Segugus idea diilhamkan daripada Tuhan mendetikkan hati ini untuk berkomunikasi maya dalam blog ini. Lintasan hati mengenai perbincangan “LiLlahi Ta`ala” berlegar-legar di kotak minda, mendesak jari-jemari untuk menari bersama papan kekunci laptop, menumpahkan idea-idea yang barangkali semacam satu bentuk koreksi dan muhasabah kita bersama.
Nah, hidangan santapan rohani ingin kuhadirkan buat para pembaca. Apatah lagi buat diriku jua, lantaran tidak pernah lekang dari melakukan kesalahan dan noda. Topik “LiLlahi Ta`ala” menjadi puncak inti pati penulisan dalam halaqah taman ilmu kita. Manakala sifat perkongsian kali ini agak santai dan bersahaja.

“LiLlahi Ta`ala”. Apakah yang dimaksudkan dengan “LiLlahi Ta`ala”? Ya, betul, maksudnya “kerana Allah swt”. Namun, apakah pula yang dimaksudkan “kerana Allah swt”? Ketika di sekolah rendah dahulu, ustaz dan ustazah memberitahu kepada kami murid-murid agar melakukan sesuatu perkara kerana Allah swt. Terus terang kukatakan, waktu itu aku masih tidak mengerti. Aku kabur, tidak tahu apa-apa, mungkin kerana fikiranku masih mentah dan kurang matang.
Namun begitu, kata-kata tersebut telah terbawa-bawa olehku sehingga kini, dan akhirnya sedikit demi sedikit kuberupaya menyingkap tirai hikmah daripada-Nya mengenai persoalan “LiLlahi Ta`ala”. Segala-galanya berhajat kepada “LiLlah Ta`ala”. Memberi LiLlahi Ta`ala, menerima LiLlahi Ta`ala, berjuang LiLlahi Ta`ala, bersahabat LiLlahi Ta`ala, beribadah Lillahi Ta`ala, berceramah serta berusrah LiLlahi Ta`ala, menulis LiLlahi Ta`ala, bercinta dan berkasih sayang LiLlahi Ta`ala, dan sebagainya, semuanya LiLlahi Ta`ala… Mengapa sedemikian?

Kerana sekiranya kita meletakkan batu asas segala tindak tanduk kita kerana Allah swt, LiLlahi Ta`ala, maka kita akan berasa tenang serta tidak akan pernah kecewa dengan segala ketentuan-Nya, kerana Dia Maha Maklum tentang perjalanan kehidupan hamba-hamba-Nya di samping usaha kita. Secara tidak langsung, pada hakikatnya kita telah mempelajari sesuatu dari UNIVERSITI KEHIDUPAN menerusi tarbiyah-Nya…
Sebab itulah mengapa ada kalanya perlu kita berdamping dengan orang-orang tua yang soleh, kerana mereka lebih berpengalaman dalam mentaakul susur galur kehidupan… Inilah merupakan pendidikan daripada Tuhan sekiranya kita mencermati potret kehidupan kita, kerana Tuhan telah berfirman:

وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Maksudnya: 282. …Dan bertakwalah kamu kepada Allah; Allah memberikan pengajaran kepadamu; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Baqarah (2): 282)
Rentetan ketaqwaan yang sebenar LiLlahi Ta`ala itulah, maka Tuhan akan mengajarkan kita. Mentarbiyah diri kita akan erti kehidupan seorang hamba melalui anugerah mutiara-mutiara hikmah-Nya merupakan suatu nikmat yang sangat berharga, dan ia hanya diluncurkan oleh Allah swt kepada insan-insan yang dipilih-Nya, iaitu mereka yang berfikir menyoroti kebesaran Tuhan dan kekerdilan makhluk, dalam memburu Makrifatullah… Akhirnya merasa hina menyedari siapalah kita di sisi-Nya… Allahu Akbar…
Jika kita memberi sesuatu kepada seseorang LiLlahi Ta`ala, maka kita tidak akan kecewa seandainya kita tidak memperoleh apa-apa imbalan daripada insan tersebut, kerana kita tetap tenang dan tenteram dengan rezeki yang hakikatnya datang daripada Allah jua, kerana kita yakin Allah akan memberikan sesuatu yang terbaik buat kita.
Namun sekiranya kita memberikan sesuatu kepadanya kerana kita kasih dan cinta padanya, tatkala dia pergi meninggalkan kita, kita akan kecewa, kita akan menghukumnya, bahkan memfitnahnya. Jika kita menerima sesuatu LiLlahi Ta`ala, kita akan sentiasa menjadi insan yang bersyukur kepada-Nya, kerana kita memahami bahawasanya segala pemberian hakikatnya datang daripada-Nya.
Namun sekiranya kita menerima sesuatu kerana kita ingin menjaga hati seseorang semata, kita akan menunggu-nunggu pemberiannya, bahkan meminta-minta. Lalu kita akan kecewa padanya seandainya si dia tidak memberikan apa yang kita pinta… Maka, memberi dan menerimalah seadanya LiLlahi Ta`ala Subhana Allah.

Jika kita berkasih sayang kepada seseorang LiLlahi Ta`ala, maka kasih sayang kita pasti tidak pernah pudar, kerana kita memahami tuntutan agama bahawasanya pastinya Allah swt mengurniakan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada insan yang berkasih sayang kerana-Nya. Maka kasih sayang itu akan kekal, kerana kita mendamba rahmat Allah swt, dan kasih sayang-Nya itulah yang tertinggi jua.
Namun sekiranya kita berkasih sayang kerana kelebihan dan rupa paras seseorang, tatkala walau satu kelebihan itu hilang, tatkala rupa parasnya pula berubah disebabkan faktor kemalangan atau usia, maka kita akan menjauhinya, kita akan mengabaikannya, bahkan akan memperlekehkannya. Jika kita bersahabat dengan seseorang LiLlahi Ta`ala, maka persahabatan tersebut tetap juga akan membuahkan kemanisan dalam suka dan duka, susah dan senang, gembira dan sedih, dan sebagainya.

Kerana kita memahami bahawa segala ketentuan Allah dalam erti persahabatan sejati mengharungi arena kehidupan pasti ada hikmahnya dalam mendewasakan kita, lantaran kita berusaha mendamba redha Allah semata dalam erti sebuah jalinan persahabatan yang begitu indah dan manis. Namun sekiranya kita bersahabat dengan seseorang kerana kehebatan dan kemuliaan yang ada pada dirinya, tatkala kehebatan dan kemuliaan itu kian hilang darinya, kita akan meminggirkannya, kita tidak akan mempedulikannya, kerana apa yang kita harapkan daripadanya sudah tiada, iaitu kehebatan dan kemuliaan.
Sedangkan kemuliaan itu hanyalah terletak pada Islam, bukan pada batang tubuh individu terbabit. Hanya saja kemuliaan yang ada pada seseorang itu, disebabkan perjuangannya menegakkan syiar Islam LiLlahi Ta`ala. Maka, berkasih sayang dan bersahabatlah LiLlahi Ta`ala, pastinya kasih sayang dan persahabatan itu akan kekal hingga ke syurga, Subhana Allah.

Jika kita melakukan sesuatu amalan LiLlahi Ta`ala, mendamba rahmat dan redha-Nya, maka amalan tersebut tetap jua membuahkan kemanisan dan ketenteraman hati, walau amalan tersebut seakan berat pada penglihatan orang awam seperti solat tasbih setiap hari, walau manusia di sekeliling kita tidak mengetahui apakah amalan kita. Kerana ketenteraman kita yang hakiki hanyalah bersama dengan-Nya.
Namun sekiranya kita beramal kerana mengharapkan gaji atau ganjaran pahala, maka amalan kita pada hakikatnya tidak dipandang oleh Allah sebagai suatu amalan yang mulia di sisi-Nya, sungguhpun kita bersungguh-sungguh melaksanakan amalan terbabit lalu dipandang mulia oleh makhluk. Tatkala gaji daripada amalan tersebut tidak diberikan kepada kita, kita akan menghina orang yang membayar gaji, sedangkan hakikat segala rezeki datang daripada-Nya jua. Jika kita menuntut ilmu LiLlahi Ta`ala, maka secara tidak langsung kita akan bersungguh-sungguh meneroka ilmu Allah, tidak pernah kenal erti penat dan jemu, tidak pernah kecewa sungguhpun natijah imtihan akhir kita tidaklah seberapa.

Kerana kita melihat keberkatan menuntut ilmu yang memberikan cahaya kepada penuntutnya, bukan kecemerlangan dan mata ganjaran duniawi menjadi matlamat kita. Seterusnya Allah membukakan jalan pada pencinta ilmu-Nya. Namun sekiranya kita menuntut ilmu kerana ingin bekerja mewah, inginkan sijil, bergaji besar, dan cemerlang di dalam peperiksaan, pada hakikatnya niat tersebut telah menyimpang dari tujuan asal kita.
Kerana seandainya kita cemerlang dalam peperiksaan, namun tiba-tiba kita tidak dapat memperoleh pekerjaan serta gaji yang lumayan, kita akan menyalahkan takdir Tuhan. Kita akan tertipu dengan dunia, kita tidak memahami sunnatullah, kita dibutakan mata hati menyingkap hikmah, sedangkan matlamat kita adalah Allah. Segala-galanya adalah Allah. Maka, lakukanlah sesuatu amalan serta menuntut ilmu LiLlahi Ta`ala, kelak ketenteraman hakiki bakal menjelma walau dalam suka dan duka, kerana Allah tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya… SubhanAllah…

Sahabat-sahabatku sekalian… Demikianlah sedikit bingkisan rohani buat kita semua dalam menuju redha-Nya, mudah-mudahan hal ini menjadi suatu bentuk mutiara berhikmah serta mimbar muhasabah buat kita semua. Maka, kesemua inilah pada hakikatnya ia merupakan ujian Allah, tarbiyah Allah. Inilah yang dipanggil sebagai manhaj rabbani, memahami hakikat berTuhan, menelusuri kehidupan dalam SunnatuLlah.
Senangnya kita, tetap juga ia sebagai ujian. Susahnya kita, tetap juga ia sebagai ujian. Gembiranya kita, tetap juga ia sebagai ujian. Sedihnya kita, tetap juga ia sebagai ujian. Subhana Allah… Rupa-rupanya kita sedang diuji dalam setiap detik masa, dan inilah ujian terbesar buat kita sebagai seorang hamba. Iaitu ujian sejauh mana kita benar-benar mengabdikan diri kepada Tuhan serta melaksanakan amanah-Nya. Lalu aku teringat kepada firman Tuhan:

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (1
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (2
Maksudnya:
1. Maha Suci Allah yang Menguasai (segala) kerajaan, dan Dialah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu;
2. Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan, untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun. (Surah al-Mulk (67): 1 – 2)
Sememangnya tika mati dan tika hidupnya kita adalah ujian. Segala-galanya adalah ujian Tuhan, sejauh mana kita beramal kerana-Nya menuju pengabdian yang hakiki. Maka, disebutkan kalimah “kematian” terlebih dahulu dalam ayat di atas, kerana Tuhan ingin mengingatkan bahawa kehidupan selepas kematian itu adalah kehidupan yang sebenar, hakiki, dan abadi, manakala kalimah “kehidupan” disebutkan kemudian dalam ayat kedua di atas selepas kalimah “kematian” kerana kehidupan kita di dunia ini tidak lain hanyalah ujian buat kita, dan kehidupan tersebut hanya sementara.
Tempoh kehidupan di dunia pastinya tidak dapat dibandingkan dengan tempoh kehidupan di akhirat, kerana kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang ABADI setelah diuji hanya beberapa detik di dunia. Berasaskan kepada dalil di atas, kita pasti bahawa bahawa matlamat menuju akhirat setelah kematian jauh lebih utama berbanding kehidupan dunia.
Namun ramai manusia yang terpedaya, merasakan dunia itulah syurga buat dirinya, seakan mereka hidup selama-lamanya… Allahu Rabbi… Na`udzubiLllah… Ya Allah selamatkanlah kami ya Allah… Maka, sewajibnya segala tindakan dan perilaku kita di atas dunia, hanyalah berpaksikan kepada-Nya semata, demi-Nya, untuk-Nya, kerana-Nya.

Satu kenyataan yang begitu membentak lalu membelai jiwaku tatkala kumengamatinya, iaitu tawsiah dari seorang cendekiawan agama dari kalangan para sahabat agung Nabi saw, Saidina Ali r.a: “Apabila kamu merasa letih berbuat kebaikan, sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu merasa seronok melakukan dosa, sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal…”
Allahu Akbar…! Ya Allah, peliharalah hati-hati kami, perkukuhkanlah hati-hati kami di atas landasan agama-Mu, di atas ketaatan kepada-Mu… Aku juga teringat kepada suatu doa yang telah kupetik dari sebuah karya sufi agung al-Hikam, namun kutidak pasti, apakah doa itu hasil penulisan Ibn `AtaiLlah al-Sakandari, atau ia merupakan doa yang diselitkan oleh orang yang mensyarahkan oleh kitab tersebut, iaitu Dr. Zulkifli al-Bakri…. Apa pun, doa tersebut begitu menusuk kalbu, menjentik hati nuraniku tatkala daku mencermatinya dalam-dalam, iaitu:
اللهم اجعل غاية قصدي إليك ما هو لك. ولا تجعل قصدي إليك ما أطلب منك.
Maksudnya: Ya Allah, Jadikanlah kemuncak matlamat dan niatku kepada-Mu ialah apa yang menjadi hak-Mu, dan janganlah Engkau jadikan matlamat dan niatku pada-Mu ialah apa yang daripada-Mu menjadi permintaanku.”
No comments:
Post a Comment