Friday, January 2, 2015

BAYAN MAULANA SAAD

(mesyuarat malaysia - nizamudin - 07/09/97). Maulana memberitahu,  Allah s.w.t menjadikan agama sebagai satu amanah. Makhluk2 Allah s.w.t yg besar seperti bukit, gunung-ganang apb hendak diberi amanah agama mereka menolak kerana tidak mampu utk menerima amanah itu. Tetapi apabila Allah s.w.t memberikan amanah agama kpd manusia, maka manusia bersedia menerima amanah itu. Allah s.w.t menjadikan manusia sebagai asraful makhlukat. Ia merupakan markaz iaitu tempat tumpuan Allah s.w.t. Semua sifat2 Allah dizahirkan kpd manusia. Manusia boleh menzahirkan sifat2 mulia dan sifat2 yg mendapat kemurkaan Allah s.w.t. Apabila dalam diri manusia ada sifat2 mulia ia akan dijadikan perantaraan hidayat utk org lain.  Sbg contoh Nabi Ibrahim telah menghasil 30 sifat mulia. 

Dgn sifat mulia yg ada pada Nabi Ibrahim, maka Allah s.w.t  telah menjadi kan Nabi Ibrahim tempat tumpuan manusia (markaz). Walaupun pada zahirnya Allah menyeru manusia ke Baitullah sebenarnya Allah s.w.t mengajak manusia kpd Nabi Ibrahim a.s. Pengajaran: Sejauh mana seseorg manusia boleh mewujudkan sifat2 mulia pada dirinya, sejauh itulah Allah s.w.t  akan menjadikan nya tempat tumpuan (markaz) kpd manusia yg lain utk menjadi asbab hidayat. Nabi2 dipilih oleh Allah s.w.t kerana keikhlasan mereka. Mereka membuat segala2nya kerana Allah s.w.t dan tumpuannya semata2 kpd Allah s.w.t. Begitu juga apabila kita membuat usaha agama dgn menumpukan 100% dlm usaha ini. Maka Allah s.w.t akan memajukan kita dlm kerja yg tinggi ini.

Nabi Ibrahim a.s dikatakan dalam membuat sesuatu telah memberikan tumpuan terhadap kerja itu, ia membuat sesuatu semata2 kerana Allah s.w.t dan tidak ada maksud-maksud lain. Oleh itu Allah s.w.t  telah mengambil kerja dari Nabi Ibrahim a.s. Maulana seterusnya menyatakan semua nabi2 berikhlas semata2 kerana Allah, begitu juga para sahabat, 100% mereka dpt menyediakan diri utk mengamalkan agama dan meyempurnakan  apa-apa takazah yang datang kepada mereka. Di zaman Nabi s.a.w ,semua sahabat Nabi 100% berikhlas amalannya semata2 kerana Allah.  Dalam bab ikhlas terdapat beberapa kisah yg Allah telah tunjukkan kpd sahabat yg tidak berikhlas dalam perjuangannya, apabila 2 orang sahabat menangguhkan penyertaan mereka  dalam perang Tabuk. 

Kesan dpa amalan mereka itu telah mendapat kemurkaan Allah s.w.t dan mereka diperintahkan supaya dipulau oleh Nabi dan sahabat2 yg lain. Tidak ada org dibenarkan bercakap dgn mereka malah isteri mereka juga diminta dipisahkan dgn mereka buat sementara waktu. Mereka dlm kesengsaraan, satu lagi musibah yg besar Allah s.w.t timpa kan kepada mereka ialah seorg raja Nasrani telah mengutus surat supaya 2 org sahabat tadi murtad dan memeluk agama Kristian tetapi sahabat itu telah membakar surat yg diterima itu. Musibah itu berlaku kerana sahabat tadi tidak mengikatkan diri dgn takazah agama. Pengajaran: Dlm membuat kerja dakwah kita tidak boleh bebas dpd bertindak sendiri ttpi perlu mengikatkan diri dengan tertib2 kerja dan kehendak kerja ini.  Selagi seseorg yg membuat kerja agama dgn meletakkan diri dgn tertib kerja ini iaitu mengikut Syura dan org tggjwb, maka ia akan selamat  walaupun ia membuat kerja dlm serba kekurangan. 

Maulana memberitahu bahawa org lama perlu dibawa dlm menyempurnakan takazah agama. Caranya ialah membawa mereka mesyuarat. Manakala amalan2 lain seperti fikir harian, gasht pertama, gasht kedua, ta’alim di rumah dan ta’alim di masjid, keluar 3 hari ialah amalan ummumiyat, utk membawa org awam dtg kepada kerja dakwah. Org2 yg membuat usaha agama, sebenarnya adalah rakan seusaha kita dan bukannya pekerja kita. Oleh itu kita tidak boleh memberi arahan kpd mereka, sebaliknya kita boleh memberi takazah agama kepada mereka dgn melibatkan diri dgn bermesyuarat. Maulana mengatakan bahawa Allah s.w.t menjadikan manusia untuk bersusah payah/mujahadah tetapi fitrah kejadian manusia ialah dia ingin bersenang-lenang. Oleh itu dalam mendokong perintah Allah s.w.t maka seseorang itu perlu mengenepikan kesenangannya dan bermujahadah. 

Dlm menyempurnakan hak dakwah seseorg itu perlu meninggalkan kesenangan dan bersusah payah jumpa manusia menyediakan mereka utk mengamalkan 100% agama. Apabila amalan dakwah dibuat dgn sempurna maka kita akan menghidupkan amalan agama, amalan agama akan hidup dirumah, akan hidup di marhallah, dan akan hidup di seluruh dunia dan seluruh alam. Dlm membuat amalan dakwah kita perlu buat bukan utk mendpt pahala ttpi perlu menghidup kan agama yg sempurna. Sbg contohnya apabila kita hanya membuat taalim 5 minit atau gasht hanya 5 minit, amalan itu ada, tetapi ia tidak ada roh atau hakikat. Apabila sesuatu amalan itu mempunyai roh maka ia akan menghidupkan amalan lain. Hak taalim di rumah atau di masjid ialah sekurang2nya dibaca selama 30 minit, manakala hak gasht ialah sekurang2nya perlu dilaksanakan selama 45 minit.

Maksud mesyuarat pula utk mewujudkan fikir di kalangan rakan2 kita utk dpt menyambut takazah agama seluruh dunia seluruh alam, begitu juga maksud kita melapangkan masa 2½  jam setiap hari di marhallah ialah utk mewujudkan mizaj agama di marhallah kita. Apabila lebih lama masa digunakan utk menyedia kan org yg sanggup membuat kerja agama spt keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan, barulah maksud 2½  jam dpt dihasilkan. Bagaimana amalan dakwah dpt disempurnakan. Ianya akan berlaku apabila kita ada kesatuan hati dan kesatuan fikir. Sbg contoh Maulana memberitahu dlm anggota manusia ada yg panjang dan pendek, ttpi apabila kesatuan hati di kalangan anggota badan diwujudkan maka badan itu akan menyempurnakan sesuatu takazah badan. 

Apb kita membuat kerja dakwah dgn bersatu hati dan bersatu fikir,  berbagai takazah agama dpt disempurnakan. Masjid dikatakan bukan sahaja tempat solat, ttpi nama beberapa takazah spt ada takazah mengajak org kepada solat, takazah mengeluarkan jemaah 3 hari, 40 hari, 4 bulan dan berbagai2 takazah. Utk dpt menyempunakan takazah2 tersebut ahli jemaah masjid perlu bersatu hati dan bersatu fikir. Di zaman Rasulullah s.a.w, Baginda telah memuliakan Masjid Quba (Masjid Takwa) dan membakar Masjid Dararah yg dibina utk pecah belah, pertentangan dan kekufuran.        

Pengajaran: Mereka yg menimbulkan pecah belah dlm membuat usaha agama, sebenarnya bukan dlm golongan kita mengikut Maulana Saad. Mereka tidak boleh menjadi ketua sampai bila2 pun. Seterusnya Maulana menyatakan kesan pembinaan masjid Dararah, burung pun tidak bertelur di perkarangan masjid itu dan Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w dilarang solat di masjid itu, sehingga Rasulullah s.a.w telah meminta sahabat membakar masjid itu. Apb tapak masjid itu telah bersih Rasulullah s.a.w menawarkan tapak masjid kepada sahabat untuk mendirikan rumah tetapi sahabat menolak. Dikatakan ayam yg hidup di sekitar masjid itu tidak bertelur dan di tapak masjid itu apabila dibina rumah, keluarga yang tinggal di dlm rumah itu tidak mendpt anak.

Pesanan Maulana Saad - 09/09/97 - 3.00 p.m

Asas kerja ini berkembang bergantung kpd sifat taat. Sejauh mana kita taat, kita akan dpt bantuan Allah s.w.t. Sesuatu perkara perlu kita tanya dahulu baru kita amal. Itu tanda sifat taat. Ttpi jika buat dahulu perkara yg difikir ada faedah itu bukan taat. Jika kita amal apa yg disuruh, amal2 itu akan menjadi pembuka jalan. Sebelum kita buat sepatutnya kita tanya dgn elders. Biasanya semangat yg menggerak kan kita ttpi kadang2 semangat itu tidak betul. Jika kita dpt melaksanakan sesuatu takazah ttai ada kecacatan,  Allah s.w.t akan memaafkan, sbg contoh seorg sahabat iaitu Huzaifah r.a telah menunaikan satu takazah yg diminta oleh Rasulullah s.a.w iaitu mengintip tentera musuh di waktu malam gelap. Apabila sampai ke tempat musuh Huzaifah r.a berpeluang membunuh ketua musuh dan dia telah mengeluarkan anak panahnya, ttpi beliau teringat pesanan Rasulullah s.a.w bahawa beliau diutus kesitu hanya utk mengintip musuh dan terus kembali berjumpa Rasulullah s.a.w. 

Begitu juga Hadzrat Ali r.a telah dihantar ke satu tempat oleh Rasulullah s.a.w dimana ia perlu bergerak ke arah itu dan jgn pandang ke kanan dan kiri, ttpi setelah melangkah beberapa langkah ia teringat apa yg perlu dibuat disana. Hadzrat Ali telah berdiri di tempat tersebut dan tidak bergerak kanan dan kiri dan bertanya apa yg perlu ia buat di sana. Beginilah sifat ketaatan sahabat2 Nabi kpd Rasulullah s.a.w. Kebiasaannya psikologi manusia mengeluarkan syor2 berdasarkan cara yg sedia ada spt bagaimana hendak memanggil manusia, ikut fikir logik manusia ia boleh dipanggil dgn memukul gendang, menyala kan api dan sebagainya. Berbeza keadaannya dgn takazah agama ia perlu difikirkan terlebih dahulu barulah Allah akan menghasilkan ilham2 yg bernas. Contohnya bagaimana Rasulullah s.a.w memanggil sahabat2 bermesyuarat utk memanggil azan.

No comments:

Post a Comment