Friday, January 2, 2015

BAYAN MAULANA SAAD

(09/09/20130 - Mesyuarat Malaysia - Nizamuddin). 

Tertib Allah ialah Allah ambil kerja/khidmat agama drp org yg berpegang teguh/taat pd perintah Allah, org yg tetap dlm kerja agama walaupun ditimpa musibah, org yg paling banyak amalkan kehidupan sunnah secara infradi dan ijtimai. Umat tidak tengok solat, zikir, quran, tahajjud tapi umat tengok muamalat, muasyarat dan akhlak. Ikatkan diri kita dgn 3 sunnah iaitu sunnah dakwah, sunnah ibadat, sunnah adat bawa mizaj kerja nabi dlm dakwah, ibadat cara nabi, keperluan cara nabi. Hari ni walaupun kita tak tukar agama jadi nasrani dan yahudi tapi kehidupan kita ada nasraniat dan yahudiat (dlm kehidupan ada cara kehidupan nasrani dan yahudi), ikut cara org kafir bermakna kita cinta org kafir. 

Mizaj nabuwwah umumiat (umum) utk semua manusia umpama hujan turun di semua tempat, nusrah Allah bersama ummumiat, bantuan Allah memudahkan usaha pembantu dlm usaha nusrah bukan bermakna dpt kemudahan makanan, tempat tinggal, kenderaan, maju dlm perniagaan. Contoh nusrah ialah apabila nabi dan sahabat jumpa satu org badwi di padang pasir dan dakwah badwi tersebut. Badwi tu tanya mana saksi. Walaupun sahabat ada bersama nabi tapi nabi tak panggil sahabat jadi saksi. Nabi kata pokok akan jadi saksi. 

Pokok telah membelah bumi dan dtg pd nabi dan jadi saksi dan kemudian beredar. Badwi tadi terus ucap kalimah. Ini yg dinamakan nusrah Allah. Buat usaha dgn karkun sahaja maka bantuan Allah tak dtg. Mizaj nabuwwah ialah jumpa semua org. Kita mesti ‘talib’ iaitu ada keinginan utk pergi jumpa org. Kita bukan ‘matlub’ iaitu org yg dicari. Buat usaha secara unmmumi sbb itu tiada jor2 khususi. Sebnyk mana kita buat usaha secara umum maka sebanyak itulah hidayat tersebar secara umum. Khususi bukan mizaj nabi.

Buat usaha secara umum, jumpa semua org, org yg suka, org yg tak suka, org boleh terima, org tak boleh terima. Dlm keadaan apa pun kita sabar dan tahamul. Sabar dan tahamul adalah alamat nabuwwah. Sabar dlm menghadapi kerenah umat dlm buat usaha agama. Dlm usaha dakwah tiada sifat intiqom (sifat balas dendam). Org menzalimi kita maafkan. Secara umum ehsan balas dgn ehsan, budi balas dgn budi. 

Tapi yg lebih tinggi budi dibalas dgn perkara yg lebih mahal iaitu hidayat. Perkara yg tidak menyenangkan dari pihak mad’u maka kita sabar dan bila sabar jadi asbab hidayat. Kerja dakwah adalah kerja Allah. Allah ambil kerja dari siapa yg dia kehendaki. Kalau org maju dlm usaha, kita jgn iri hati. Jgn hasad kerana hasad spt api yg membakar kayu yg kering. Kena ada sifat bantu kawan bukan jadi penghalang. 3 hari berturut2 nabi kata Hadrat Saad ahli syurga kerana dlm hati dia tidak ada hasad. Bila Allah bagi kelebihan pd mana2 org islam, kena buang sifat hasad drp diri. 

Dlm usaha kena ada sifat lemah lembut, dgn ijtimaiyat dan kesatuan hati, akan ada bantuan Allah.  Maulana Yusuf kata walaupun ibadat kita sampai ke arash dan makbul tapi bila tak ada ijtimaiyat maka tak ada bantuan Allah. Allah beritahu nabi kena buat 4 perkara, kalau tidak, org akan lari walaupun nabi manusia yg terbaik iaitu lemah lembut, memaafkan, istighfar, mesyuarat. Usaha ini bukan persatuan, kita ambil usaha drp umat, ambil pandangan dan sama2 buat usaha, tidak ada pecat memecat, mesyuarat adalah satu amalan ijtimaiyat terbesar, tinggalkan segala keperluan utk dtg mesyuarat, mujahadah utk mesyuarat, bila bermujahadah, Allah bagi hidayat, ini janji Allah. 

Mesyuarat bukan hak faisala, ia hak agama. Faisala elak buat keputusan secara infradi, ini khianat pd usaha dan khianat pd kawan. Bila buat korban utk mesyuarat dan Allah akan buat keputusan yg baik/ilham yg baik. Takazah agama perlu didahulukan. Selagi usaha kita tak dtg kpd usaha yg sama macam sahabat maka tidak akan dpt natijahnya. Kena taubat dan istighfar, kena tunaikan takazah usaha mcm sahabat2 telah buat, asal usaha adalah usaha makami, buat usaha dgn sifat pengorbanan dakwah infradi akan dpt pertolongan Allah, dakwah ijtimai akan dtgkan ujub, da'i adalah talib, umat adalah matlub, tidak ada perkara yg lebih penting drp gasht. 

Hidayat dtg dgn pergorbanan (dakwah) dan doa, bukan dgn cakap. Tarbiyah, tazkiyah dan hidayat umat ini hanya dlm kerja nabi, cara nabi dan cara sahabat,  tertib nabi dan tertib sahabat, segala masalah selesai di masjid, takut hanya pd Allah, sahabat menangis kerana takut pd Allah, dgn Allah kita ikhlas, dgn hamba Allah kita ihsan. Dua jenis ihsan iaitu ihsan atas keperluan hidup dan ihsan atas maksud hidup. Keluar di jln Allah utk hilangkan kejahilan, hilang jahil, dpt makrifatullah, maksud usaha ialah keluar drp jln kita sendiri dan menuju kpd jln nabi s.a.w, bila sempurnakan perintah Allah, Allah buka pintu keberkatan, asal drp tertib keluar drp keinginan kita/nafsu dan dtg kpd keinginan Allah, kekuatan dakwah adalah kekuatan yg luar biasa.

No comments:

Post a Comment