Golongan pertama, iaitu orang yang memahami syariat sebagai perintah dan larangan semata-mata, maka dia merasa terbeban dengan syariat, kerana dia berinteraksi dengan perbuatan dirinya sendiri. Sedangkan, golongan kedua, yang memahami syariat secara hakikatnya, maka dia merasa santai dan lapang, kerana dia berinteraksi dengan Tuhan yang sedang disembahnya melalui syariat tersebut, bukan memandang kepada ibadah tersebut.
Orang yang memandang kepada perbuatan diri memanglah letih sedangkan seorang pencinta yang memandang kepada kekasih akan terus melakukan apa sahaja untuk mendekati kekasihnya, tanpa rasa letih, kerana dia tidak memandang kepada perbuatan, tetapi sibuk memandang keindahan rasa cintanya kepada kekasihnya.
(al-Faqir ila Rabbihi al-Lathif Raja Ahmad Mukhlis al-Azhari).
No comments:
Post a Comment