Friday, January 2, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 07/09/2000). Tuan-tuan yang mulia. Manusia telah jadikan agama mengikut kehendak manusia sendiri, ini bukan cara kejayaan. Kita kena masukkan agama ke dlm diri dengan sempurna. Hari ini, dalam mana2 satu bahagian agama, kita ubah suai ikut keperluan, kehendak, ikut suka hati kita. Islam adalah kita serahkan diri kita bulat2 kepada perintah2 Allah s.w.t. Islam akan datang dalam diri kita mengikut iman yang ada pada kita. Bila iman yang sempurna tidak ada, maka Islam yang sempurna pun tidak akan ada dalam diri kita. Islam yang sempurna akan ada dalam diri bila iman yang sempurna datang dalam diri. Iman dapat wujudkan sifat taat dan sifat tunduk kepada Islam dalam diri manusia. 

Mengikut kelemahan iman, manusia akan hidup bertentangan dengan perintah2 Allah s.w.t. Lemahnya iman maka lemahlah amalan seseorang itu untuk ikut perintah2h Allah s.w.t. Apa itu iman? Baginda s.a.w bersabda, “Iman adalah ikhlas”. Apa itu ikhlas? Bila sebut kalimah dengan ikhlas maka dapat menahan kita daripada larangan2 Allah s.w.t, akan halang kita dpd amalan yg haram. Sebut kalimah dengan ikhlas akan masuk syurga. Apa itu kalimah dgn ikhlas? Bacaan yg dapat menahan kita dpd amalan2 yg dilarang oleh Allah s.w.t iaitu perkara haram.

Iman akan beritahu pada manusia apa kehendak Allah s.w.t, amalan mana bila amal dapat menafaat, dan amalan mana yang akan bawa mudharat. Apa itu iman? Yakin atas janji2 Allah s.w.t. Mengikut yakin atas janji2 Allah s.w.t, maka anggota kita dapat bergerak mengikut kehendak Allah s.w.t dan dapat menahan dpd larangan Allah s.w.t. Telah disyaratkan bahawa manusia perlu usaha atas iman. Kenapa? Bukan dimaksudkan iman itu sendiri tetapi maksudnya ialah supaya agama yang sempurna dapat datang dalam diri kita. Agama yang sempurna tidak akan datang tanpa iman. Kita kena amalkan agama yang sempurna barulah kita akan dapat kejayaan dunia dan akhirat. 

Agama tidak akan datang dalam diri kita kalau iman tidak datang. Kelemahan iman, maka kitaakan buat usaha atas asbab, menambah asbab. Kenapa? Kita rasa hendak dapatkan menafaat daripada Allah s.w.t mesti ada asbab. Kita akan kata, dgn asbab Allah s.w.t jadikan sesuatu, kita tidak akan tolak asbab. Bila kita guna asbab dapat kejayaan, ini adalah orang2 yg sudah letak antara dia dgn Allah s.w.t perantaraan asbab, walhal antara hamba dgn Allah, perantaraan nya ialah Muhammad s.a.w yg telah bawa perintah2 Allah s.w.t utk manusia supaya manusia dpt menafaat ‘direct’ daripada khazanah Allah s.w.t.

Satu cara ialah ambil menafaat dpd Allah s.w.t melalui makhluk. Satu lagi ialah ambil menafaat daripada Allah s.w.t secara terus. Ada 2 cara. Satu cara orang awam yang tidak taat dan tidak ikut cakap nabi2. Mereka hanya ambil menafaat daripada makhluk Allah s.w.t. Nabi2 pula ambil menafaat dari khazanah Allah s.w.t. Kaum Samud, kaum Saba’, kaum Ad dsbnya, mereka ambil menafaat dpd makhluk Allah s.w.t. Sesiapa sahaja yg ambil menafaat dari makhluk Allah s.w.t sahaja, dia akan diberi menafaat di dunia ini sahaja ttpi tiada menafaat di akhirat. Barangsiapa inginkan akhirat, Allah s.w.t akan bagi akhirat padanya dan barangsiapa mahu dunia, Allah s.w.t akan bagi dunia padanya, itulah sahaja yang dia akan dapat. Barangsiapa mahu akhirat, akan diberi akhirat dan Kami akan tambahkan dunia padanya, mahfum lebih kurang dpd firman Allah s.w.t. 

Oleh itu, utk dpt menafaat dpd khazanah Allah s.w.t, bukanlah dgn asbab yg kita sediakan dgn tangan kita sendiri atau bukan juga dgn asbab yg Allah s.w.t sediakan seperti bulan, matahari dan segala2nya yg ada dicakerawala, itu pun Allah s.w.t tidak jadikan perantaraan utk kita dapat menafaat daripada Allah s.w.t. Itu adalah natijah. Allah akan beri kepada benda2 yg lain semua sekiranya kita ambil menafaat daripada Allah s.w.t direct. Apa itu perantaraan direct? Ianya ialah perintah2 Allah s.w.t. Bila satu perkara itu didakwahkan, ia akan jadi am, tidak kira samada perkara itu baik atau tidak baik, betul atau tidak betul, apa sahaja perkara yg didakwahkan/dicakapkan, maka ia akan tersebar. Ini adalah satu kaedah. Selepas itu, walaupun perkara itu tidak betul, ia jadi satu kebiasaan, ia dijadikan sebagai satu adat dan jadi darah daging kita. Contoh: riba, ia jadi umum sehingga org tidak fikir pun bahawa ianya adalah haram kerana sudah umum sangat dan lumrah setiap manusia.

Oleh itu, kita disuruh buat dakwah di seluruh dunia. Dakwah yg ada skrg, siapa yg akan dapat kejayaan? Org yg dapat kejayaan ialah yg ada perantaraan asbab yg banyak, perkara ini sudah jadi lumrah, semua org fikir macam itu iaitu sesiapa mahu kejayaan dari Allah, kena usaha atas asbab, padahal Allah s.w.t beritahu barangsiapa mahu kejayaan dia kena usaha utk meningkatkan mutu amalannya. Amal perintah2 Allah s.w.t dan bersama2 itu kena usaha untuk buat amalan2 yg baik. Untuk dapatkan faedah daripada kudrat Allah s.w.t ialah perintah2 Allah s.w.t dan bukan asbab. Petani kata, Allah s.w.t yang jadikan bumi, daripada bumi dapat bijirin. Disini, usaha yag kena buat ialah bukan atas bumi, tetapi usaha yang patut dibuat ialah orang yang buat atas bumi supaya kudrat Allah s.w.t bersama dengannya. 

Ertinya, kejayaan bukan dalam apa yang dicipta oleh Allah s.w.t tetapi kejayaan ialah dalam kudrat Allah s.w.t dan kudrat Allah s.w.t akan bersama dgn kita kalau kita laksanakan perintah Allah. Kudrat Allah tidak akan bersama dgn kita kalau kita mempunyai asbab/harta benda. Kalau kita usaha atas asbab, Allah s.w.t mempunyai kudrat untuk zahirkan kepada kita hasil daripada kita punya usaha atas asbab, kadang2 menafaat dan kadang2 mudharat/kerugian. Ini ialah untuk bantu manusia sebab walaupun asbab yang sama, ladang, pertanian, jawatan, dsbnya, supaya manusia dapat dibantu oleh Allah s.w.t untuk datang ke jalan yg benar iaitu dpd asbab yg sama, bila Allah s.w.t mahu beri menafaat, maka dia akan dpt menafaat, bila Allah s.w.t mahu beri kerugian, maka dia akan dpt kerugian.

Sesiapa yang jadikan perantaraan asbab ini sebagai asbab kejayaan untuk diri dia, maka dia tidak akan dapat sampai kepada Allah s.w.t. Oleh itu, manusia kena menolak ciptaan Allah s.w.t sebagai asbab kejayaan dan selagi tidak menolak asbab ini, maka dia tidak akan sampai kepada Allah s.w.t. Contoh : Penolakan Nabi Ibrahim a.s terhadap segala ciptaan Allah s.w.t. Syarat untuk dapatkan khazanah Allah s.w.t ialah penolakan asbab, ini satu syarat. Asbab ada 2 jenis. Satu ialah asbab yang bergerak dan satu lagi ialah asbab yang tidak bergerak. Patung ialah asbab yang tidak bergerak. Bulan, bintang, matahari, adalah asbab yang bergerak. 

Baginda s.a.w diutuskan bukan untuk menafikan berhala sahaja, Ibrahim a.s bukan diutuskan untuk menafikan berhala sahaja, mereka diutuskan untuk menafikan semua asbab2 yang bergerak atau tidak bergerak. Ibrahim a.s kata, saya telah alihkan pandangan saya daripada benda yang dicipta kepada pencipta. Apa maksudnya? Sesiapa yang dapat menolak yang dicipta, maka dialah yang akan dapat sampai kepada pencipta. Sesiapa yang menolak makhluk, dialah yang akan sampai kepada khaliq. Sesiapa yang tidak menolak asbab atau makhluk, maka dia tidak akan dapat menafaat daripada kudrat Allah s.w.t. Melalui kudrat Allah s.w.t, kita dapat bijirin daripada bumi, melalui kudrat Allah s.w.t kita dapat sinaran matahari, melalui kudrat Allah s.w.t kita dapat anak, ini ialah perantaraan2 yang Allah s.w.t jadikan tetapi Allah s.w.t yang gunakan kudratNya, kita jangan terkesan dpd yg dicipta. 

Bumi keluarkan bijirin, jgn kita terkesan dgn bumi kerana bumi hanya akan dapat keluarkan bijirin dgn perintah Allah s.w.t. Jangan kita terkesan dgn sinaran matahari, matahari tidak dapat keluarkan sinaran melainkan dengan kudrat dan perintah Allah s.w.t. Janji Allah s.w.t kepada manusia ialah kalau manusia dpt amalkan perintah Allah s.w.t dan perintah Allah s.w.t itu kena disempurnakan dgn yakin kejayaan, iaitu dlm perintah Allahlah kejayaan utk saya tetapi wahai kawan2ku, selagi iman tidak diusahakan, istiqamah atas amalan tidak akan dtg. Tanpa iman, pahala atas amalan pun tidak akan dpt. Tanpa iman tiada istiqamah dan tiada ganjaran dlm amalan. Tanpa iman tidak akan ada kemampuan dlm diri manusia utk amalkan perintah2 Allah s.w.t. 

Takazah iman, tuntutan iman, iman akan tuntut dpd dlm utk gerakkan anggota untuk ikut kehendak dan perintah Allah s.w.t. Bila ada iman dalam diri, maka tuntutan2 agama akan dtg dari dlm. Amalan2 yg kita buat mengikut tuntutan2 luar dpd anggota kita, itu adalah tuntutan2 sementara, ikut suasana dan keadaan. Amalan yang kita buat ikut suasana, ia hanya sementara. Kadang2 kita buat amalan kerana keadaan, ada keadaan mendesak kita, maka kita buat amalan yang baik, ini semua sementara, keadaan berubah, amalan juga berubah. Kenapa? Amalan ini bukan diasbabkan kerana kehendak Allah tetapi diasbabkan kerana suasana luar atau keadaan, keadaan terdesak, paksa kita, maka kita akan buat amal, bila ada problem kita akan buat amal supaya keadaan dapat di baiki. Amal yang kita buat bukan untuk Allah s.w.t tetapi untuk baiki keadaan kita. Amal itu sementara dan melalui amal itu keadaan tidak akan berubah. Amal yg dibuat utk ubah keadaan, keadaan tidak akan berubah. Keadaan akan berubah melalui amal2 yg dilaksanakan sebagai perintah Allah s.w.t. 

Kesan amalan2 yg dibuat kerana perintah Allah s.w.t, kesannya lain, Allah s.w.t akan suka dgn amal2 kita barulah Allah s.w.t ubah keadaan. Kita ada amal, kita buat amalan itu dan Allah suka, barulah Allah s.w.t ubah keadaan. Amal yg sama kita buat, utk ubah keadaan tetapi Allah s.w.t tidak ubah keadaan kerana kita tidak buat utk keredhaan Allah s.w.t. Kita kena lihat adakah amalan yg kita buat, adakah kerana mahul/keadaan, atau kerana untuk sukakan Allah s.w.t. Ini cerita untuk orang yang buat amal, ada golongan besar yg langsung tidak amal, saya belum ceritakan hal mereka lagi, kata Maulana. Saya ceritakan ttg org2 yg buat amal. Puasa, zakat, solat, semua amal ada, dia sentiasa fikir melalui amal mana Allah s.w.t akan baiki kehidupan dunia saya. Ini kepentingan diri yg begitu ketara yg manusia mahu melalui amalan dia iaitu supaya dunia dia dibaiki. Kita buat amal kerana kita hendak hidupkan semua perintah Allah s.w.t dlm diri kita. Kita melaksanakan amal (perintah Allah/ibadah), kita buat amal bukan utk ubah keadaan duniawi kita ttp kita buat amal kerana itu perintah Allah s.w.t dan kita hendak sukakan Allah s.w.t. Keadaan desak kita utk buat amal, amal itu adalah sementara.

Kenapa keadaan buruk datang? Kerana kelemahan iman. Selepas itu, untuk dia selamatkan dari keadaan buruk, dia buat amal pula. Ujian datang kerana kelemahan iman, sekarang dia buat amal utk selamatkan dia daripada keadaan yang tidak baik. Bila keadaan buruk datang pada kita, bukan untuk kita betulkan kita punya amal, tetapi keadaan buruk datang kepada kita supaya kita tinggalkan larangan Allah s.w.t dan kembali kepada Allah s.w.t. Maksud ayat Quran, di dalam dunia ini Allah s.w.t bawa ujian2 yg kecil, bahaya-bahaya yang kecil supaya dia terselamat daripada bahaya-bahaya yang besar, maksudnya supaya kita dapat jauhkan diri kita daripada keadaan yang tidak betul kepada keadaan yang baik. Kalau kita terlanggar batu semasa berjalan, kita harus fikir mesti ada dosa2 yg kita buat yg menyebabkan kita terlanggar batu. Ertinya, kalau kita fikir macam itu, langgar batu sahaja pun sudah jadi asbab untuk tarbiyah kita. 

Satu kisah, Baginda s.a.w membenarkan Muaz B. Jabar untuk ambil harta zakat dan ada bahagian dia yang dia boleh gunakan untuk buat perniagaan. Beliau pergi ke Yaman. Beliau telah gunakan nasihat itu iaitu buat perniagaan. Perniagaan beliau maju. Selepas Rasulullah s.a.w wafat, Hadzrat Umar r.a jumpa dia pada musim haji di zaman Khalifah Abu Bakar r.a. Umar kata, “wahai Muaz, semua kekayaan yang kamu hasilkan melalui wang zakat, kamu ambillah mengikut keperluan kamu dan selebihnya masukkan ke dalam baitul mal”. Muaz kata, “Wahai Umar, ini semua saya punya”. Umar kata, “Masa itu ada keadaan yg dtg pada diri kamu dan Rasulullah s.a.w membenarkan kamu menggunakan duit zakat untuk perniagaan, sekarang kamu ambil mengikut keperluan kamu supaya keadaan buruk tidak berlaku pada kamu dan yang selebihnya berikan pada baitul mal”. Muaz kata, “Tidak”. Malam itu dia mimpi, dia tengah lemas dalam lautan dan Umar selamatkan dia. Esok paginya, dia cari Umar, “Wahai Umar, kamu telah selamatkan saya, ambillah semua harta ini dan masukkan ke dalam baitul mal. Apa yang kamu nasihat, itu semua betul”. Ini adalah isyarat untuk orang-orang yang beriman.

Org yg benar2 beriman, apa sahaja isyarat daripada Allah s.w.t sudah cukup untuk bawa dia ke jalan yg betul. Inilah maksud dpd langgar batu atau apa pun, ia adalah isyarat dpd Allah s.w.t. Org yg tidak ada iman, atau tidak yakin kpd kudrat Allah s.w.t, isyarat2 Allah s.w.t semuanya dia tidak faham. Perniagaan rugi, rugi demi rugi, tetapi dia tidak faham kenapa rugi. Dia kena fikir kerugian datang daripada Allah s.w.t, Allah mahu saya tanya, kenapa saya rugi? Apa amalan yang saya buat menyebabkan saya rugi? Satu tamsil, kuda diikat dgn tali dan tali diikat pada satu kayu. Tali dipanjangkan supaya kuda boleh bergerak, makan rumput dsbnya, supaya kuda kenyang. Kalau tali itu pendek, kuda tidak akan dapat ruang yang cukup untuk makan dan dia akan lapar. 

Oleh itu, tuan kuda akan panjangkan tali dan kuda boleh bergerak ikut suka hati dia supaya kenyang. Itulah keadaan kita, kita diikat dgn tali Allah s.w.t. Allah s.w.t beri kelonggaran kepada kita, tali dipanjangkan, Allah s.w.t tengok apa kita buat. Kuda makan ikut suka hati dia, bila sedang makan, ia akan bergerak dan bergerak ke hadapan tanpa tengok keliling, terus jalan dan makan sehingga satu tahap, bila jalan lagi ke hadapan akan tertarik dengan tali. Apa maksudnya? Dia kena patah balik. Begitulah hal orang-orang mukmin dengan Allah s.w.t. Kuda bergerak, makan rumput, bila lebih dpd had maka tali akan tertarik/tegang. Apa maksudnya? Supaya kembali, rumput ada lagi, jgn pergi luar. Peniaga2, dlm perniagaan sepatutnya mereka untung ttpi rugi, itu maksudnya tali mereka sudah ditarik, mereka sudah keluar dpd kawasan yg dibenarkan. Bila keadaan seperti ini dtg, org beriman terus akan kata, mesti saya ada buat apa2 kesilapan yg menyebabkan saya kena tarik. 

Org tidak beriman pula, bila keadaan buruk dtg, dia tidak akan tanya kenapa keadaan buruk dtg, dia tidak fikir untuk bereskan penyakit dia, penyakit beres pun, dia tidak akan tanya kenapa beres. Bila keadaan buruk dtg kepada kita, itu bukan maksudnya kita amal. Keadaan buruk datang kerana mungkin ada benda yang buruk yang kita buat, kita kena tinggalkan. Mungkin ada amalan haram yang dtg dlm kehidupan kita. Allah s.w.t bawa keadaan buruk supaya kita kembali kepada Allah s.w.t. Contoh, satu orang cari pencarian melalui cara yg haram, Allah s.w.t bawa keadaan buruk kerana makan benda haram, selepas itu waktu malam dia doa. “Ya Allah, bereskan keadaan aku”, dia tunggu keadaan dia ubah melalui doa. Manalah doa macam ini akan dimakbulkan kerana darah yang bergerak dalam anggotanya adalah haram. Sekarang kita kembali kepada solat, usaha melalui solat untuk dapat kejayaan. 

Tidak ada apa-apa syak wasangka solat dapat menahan kita daripada amal yang buruk. Solat akan bawa bantuan Allah s.w.t kepada kita tetapi untuk dapat faedah dpd khazanah Allah s.w.t, yg dituntut sebelum solat ialah dia kena sabar. Bila sabar dan solat, barulah Allah s.w.t akan sempurnakan, “wastainu bis sob riwas solah”. Dalam keadaan susah, perintah pertama datang untuk sabar, kemudian solat supaya dapat menafaat direct daripada khazanah Allah s.w.t, iaitu melalui sabar dan solat. Tanpa sabar, walaupun dia solat, solat hajat minta dan minta dan minta, Allah s.w.t tidak akan sempurnakan kerja dia. Kita kena usaha untuk memperbaiki solat dan solat akan dapat diperbaiki melalui sabar, barlah kamu akan dapat menafaat daripada khazanah Allah s.w.t. Apa maksud sabar? Bertentangan dgn keinginan diri, tetap teguh atas perintah2 Allah s.w.t.

Ada 2 jenis batil. Batil luar dan batil dalam. Batil diluar ialah kekufuran dan batil di dalam ialah keinginan diri. Batil luar menahan kita daripada perintah Allah s.w.t dan batil dalam diri pun menahan kita daripada perintah Allah s.w.t. Kedua-dua pun menahan kita daripada perintah-perintah Allah s.w.t. Menahan dari perintah Allah bermaksud menahan kita daripada hendak amalkan perintah2 Allah s.w.t. Bati luar ialah kufur dan sifat kekufuran ini menahan kita daripada hendak mengamalkan perintah2 Allah s.w.t. Batil dalam diri ialah keinginan nafsu kita yang juga menahan kita daripada mengamalkan perintah2 Allah s.w.t. 

Batil luar ialah ia akan tengok keadaan luar, undang-undang kerajaan begini, begitu, dan ia akan bergerak dalam perniagaan kita. Seorang peniaga akan melihat apa itu undang2 perniagaan dalam negara dia tetapi dia tidak melihat apa perintah2 Allah s.w.t dalam perniagaan, walhal tuntutan pertama ialah melihat perintah2 Allah s.w.t untuk dia dalam perniagaannya. Selepas itu kita buat amal untuk ubah keadaan. Kita tidak amalkan perintah Allah dalam perniagaan. Bila keadaan buruk datang, kita tambahkan ibadat untuk baiki kita punya keadaan. Maulana Yusuf rah. kata, “Melalui ibadah, kita tidak akan dapat melawan syirik”. Maksud melawan syirik ialah meninggalkan syirik. Melalui ibadah kita tidak boleh meninggalkan larangan2 Allah s.w.t. Untuk melawan syirik hanya dengan kekuatan iman.

Kita buat satu dosa, kita buat perniagaan melalui dosa, hasilnya kita makan, makanan itu menyebabkan solat kita tidak diterima, oleh itu macam mana dosa itu dapat dilenyapkan dengan solat kita. Dosa kita dalam perniagaan atau apa-apa yang kita buat dalam mencari rezeki, dosa itu kita hendak basuh dengan solat kita, tidak boleh! Dosa hanya boleh dibasuh dengan iman kerana iman akan bawa taqwa dalam diri. Tanpa taqwa, sabar tidak berguna. Kalau musibah datang pada seorang Islam, kita kata, bersabar sajalah! Bila kedaaan buruk datang, sabar sahaja, dengan itu keadaan tidak akan berubah. Dengan sabar sahaja keadaan tidak akan beruah. Dia kena tanya diri sendiri kenapa keadaan buruk datang kepada saya. Dia kena usahakan sifat taqwa. 

Apa itu taqwa? Iaitu tinggalkan larangan dan kembali kepada Allah s.w.t. Selepas itu, mula buat apa yang diperintah oleh Allah s.w.t, maka barulah akan dapat menafaat. Orang yang bersabar akan dapat menafaat daripada Allah s.w.t kerana taqwanya, bukan kerana sabarnya. Ayat Quran, “Keselamatan dalam dunia ini akan datang kepada orang yang sabar kerana taqwa mereka dan diakhirat pun Allah s.w.t akan beri pada mereka nikmat-nikmat”. Ini disebabkan taqwa dan sabar mereka. Pencuri pun sabar. Bila polis kejar macam mana pun, dia tidak bertindak balas, dia sabar, apa sahaja orang polis buat padanya, dia sabar, tetapi dia masih tidak tinggalkan kerja mencuri tersebut. Dia kena tangkap pun dia sabar, dia kena belasah pun dia sabar, tetapi dia tidak tinggalkan amalan mencuri. Kenapa? Kerana pencuri ini tidak ada taqwa. Dia ada sabar tetapi tidak ada taqwa.

Allah punya hukuman dtg kpd kita kerana kita tidak sabar dan juga kerana tidak ada taqwa. Bila kita bersabar dan bertaqwa, semua batil akan dilenyapkan oleh Allah. Batil yg menyusahkan kita atau keadaan yg menyusahkan kita akan dijauhkan oleh Allah s.w.t  bila ada sabar dan taqwa. Ambiya a.s bersabar dgn taqwa. Bila kita bersabar, kita akan diuji, bila diuji, kita bawa taqwa dlm diri kita, kita akan lulus ujian tersebut. Sekiranya kita tidak bertaqwa, kita akan gagal dlm ujian kita. Yusuf a.s bersabar, slps itu bertaqwa, maka Allah s.w.t bagi kejayaaan pada beliau. Apa maksud taqwa? Dia diuji, Yusuf a.s sabar, Allah uji lagi. Ayat Quran, “Org yg kata kami sudah beriman, adakah mereka anggap mereka tidak akan diuji oleh Allah?” 

Semua org beriman akan diuji. Allah dpt tahu dgn jelas, yg kata dia beriman, siapa yg pembohong dan siapa yg bercakap benar. Org2 beriman akan diuji dan yg bertaqwa dan sabar akan berjaya dan kalau tidak betaqwa akan gagal dlm ujian itu. Keadaan buruk dtg kpd kita kerana kita langgar perintah Allah. Bila kita langgar perintah Allah, di akhirat nanti kita akan diazab. Jgn tuan2 anggap kalau kita susah di dunia, selepas itu diakhirat kita tidak akan diazabkan. Org yg tinggalkan solat dan keadaan buruk dtg kepada dia, dia rasa kerana keadaan buruk itu, dia tidak akan dihukum diakhirat nanti, tidak!

Kalau tinggalkan solat, keadaan buruk dtg di dunia dan di akhirat pun akan diazab juga. Kita kata, biarlah di dunia ini betapa susah pun, asalkan diakhirat nanti kita senang, tidak! Susah yg dtg kerana langgar perintah Allah s.w.t, di akhirat esok akan dihukum juga. Sesiapa yg bertaqwa, kesudahan dia akan baik. Sesiapa yg tidak ada taqwa, dia tidak akan dapat kejayaan melalui sabar sahaja. Sabar dan taqwa, barulah solat akan bernilai dan bermutu. Bila sabar dtg dgn taqwa, barulah mutu solat akan bertambah. Tanpa sabar dan taqwa, kudrat Allah s.w.t tidak akan bersama dengan kita. Akibat kesudahan yg baik di akhirat utk org yg bertaqwa, ini janji Allah s.w.t. Dalam dunia ini, berdasarkan taqwa, Allah s.w.t akan beri jalan utk kita, mudahkan jalan kita utk amalkan perintah2 Allah s.w.t kerana Allah s.w.t pencipta semua asbab. 

Bila seorang beriman bertaqwa, Allah s.w.t guna kudratNya untuk beri asbab kepada dia, beri jalan kepada dia dan Allah s.w.t juga boleh beri kejayaan kepada dia tanpa asbab. Hari ini kita cakap, Allah s.w.t tunjukkan kudratNya melalui asbab sahaja, ini tidak betul. Melalui asbab Allah s.w.t uji kita. Allah s.w.t zahirkan kudratNya dalam asbab utk uji kita supaya orang ini yang melihat asbab, dia bawa balik kepada asbab atau dia bawa balik kepada Allah s.w.t. Benda yang kita lihat, jadi melalui asbab, Allah s.w.t hendak uji kita. Adakah Allah s.w.t yang buat atau kita yang buat. Contoh, peniaga dapat bijirin sebab Allah hendak uji, adakah kita hendak yakin kudrat Allah atau kita yakin atas bumi. Semua hasil kita dpt untuk diuji, kena bawa balik kpd Allah s.w.t, iaitu ini dtg kerana kudrat Allah, dpd Allah s.w.t.

Semua penjelmaan kudrat Allah s.w.t dlm asbab adalah utk uji kita. Apa juga yg diciptakan oleh Allah s.w.t, segala ciptaan Allah s.w.t, ini adalah sunnatullah. Satu ialah kudrat Allah, satu lagi ialah sunnatullah. Dari bumi dapat hasil, ini adalah sunnatullah, kudrat Allah ini sunnatullah. Maksud sunnatullah, sesuatu perkara Alah s.w.t yg buat. Jadi, utk Allah s.w.t zahirkan kudratNya, Allah s.w.t gunakan sunnatullahNya. Kadang2 utk hendak kenalkan kekuatan Allah, Allah s.w.t buat bertentangan dgn kudratNya sendiri. Beritahu pada manusia, sunnatullah pun kudrat Allah, kudrat Allah tidak terikat dgn sunnatullah. Macam mana hendak padamkan api? Guna air. Allah s.w.t tidak terikat dgn air utk padamkan api. 

Oleh itu, bila Ibrahim a.s di campak ke dlm api, Allah s.w.t tidak gunakan air utk padamkan api. Ini ialah utk kenalkan kudrat Allah. Bila kita buka kedai perniagaan, kita kata, Ya Allah, berikanlah kejayaan pada saya melalui kedai ini. Ini adalah satu permintaan yang buruk. Ya Allah, saya hendak maju dlm perniagaan ini. Kita kena minta bantuan dpda Allah s.w.t ialah dgn, Engkau beri kejayaan pada saya dgn kudrat Engkau, terpulanglah pada Allah samada hendak beri kejayaan pada kita melalui kedai, melalui perniagaan, melalui apa cara sekalipun. Allah s.w.t tidak terikat dgn kedai, tidak terikat dgn apa2 utk beri pada kita kejayaan.

Bila Allah s.w.t hendak bantu Ibrahim a.s, malaikat pun tidak digunakan, bukan sahaja Allah tidak guna air, malah malaikat pun Allah tidak mahu guna. Allah hendak bantu, sunnatullah ialah turunkan hujan utk padamkan api. Allah tidak terikat dgn sunnatullah. Allah s.w.t tunjuk dlm kisah Ibrahim a.s. Semua perkara berkaitan dgn hal dunia, Allah s.w.t kendalikan melalui para malaikat tetapi Allah s.w.t tidak gunakan malaikat utk padamkan api yg membakar Ibrahim a.s. Ayat Quran, “Kami bantu hamba2 Kami melalui malaikat”. Allah tidak terikat dgn malaikat utk bantu sesiapa. Bila malaikat dtg kpd Ibrahim a.s, dan hendak bantu Ibrahim a.s, dia kata, “Saya tidak perlukan awak kerana awak bantu pun ikut kudrat Allah s.w.t”. Lebih baik minta bantuan terus kpd Allah s.w.t. Bila Allah s.w.t zahirkan kudrat melalui asbab, bukan utk kita meningkatkan iman kita atas asbab itu ttpi meningkatkan asbab kita atas kudrat Allah. Pandangan kita tidak harus pergi kpd asbab. Hari ini, kita fikir macammana asbab kita jadi lebih baik, selepas itu, bila kita yakin atas asbab, kta akan solat dan minta asbab. 

Ayat Quran, “Barangsiapa yg ingat, kudrat Allah akan bantu dia melalui perintah2 Allah s.w.t, maka dia akan minta kudrat Allah s.w.t”. “Ya Allah, biarlah kudrat Engkau bersama dengan saya untuk selesaikan masalah”, kalau tidak dia akan minta asbab, minta pada Allah dgn solat ttp minta asbab.

Melalui ibadah sahaja bantuan Allah s.w.t tidak dtg. Ada 2 jenis ibadah. Satu ibadah melaksanakan perintah Allah s.w.t. Satu lagi ibadah melaksanakan perintah Allah s.w.t dlm asbab. Perintah Allah dlm asbablah akan tarik rahmat Allah s.w.t. Kudrat Allah tidak terikat dgn asbab tetapi amalan kita, ibadah kita, contoh 3 org pemuda yg terperangkap dlm gua. Mereka tidak minta bantuan Allah melalui ibadat. Mereka minta bantuan Allah melalui muamalat, muasyarat dan akhlak. Bantuan yg mereka dpt ialah selamat dpd gua, kerana mereka dpt menyempurnakan hukum2 ibad’ iaitu menyempurnakan hak2 hamba2 Allah. 3 org minta doa atas amal mereka yg berhubung dgn manusia, bukan amalan mereka yg direct dgn Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak berkata jgn berzina, Allah s.w.t kata jgn menghampiri zina. 

Perintah Allah ialah jgn menghampiri zina. Manusia yg menahan diri dia dpd benda yg haram, menahan dia dpd buat perkara yg haram, kekuatannya begitu kuat sehingga satu batu ya besar boleh bergerak. Pertama ialah dgn muasyarat, satu pemuda kata, Ya Allah sepupu aku minta bantuan dpd aku, dia seorg yg miskin, aku hendak bantu dia dgn syarat berikan tubuh dia pada aku, aku terpikat dgn dia, aku hendak berzina dgn dia, tetapi dia telah menolak permintaan aku, bila hendak berzina sepupu itu kata, “Takutlah pada Allah”. Aku pun takut dan tinggalkan amalan itu. Engkau terimalah amalan itu kerana aku takut pada Engkau, maka batu yang menutup gua telah terangkat sedikit.

Ketiga2 pemuda ini, membuat permintaan berdasarkan mereka punya muamalat, muasyarat dan akhlak.

Kedua ialah dengan muamalat, satu pemuda lagi kata, Ya Allah satu org telah dtg dan kerja dgn aku, aku hendak bayar gaji pada dia, tetapi sebelum sempat bayar gaji, dia sudah pergi. Selepas itu, aku gunakan gaji dia untuk buat perniagaan. Perniagaan aku jadi maju. Lama selepas itu, dia kembali dan minta gaji. Aku bagi semua pada dia kerana itu hak dia. Org ini bukannya buat amal puasa, solat dsbnya, ttpi dia buat ehsan melalui muamalat. Aku buat ini kerana Engkau, gerakkanlah batu ini, maka Allah s.w.t gerakkan sedikit lagi batu tersebut. Ini adalah kekuatan amalan melalui muamalat. Apa juga keadaan berlaku pada umat, bila keadaan buruk dtg, akan dpt dijauhkan bila kita amalkan agama yg sempurna. Maksud dpd agama yg sempurna ialah semua umat kena amalkan agama yg sempurna. 

Bila sesuatu keadaan dtg atas umat, umat itu kena amalkan agama, barulah keadaan buruk itu akan dijauhkan oleh Allah Islam yg ada di Madinah, iaitu Islam dlm setiap bahagian agama, mereka amalkan Islam dlm perniagaan, muamalat, muasyarat, setiap bahagian kehidupan mereka. Islam yg ada pada kita hari ini ialah Islam bahagian2. Kalau keadaan membenarkan baru kita amal Islam, kalau keadaan menuntut baru kita amalkan Islam, kalau ahli keluarga benarkan baru kita amal Islam. Dlm gua ada 3 org, dgn satu org punya amalan tidak cukup utk ubahkan batu utk selamat ketiga2 pemuda tersebut. Ketiga2 org punya amalanlah yg menyebab kan mereka selamat. Bila keadaan buruk dtg kpd umat, ada golongan yg baik buat amal ibadah, ini tidak cukup utk selamatkan semua org. Semua org kena amalkan agama. Sebab itu kena buat usaha atas umat supaya semua org dlm umat buat amal yg baik. Umat dlm kegelisahan. 

Amal2 infradi ada. Umat ttp dlm kegelisahan kalau amal infradi sahaja yg ada pada og2 tertentu. Satu org punya amal infradi tidak akan dpt selamatkan umat dpd keadaan buruk. Dlm gua, satu org punya amal infradi tidak dpt selamatkan mereka. Tuan2 faham? Ketiga2 mereka dpt selamat kerana amalan mereka bertiga, bukan satu org sahaja punya amalan. Satu org punya amalan tidak cukup utk selamatkan diri dia sendiri pun. Satu org buat doa, mengikut amal dia, Allah s.w.t buka pintu utk bagi dia keluar, dan kemudian tutup semua, tidak!

Ketiga ialah dgn akhlak. Hukukul ibad’, ya Allah, satu malam susu diminta oleh ibu aku, anak2 aku menangis minta susu tersebut, tetapi aku tidak beri pada mereka selagi aku tidak beri susu itu pada ibu aku. Sekiranya amal yg aku buat, Engkau suka amal ini, bukakanlah jln utk aku, maka batu telah bergerak sedikit. Jln dibuka sedikit2 supaya semua ketiga2 mereka boleh keluar serentak berdasarkan amalan masing2. Oleh itu, kejayaan akan dtg melalui agama yg sempurna, bukan sebahagian agama. Hari ini, kita selalu buat, dlm bahagian hidup ini amal agama, dlm bahagian hidup itu tidak perlu amal agama, maka kejayaan tidak akan dtg. Keadaan kita skrg, kita buat amalan kerana keadaan terdesak. 

Agama kita cacat. Buat amalan kerana terpengaruh dgn suasana. Kejayaan akan dtg dgn kesempurnaan agama dlm diri kita. “Saya ulang ballik”, kata maulana, satu ialah kita buat amal-ibadat kerana itu ialah perintah Allah s.w.t, satu lagi ialah kita buat amal kerana keadaan terdesak. Sedikit sangat orang yang buat amal kerana ianya perintah Allah dan terpulanglah pada Allah samada Dia hendak bagi kejayaan atau tidak. Sedikit sangat orang yang macam ini. Samada dia bagi dunia pada saya atau tidak, itu terpulang pada Allah s.w.t.

Agama ikut perintah adalah agama yg sempurna dan agama ikut keadaan adalah agama yang cacat. Agama ikut keadaan adalah sementara dan agama ikut perintah adalah kekal. Agama ikut keadaan adalah sepertimana ubat untuk pesakit, iaitu makan bila perlu. Bila sakit, makan. Bila sembuh, tidak perlu makan. Doktor akan beritahu, ubat ini untuk 4 atau 5 hari, selepas itu jangan makan lagi. Umat pun macam itu juga, ambil agama macam ubat. Bila keadaan buruk, buat amal-ibadah. Hilang keadaan buruk, tingalkan agama, sepertimana bila hilang demam tinggalkan ubat. Inilah tahap umat sekarang. Buat usaha untuk memperbaiki yakin. 

Tuan2 buat amal utk menambahkan yakin dan bersama dengan itu juga tuan-tuan buat amal untuk merosakkan yakin, yakin tidak akan sempurna. Siang dengar bayan, malam baca suratkhabar, maka yakin tidak akan sempurna. Hari ini, orang keluar tabligh bukan untuk meningkatkan iman, tetapi utk memperbaiki keadaan, selepas itu, tidak ada yakin pada kudrat Allah s.w.t, yakin hanya pada undang2 kerajaan dsbnya. Kita mahu tuan2 keluar tabligh supaya tuan2 usaha, supaya tuan2 yakin, Allah s.w.t yang buat semua perkara. Kita amal perintah Allah utk dpt keredhaan Allah. Samada Allah bereskan keadaan kita atau tidak, itu kita tidak kisah. 

Tuan2 sekarang dengar bayan, lepas itu hendak keluar, lepas itu tuan2 minum teh, lepas itu baca suratkhabar dalam kedai, lepas itu tafsir cerita dalam suratkhabar, apa yang didengar dalam bayan semua sudah hilang. Kalau tidak percaya, keluar sekarang dan pergi tengok kedai2, penuh dgn org minum teh tetapi tengah keluar dlm jemaah skrg. Maulana Yusuf rah. kata, jemaah dtg ke sini, lepas itu mereka ketagih dan teh, mereka suruh buat kedai teh yg kecil disini. Maulana Ilyas rah. beri izin supaya majmak terselamat dari pergi jauh2 utk minum teh, mereka boleh minum teh cepat2 supaya mereka terselamat dpd mengguna kan masa mereka untuk keperluan2 luar. Satu ketika, tinggal sedikit orang sahaja, Maulana Ilyas rah. tanya, mana org2 semua? Tadi orang ramai, mana diaorang sudah pergi? Maulana Munsyi pada masa itu sedang bagi bayan, beliau terus berhenti bayan dan keluar, tengok kedai di luar, orang tengah minum teh dan baca suratkhabar. 

Kamu datang ke sini untuk rosakkan iman atau baiki iman? Kita kena dengar, bila tuan2 dengar apa yg dicakapkan di sini, di luar sana, cakap bertentangan dgn apa yang didengar di sini, maka iman tidak akan terbentuk. Di luar pun kena cakap apa yang kamu dengar di sini, iaitu kejayaan manusia dalam perintah2 Allah s.w.t. Keluar jalan Allah s.w.t ini bukan kejayaan. Ini asbab sahaja. Keluar tabligh adalah sebagai asbab sahaja, bukan hasil. Asbab kita keluar tabligh dan selepas itu kita tidak buat iradah/niat untuk hendak buat amal dengan baik dan tidak yakin kita kena selalu keluar 4 bulan, 40 hari, maka yakin tidak akan terbentuk. Ini saya cerita kepada org2 yg buat tabligh. Org yg buat tabligh pun, keluar tabligh, untuk cari amal ibadah dan banyakkan amal ibadah. Di negara ini, apa akan jadi, apa kerajaan mahu, itulah akan jadi, maka macamana Allah s.w.t hendak ubah keadaan. Kita kena cakap tentang kudrat Allah s.w.t, dan bukan tentang kudrat kerajaan. Org2 yg membaca suratkhabar di kedai2 mereka tidak tahu apa yang diceritakan di sini. Apa yg tuan2 dengar di sini, apa tujuannya? Bukan setakat dengar dan lepas itu lupa, tidak!

Tuan2 dengar di sini supaya tuan2 keluar dan ceritakan kepada org2 di luar, bukan tuan-tuan keluar dan dengar org2 luar punya cakap. Dengar di sini dan pergi ke mana sahaja pun sampaikan apa yang tuan dengar di sini, bukan dgr mereka punya cakap dan amal atas perkara itu. Dlm Islam ada usaha, susah payah usaha, usaha yg bersungguh2, mehnat. Jadi, org ingat sudah keluar 40 hari, sudah mujahadahlah, ini bukan mujahadah. Beritahu pada saya mana ada satu peniaga yg tidak tinggalkan rumah dia. Keluar untuk 40 hari, 4 bulan, dlm panas, dlm sejuk tinggalkan anak isteri, semua peniaga buat perkara ini. Bila keluar utk perniagaan tidak mujahadah ttpi bila keluar tabligh kita kata mujahadah. Keluar tinggalkan anak isteri untuk tabligh mujahadah, ttpi utk perniagaan tidak mujahadah. Ada org mengadu kenapa saya perlu pergi ke Dubai untuk 40 hari, tetapi untuk buat perniagaan dia tidak mengadu pula, malah dia punya azam bertambah kuat lagi. Ada org keluar di jalan Allah s.w.t, dia kata mujahadah, aku berhutang untuk keluar dijalan Allah, aku korban. Ini korban apa? Ada tak peniaga yg tidak berhutang. 

Peniaga pun berhutang untuk buat perniagaan. Dia pun boleh kata, aku telah korban utk buat perniagaan, aku berhutang, aku bermujahadah besar. Mujahadah ialah bila kita buat amal ibadah, amalan yg perlu dibuat, kita akan sampai ke satu tahap bosan dan syaitan akan bawa ke tahap bosan tersebut. Kita mengalahkan syaitan dan tetap atas perintah Allah s.w.t, tetap atas amalan maka itu baru dipanggil mujahadah. Org tabligh kata aku mujahadah, keluarga tidak suka, ada problem dlm rumahtangga, ingat org bukan tabligh tidak ada problem? Semua org ada problem. Buat dakwah dan hasil yg kita mahu ialah yakin masuk dlm hati kita. 

No comments:

Post a Comment