Jangan bangga dengan banyak solat, puasa dan zikir kerana itu semua belum membuat Allah gembira. Apakah perkara yang membuat Allah gembira?
*Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?
*Allah: SOLAT? Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar. ZIKIR? Zikirmu itu membuat hatimu menjadi tenang. PUASA? Puasamu itu melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu.
*Nabi Musa: Lalu apa ibadahku yang membuat hatiMu senang Ya Allah?
*Allah: SEDEKAH, INFAQ dan ZAKAT serta AKHLAQUL KARIMAH mu. Itulah yang membuat Aku senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, Aku hadir disampingnya. Dan Aku akan mengganti dengan ganjaran 700 kali. (Al-Baqarah 261-262).
Nah, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah. Tapi, bila kau berbuat dan berkorban untuk orang lain, bersedekah, infaq, berzakat untuk orang lain, serta melunakkan hatimu kepada orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang kerananya. Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan Rahmat-Nya dengan membuat hidupmu lapang dan bahagia. (Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali).
No comments:
Post a Comment