Thursday, February 11, 2016

MANFAAT SUHBAH DENGAN MURSYID

Ibn 'Ajibah menegaskan dengan katanya: "...Demi Allah, tidak berjaya orang yang berjaya. Kecuali menerusi suhbah (sentiasa berdamping) dengan orang yang telah berjaya.” Allah juga memerintahkan orang-orang mukmin agar sentiasa berserta dengan golongan siddiqin.

Allah SWT berfirman:

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصّٰدِقِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.” (QS. At-Taubah: Ayat 119)

Allah SWT berfirman:

وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَىَّ ۚ

"...Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh)…" (QS. Luqman: Ayat 15).

Menerusi pimpinan dan suhbah, seseorang murid akan segera dapat perubahan ahwal qalbiyah dan maqamat qalbiyah, sehingga kedua-dua aspek menjadi baik dan bersih. Pelbagai hijab juga diangkatkan dan dikasyafkan dan dilimpahi cahaya oleh Allah, hingga layak dikurniakan musyahadah oleh Allah. 

(Tn Guru Dr. Jahid Hj Sidek al-Khalidi, dalam Simposium Tariqat Tasawuf).

No comments:

Post a Comment