Friday, January 9, 2015

BAYAN MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat Malaysia - 17/08/1992 - nizamuddin). Apabila matahari terbit dan memancarkan cahayanya dgn terang, dapatlah kita lihat kerja2 yg baik dgn jelas. Bila matahari tenggelam di barat, mlm pun tiba, alam menjadi gelap dan sunyi, segala kerja2 baik pun berhenti. Kerja2 yg jahat mula bermaharajalela. Demikianlah apb hati2 manusia di masuki nurullah (nur hidayah), maka manusia dpt melihat dan mengenal kebaikan serta kebenaran seterusnya dpt melaku kan kerj2 yg baik. Sebaliknya bila hati2 manusia gelap (di sebabkan kejahilan, kelalaian, nifaq dan syirik) maka manusia tidak nampak kebenaran dan tidak mengenali kebaikan, lalu manusia membuat kerja2 yg salah dan mungkar. Rasulullah dtg ke dunia di kala dunia di dlm kegelapan semenjak beratus2 tahun. 

Perkara pertama yg Baginda s.a.w usahakan ialah supaya manusia mengenal dan mentauhidkan Allah s.w.t serta hak ke atas diri sendiri diceritakan supaya manusia yakin kepada balasan2 terhadap kebaikan dan kejahatan di akhirat. Baginda s.a.w menjalankan usaha supaya manusia betul2 sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t dan dgn itu hubungan dgn sesama manusia dpt diperbaiki dan diperelokkan. Apabila usaha dakwah diteruskan oleh Rasulullah s.a.w, iman masyarakat telah bertambah (meningkat). Walau di mlm gelap gelita pun manusia tidak sanggup membuat kejahatan (melanggar perintah Allah s.w.t).

Pada zaman Umar r.a menjadi khalifah, ada seorang ibu menyuruh anaknya mencampur kan susu dengan air (untuk dijual). Anaknya berkata, “Bagaimana kalau khalifah Umar tahu?” Jawab ibunya, “Khalifah Umar tidak lihat, bagaimana dia boleh tahu?” Lalu anak itu berkata, “Tetapi Allah melihat”. Pada satu musim kemarau, Abdullah ibnu Umar r.a di suruh membeli kambing utk disembelih. Lalu dia berjumpa dengan seorang budak pengembala. Budak pengembala itu berkata, “Ini bukan kambing saya” Abdullah ibnu Umar r.a hendak menguji budak itu, katanya, “Tuan kamu tidak tengok, katakan sahaja kambing di makan serigala” Jawab budak pengembala itu, “Tetapi Allah melihat saya” (Ihsan telah sampai ke dalam hati ummat pada masa itu). Abdullah ibnu Umar r.a mengajak budak itu makan bersamanya. Kata budak itu, “Saya berpuasa” , masya’allah. Banyak lagi kisah-kisah seperti ini. 

Apabila usaha ke atas iman di jalankan, manusia akan dapat mentaati perintah Allah. Apabila usaha dakwah dihentikan, kelemahan di dalam iman akan berlaku (hidayah tidak lagi tersebar), dengan itu manusia akan melakukan berbagai kejahatan dan meninggalkan amalan kebaikan. Dan menjalankan usaha Rasulullah s.a.w, iman dibentuk. Kekuatan iman dan kewibawaan akan wujud di dalam diri hamba2 Allah, dan orang-orang mukmin akan mula bersuara dgn kebenaran. Sesungguhnya kehidupan bersuara (menyuarakan dakwah, penyebaran risalah Allah s.w.t serta menegak kebenaran dan keadilan) merupakan satu anugerah Allah s.w.t. Apabila usaha dakwah ditinggalkan, akan wujudlah pecah-belah di antara satu sama lain. Malahan dgn kemajuan usaha dakwah, segala kegiatan hidup manusia (spt perniagaan dan politik) akan berjalan dgn betul. Ttpi sebaliknya, jika usaha dakwah terhenti (ditinggalkan) akan berlakulah berbagai penipuan dan penyelewengan.

Dengan usaha dakwah yang di bawa oleh Baginda s.a.w telah wujudlah segala kebaikan, di antaranya:

1. Amanah
2. Sangka baik terhadap orang lain.

Asas usaha dakwah bukanlah kebendaan, pangkat atau kuasa pemerintahan, tetapi asas usaha dakwah ialah ikhlas. (Dpd ikhlas ini jugalah lahirnya taat dan mematuhi peraturan serta sikap yg baik terhadap manusia). Jika kita ikhlas, Allah s.w.t akan campakkan nur ke dlm hati kita. Org yg ikhlas tidak bermaksud untuk mendapatkan apa-apa balasan, pangkat, harta, kemasyhuran, perempuan dan lain-lain, tetapi semata-mata kerana mengharap keredhaan Allah. Org2 yg ikhlas di dalam dakwah adalah ibarat lampu: “Dan menjadi pendakwah kepada agama Allah dgn izinNya dan menjadi cahaya yg menerangi”  (Surah Al Ahzaab : ayat 46). Apabila lampu menyala (hadir cahaya petunjuk), ramai org akan dpt melihat kebaikan dan mereka akan mengerjakannya. 

Sebaliknya, jika lampu tidak menyala (yakni berada di dlm kegelapan), manusia tidak mengenal kebaikan dan banyak membuat kesalahan. Ikhlas juga bermakna ikut tertib dan usul. Meninggalkan usul bermakna tidak ikhlas, akibatnya muncul berbagai2 kejahatan. Seorang telah datang kpd Baginda s.a.w semasa persiapan utk menuju ke Tabuk. (Tabuk ialah sempadan dgn Sham, iaitu kawasan Mediterranean). Katanya kpd Rasulullah s.a.w, “Tuan jga bawa saya ke sana, nanti timbul fitnah” Baginda s.a.w bertanya, “Mengapa?” Jawab org itu, “Di sana banyak perempuan2 cantik” Dgn itu turun wahyu yg menerangkan bahawa dia sudah pun berada di dalam fitnah. Sebenarnya ke mana lagi hendak pergi dgn meninggalkan Rasulullah s.a.w dan kerja dakwah? Fitnah memang dtg kepada kita di dlm suasana perempuan2 cantik sekiranya hati kita gelap. Kita hendaklah buat kerja ini mengikut usul2nya. Usul2 yg ketat untuk diri kita sendiri dan usul2 yg ringan utk yg lain. 

Rasulullah s.a.w memanjangkan solatnya (dan membaca surah2 yg panjang) bila seorg diri, ttpi semasa solat berjemaah bersama orang ramai Baginda s.a.w memendekkannya. Syaitan selalu tunjuk kepada kita berbagai-bagai usul orang dan nafsu kita turut hanyut dengan bisikan-bisikan syaitan menyebabkan sikap diri kita juga hanyut dan merosakkan orang lain. Serentak dengan itu perasaan benci-membenci sesama sendiri juga turut berkembang. Ini tidak betul. Oleh itu apabila kita melihat usul telah merosot, hendaklah segera kita perketatkan untuk diri kita sendiri dan longgarkan untuk orang lain. Apabila para sahabat r.a melihat kekurangan usul pada orang lain, mereka terus menyalahkan diri mereka sendiri. Ingatlah apabila kita berusaha ke atas iman, kita akan beroleh kemuliaan sebab ini adalah jaminan Allah s.w.t. Apabila kita sudah ke depan, janganlah kita mula berasa diri kita besar dan orang lain tidak boleh cakap apa-apa (ttg kesilapan kita). Kalau demikian, diri kita juga tidak boleh cakap apa-apa terhadap org lain.

Asas usaha ini ialah ikhlas dan laksanakan pengorbanan, kemudian kita tidak boleh anggap diri kita besar, ttpi hendaklah dirasa sama taraf dgn orang lain. Hendaklah kita ingat-mengingati di antara satu sama lain (dengan ikhlas, sopan santun dan kasih sayang) Seorang mukmin dan seorang mukmin yg lain ibarat cermin. Bila kita melihat seorang muslim yang lain bererti kita menilik diri sendiri pada orang lain. Amalkan sikap dasar memandang ke dalam. Apabila kita melihat orang lain sama ada  kita nampak kebaikan atau keburukan, hendaklah kita segera menilik diri sendiri - “Bagaimanakah diriku ?” Pandanglah org lain untuk mencari dan mengutip segala kebaikan dan pandanglah diri sendiri utk meneliti (menyemak) segala kekurangan dan cacat-cela. 

Para sahabat r.a adalah contoh kita. Mereka mengatakan, “Apabila sahaja kami mendengar perintah, kami terus amalkan dgn segera tanpa mengira apa keadaan sekalipun”. Apb kita melaksanakan tugas dakwah ini walau di dlm apa keadaan sekalipun, akan dtglah sifat taat pada diri kita. Dgn wujudnya sifat taat, akan bertambah lah nur dan hidayah di dlm hati kita. Malahan apabila kita didik diri kita dgn sifat taat, akan timbullah keelokan akhlak kita. Dgn itu tidaklah berlaku pecah-belah. Perkara yg tidak difahami hendaklah diberitahu dgn cara yg baik. Hendaklah kita jlnkan usaha dakwah di dlm suasana yg bersih, indah dan aman damai sebab itulah tujuan dakwah yg sebenarnya.

No comments:

Post a Comment