Saturday, January 3, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(banglawali masjid - nizamuddin - 28/11/2014).

Janji2 Allah dtg dgn amalan, kudrat Allah ada dlm janji Allah, dgn asbab tak ada janji Allah, masukkan keyakinan pd Allah supaya janji2 Allah dipenuhi. kejayaan manusia bukan dlm keduniaan. kejayaan manusia hanya dlm agama. usaha atas agama akan berjaya. tak usaha atas agama, di dunia akan gagal. kebahagiaan selama2nya adalah dlm ketaatan pd Allah. bila taat Allah, akan terima banyak nikmat. satu ketika umar telah pergi ke rumah nabi. 

Beliau lihat nabi berbaring atas tikar pelepah kurma dan bantal dari kulit kurma. Dlm rumah ada satu kendi utk ambil wuduk dan minum. Umar menangis lihat keadaan nabi. Umar tanya bukankah engkau pesuruh Allah? bukankah engkau telah dimuliakan oleh Allah? nabi kata, ya. Kenapa kehidupan mu lebih susah dari kehidupan raja2 yg kafir? Nabi kata: wahai anak khattab, adakah kamu masih dlm tipu daya dunia? susah di dunia sedikit sahaja, susah akhirat selama2nya, susah utk agama akan jadi kesenangan. Allah bagi dunia pd org kafir tapi di akhirat tiada bahagian. Manusia yg inginkan bahagian dunia, di akhirat tiada apa pun bahagian. Manusia yg inginkan akhirat, maka Allah akan bagi dunia dan akhirat. 

Setiap sahabat yg miskin, gembira dan bahagia. Setiap sahabat yg kaya, masuk syurga 500 thn lewat. Sahabat awwalin memilih utk hidup dlm kemiskinan supaya mrk tak tertinggal masuk syurga bersama nabi. Allah perintah supaya menyempurnakan agama. Kalau menyempurnakan dunia, mencari kemurkaan Allah. Usaha utk sempurnakan agama adalah tugas & t/jwb kita. tugas Allah adalah memberi hidayat. bila tak bawa cara nabi, agama akan berkurangan dlm diri. ramai yg hanya ada lafaz lailaha Illallah, belum dtg keyakinan. ramai yg hanya lafaz lailahaillallah, tapi tak ada muhamadur rasullullah. hubungan lailahaillallah dgn muhamadurasullullah sgt kuat. lailahaillallah bermaksud Allah yg buat segala2nya. tanpa izin dari Allah, semua usaha kita akan gagal. 

Cara kita menghambakan diri pd Allah ialah dgn cara nabi. yg bagi kejayaan dan kebahagiaan hanya Allah. agama adalah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia. tidak ada jln lain selain jln ini. satu ketika, org kafir dtg nak mengubati nabi dgn menyangka nabi terkena jin atau gila–dia kata saya hanya berusaha yg menyembuhkan Allah. org kafir dahulu pun menyakini Allah yg buat segala2nya. Sembuh dan sakit di tangan Allah. org islam skrg pun tak menyakini sebegini. Org yg memiliki keyakinan pd kebendaan, tak mungkin dpt mengambil faedah dari kahazah Allah. perkara yg paling penting utk dipelajari ialah iman. perbaiki keyakinan pd Allah. bukan maksudnya tak boleh kerja tapi jgn yakin dgn kerja dpt menafaat. dlm perniagaan ada janji Allah tapi kena ikut perintah Allah dlm perniagaan dgn cara Nabi. 

Hari ni kita usaha atas kebendaan dan doa minta dgn Allah pun kebendaan, benda yg fana. org yg mengusahakan keduniaan dgn amal–maka dia akan kedepankan amal pd allah. org yg mengusahakan keduniaan dgn asbab-maka dia akan kedepankan asbab pd allah. kisah 3 org yg terperangkap dlm gua. Mengajukan amal mereka pd Allah. akhlak, muamalat, muasyarat. Masalah akan selesai dgn amalan baik. Tapi kita tak menyakini atas perkara ini. Malaikat ada bersama kira setiap saat utk bantu kita. Tapi kalau amalan kita tak betul maka masalah kita tak akan selesai.

Bila ibrahim a.s di masukkan ke dlm api. Malaikat jibrail dtg bersama malaikat penjaga laut dan malaikat penjaga gunung utk bantu ibrahim. Nabi ibrahim tak perlu pd mrk. ujian iman tak dtg dgn bayan. ujian iman akan dtg dgn korban dan mujahadah. dlm kesusahan, Allah nak tengok minta pertolongan dgn Allah atau tidak minta tlg dgn makhluk ialah menghilangkan keyakinan pd Allah. Allah dtgkan malaikat jibrail utk uji nabi ibrahim. Jibrail adalah malaikat yg sgt kuat. Ibrahim kata saya tak perlu bantuan kamu. takazah iman ialah bila dtg ujian – minta pertolongan dgn Allah. maulana ilyas kata : kalau nak bagi nama pd usaha – tahrikul iman – gerakan baiki iman. keluar di jln Allah utk baiki iman. cara utk baiki iman ialah dgn cara sahabat – tidak ada cara lain. 

Sahabat ajak sahabat yg lain utk cakap pasal iman di masjid. buat gasht bukan hanya utk sampaikan perkataan pd seseorg. setakat sampaikan perkara agama bukan tabligh. tabligh ialah sampaikan perkara agama ke dlm hati. tempatnya di mana? Di masjid. keluarkan manusia dari kedai, pejabat dan bawa ke masjid. sampaikan perkataan agama akan memberi kesan bila dibuat di masjid. bila dakwah di masjid kesannya adalah lebih besar. bila dakwah di rumah – kebesaran rumah masuk dlm hati. bila dakwah di kedai – kebesaran kedai masuk dlm hati. perubahan iman akan dtg bila usaha utk bentuk iman dilakukan di masjid. agama yg dpt di masjid, dibawa balik ke rumah dan diajar pd keluarganya. perubahan iman akan dtg bila dibuat di masjid. umar r.a kata: aku baiki iman aku dan iman sahabat ku di masjid. maksud gasht ialah keluarkan org dari tempat kesibukan mereka dan bawa ke mahul masjid.

seorang pengembala kambing sedang mengembala kambing di luar madinah. Tiba2 dtg seekor serigala dan mengigit kambing. Pengembala dpt menyelamatkan kambing tersebut. serigala pun bercakap, kamu telah mengambil apa yg telah direzekikan pd ku. Pengembala tersebut terkejut kerana serigala boleh bercakap. Serigala kata ini bukan perkara yg takjub. Perkara yg takjub ialah seorang nabi sdg bercerita ttg kebesaran Allah di masjid dan kamu disini sdg sibuk mengembala kambing. Pengembala tersebut telah tinggalkan kambing gembalaannya dah pergi ke madinah dan beriman dgn nabi s.a.w. Bila jumpa nabi, nabi suruh dia perdengarkan apa yg telah terjadi (karguzari). 

Nabi kata apa yg dikatakan oleh serigala itu betul. Hari ni kita hanya bercakap pasal agama bila perlu sahaja. Kebanyakan drp kita cakap pasal agama utk kepentingan dunia. Ini adalah penyakit rohani. Penyakit rohani ini lebih parah drp penyakit jasmani. Penyakit rohani tak nampak dan tak dpt dirasai. Nabi bersabda: bersaksilah atas keimanan org yg berulang alik ke masjid. Org yg memakmurkan masjid adalah org yg beriman pd Allah dan hari kiamat. tempat terbaik utk baiki iman di masjid. taaruf mengenalkan hamba kpd khalik ialah Allah berkuasa atas segala sesuatu. keluarkan keyakinan pd benda dan masukkan keyakinan pd Allah dlm hati. bila ada keyakinan pd kebendaan – maka tak tawajjuh pd perkara akhirat dan tak kisah pasal agama. maksud belajar quran ialah utk belajar hukum dlm quran dan taat perintah Allah. bila langgar perintah quran maksudnya tak beriman pd quran.

iman perlu dipelajari dgn alamat/tanda. sebanyak mana sempurnakan sunnah nabi, sebanyak itulah sempurna keislaman. alamat/tanda islam – amal seluruh sunnah nabi. mengikuti sunnah nabi inilah yg disebut islam. iman ialah bila buat kebaikan gembira, bila buat maksiat sedih. apa itu iman? iman adalah ikhlas. maksud ikhlas adalah amalan jadi baik. org mukhlis ialah org yg jauhkan diri drp perkara yg haram. Org yg jauhkan diri dari perkara yg haram akan masuk syurga. alamat iman spt seekor unta yg diikat tali – apa yg tuan dia suruh buat – itu yg dia buat. dlm dakwah ada ikhlas. dlm ibadat pun ada ikhlas. Setiap amal kena ada ikhlas. dakwah adalah utk menyempurnakan iman dan amal. kesempurnaan ilmu ada dlm dakwah. keluar di jln Allah – asbab dtgnya ilmu agama – faham perkara agama. bila balik ke makami – jumpa org dan takutkan org mengenai Allah. 

Maksud takutkan ialah supaya org dpt korban/gunakan harta dan diri utk agama Allah. dan faham apa maksud dan tujuan hidup dia. cerita ttg kebesaran Allah dan takut tentang siksaan Allah di akhirat dan buat persiapan utk akhirat. apa ikhlas dlm solat? ikhlas dlm solat ialah dpt cegah dari buat maksiat dan dpt cegah dari fahsyak dan mungkar. kerosakan dlm solat menyebabkan kita buat dosa. cari asbab perbuatan dosa kita dlm solat. solat mendekatkan kita dgn Allah. solat juga boleh menjauhkan kita dari allah. pencuri paling buruk ialah mrk yg mencuri dlm solat. mencuri dlm solat ialah mereka yg tak sempurnakan rukuk dan sujud. Allah tak melihat solat yg macam ni. 

Kekurangan dlm solat menyebabkan kita buat dosa. abdullah ibnu masud dan abdullah ibnu abbas mengatakan solat yg tak dpt mendekatkan diri pd Allah maka solat tersebut akan menjauhkan diri dia dari Allah oleh itu kena buat latihan solat sehingga jadi sempurna. nabi bersabda: solat sebagaimana kamu lihat aku solat. solat yg terburu2 tak akan mati sebagai umat nabi s.aw. solat yg tak sempurna tak akan dpt kematian yg baik. baiki amal dan baiki niat akan dpt husnul khotimah. 2 perkara yg sgt penting bila baiki amal, akan mati dlm kebaikan. bila tak baiki amal, akan mati dlm keburukan. 

Huzaifah r.a lihat satu sorg solat terburu2. Dia tanya berapa lama dah solat macam ni? Dijawab dah 40 thn solat macam ni. Huzaifah kata kamu tak akan mati di dlm agama yg dibawa oleh nabi s.a.w. rukuk dan sujud tak sempurna. seorg sahabat bernama khuzman–semasa perang uhud, telah bunuh ramai musuh. Semua puji dia. Tapi dia kata dia buat kerana kaum dia, bukan kerana Allah. dia telah luka parah. Dia ambil anak panah dan bunuh diri. buat amal kerana makhluk menyebabkan mati tanpa iman. Setiap amal kena ada 2 perkara–ilmu dan iman. ilmu dan iman akan menyempurna kan amal. dgn  ilmu kita buat amal dgn cara yg betul. dgn iman kita buat amal kerana Allah. 

Tiada iman maka amal tidak ikhlas dan tidak istiqamah dlm amal dan tiada janji Allah. Allah tak terima amalan org2 jahi –amal tanpa ilmu. Org jahil tidak dimaafkan oleh Allah. Kejahilan bukan satu keuzuran utk tak beramal. Sibuk bukan alasan utk tak belajar ilmu. Allah telah bagi waktu/masa yg cukup pd setiap manusia utk belajar agama. Dlm setiap amal kena ada ihtisab–yakin dgn janji Allah. Dgn ihtisab akan lebih bersemangat utk beramal. Apa-apa yg Allah janji pd sahabat, janji yg sama juga utk umat. Tapi janji tersebut masih tak dpt sebab  amalan kita tak sama macam sahabat. Umat akhir zaman akan dpt ganjaran pahala 50x sahabat dan pertolongan Allah 10x sahabat. Janji Allah disempurnakan hanya pd org yg yakin dgn janji tersebut. Kena ada pengharapan atas amalan. Buat amal utk dunia–maka tak akan dpt apa pun ganjaran dari allah.

Sahabat yakin pada kata-kata nabi. Kita pula hari ni yakin dgn kata-kata org kafir. Asbab kehancuran org islam sbb amal agama ikut suasana. Dlm perang khandak sahabat dlm ketakutan, kesejukan, kelaparan. Sahabat yakin dgn kata2 nabi dan janji Allah – bila ketuk batu - rom dan parsi akan jatuh. org munafik tak yakin. Taklim adalah halaqah iman yg dpt tingkatkan iman. Duduk dgn tawajjuh. Buat 2 kali taklim. Taklim sebelum pergi kerja dan taklim slps balik dari kerja. Utk nafikan usaha kita. Utk masukkan keyakinan Allah yg buat segalanya. Utk keluarkan keyakinan pd dunia. Hari ni kita hanya baca taklim – tak ada kesan. Setiap manusia diuji utk tingkatkan darjat. Ujian dtg melalui asbab. Keluarkan keyakinan pd asbab bukan dgn tinggalkan asbab. Oleh itu kena duduk dlm taklim. 

Belajar ilmu dari ulamak. Ziarah ulamak adalah ibadat. Umat dlm kejahilan. Jahil dlm ilmu agama. Ilmu ialah apa yg Allah nak dari kita dgn cara nabi s.a.w. Selain dari itu adalah kemahiran – bukan ilmu. Dlm umat - ada org alim dan ada org jahil. Yg alim perlu mengajar yg jahil. Fardu kifayah - belajar agama utk jadi ustaz/mufti – tak perlu semua org jadi ustaz/mufti. Fardu ain – setiap org kena tahu perintah Allah. Ilmu ialah apa yg Allah inginkan dari kita. ‘fun’ ialah apa yg kita inginkan dari makhluk dgn ilmu dpt dekatkan diri dgn Allah. dlm ilmu kena ada keikhlasan. ilmu lafaz di lidah– kan bawa musibah/kesusahan di akhirat. ilmu ikhlas di hati–bagi menafaat/kebahagian. belajar ilmu akan dtg perubahan dlm kehidupan beragama, bukan perubahan keduniaan. org berilmu ialah org yg takut pd Allah. walaupun dia seorang ulamak dan belajar banyak kitab tapi kalau tak takut pd Allah dia bukan ahli ilmu tapi dia cuma ahli kitab.

ilmu bukan di otak. ilmu ialah yg masuk dlm hati dan di amalkan oleh anggota. ahli ilmu jadi mulia sebab amal bukan sebab ilmu. Allah tinggikan darjat sbb amal, bukan sebab ilmu. Tahu tapi tak amal – musibah yg besar. Ilmu di hati dtg dgn dakwah dan pengorbanan. Bawa ilmu bergerak di jln Allah. Keluar di jln Allah dgn ilmu. ulamak keluar dijln Allah spt tanah kering yg disirami oleh hujan. ulamak spt awan dan umat spt tanah. ulamak spt awan yg memberi menafat pd tanah. nabi bersabda: ulamak pewaris para ambia. ulamak jgn jadi spt perigi. dlm diri da’i kena ada sifat talab. selagi hidup terus buat dakwah. 

Nabi nuh buat dakwah selama 950thn – tak pernah putus asa. kalau ulamak tak mengajar agama pd org jahil, semua ulamak di atas muka bumi ini akan dpt azab Allah. ulamak kena bergerak jumpa org jahil. ulamak kena keluar 1 thn. pergi ke tempat yg tak ada agama dan ajar agama. t/jwb atas umat ada pd umat ini. kebaikan umat ini ada dlm 3 perkara – dakwah, ibadat dan taklim. umar kata : kalau tak ada 3 perkara ini lebih baik saya mati. hari ni org kata dgn 3 perkara ini hidup kita jadi susah. keluar di jln Allah seperti sungai yg mengalir. Sebab aliran sungai, kotoran akan hanyut dan jadi bersih. Berjalanlah di jln Allah. Perintah Allah utk keluar di jln Allah supaya iman, ilmu, ibadat, akhlak kita jadi baik.

Org yg terbaik ialah yg satukan dakwah dan ibadat. Dgn dakwah akan dpt hidayat, tazkiyah dan tarbiyah. Dakwah dgn cara sahabat – tidak ada cara lain. Kalau buat dakwah bukan dgn cara sahabat – batil yg akan tersebar dan umat akan salah faham dlm mengamalkan agama. Syarat umat ini utk jadi afdal di depan Allah ialah dgn dakwah. Bila tak bergerak utk agama – tak akan dtg perubahan. Kemuliaan umat melalui dakwah. Allah guna perkataan ‘kuntum’ iaitu ditujukan pd semua org islam. Allah tak guna ’antum’ – hanya pd sahabat. Jaulah dan mesyuarat adalah sebahagian drp kerja. Hakikatnya adalah dakwah. Setiap dari kita dakwah kebaikan. Inilah perkara yg asal. Asal kemuliaan umat ini.

No comments:

Post a Comment