Friday, February 5, 2016

BERHENTI MEMPELAJARI

Berhentilah daripada mempelajari dan membicarakan tentang ilmu hakikat dan makrifat yang dipelajari dari mulut ke mulut (dari sesama makhluk) kerana ini akan membuahkan sangkaan-sangkaan seperti yang difirmankan oleh Allah:

10.Surah Yūnus (Ayat 36)

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًاۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

10.Surah Yūnus (Ayat 66)

أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.

53.Surah An-Najm (Ayat 28)

وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Disamping itu juga akan menjerumuskan kita sentiasa berada didalam keadaan memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan yang mana keadaan ini telah diberikan amaran keras oleh Allah seperti yang telah difirmankan.

61.Surah Aş-Şaf (Ayat 2)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61.Surah Aş-Şaf (Ayat 3)

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Malah bersangka-sangka berdasarkan ilmu hakikat dan makrifat yang telah dipelajari dan diketahui dari sesama makhlok yang membawa kepada selalu berada didalam keadaan memperkatakan apa yang tidak dilakukan ini pula akan menjadi sebagai tempat untuk syaitan turun. Ini telah dijelaskan oleh Allah didalam firmanNya

26.Surah Ash-Shu`arā' (Ayat 221)

هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Ayat 222)

تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

26.Surah Ash-Shu`arā' (Ayat 223)

يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

26.Surah Ash-Shu`arā' (Ayat 224)

وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

26.Surah Ash-Shu`arā' (Ayat 225)

أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Ayat 226)

وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Ayat 227)

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانتَصَرُوا مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُواۗ وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Begitu juga Allah telah berfirman tentang Allah tidak akan terterangkan dengan apa cara sekalipun. Firman Allah:

18.Surah Al-Kahf (Ayat 109)

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

18.Surah Al-Kahf (Ayat 110)

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun di dalam ibadatnya kepada tuhannya. 

Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara, Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan memimpin mereka kejalan yang lurus dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. Tempat kediaman mereka diakhirat kelak ialah di dalam Syurga yang penuh nikmat. Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mungkir janji. Berkaitan dengan hakikat tauhid atau tetap berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid atau yang dibersihkan daripada sebarang syirik atau makrifatullah ini Allah telah berfirman didalam Al-Quran

17.Surah Al-'Isrā' (Ayat 41)

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar. Apakah pegangan atau iktiqad atau hakikat tauhid yang hendak ditetapkan pegangannya? Iaitu hakikat tauhid yang telah diakui diawal kejadian kita dan tetap dipegang sehingga kita belum lagi berakal. Setelah berakal kita sudah mula meninggalkan pegangan kepada hakikat tauhid ini. Hakikat tauhid yang telah dilupakan setelah kita mula berakal ialah sepertimana yang telah Allah jelaskan didalam Al-Quran pada

7.Surah Al-'A`rāf (Ayat 172)

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:
"Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

7.Surah Al-'A`rāf (Ayat 173)

أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ

Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?”

7.Surah Al-'A`rāf (Ayat 174)

وَكَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ وَلَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

Untuk berpegang dengan pegangan atau iktikad tauhid atau bersih daripada sebarang syirik seterusnya makrifatullah, Allah telah mengajar kita semua melalui firmannya:

17.Surah Al-'Isrā' (Ayat 41)

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Didalam firman Allah yang lain Allah telah menjelaskan dengan firmanNya "NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA”

Inilah yang menyebabkan "penerangan yang berbagai cara untuk menetapkan iktiqad tauhid yang telah Allah memperjelaskan didalam Al-Quran itu tidak menjadikan mereka melainkan menjadi bertambah liar.
Dan kepada sesiapa yang melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad Tauhid, Allah telah memberikan jaminan seperti didalam Firman Allah

4.Surah An-Nisā' (Ayat 66)

وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU” NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' (Ayat 67)

وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' (Ayat 68)

وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

10.Surah Yūnus (Ayat 9)

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ يَهْدِيهِمْ رَبُّهُم بِإِيمَانِهِمْۖ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mungkir janji

30.Surah Ar-Rūm (Ayat 6)

وَعْدَ اللَّهِۖ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
10.Surah Yūnus (Ayat 44)

إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ النَّاسَ شَيْئًا وَلَٰكِنَّ النَّاسَ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

Kembali kepada melakukan jalan dan cara untuk menetapkan Iktiqad dan tauhid. Bersih dari sebarang syirik Atau makrifatullah. Semua orang tahu bahawa Allah adalah Tuhan yang maha Esa, tetapi sudahkan kita melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid sepertimana yang telah diketahui iaitu Hanya Allah yang maha Esa adalah Tuhan bagi sekaluan Alam.. tanpa melakukan sebarang bentuk syirik? Apabila seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid barulah ia akan sampai kepada yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik yang telah diberikan jaminan oleh Allah seperti didalam firmanNya:

15.Surah Al-Ĥijr (Ayat 39)

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Ayat 40)

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.

15.Surah Al-Ĥijr (Ayat 41)

قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA”

15.Surah Al-Ĥijr (Ayat 42)

إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Seperti diawal perjuangan Rasulullah saw yang telah memperkenalkan hanya Allah sahaja tuhan yang Esa yang perlu dipertuhankan, tiada tuhan selain dari Allah (termasuk hawa nafsu sendiri), firman Allah "tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan”. Melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid adalah merupakan satu sunnah yang telah ditetapkan Sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah:

17.Surah Al-'Isrā' (Ayat 41)

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar. Perjuangan awal rasulullah saw untuk memperkenalkan Allah sebagai tuhan yang Esa yang telah membuatkan perjuangan permulaan ini menjadi asing dikalangan kaum kafir semasa itu. Asas perjuangan untuk menegakkan kalimah tauhid dimuka bumi Allah inilah yang membuatkan perjuangan rasulullah saw dianggap asing oleh manusia pada masa itu.

Perjuangan rasulullah saw untuk menegakkan Agama islam berasaskan kepada Dua kalimah syahadah inilah yang membuatkan perjuangannya dipandang asing oleh kaumnya pada masa itu. Seperti yang disabdakan oleh rasulullah saw itu akan berulang sekarang ini kembali sebagai dagang, dipandang asing. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran kembali kepada auwaluddin makrifatullah, awal agama mengenal Allah atau menetapkan iktiqad dan tauhid atau bersih dari sebarang syirik dipandang teramat asing oleh umat islam sendiri, pandangan dan perjuangan sekumpulan kecil umat islam untuk kembali menegakkan iktiqad dan tauhid berasaskan kepada dua kalimah syahadah didalam kehidupan harian kita dipandang teramat asing oleh umat islam sendiri. 

Perjuangan memperjuangkan bersih dari sebarang syirik atau berpegang dengan iktiqad dan tauhid adalah adalah awal daripada islam, iman dan ikhsan, telah dipinggirkan, jika diperkatakan, masyarakat sekarang akan merasakan itu terlalu asing, cukup saja dengan mengetahui tentang ilmu tauhid sahaja, seseorang itu sudah bertauhid. Sedangkan iktiqad dan tauhid atau bersih daripada sebarang syirik atau makrifatullah adalah perkara asas yang tidak boleh ditinggalkan. Allah tidak akan ampun dosa syirik, Allah tak akan terima amal orang yang melakukan amalan didalam keadaan syirik.

Perjuangan sekumpulan kecil Islam yang menyeru supaya tidak mensyirikkan Allah melalui syirik secara terang atau syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi menjadikan kumpulan ini dipandang teramat asing dan mendapat pertentangan yang amat meluas dikalangan umat Islam sendiri, malah mereka-mereka ini sampai dihukum sesat oleh umat Islam sendiri. Bukankah perjuangan mereka ini seperti perjuangan rasulullah saw diawal perjuangan baginda dahulu iaitu untuk menegakkan iktiqad dan tauhid @ bersih dari sebarang syirik @ Awal agama mengenal Allah seterusnya menegakkan dua kalimah syahadah didalam kehidupan harian mereka. Mereka-mereka inilah yang telah dan sedang menerima tentangan hebat dari seluruh pelusuk dunia, dari orang kafir, dari pemerintah dan dari hampir keseluruhan umat Islam sendiri yang menghukum mereka sebagai sesat, seperti yang diterima oleh Rasulullah saw diawal perjuangannya dahulu.

Jika bukanlah kaum yang kecil ini yang sedang hendak menegakkan iktiqad dan tauhid ini yang mendapat tentangan dari segenap sudut sehingga dihukum sesat, kaum mana lagi yang boleh dimasukkan kedalam sabda nabi saw itu. Rasulullah SAW bersabda: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini” [Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]. Baginda ditanya, “Siapakah orang-orang yang asing itu?” Baginda menjawab, “Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak” [Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab, “Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia” Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, “Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya” Perjuangan kita umat Islam hari ini hendaklah bermula dari asas didalam Agama iaitu beriktiqad dan tauhid @ bersih dari barang syirik @ Awalluddin makrifatullah. Sebut sahaja Tentang iktiqad dan tauhid, lihatlah sendiri berapa ramai yang akan menentang, berapa ramai yang akan menyesatkan kita.

Perjuangan kita pada hari ini untuk menegak dan menerapkan dua kalimah syahadah (dengan mrlakukan jalan dan cara untuk mrnetapkan pegangan atau iktiqad tauhid) didalam kehidupan seharian kita akan mendapat tentangan dari segenap aspek dari segenap sudut, lihat dan perhatikan lah sendiri kenyataannya. Masing-masing berpegang dengan pandangan sendiri-sendiri. Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:

5.Surah Al-Mā'idah (Ayat 105)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan” [al-Maa’idah 5: 105]

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. 

SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING. 

Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu” [Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

MAKSUD DARIPADA PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”

Ialah melaksanakan perintah Allah yang telah diperintahkan didalam Al-Quran, Dengan melaksanakan perintah ini atau hasil daripada melaksanakan perintah ini, akan berlakulah hilang rasa keberadaan atau keakuan pada diri sendiri.

SALAH SATU DARI PELBAGAI CARA IALAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Ayat 8)

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

73.Surah Al-Muzzammil (Ayat 9)

رَّبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا

Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw. Saidina Ali R.a Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu, 
- Tongkat kan lidah mu ke langit2, 
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Cara untuk melaksanakan:

Pejamkan mata kamu, tumpukan rasa perasaan kita kepada keberadaan yang sedang dirasai dengan sebulat-bulat tumpuan (jangan dirasakan keberadaan yang sedang di rasa sebagai ada diri sendiri dan jangan juga disangka keberadaan yang sedang dirasa itu sebagai rasa Allah). Adakan penyaksian dan pengakuan bahawa ada yang sedang dirasai dengan sepenuh tumpuan itu ada Allah yang sedang dirasai hanya dengan tongkatkan lidah ke langit-langit dan sebutkan Allah sebanyak-banyaknya. 

Sebut nama Allah sebanyak-banyaknya hendaklah disertai dengan rasa perasaan yang sedang tertumpu kepada rasa ada yang sedang dirasai dengan sebulat-bulat tumpuan, bukan di dalam keadaan lalai. Maksudnya supaya berlaku kedua-dua perintah Allah yang tersirat di dalam firman-Nya: “Sebutlah nama Tuhanmu serta tumpukanlah kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan kepada-Nya”. Pada atau dalam satu masa yang sama. 

Pejamkan matamu, tumpukan rasa perasaan kepada turun naiknya pernafasan (sifat hidup) yang sedang dirasai dengan sebulat-bulat tumpuan, adakan penyaksian dan pengakuan bahawa sifat hidup yang dirasai dengan sepenuh tumpuan itu adalah sifat hidup Allah dengan hanya tongkatkan lidahmu dan menyebut Allah sebanyak-banyaknya. 

Pejamkan matamu, tumpukan rasa perasaan kepada fikiran yang sedang berlaku (ilmu) yang sedang dirasai dengan sepenuh tumpuan, adakan penyaksian dan pengakuan bahawa sifat tahu yang dirasai dengan sepenuh tumpuan itu adalah sifat tahu Allah dengan hanya tongkatkan lidahmu dan menyebut Allah sebanyak-banyaknya.

Pejamkan matamu, tumpukan rasa perasaan yang sedang dirasa kepada gerak dan diam (kudrat dan iradat) yang sedang dialami dengan sepenuh dan sebulat tumpuan, adakan penyaksian dan pengakuan bahawa sifat qudrat dan iradat yang sedang dirasai dengan sepenuh tumpuan itu adalah sifat qudrat dan iradat Allah dengan hanya tongkatkan lidahmu dan menyebut Allah sebanyak-banyaknya.

Pejamkan matamu, tumpukan rasa perasaan kepada pengelihatan yang sedang dilihat, adakan penyaksian dan pengakuan bahawa sifat pengelihatan yang sedang disedari itu adalah sifat basar Allah dengan hanya tongkatkan lidahmu dan menyebut Allah sebanyak-banyaknya.

Pejamkan matamu, tumpukan rasa perasaan dengan sepenuh tumpuan kepada pendengaran yang sedang didengar, adakan penyaksian dan pengakuan bahawa sifat pendengaran yang sedang didengar itu adalah sifat samak Allah dengan hanya tongkatkan lidahmu dan menyebut Allah sebanyak-banyaknya.

Pejamkan matamu, tumpukan rasa perasaan kepada apa yang sedang diperkatakan dengan sebulat-bulat tumpuan,  adakan penyaksian dan pengakuan bahawa perkataan yang sedang diperkatakan itu adalah sifat kalam Allah dengan hanya tongkatkan lidahmu dan menyebut Allah sebanyak-banyaknya.

Praktikal seperti di atas adalah menunjukkan kita sedang mengaplikasikan 

Laa Maujudun Laa Haiyun Laa Alimun Laa Khodirun Laa Muridun Laa Basirun Laa Saamiun Laa Mutakalimun Bil Haqqi IllAllah

ke dalam kehidupan seharian kita. Perbuatan memejamkan mata adalah perbuatan sedang menumpukan rasa perasaan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada apa yang sedang dirasai sambil menyebut Allah sebanyak-banyaknya di dalam keadaan menongkatkan lidah ke langit-langit adalah perbuatan yang menunjukkan berlaku penyaksian dan pengakuan yang Allah itu adalah Allah. 

PESANAN: Jangan dirasakan apa yang sedang ditumpukan sebagai diri sendiri dan jangan pula disangka sebagai Allah.

Ini belum lagi berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah. Kita tidak mengulang-ulang memperkatakan “Laa Maujudun Laa Haiyun Laa Alimun Laa Khodirun Laa Muridun Laa Basirun Laa Saamiun Laa Mutakalimun Bil Haqqi IllAllah”

Kemudian kita anggap pula apa yang diperkatakan “Laa Maujudun Laa Haiyun Laa Alimun Laa Khodirun Laa Muridun Laa Basirun Laa Saamiun Laa Mutakalimun Bil Haqqi IllAllah” akan menjadi pegangan atau iktikad tauhid kita. 

Jika kita melakukan sebegini bermakna kita sedang berprasangka bahawa dengan mengulang-ngulang memperkatakan ilmu yang kita ketahui “Laa Maujudun Laa Haiyun Laa Alimun Laa Khodirun Laa Muridun Laa Basirun Laa Saamiun Laa Mutakalimun Bil Haqqi IllAllah” kemudian kita menyangka apa yang kita ucapkan itu yang akan bertukar menjadi pegangan atau iktiqad tauhid kita. Keadaan ini adalah sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah:

10.Surah Yūnus (Ayat 36)

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًاۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

10.Surah Yūnus (Ayat 66)

أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.

53.Surah An-Najm (Ayat 28)

وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

76.Surah Al-'Insān (Ayat 29)

إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān (Ayat 30)

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

JANGAN KAMU IKUT APA YANG KAMU TIDAK TAHU

17.Surah Al-'Isrā' (Ayat 36)

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

17.Surah Al-'Isrā' (Ayat 37)

وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

17.Surah Al-'Isrā' (Ayat 38)

كُلُّ ذَٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.

17.Surah Al-'Isrā' (Ayat 39)

ذَٰلِكَ مِمَّا أَوْحَىٰ إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِۗ وَلَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ فَتُلْقَىٰ فِي جَهَنَّمَ مَلُومًا مَّدْحُورًا

Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang tel ah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).

No comments:

Post a Comment