Makrifat itu kurniaan Allah semata. Ada yang dikurniakan Makrifat melalui belajar kepada Ulama. Ada yang dikurniakan Makrifat melalui membaca dan mendalami Kitab atau Buku Para Ulama. Ada yang dikurniakan Makrifat melalui mimpi. Ada yang dikurniakan Makrifat kerana rajin mengerjakan amalan wajib dan amalan sunnah.
Ada yang dikurniakan Makrifat atas kesabarannya dalam menjalani ujian Allah berupa penderitaan dan kesengsaraan. Ada yang dikurniakan Makrifat kerana baktinya kepada kedua orang tuanya. Ada yang dikurniakan Makrifat kerana kasih sayangnya kepada makhluk Allah. Dan sebagainya.
Ada yang dikurniakan Makrifat atas kesabarannya dalam menjalani ujian Allah berupa penderitaan dan kesengsaraan. Ada yang dikurniakan Makrifat kerana baktinya kepada kedua orang tuanya. Ada yang dikurniakan Makrifat kerana kasih sayangnya kepada makhluk Allah. Dan sebagainya.
Semua itu terserah kepada Allah SWT. Allah memilih siapa yang Dia kehendaki. Bukan atas apa yang Ulama, Ustaz, Kyai, Habib, Mursyid kehendaki. Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang mendapat petunjuk Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka mereka termasuk orang yang merugi.” (QS. Al-A'raf : 178).
Allah berfirman yang artinya: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).
Tidakkah kita melihat perjuangan Nabi Allah Nuh di dalam menegakkan Tauhid kepada umatnya? Waktu yang mencapai 950 tahun tidak dapat menjadikan Umat Nabi Nuh mendapatkan hidayah Allah, bahkan untuk keturunannya sendiri pun ia tidak dapat menyelamatkannya dari azab. Allah berfirman yang artinya: “Dan Nuh memanggil anaknya yang berada di tempat yang jauh, ‘Wahai anakku! Naiklah bahtera ini bersama kami dan janganlah kamu bersama orang-orang kafir’. Dia berkata, ‘Aku akan berlindung ke gunung yang akan menghindarkanku dari air bah. Nuh berkata, ‘Hari ini tidak ada lagi yang dapat melindungi dari azab Allah kecuali Dzat Yang Maha Penyayang.’ Dan gelombang pun menghalangi mereka berdua, maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.” (QS. Hud:42-43)
Melihat anaknya yang tenggelam, Nabi Nuh berdoa (yang artinya): “Dan Nuh pun menyeru Rabbnya, ‘Wahai Rabbku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji-Mu adalah janji yang benar, dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.’
Allah berfirman, ‘Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukan termasuk keluargamu (yang diselamatkan), sesungguhnya amalannya bukanlah amalan yang shalih. Maka janganlah engkau meminta kepada-Ku sesuatu yang tidak engkau ketahui. Sesungguhnya Aku peringatkan engkau agar jangan termasuk orang-orang yang jahil.” (QS. Hud: 45-46). Selalulah bermohon dan berdoa Kehadirat Allah agar kita semua mendapat petunjukNya untuk bermakrifatullah.
No comments:
Post a Comment