Allah s.w.t dan beramal soleh’. Dalam ayat ini Allah s.w.t terangkan bahawa jalan atau cara yang paling berkesan untuk seseorg itu hampir pada Allah s.w.t ialah melalui 2 perkara iaitu dakwah illallah dan amal soleh. Satu orang yang mengajak manusia kepada Allah s.w.t dan pada masa yang sama melakukan amal2 soleh dlm kehidupan, inilah jalan yang paling berkesan, yg paling pasti untuk seseorg itu hampir dan dekat pada Allah s.w.t.
Dgn meninggalkan dakwah, seseorg itu tidak dpt istiqamah dlm amal. Mana2 kaum yg meninggalkan dakwah, maka dgn mudah fikir dia, agama dia, pegangan dia akan ditinggalkan. Satu org yg tinggalkan dakwah, dia akan mudah terkesan dengan perkara2 lain. Dia dengan mudah akan meninggalkan agama. Akan tetapi satu orang yang buat dakwah, menyeru manusia pada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan bagi istiqamah dalam amalan agama. Perkara ini kita kena faham dan kena yakin. Tanpa melakukan dakwah, susah untuk seseorg itu untuk istiqamah dlm amal agama. Satu org yg ada 2 perkara ini iaitu dakwah dan amal soleh, Allah s.w.t akan himpunkan dalam diri dia kekuatan untuk amalkan agama dan berpegang teguh pada agama dan dapat amalkan agama secara amali dalam kehidupan.
Satu orang sahabat, Abdullah bin Huzaifah, telah pergi ke Rom. Raja Nasrani telah tawarkan pada dia bahawa kalau kamu tinggalkan Islam, tinggalkan Muhammad, kamu akan dapat separuh dari kerajaan Rom. Abdullah bin Huzaifah kata, bukan setakat separuh kerajaan, kalau bagi seluruh kerajaan Arab dan Rom pun, saya tidak sedia untuk tinggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w walaupun sekelip mata. Kekuatan ini datang bila seseorg itu buat dakwah, menyeru manusia pada Allah s.w.t dan beramal soleh. Oleh itu, khusus pada rakan2 seusaha dan seluruh umat Islam umumnya, kita kena ada keyakinan bahawa dgn kerja dakwah, Allah s.w.t akan sempurnakan agama, Allah s.w.t akan wujudkan kekuatan dlm diri kita utk amalkan agama dalam kehidupan dan dapat berpegang teguh dengan agama.
Kesan khas dari dakwah ialah untuk bentuk iman. Bila seseorang itu melakukan dakwah, menceritakan kebesaran Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan bina iman. Inilah satu2nya jalan utk bina iman yang betul disisi Allah s.w.t. Sahabat2 r.a selalu memperbaharui iman mereka. Org beriman diperintahkan supaya beriman. Dengan perantaraan dakwah, adalah satu2nya cara utk bentuk iman dlm diri seseorg. Maulana Yusuf rah. kata apa sahaja perkara yg hendak diwujudkan dlm diri kita, kita dtgkan perkara tersebut dgn tabligh. Apa sifat tabligh? Cara utk menyampaikan maklumat ada banyak kaedah tetapi yg dimaksudkan dgn tabligh ialah usaha yg telah dibuat oleh Nabi s.a.w atas sahabat2. Cara atau usaha yg mana Nabi s.a.w telah bangunkan sahabat2. Cara usaha tersebutlah yg kita kena wujudkan.
Bila umat lakukan tabligh/menyampaikan dgn cara bagaimana Nabi s.a.w telah sediakan sahabat2, barulah dlm diri kita akan terbinanya iman. Bukan semata2 sampaikan, bahkan cara menyampaikan adalah mengikut cara bagaimana sahabat2elah usaha atas iman mereka, maka barulah iman/yakin kita pada Allah s.w.t akan terbentuk. Perkara yang diberi penekanan oleh Nabi s.a.w dlm usaha dakwah ialah usaha atas yakin, ubah yakin dengan menceritakan kalimah lailahaillallah, cerita tentang kebesaran Allah s.w.t, sifat2 Allah s.w.t, ketauhidan Allah s.w.t, inilah dakwah yg telah dibuat oleh Nabi s.a.w dan sahabat2 r.a. Sahabat2 seperti Abdullah bin Rahawa r.a, Muaz bin Jabal r.a, mereka pegang tangan sahabat2 yg lain, duduk bersama dan menceritakan ttg kebesaran Allah s.w.t, kehebatan Allah s.w.t, keagungan Allah s.w.t.
Perkara yg penting dlm dakwah ialah menceritakan sifat2 Allah s.w.t. Zikir kalimah lailahaillahllah memang ada kepentingannya, memang ada kelebihan nya secara infradi, akan tetapi amat penting juga untuk seseorang itu bercakap tentang mahfum kalimah lailahaillahllah. Hari ini kita cuma luangkan sedikit masa untuk berzikir kalimah lailahaillallah ttpi kita punya percakapan dari pagi hingga malam adalah selain dpd Allah s.w.t. Usaha untuk bercakap ttg kebesaran Allah s.w.t telah hilang dpd umat, secara umumnya telah tiada dlm umat ini. Dimana2 kita pergi hatta di dalam masjid2 pun tidak ada majlis yg bercakap ttg kebesaran Allah s.w.t, ttg perkara2 yg ghaib, ttg kehidupan akhirat, perkara ini telah hilang dpd umat.
Oleh itu, usaha kita hari ini sangat penting untuk bawa percakapan lailahaillallah ini, ttg mahfum kalimah lailahaillallah ini dlm percakapan harian kita. Kita lapangkan masa kita dari kesibukan dunia dan pergi jumpa manusia, cakap ttg Allah s.w.t, cakap ttg keagungan Allah s.w.t, cakap ttg kehebatan Allah s.w.t supaya Allah s.w.t keluarkan dpd hati kita keyakinan selain dpd Allah s.w.t, supaya hati kita tidak terkesan dgn segala benda yang ada di dunia ini, tidak terkesan dengan segala makhluk ciptaan Allah s.w.t, tidak terkesan dgn segala kebendaan2. Dalam hati kita hanya ada yakin pada Allah s.w.t semata2. Hari ini keyakinan kita pada ghairullah, keyakinan kita pada selain dari Allah s.w.t. Bila dlm hati ada keyakinan pada makhluk, maka kita akan jadi pengikut pada perkara tersebut.
Agama telah keluar dari kehidupan umat bukan kerana kejahilan. Ilmu ttg agama ada, tetapi yakin tidak pada Allah s.w.t, yakin pada ghairullah menyebabkan walaupun dia ada ilmu tentang agama ttpi tidak dpt taat pada Allah s.w.t, tidak dpt amal agama dlm kehidupan. Dakwah adalah utk bina iman. Dakwah adalah utk sempurnakan sifat ketaatan dlm diri kita. Sejauh mana iman yakin terbina dlm diri, sejauh itulah sifat taat akan dtg dlm kehidupan. Maulana tekankan perkara ini supaya usaha atas iman, iaitu lapangkan masa, sediakan setiap org Islam supaya mereka dpt bagi masa setiap hari utk pergi jumpa manusia utk bercakap ttg kebesaran Allah s.w.t, bercakap ttg keagungan Allah s.w.t, bercakap ttg kehebatan Allah s.w.t. Hari ini kita faham dakwah iman hanya utk org yg tidak beriman. Saya sudah beriman, saya sudah Islam, mengapa saya kena buat usaha atas iman? Ini salah faham. Allah s.w.t berfirman dlm Quran, ‘ya ai yu hal lazi na amanu aminu’. Wahai org2 yang beriman, hendaklah kamu beriman.
Org2 yg beriman telah diperintah oleh Allah s.w.t untuk memperbaharui iman. Sahabat2 mempunyai iman mcm gunung ttpi Nabi s.a.w telah perintah sahabat utk perbaharui iman dgn percakapan mahfum kalimah lailahaillallah. Usaha atas iman adalah keperluan/hajat setiap org Islam. Setiap org Islam perlu usaha atas iman utk bina dlm diri keyakinan pada Allah s.w.t dan utk dtgkan dlm diri sifat ketaatan pada perintah2 Allah s.w.t. Tanpa usaha atas iman, tanpa bercakap ttg kebesaran Allah, iman tidak akan terbina, bila iman tidak terbina, maka keyakinan hanya pada ghairullah, maka sifat taat pada Allah tidak akan dtg. Kita buat dakwah bukan utk org lain ttpi kita buat dakwah utk keperluan diri kita sendiri. Kita cerita dlm percakapan ttg kehebatan Allah, kekuasaan Allah, yg berkuasa hanya Allah. Walau semua nabi dan rasul berkumpul utk bagi hidayat pada satu org ttpi jika Allah s.w.t tak nak bagi, maka org itu tidak akan dpt hidayat.
Walau pun nabi dan rasul dihantar sbg asbab hidayat, sbg perantaraan hidayat, ttpi nabi/rasul tidak boleh bagi hidayat, hanya Allah s.w.t sahaja yg boleh bagi hidayat. Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai ashabul kahfi. Nabi s.a.w telah kata bahawa beliau akan bagi jawapan esok. Selama 15 hari wahyu tidak turun. Allah s.w.t tegur Nabi s.a.w kerana tidak cakap ‘insyaAllah’ iaitu jika dikehendaki oleh Allah s.w.t. Nabi s.a.w pun tidak ada kemampuan dgn apa yg hendak disampaikan, semuanya dtg dpd Allah s.w.t. Beberapa perkara yg kita kena tekankan dlm dakwah kita, dlm percakapan, dlm usaha kita utk meningkat kan iman. Pertama, kita kena bnyk cakap ttg kebesaran Allah s.w.t, ttg kehebatan Allah s.w.t, ttg kudrat Allah s.w.t. Maulana Ilyas rah. kata, kalau hendak bagi nama pada usaha ini, ianya ialah pergerakan usaha atas iman. Maksud dpd usaha kita adalah untuk bina iman, utk tingkatkan iman pada Allah s.w.t.
Pertama:
Kita cerita tentang kehebatan, kekuasaan Allah s.w.t. Kedua, kita kena ceritakan tentang nusrah/bantuan ghaib Allah s.w.t atas nabi2 dan rasul2. Allah s.w.t telah ceritakan dalam Quran ttg kisah nabi2 terdahulu. Allah s.w.t berfirman, ‘Kami ceritakan pada kamu wahai Muhammad, semua kisah2 nabi dan rasul kpd kamu utk mantapkan hati kamu’. Dlm Quran, Allah s.w.t perintah Nabi s.a.w, ceritakanlah, terangkanlah tentang kisah nabi ini, tentang kisah rasul itu. Walaupun yakin Nabi s.a.w telah sempurna pada Allah s.w.t, masih Allah s.w.t perintahkan pada Nabi s.a.w untuk ceritakan nusrah/bantuan ghaib Allah s.w.t pada nabi2 dan rasul2. Bagai mana Allah s.w.t telah bantu Ibrahim a.s dpd Namrud, bagaimana Allah s.w.t bantu Musa a.s dpd Firaun.
Dengan cerita2 ini akan memantapkan iman kita pada Allah s.w.t. Dgn cerita2 ini kita akan nampak bagaimana bantuan Allah s.w.t dtg, apakah asbab, apakah perantaraan utk satu org itu dapat bantuan/nusrah Allah s.w.t. Tetapi hari ini kita cerita kisah rasul dan nabi2 sebagai satu sejarah sahaja seolah2 ianya telah berlaku dan tidak akan berlaku lagi slps ini. Kita rasa bantuan ghaib Allah s.w.t tidak akan berlaku lagi selepas ini. Sedangkan ketetapan Allah s.w.t ialah bagaimana rasul2 dan nabi2 mendpt bantuan ghaib Allah s.w.t, maka semua org beriman boleh juga mendpt bantuan ghaib Allah s.w.t. Cara utk mendpt bantuan ghaib Allah s.w.t ialah bukan dgn perantaraan asbab, bukan dgn perantaraan kebendaan. Cara utk mendpt bantuan ghaib Allah s.w.t ialah dgn perantaraan amal.
Kedua:
Ketetapan Allah s.w.t bukan dengan asbab zahiriah, turunnya hujan dari langit, keluarnya tumbuhan dari bumi, keluarnya susu dari binatang, ini bukan ketetapan Allah s.w.t. Kalau kita jadikan ini sebagai asbab, sebagai perantaraan, maka kita telah wujudkan antara kita dengan Allah s.w.t, ada makhluk. Bukan dengan asbab untuk kita ambil faedah dpd Allah s.w.t. Ketetapan Allah s.w.t adalah agama Allah. Agama yang dibawa oleh nabi2 dan rasul2, itulah sebenarnya ketetapan Allah s.w.t. Itulah perantaraan utk manusia ambil faedah dpd kudrat Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu ceritakan, bayankan, terangkan lagi dan lagi ttg kisah nabi2 dan rasul2 supaya keyakinan terbentuk dalam hati kita. Hari ini, kita org Islam, keyakinan kita pada kebendaan. Utk ubah yakin ini, kita kena dakwah perkara ini supaya keyakinan semua org Islam dpt dialihkan dpd keyakinan pada kebendaan kpd keyakinan pada Allah s.w.t.
Ketiga:
Yang perlu diceritakan dlm dakwah kita ialah tanda2, alamat2 org beriman pada Allah s.w.t. Nabi s.a.w bersabda, ‘apabila kamu buat amal baik kamu akan rasa gembira, bila buat maksiat kamu akan rasa sedih, maka kamu adalah org yg beriman pada Allah s.w.t’. Ini alamat iman. Ini tanda iman.
Keempat:
Yang perlu diceritakan ialah bantuan ghaib Allah s.w.t, nusrah ghaib Allah s.w.t pada sahabat r.hum. Bagaimana Allah s.w.t bantu mereka. Perkara ini kita kena cerita dalam dakwah kita supaya keyakinan tentang perkara ini datang dalam hati kita. Perantaraan untuk dapat bantuan Allah s.w.t, untuk ambil faedah daripada kudrat Allah s.w.t adalah dengan perantaraan amal. Umat ini perlu usaha atas amal2 yg sama yg telah sahabat buat utk dpt bantuan dpdaAllah s.w.t. Bila seseorg itu cerita ttg iman, cerita ttg alamat2 iman, maka akan datang dalam diri dia kepentingan iman. Satu org yg tidak dakwah ttg iman, maka dia akan rasa iman dalam diri dia sudah cukup, sudah sempurna.
Bila cerita ttg iman dan alamat2 iman satu org itu dapat menilai iman dia dan dia akan dapati iman dia masih lemah dan dia perlu usaha atas iman. Natijah daripada usaha atas iman maka akan dtag sifat taqwa dlm diri. Dalam Quran Allah panggil kalimah iman, lailahaillallah, juga sbg kalimah taqwa. Segala tuntutan2 kalimah, semuanya berkaitan dgn org beriman. Hari ini, kita anggap usaha atas iman utk org yg tidak beriman. Kita yg sudah ada iman tidak perlu usaha atas iman sedangkan org yg berhak atas iman ialah orang2 yang beriman itu sendiri. Selepas kita mengucap kalimah, segala tuntutan kalimah adalah diatas org yg beriman, apa yg perlu dibuat, apa yg perlu ditinggalkan, muamalat, muasyarat, segalanya utk org yg beriman.
Org beriman kena usaha atas iman sehingga dtg dlm diri sifat taqwa, kekuatan utk menyempurnakan segala perintah2 Allah s.w.t, meninggalkan segala larangan2 Allah s.w.t. Di zaman sahabat, sebagaimana usaha dijlnkan supaya org tidak beriman dpt beriman pada Allah s.w.t, lebih banyak usaha dijlnkan supaya org beriman dpt kekal dlm iman, dpt berterusan tunaikan tuntutan iman, perkara ini lebih banyak dibuat oleh Nabi s.a.w ke atas sahabat2 r.hum. Bukan maknanya satu org yg sudah ucap kalimah, tidak perlu usaha atas iman, bahkan dia kena usaha atas iman hingga dia dpt menyempurnakan segala perintah2 Allah s.w.t. Kita kena usaha atas iman kita sebegitu rupa sehingga datang dalam diri kita sifat taqwa. Bila ada sifat taqwa, maka diri tidak dapat terima benda2 yg haram.
Contoh, kereta yg guna petrol tetapi telah dimasukkan diesel menyebabkan kereta itu tidak boleh bergerak. Begitu juga bila masuk benda yg haram dlm badan, bagaimana boleh kita bergerak utk capai syurga Allah s.w.t. Perkara pertama, kena bawa muamalat mengikut hukum Allah s.w.t. Selagi mana muamalat tidak betul, ibadat tidak akan betul, ibadat tidak berguna, agama tidak berguna. Siapa yg dirikan solat telah dirikan agama, siapa yg tinggalkan solat dia telah runtuhkan agama. Agama sempurna bila ibadat sempurna. Ibadat sempurna bila muamalat sempurna. Bila dalam badan ada benda yang haram, ibadat kita tidak berguna. Sebagaimana pentingnya wuduk, tanpa wuduk solat tidak sempurna, ibadat tidak diterima oleh Allah s.w.t, begitu juga bila muamalat kita tidak sempurna, pendapatan dari sumber yg haram, maka ibadat tidak diterima oleh Allah.
Org yg taqwa pada Allah s.w.t, dia tidak ambil benda yg haram seperti Abu Bakar sidiq r.a, satu org telah bagi dia sesuap makanan, beliau telah makan dan kemudian tanya, ‘dari mana kamu dpt makanan ini?’ Org itu jawab, ‘hasil dari kerja dahulu, sbg tilik nasib’. Bila Abu Bakar r.a tahu ia adalah dari sumber yg haram, maka dia telah berusaha utk keluarkan semula makanan yg telah dimakan. Beliau minum air banyak2 dan muntahkan sehingga makanan yg haram yg sudah masuk ke dlm perut dapat dikeluarkan balik. Tanda satu org yg ada sifat taqwa pada Allah s.w.t, badannya tidak akan terima benda2 yg haram. Makanan yg kita makan akan beri kesan pada fikir kita.
Kalau makanan itu rosak, fikir akan rosak. Kalau kotor, fikir akan kotor. Kalau makanan itu suci, fikir pun suci. Oleh itu sgt2 penting utk kita betulkan kita punya muamalat. Bawa perintah2 Allah s.w.t dlm muamalat kita, kesucian (toharah) dlm pendapatan kita. Selagi pendapatan kita tidak bersih, selagi makan/minum tidak bersih, selagi itulah ibadat kita tidak sempurna. Selagi ibadat tidak sempurna, selagi itulah agama tidak sempurna. Oleh itu, kita kena usah atas iman. Kita wujudkan dlm diri kita sifat taqwa pada Allah s.w.t. Dgn sifat taqwa, dpt meninggalkan segala yg diharamkan oleh Allah s.w.t. Kita kena betulkan muamalat supaya dtg kesempurnaan dlm ibadat, kesempurnaan dlm agama.
Pertama, kita kena ada yakin dalam amal. Dengan amal, Allah s.w.t akan bina kehidupan kita. Selagi mana yakin pada amal tidak datang pada diri kita, selagi itulah kita tidak dapat bawa perintah2 Allah s.w.t, tidak dapat bawa hukum2 Allah s.w.t dalam ibadat kita. Selagi ibadat tidak sempurna, selagi itulah agama tidak sempurna. Oleh itu, perkara yang penting, dakwah kepada amal bertentangan dengan asbab. Dalam asbab tidak ada janji Allah s.w.t. Kudrat Allah s.w.t, janji Allah s.w.t adalah bersama dengan amal. Perkara ini kena didakwahkan lagi dan lagi sehingga terbentuk dalam hati kita keyakinan bahawa bantuan Allah s.w.t, janji Allah s.w.t adalah dalam amal, bukan dalam asbab.
Hari ini, kita tidak dakwahkan perkara ini, maka keyakinan kita pada asbab, pada kedai, pada pejabat, pada ladang. Kita rasa perkara-perkara ini boleh selesaikan masalah kita. Bila satu orang yakin pada asbab, maka dia akan usaha atas asbab, dia akan kedepankan asbab. Dia akan kata, ‘saya telah usaha, bagilah rezeki’. Bila yakin pada asbab, usaha atas asbab dan doa menggunakan perantaraan asbab. Ini tidak betul. Yang Allah s.w.t ajar, bukan doa dgn asbab, ttpi Allah s.w.t himpunkan doa dgn ibadat, iyakanakbudu waiyakanastain, kepada Engkau kami sembah (ibadat) dan kpd Engkau kami minta pertolongan. Doa tidak ada hubungan dengan asbab. Doa ada hubungan dengan ibadat sahaja. Kedepankan amal, kemudian doa pada Allah s.w.t. Menjadikan asbab, benda2 dunia sebagai perantaraan, orang bukan Islam pun buat. Org Islam dpt faedah dpd khazanah Allah s.w.t adalah dgn perantaraan amal.
Perkara ini perlu didakwahkan lagi dan lagi supaya yakin kita beralih dari keyakinan pada kebendaan, asbab, pejabat, kilang, kedai kepada amal Nabi s.a.w. Bila yakin pada asbab, kita akan bagi tumpuan pada asbab. Bila bertembung amal dan asbab, maka kita akan dahulukan asbab. Kalau satu orang yang yakin dia betul, bila ada pertembungan amal dan asbab, maka dia akan ketepikan asbab, dia utamakan amal. Semua asbab kebendaan bukan perantaraan untuk kita dapat dpd khazanah Allah s.w.t. Utk dapat dpd Allah s.w.t, adalah dgn perantaraan amal. Perkara ini kena cakap lagi dan lagi supaya keyakinan dtg dlm hati. Bukan maksudnya kita tinggalkan asbab, bukan maksudnya kita tinggalkan perniagaan, tinggal kan pekerjaan, masa perlu dibahagi2kan, ada masa di pejabat, di ladang, di kedai, tetapi yakin kita hanya pada amal. Sebagaimana sahabat, mereka juga berniaga, buat macam2 pekerjaan, akan tetapi mereka tidak ada keyakinan pada asbab. Bila datang pertembungan hukum Allah s.w.t dgn asbab maka mereka dengan mudah tinggalkan asbab.
Asbab tidak dapat beri apa-apa, segala2nya adalah amal. Hari ini kita faham, lagi banyak kita bekerja, lagi banyak rezeki kita akan dpt sedangkan rezeki telah dibahagi2 kan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t telah tetapkan pada setiap orang cuma samada dia dapat rezeki dengan cara yang halal atau dengan cara yang haram. Satu orang yang dapat rezeki dengan cara yang haram, di dunia ini dia akan dapat habuan tetapi di akhirat tidak dapat apa2. Satu org yg dapat rezeki dgn cara yg halal, di dunia dapat habuan, di akhirat pun dapat ganjaran pahala yg telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Kejayaan dalam amal. Kejayaan dalam mentaati perintah Allah s.w.t. Nabi s.a.w telah ajar umat ini untuk dahulukan amal daripada asbab. Satu orang sahabat minta izin dengan Nabi s.a.w untuk pergi berniaga, Nabi s.a.w kata kamu pergi solat 2 rakaat, lepas itu baru pergi berniaga. Nabi s.a.w tidak halang dia pergi berniaga. Langkah pertama ialah yakin dengan amal, yakin pada Allah s.w.t. Jika langkah pertama ialah tawajjuh pada asbab, maka keyakinan kita pada asbab. Kejayaan dalam amal, bukan dalam asbab.
Setiap amalan yg kita buat, ibadat, muamalat, muasyarat, apa shj hukum Allah s.w.t yg kita hendak buat, hendaklah kita sempurnakan amal tadi dgn ilmu iaitu cara yg dibawa Nabi s.a.w, mengikut kehendak Allah s.w.t. Utk kita dpt sempurnakan amalan kita dgn ilmu, pertama kena ada keyakinan dgn ilmu Allah s.w.t. Ilmu dpd Allah s.w.t ini ialah bahawa kita akan dpt kejayaan, kita akan dpt kebahagiaan dgn perantaraan ilmu. Hari ini, sebab utama kejahilan ya berlaku pada umat, umat tidak yakin dgn ilmu yg dtg dpd Allah s.w.t. Umat tidak yakin dengan ilmu agama. Umat ini rasa dengan ilmu agama dia tidak akan dapat hidup dengan sempurna tetapi dia yakin dengan kemahiran2 dunia, dia akan berjaya dalam kehidupan. Umat tidak yakin dengan ilmu agama akan dapat kejayaan dalam kehidupan.
Ini sebab utama umat ini telah tinggalkan ilmu. Kejahilan telah tersebar dalam umat. Ilmu sangat2 penting dalam agama sebagaimana pentingnya iman, pentingnya solat. Begitulah pentingnya ilmu agama. Hari ini kita tidak rasa kepentingan ilmu, kita tidak ada keyakinan bhw dgn ilmu agama kita akan dpt kejayaan, kebahagiaan dlm kehidupan kita. Hari ini kita yakin dgn ilmu keduniaan akan beri kita kebahagiaan, ketenangan dlm hidup kita. Salah faham umat ini ialah kita anggap semua pengetahuan sbg satu ilmu. Kita anggap kemahiran kedoktoran sbg satu ilmu, kemahiran dlm engineering sbg satu ilmu. Kita anggap semua ini sbg satu ilmu sedangkan pada hakikatnya ilmu yg dianggap ilmu pada Allah s.w.t ialah yg mana satu org dpt kenal Allah s.w.t dan dpt tahu apa kehendak Allah s.w.t. Inilah ilmu yg sebenarnya. Ilmu yang boleh kita guna dalam kubur.
Bila malaikat tanya 3 perkara, kenal Allah?, kenal agama?, kenal Rasulullah s.a.w? Ilmu tentang 3 perkara ini, tentang sifat2 Allah s.w.t, pengetahuan ttg agama, pengetahuan tentang Rasulullah s.a.w, inilah ilmu yg sebenarnya, yang lain semua yang kita anggap ilmu, bukan ilmu. Ianya satu kemahiran sahaja, orang bukan Islam pun ada kemahiran tersebut. Ilmu bukan fardu kifayah. Ilmu adalah fardu ain atas setiap orang Islam. Setiap orang Islam kena kenal Allah s.w.t, setiap orang Islam kena tahu tentang agama, tentang perintah2 Allah s.w.t, setiap orang Islam kena tahu sunnah Nabi s.a.w. Inilah ilmu yang sebenar.
Hari ini kita berbangga dgn pengetahuan keduniaan, kita berbangga dgn kemahiran2 dunia yg kita ada. Kita tidak bagi tumpuan pada ilmu2 agama. Kita berbangga dgn ilmu kedoktoran ya kita ada, ilmu perdagangan, ilmu perniagaan, kita berbangga2 dgn kemahiran tersebut. Berbangga dgn kemahiran dunia adalah sifat org bukan Islam. Dlm Quran diberitahu, ‘nabi2 dtg bawa ilmu dpd Allah s.w.t, ttpi mrk bangga dgn pengetahuan dunia yg mrk ada, mereka memperlekeh-lekeh ilmu yg dibawa oleh nabi2, maka mrk telah dibinasakan oleh Allah s.w.t.’ Perkara ini perlu dijelaskan, kena faham betul2. Ilmu yg sebenarnya adalah ilmu kenal Allah s.w.t, ilmu ttg sifat2 Allah s.w.t, ilmu ttg perintah2 Allah s.w.t.
Bagaimana setiap ketika dan keadaan, apa yang Allah s.w.t hendak dari kita, apa perintah Allah s.w.t sekarang ini. Ini adalah fardu ain. Setiap orang Islam kena tahu apa perintah Allah s.w.t dan bagaimana hendak tunaikan perintah tersebut cara Nabi s.a.w. Kita kena ada yakin, untuk dapatkan yakin tentang ilmu, kita kena dakwahkan ilmu tersebut. Kita kena ceritakan tentang pentingnya, hebatnya ilmu agama Allah s.w.t supaya dalam hati kita rasa kebesaran ilmu agama. Saidina Umar r.a, satu orang yang telah sempurna ilmunya, satu orang yang alim, dia faham tentang sunnah2 nabi, dia ada pengetahuan yang sempurna tentang agama Allah s.w.t. Satu masa, dia hendak tahu mengenai kitab Taurat, ilmu Allah s.w.t yang telah diturunkan pada Musa a.s. Nabi s.a.w begitu marah sekali. Berubah air muka Nabi s.a.w. Sedangkan Umar r.a adalah satu org yg ada sifat, kalau ada nabi selepas Muhammad, maka Umarlah yg akan jadi nabi.
Org yg macam ini pun, dia ingin tahu ilmu selain dpd ilmu yg diperintah kan oleh Allah s.w.t kpd Nabi s.a.w, sedangkan ilmu itu juga dtgnya dari Allah s.w.t ttpi pada Musa a.s. Nabi s.a.w pergi ke mimbar. Sahabat2 bawa pedang dgn marah kerana ada org telah sakitkan hati nabi. Siapa yg telah menyebabkan Nabi s.a.w marah. Marah Nabi s.a.w disebabkan oleh Umar r.a satu orang sahaja kerana dia telah baca kitab Taurat. Nabi s.a.w tanya Umar r.a, ‘adakah agama yg aku bawa ini belum cukup lagi untuk kamu?, kalau Musa a.s hidup zaman sekarang ini, dia tidak akan berjaya melainkan dia amalkan agama yg aku bawa.’ Kita tidak dpt bayangkan bagaimana murkanya Nabi s.a.w pada umat ini yg tidak tahu, tidak ada ilmu ttg agama, ttg kitab Allah, ttg sunnah Nabi s.a.w.
Org alim adalah satu org yg banyak ilmu pengetahuan, org yg simpan banyak maklumat. Dlm diri ada taqwa pada Allah s.w.t. Dlm hati takut pada Allah s.w.t. Dialah orang alim yang sebenarnya. Nabi s.a.w terangkan tentang dua jenis ilmu. Satu, ilmu yang ada dalam hati manusia, ilmu yang bagi menafaat. Satu lagi ilmu atas lidah sahaja, maklumat hanya atas lidah sahaja. Satu orang yang ada perasaan taqwa, takut pada Allah s.w.t, inilah orang yang sudah dapat ilmu yg manafaat dlm diri dia. Allah s.w.t bagitahu bahawa alim ulamak adalah org yg takut pada Allah s.w.t, dlm hati ada sifat taqwa. Perkara ini kita kena usahakan, utk dpt ilmu yg ada sifat taqwa, sifat takut pada Allah s.w.t.
Nabi s.a.w telah gerakkan sahabat2 bertebaran ke setiap tempat dgn ilmu umpama awan yg turunkan hujan, akan pergi ke setiap tanah utk turunkan hujan. Ada 3 keadaan tanah. Tanah yg dpt menakung air, org ramai, binatang akan dpt manafaat dari air tersebut. Tanah yg serap air, akan keluar tumbuhan dan pokok2. Tanah yg serap pun tidak dan takung pun tidak, air lalu sahaja diatasnya. Awan telah pergi ke semua tempat tidak kira samada tanah terima air atau tidak, begitulah sifat ulamak, satu org yg ada ilmu, dia kena pergi pada setiap manusia dan sampaikan ilmu, bukan tunggu org dtg pada dia. Sebagaimana awan pergi ke tanah, tanah tidak dtg pada awan. Awan bergerak ke tanah dan turunkan hujan pada tanah tersebut, pada semua jenis tanah tanpa memilih tanah. Ada manusia yg terima ilmu tersebut dan simpan, dpt faedah dpd ilmu tersebut.
Ada manusia tidak simpan ilmu tersebut tetapi dpt amal dgn ilmu tersebut. Ada manusia yg tidak ada talab/keinginan pada ilmu agama, dia tidak terima ilmu tersebut. 3 jenis tanah. Tiga golongan manusia. Ulamak bukan hanya sampaikan ilmu pada org yg ingin terima ilmu, bahkan ulamak juga kena sampaikan ilmu pada orang yang tidak ada kemahuan pada ilmu. Ini adalah sifat ulamak. Dia kena bergerak sepertimana Rasulullah s.a.w telah gerakkan sahabat2 keluar dijalan Allah s.w.t. Seorang sahabat, Muaz bin Jabal r.a, seorang mufti yang paling besar dalam umat ini, Nabi s.a.w telah iktiraf dia adalah org yg paling tahu mengenai halal dan haram. Dia juga telah keluar di jln Allah s.w.t. Syaidina Umar r.a telah minta amirul mukminin Abu Bakar r.a, jangan biarkan Muaz keluar di jln Allah s.w.t. Nabi s.a.w tidak ada, boleh kita tanya mengenai fatwa, hukum-hakam agama. Kita boleh rujuk pada dia. Abu Bakar r.a kata, aku tidak boleh halang satu org yg hendak bagi nyawa utk agama Allah s.w.t. Muaz bin Jabal r.a telah keluar dijln Allah s.w.t walaupun dia seorg mufti yg paling besar dikalangan sahabat.
Dalam satu majlis, Rasullullah s.a.w telah bersabda, hendaklah alim ulamak ajar ilmu, sampaikan ilmu pada orang yang jahil. Kalau tidak aku akan jatuhkan hukuman yang keras di atas dunia ini lagi. Bila sahabat dengar perkara tersebut mereka jadi takut dan tertanya-tanya siapakah yang Rasulullah s.a.w maksudkan. Satu kabilah Arab. Assyariin, telah kata, kami telah ajar ilmu tetapi mereka tidak mahu belajar. Nabi ulang lagi sekali, mereka perlu sampaikan ilmu agama pada orang jahil walaupun mereka tidak mahu terima. Kerja alim ulamak ialah kena pergi jumpa orang yang tidak mahu terima ilmu agama. Mereka minta tempoh 1 tahun dari Rasulullah s.a.w untuk ajar ilmu agama. Hari ini alim ulamak kena keluar 1 tahun di jln Allah s.w.t. Ulamak tersebut telah minta dari Nabi s.a.w tempoh 1 tahun utk sampaikan tggjwb mereka.
Ulamak perlu digerakkan di dalam umat seperti awan yang bergerak dan turunkan hujan. Jangan jadi macam telaga, sifatnya tidak bergerak, sifatnya tetap, orang datang kepada telaga untuk ambil air, sifat jumud. Alim ulamak kena bergerak dalam umat untuk sampaikan ilmu agama. Halaqah ilmu dan halaqah iman. Kedua-dua halaqah ini sentiasa ada di masjid Nabi s.a.w. Iman dan ilmu telah tersebar dikalangan sahabat. Hari ini, halaqah iman dan ilmu telah hilang, telah tidak ada di masjid2. Kejahilan telah tersebar di dalam umat ini kerana masjid telah kosong daripada halaqah iman dan ilmu. Maksud daripada usaha ini ialah bagaimana kita dapat ilmu, tahu hukum agama dan dapat amalkan setiap ilmu tersebut dalam kehidupan kita hingga agama yang sempurna datang dalam kehidupan, kita dapat tahu setiap perintah2 Allah s.w.t dlm kehidupan dan dapat amalkan ilmu tersebut. Halaqah iman dan halaqah ilmu perlu dihidupkan supaya iman akan terbina, yakin pada Allah s.w.t akan terbina.
Dengan perantaraan ilmu akan dapat tahu muamalat, muasyarat, akhlak, ibadat, dapat buat mengikut cara yg betul, cara Baginda s.a.w. Ilmu perlu diusahakan. Orang yg bawa ilmu perlu bergerak dalam umat. Umat ini kena belajar ilmu, amalkan agama dan kena bergerak dalam umat. Bila umat bergerak, bawa amal agama dalam kehidupan, barulah agama akan tersebar dalam umat. Inilah kerja umat yang sangat besar yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. Abdullah Rawaha r.a telah tangguhkan keluar dijalan Allah s.w.t untuk dengar khutbah nabi, solat Jumaat diblkg nabi. Dia telah lewat keluar di jln Allah separuh hari. Jemaah dia telah mendahului setengah hari. Rasulullah s.a.w kata dia telah lewat dari segi jarak sejauh masyrik dan maghrib (timur dan barat) dan dari segi masa selama 500 tahun.
Nabi s.a.w sentiasa memberi keutamaan/kelebihan dakwah pada orang yang keluar dijalan Allah s.w.t mengatasi dibandingkan dengan mereka yg buat amal ditempat sendiri kerana bila bergerak di jln Allah s.w.t, agama akan hidup. Dgn perantaraan usaha dakwah agama akan wujud dalam umat. Bergerak seluruh dunia, bawa agama secara amali dlm kehidupan. Kita kena buat usaha ini dengan penuh keyakinan. Umat ini akan terselamat dari kerugian bila umat ini buat usaha dakwah. Demi masa, manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan haq dan berpesan dengan kesabaran. Tanpa umat ini berpesan atas iman dan amal dan perkara yang haq, tidak mungkin umat ini akan selamat dari kerugian. Jika umat tinggalkan usaha ini, pasti umat akan berada dlm kerugian. Utk kekalkan agama dalam umat, hanya dgn perantaraan usaha dakwah. Tanpa usaha dakwah, umat tidak akan kekal dlm agama. Meninggalkan kerja dakwah, asbab kerosakan dlm umat. Bila satu org dai utamakan amal infradi, ini juga akan menyebabkan agama akan terkeluar dpd umat. Perkara ini sgt penting. Kita kena faham. Setiap nabi ada 2 tggjwb. Tgggjwb amal infradi. Tggjwb ijtimai. Amal infradi adalah antara dia dgn Allah s.w.t spt solat dll.
Amal ijtimai adalah usaha atas kaum. Bila utamakan amal infradi, ini akan menyebabkan kekurangan dlm kerja dakwah. Umat ini perlu dibangunkan utk buat kerja dakwah. Bukan setakat bila sudah dpt amalkan agama, kita tinggalkan usaha dakwah. Bila tinggalkan usaha dakwah, agama yg ada dlm diri akan ditinggalkan. Walaupun agama sudah sempurna dlm diri, bila tinggalkan usaha dakwah, agama dlm diri akan hilang, agama akan hilang sedikit demi sedikit dlm kehidupan. Usaha agama adalah usaha yg berterusan hatta tidak boleh utamakan amal/takaza infradi dpd amal ijtimai. Setiap dpd kita bertggjwb atas seluruh umat. Musa a.s telah buat usaha atas kaum dia selama beberapa tahun. Musa a.s telah tinggal kan kaum dia beberapa hari kerana hendak beribadat pada Allah s.w.t, Allah s.w.t perintah Musa a.s dtg kpdNya utk bermunajat selama 40 hari.
Dia boleh bercakap dgn Allah s.w.t. 40 hari adalah tempoh masa yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Musa a.s terlalu syok, ghairah, penuh jasbah utk pergi jumpa Allah s.w.t dan boleh bercakap dgn Allah s.w.t. Dia telah pergi awal. Allah tanya bagaimana dgn kaum kamu? Musa a.s kata mrk sedang menyusulku dari blkg. Kesannya ialah Bani Israil telah sesat sbb Musa a.s telah tinggalkan kaum dia di belakang. Sudah bertahun2 dia buat usaha dakwah dikalangan Bani Israil, ttpi krn beberapa hari shj dakwah ditinggalkan dikalangan Bani Israil, kesesatan telah tersebar. Jumlah Bani Israil ialah 600,000 org. Dlm masa 40 hari, seramai 588,000 org telah sesat, mrk telah sembah patung anak lembu yg dibuat Samiri. Tinggal 12,000 shj yg tidak sesat, yg tidak sembah patung anak lembu, mrk tunggu Musa a.s. Apb dakwah ditinggalkan, walaupun buat sementara waktu sahaja, ini akan jadi asbab kesesatan dlm umat. Dakwah perlu dibuat secara berterusan. Walaupun agama sudah sempurna dlm umat, usaha agama perlu diteruskan. Kalau tidak, agama tidak akan kekal dlm umat. Agama akan keluar dpd umat. Kaedah Allah s.w.t, nabi dtg usaha dakwah dijlnkan, agama tersebar. Tinggalkan usaha dakwah asbab kerosakan iman dan rosak yakin. Jadikan kerja ini sbg maksud hidup kita. Buat azam.
No comments:
Post a Comment