Thursday, February 11, 2016

PENTINGNYA TAZKIYATUN NUFUS

Tugas-tugas itu ialah konsentrasi terhadap proses pembinaan jiwa dengan cara mensucikannya (tazkiah). Ia menjadi barometer kepada perubahan umat ini menurut al-Quran, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri. Tidak ada satu pendekatan yang dapat mengubah manusia selain pendekatan TAZKIYATUN NUFUS seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. 

Proses ini kemudian bersambung-sambung sehingga sampai kepada kita. Inilah method yang dibawa oleh segolongan manusia yang digelar sebagai kaum sufi. Nilai-nilai pentarbiyahan seperti ini sememangnya sudah ada pada zaman Sahabat kemudian Tabiin dan seterusnya sehingga datang zaman cintakan dunia dan kerakusan kuasa. Generasi selepas itu semakin jauh dengan zaman Nabi.

Umat sekarang ini perlu kepada ulama yang komited terhadap method pentarbiyahan ini (tazkiyah). Sebab itulah munculnya golongan Sufi dan tasawuf yang komited melestarikan nilai-nilai ini. Melalui jasa mereka, dakwah tersebar ke seluruh pelusuk dunia (lanjutan daripada usaha dakwah Sahabat). Dalam sejarah Islam, kita mendapati bahawa tidaklah masuk Islam ke dalam satu-satu negeri melainkan ketua jemaah jihad fisabilillah itu diketuai oleh tokoh besar tasawuf dan tazkiyah. 

Keadaan ini ada setiap zaman dalam Islam. Kita tidak akan menjumpai sesebuah negeri yang begitu utuh melainkan peranan itu dimainkan oleh tokoh tasawuf, golongan sufi. Tidak mungkin kita temui dalam sejarah Islam, gerakan jihad tanpa tokoh tasawuf.

(al-Allamah Sayyidina Habib Umar al-Hafidz).

No comments:

Post a Comment