Friday, January 9, 2015

BAYAN UTK ULAMAK OLEH MAULANA SYAMIM

(08/10/1996 - sri petaling (Jor KL). Keadaan umat hari ini yg begitu teruk membuatkan kita menangis. Ulamak patut lebih lagi menangis. Umat ini merupakan khazanah bagi mereka. Umat ini adalah umat yg terbaik dijadikan Allah s.w.t. Kalau hilang umat ini maka hilanglah khazanah ini. Ulamak merupakan pewaris kpd rasul2 a.s. Rasul2 a.s amat prihatin dan ambil tahu akan keadaan umat mereka dan mereka sering menangis atas keadaan mereka. Rasulullah s.a.w beritahu bahawa Baginda adalah muallim dan muballigh. Tapi kita dah lama tinggalkan usaha ini. Kita sudah tidak lihat lagi umat dan hati kita tertutup. Quran dan Hadith dalam dada kita sebenarnya bukan kita punya, tetapi adalah amanat untuk umat. Kita jangan kumpul sahaja, tapi perlu sampaikan juga. Sahabat2 r.a merupakan ulamak besar umat ini. Mereka lebih alim mengenai makrifat, terutamanya Abu Bakar r.a. Beliau paling faham dengan maksud nabuwwah, kerana pengorbanannya yang paling banyak. Beliau paling banyak fikir tentang umat. 

Siapa yang paling rapat hubungan dengan Rasulullah s.a.w, dialah yang paling banyak fikir tentang umat. Ketika umat dalam keadaan kucar-kacir selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, Abu Bakar r.a telah usaha untuk jaga tahap agama. Beliau tidak sanggup agama kurang. Aishah r.a berkata kalau tak ada Abu Bakar r.a waktu itu, entah mereka jadi musyrik. Org alim adalah pewaris Nabi a.s. Org alim dan khawwas kena fikir macam Abu Bakar r.a. Rasulullah telah tarbiyah org macam Abu Bakar r.a. Umar r.a berkata dia sanggup menukarkan segala amalannya dgn satu hari dan satu malam Abu Bakar r.a, satu malam ketika hijrah Abu Bakar r.a bersama Nabi s.a.w, dan satu hari ketika kewafatan Rasulullah s.a.w. Abu Bakar r.a mempunyai fikir dan risau agama. Ilmu sebenarnya bukan bahagian yg asing dlm agama. Ilmu adalah utk tujuan dakwah. Quran diturunkan bila ada keperluan dlm menjlnkan dakwah. Taurat, Zabur, Injil dan suhuf2 diturunkan sekaligus, ttp Quran mengambil masa 23 tahun diturunkan, iaitu sama dgn bilangan tahun kenabian Rasulullah s.a.w.

Rasulullah bawa serentak dakwah, ta'alim dan tazkiyah - mereka ini tidak terasing dan dgnnya agama diamalkan. Spt hadith Khaira qurn qarni.. (Kurun terbaik adalah kurun aku, kemudian yg selepasnya, kemudian yg selepasnya), ada tafsir kita tahu mengatakan ia bermaksud zaman Nabi s.a.w, kemudian zaman Abu Bakar r.a, kemudian zaman Umar, ttpi ada tafsir yg mengatakan maksudnya zaman (Rasulullah dan) Sahabat r.a, kemudian zaman tabiin, dan kemudian zaman taba-tabiin. Ada alim besar yg berkata bahawa zaraf (zaman) itu bermaksud mazruf (benda yg ada di zaman itu). Zaman sahabat r.a ada dakwah, taalim dan tazkiyah. Dgn dakwah, ilmu ada kesan, kalau tidak ia sekadar maklumat sahaja. Kekuatan utk amal dtg dgn dakwah. Saya berani bersumpah dgn nama Allah s.w.t, bukan semua sahabat r.a alim, tapi semua amalkan Quran seluruhnya. Bila ini disatukan dgn tazkiyah pula, dtglah kehadiran hati. Kita perlu satukan dakwah, ilmu dan tazkiyah. Bahkan ilmu Quran dan ilmu Hadith itu adalah utk tujuan dakwah. Dlm hadith tadi, zaraf diertikan sbg mazruf - zaman diertikan sbg benda yg ada di zaman tersebut. Misalnya bila dikatakan hidung meleleh, sebenarnya yg di dlm hidung itu yg meleleh.

Zaman di mana ada 3 amalan tadi (dakwah, ta'alim dan tazkiyah) serentak adalah zaman yg paling mirip kpd zaman Rasulullah. Alhamdulillah, di zaman ini telah wujud dakwah dan agama wujud dalam pelbagai lapisan masyarakat. Dlm satu jemaah kita lihat ada alim, ada doktor, ada tukang jahit, ..., ada org India, ada org Asia, ada org Eropah,... Apakah yg meyatukan mereka? Demi Allah s.w.t, itulah dakwah! Amerika Syarikat belanjakan ribu2 utk satukan org hitam dan org putih tetapi gagal. Dan dakwah, mereka ini yg dahulu saling membenci, kini bersatu dan makan dari satu bekas dan di atas satu safrah. Allah s.w.t telah beri permata kurun pertama ini, iaitu dakwah dan para ulamak, khawwas dan org awam harus bersatu utk buat usaha ini. Dgn itu agama akan tersebar. Umat terbahagi dua - org awam dan org khawwas. Org khawwas ada tiga jenis - ulamak (yg punyai ilmu), pejawat jawatan tinggi (yg punyai pangkat) dan org kaya dan peniaga (yg punyai harta). 

Org khawwas perlu pendamkan ilmu, pangkat dan harta ini, iaitu rendah diri dgn benda2 ini. Dgn itu mereka mendpt kemuliaan. Tapi ini bukan mudah. Kaki org khawwas adalah org awam, dgn mereka org khawwas boleh bergerak. Org awam perlu digunakan utk agama, jika tidak, kebatilanlah menjadi kaki kpd org khawwas. Utk dptkan sifat tawadhuk, kita perlu buat usaha dakwah. Jika semua kuasa batil berhimpun, mereka tak boleh lawan dakwah. Tapi sbb kita telah tinggal kan dakwah, umat telah berpecah dua - khawwas satu arah, dan awam satu arah lain, dan tak bertemu, kecuali utk faedah2 sendiri. Dgn dakwah, umat bersatu. Org alim kena jadi alim dan pendakwah. Peniaga kena jadi peniaga dan pendakwah. Doktor kena jadi doktor dan pendakwah. Musafir kena jadi musafir dan pendakwah. Dgn ini dtglah nusrah Allah s.w.t dan nizam pemeliharaan malaikat. Allah s.w.t beri peluang kepada kita untuk keluar korban diri dan harta, supaya kalimah Allah s.w.t tersebar. Khawwas akan dapat faedah dan orang awam akan dapat faedah. Utk itu azamlah 4 bulan. 

Kalau seseorang itu solat di depan hajarul aswad dengan khusyuk dan seorang buta sedang jalan nak masuk perigi, maka dia kena tinggal kan solat dan selamatkan orang buta itu. Jika dia teruskan solatnya dan orang buta itu jatuh perigi dan mati, maka solatnya menjadi asbab dia masuk neraka. Hari ini keadaan umat begitu teruk, tak bolehkah kita tinggalkan perniagaan dan kerja kita? Umat begitu teruk dan kita mabuk dengan kerja dan kehidupan kita - kalau mati dalam keadaan ini bagaimana? Ayat Quran menyuruh, “Belanjakanlah di jln Allah s.w.t dan jgn campakkan diri kamu ke dlm kebinasaan”. Segala kerja kita menghancurkan kita sebab kita tak buat dakwah. Berilah azam, dan buatlah kerja dakwah ini kerja kita. Untuk dunia, kita faham dulu baru kita buat, tapi untuk akhirat, kita buat dulu baru kita faham.

Para ulamak, silalah keluar ke jalan Allah s.w.t. Kalau tuan2 tak dapat keluar pun, sekurang2nya berilah sokongan dgn kata2 tuan2. Org2 khawwas juga, berilah kata2 yg positif berkenaan usaha ini, misalnya kpd org2 yg dtg jumpa tuan2. Ini juga memberi kesan ke atas diri kita sendiri, seperti jaga yang melaung "jgn tidur! jgn tidur!" sebenarnya dia sendiri terhindar dari tidur. Satu jemaah pergi ke Palestin dan dakwah seorang peniaga supaya dia menjaga solat. Peniaga itu kata susah nak buat demikian, jadi mereka suruh dia menyuruh kuli2nya solat dan dia kata ini mudah. Lama-kelamaan dia sendiri telah solat. Inilah keistimewaan dakwah. Ia memberi kekuatan.

No comments:

Post a Comment