"Jika bertambah ilmu tetapi kelakuan masih buruk, itulah tanda orang itu telah jauh daripada Allah. Orang jahil berasa rajin mengaji sedang dia tidak sedar ilmu yang dipelajarinya itu terhijab kerana ada keinginan dunia di hatinya. Manakala orang alim (berilmu) berasa segan untuk beramal dengan ilmunya disebabkan masih kurang yakin kepada janji-janji Allah terhadap ilmu yang dipelajarinya”. (Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki).
2). SEPULUH FILOSOFI TASAWUF JAWA YANG DIGARISKAN OLEH SUNAN KALIJAGA
1. Urip Iku Urup. (Hidup itu Nyala, Hidup itu hendaknya memberi manfaat bagi orang lain disekitar kita, semakin besar manfaat yang bisa kita berikan tentu akan lebih baik).
2. Memayu Hayuning Bawono, Ambrasto dur Hangkoro. (Manusia hidup di dunia harus mengusahakan keselamatan, kebahagiaan dan kesejahteraan; serta memberantas sifat angkara murka, serakah dan tamak).
3. Suro Diro Joyo Jayaningrat, Lebur Dening Pangastuti. (Segala sifat keras hati, picik, angkara murka, hanya bisa dikalahkan dgn sikap bijak, lembut hati dan sabar).
4. Ngluruk Tanpo Bolo, Menang Tanpo Ngasorake, Sekti Tanpo Aji-Aji, Sugih Tanpa Bondho
(Berjuang tanpa perlu membawa massa; Menang tanpa merendahkan atau mempermalukan; Berwibawa tanpa mengandalkan kekuatan; Kaya tanpa didasari kebendaan).
5. Datan Serik Lamun Ketaman, Datan Susah Lamun Kelangan. (Jangan gampang sakit hati manakala musibah menimpa diri; Jangan sedih manakala kehilangan sesuatu).
6. Ojo Gumunan, Ojo Getunan, ojo Kagetan, ojo Aleman. (Jangan mudah terhairan-hairan; Jangan mudah menyesal; Jangan mudah terkejut-kejut; Jangan mudah kolokan atau manja).
7. Ojo Ketungkul Marang Kalungguhan, Kadonyan lan Kemareman. (Janganlah terlebih atau terkungkung oleh keinginan untuk memperoleh kedudukan, kebendaan dan kepuasan duniawi).
8. Ojo Kuminter Mundak Keblinger, ojo Cidra Mundak Cilaka. (Jangan merasa paling pandai agar tidak salah arah; Jangan suka berbuat curang agar tidak celaka).
9. Ojo Milik Barang Kang Melok, Aja Mangro Mundak Kendo. (Jangan tergiur oleh hal-hal yang tampak mewah, cantik, indah; Jangan berfikir mendua agar tidak kendor niat dan kendor semangat).
10. Ojo Adigang, Adigung, Adiguno. (Jangan sok kuasa, sok besar, sok sakti).
3). KISAH IBU MAULANA ILYAS RAH
Haji Abdul Rahman Patalong kisahkan kepada kami: Ibu Maulana Ilyas al Kandahlawi (rah.a) tidak pernah makan sesuatu melainkan makanan itu dibawa pulang oleh suaminya Maulana Ismail. Beliau juga tidak mencuri pandang ke luar jendela dan sangat menjaga pandangannya. Inilah sifat seorang ibu yang melahirkan seorang wali Allah yang khas antara yang khas.
Ada satu kisah, satu jemaah telah tiba di sebuah masjid dan membuat usaha dakwah di kariah itu. Setiap malamnya mereka bermimpi berjumpa Nabi Muhammad SAW dan bangun solat tahajud. Kemudian, mereka berpindah pula ke masjid yang lain. Di masjid ini, perkara pelik telah berlaku. Tiada seorang pun antara mereka dapat bermimpi jumpa Nabi SAW dan tiada yang bangun tahajud.
Mereka menjadi gusar lalu bermesyuarat perihal amal mereka yang merosot. Akhirnya mereka buat keputusan untuk kembali ke masjid yang terdahulu. Mereka bertanya kepada orang tempatan yang telah menjamu mereka makan. "Daripada sumber mana kamu menjamu kami makan?” "Saya menggunakan wang saya sendiri daripada hasil titik peluh saya. Apabila jemaah datang saya berazam untuk menggunakan wang saya ini sepenuhnya untuk menjamu jemaah. Tidak sikitpun saya bawa duit itu pulang ke rumah. Saya membeli bahan mentah dan isteri saya akan memasaknya di rumah. Itulah makanan yang saya jamu kepada kalian."
Tahulah mereka bahawa lelaki itu menjamu mereka dengan ikhlas daripada sumber yang halal dan tiada syubhah. Mungkin itu sebabnya mereka dapat bermimpi jumpa Baginda setiap malam. Kemudian, mereka balik ke masjid kedua dan bertanya kepada orang yang menjamu mereka. Kata orang itu, "Saya ada sorang kawan bukan Islam. Dia pesan, jika ada jemaah datang, dia mau jamu mereka makan. Dia sangat baik tapi suka berjudi. Daripada duit itulah dia telah sediakan makanan untuk kalian”. Astaghfirullah. Betapa besarnya kesan makanan kepada amalan dan hati manusia. Semoga kita ambil pengajaran.
No comments:
Post a Comment