Monday, January 25, 2016

DUDUKILAH DI MAJLIS CINTA ZIKIR

Diriwayatkan bahawa suatu ketika Nabi Musa a.s. bertanya kepada Allah SWT, "Tuhanku, apakah balasannya bagi orang-orang yang zikir kepada-Mu dengan lisan dan hatinya?" Allah Swt. berfirman: "Wahai Musa, Aku akan melindunginya di Hari Kiamat dengan naungan 'Arsy, dan Aku akan menjadikannya di bawah kekuasaan-Ku.” Nabi Musa a.s. bertanya lagi, "Tuhanku, siapakah hamba-Mu yang paling merugi?" Allah SWT berfirman, "Orang yang tidak mengambil manfaat dari petua dan orang yang tidak zikir kepada-Ku sewaktu sendirian.”

Zikir merupakan cara yang paling efektif untuk berdialog dengan Allah SWT dan membuat hamba-Nya mampu secara aktif melibatkan diri dalam komunikasi dengan Allah SWT. Tentu saja keadaan spiritual dari fikiran atau hati setiap orang akan berbeza dalam menerimanya, tergantung dari kemajuan spiritual yang dialaminya. Secara umum zikir akan selalu melahirkan sifat al-murâqabah (perasaan selalu diawasi oleh Allah) sehingga akan memasukkan pelakunya ke pintu al-Ihsan. Orang-orang yang lalai tentu tidak akan sampai ke derajat al-Ihsan. Zikir juga akan melahirkan al-inabah (dorongan jiwa ingin selalu kembali kepada Allah) sehingga hanya Allah-lah yang ditakuti, dan tempat kembali serta berlindung.

Jadi, sangat na’if jika masih ada orang yang gemar membid’ahkan kegiatan zikir. Bagaimana mereka memandang Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amr bin ‘Anbasah r.a. ini? Beliau berkata Rasulullah SAW bersabda, ”Di sebelah kanan Tuhan yang Maha Rahmân, begitu juga di hadapan-Nya, ada sekelompok manusia yang bukan para nabi dan bukan para syuhada. Sinar wajah mereka menyilaukan siapa saja yang melihatnya, sehingga para nabi dan para syuhada merasa iri atas kedudukan mereka dan dekatnya mereka di hadirat Allah Azza wa Jalla”. Rasulullah SAW ditanya, “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Rasulullah Saw. menjawab, ”Mereka adalah sekumpulan manusia dari berbagai kabillah yang berkumpul untuk melakukan zikir kepada Allah. Mereka memelihara ucapan-ucapan yang baik seperti halnya orang yang makan kurma menjaga dan memilih hanya kurma-kurma yang baik,” (HR Thabrani).

Abdullah bin Busr r.a. mengatakan, “Sesungguhnya ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Ya Rasulullah, perintah dalam syariat Islam ini banyak. Beritahukanlah kepada kami sesuatu yang dapat kami jadikan amalan dan kesibukan.” Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kalian sentiasa membasahi lidahmu dengan zikrullAh”. Maka, mari nikmati hidangan hidayah Allah dengan berzikir. Mari kita masuki taman-taman syurga dengan berzikir. Sesungguhnya di dunia ada taman syurga. Barangsiapa tidak masuk ke dalam syurga itu, ia tidak akan masuk ke dalam syurga Akhirat. Apakah yang dimaksud dengan syurga dunia itu? Itulah Majlis-majlis zikir. Dan ketika kedekatan dengan Allah dihati Mukmin berlangsung didunia lagi... mereka sudah menikmati cinta Allah didunia lagi... dan itulah Syurga Kedekatan.

Pendapat ini didasarkan pada Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, yang bertanya kepada Rasulullah SAW. Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah ghanimah majlis-majlis zikir?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Ghanimah majlis zikir adalah syurga,” (HR Ahmad). Semuga kita semua ditempatkan dan menempatkan diri dimajlis2 zikirullah dan menjadi Ahli Zikir yang tegar. (Tn Syeikh Haji Alias asy-Syattari).

No comments:

Post a Comment