Saturday, January 3, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(banglawali masjid – nizamuddin - 27/12/2014). Tertib Allah – org islam hanya akan istiqamah/kekal dlm agama hanya dgn dakwah. bila tinggalkan dakwah – org islam jadi murtad/tukar agama. bila berterusan buat dakwah – keislaman jadi kuat. tanpa dakwah tak mungkin istiqamah dlm agama. hanya semata-mata ibadat tak akan melawan kebatilan. tamak kpd kebatilan menyebabkan org islam sanggup tukar agama. kalau tak tukar agama pun, mereka telah campur aduk agama – bawa cara yahudi dan nasara dlm kehidupan. menggembirakan ahli batil dan anggap perkara tersebut adalah hikmah – ianya satu kesesatan. keputusan Allah – utk dtgkan kesempurnaan agama hanya dgn dakwah kesempurnaan agama hanya dlm istiqamah. istiqamah bukan bermaksud mengatur kehidupan. istiqamah ialah sempurnakan keseluruhan agama dlm apa2 keadaan sekalipun. sempurnakan sebahagian agama hanyalah tipudaya. mentaatati Allah sepenuhnya adalah jln yg benar. bila sesuai dgn keadaan baru nak amal agama/taat perintah Allah – org macam ni dipanggil org munafik. 

campur kufur dan islam adalah org munafik. utk dpt Allah – istiqamah adalah syarat. istiqamah adalah amalkan keseluruhan agama. amal sebahagian agama bukan istiqamah. utk istiqamah – dakwah adalah syarat utama. Waman ahsanu qawlan mimman daAAa ila Allahi waAAamila salihan waqala innanee mina almuslimeena. bila himpun dakwah dan ibadat – agama lebih baik. hari ni org buat tabligh hanya semata-mata utk belajar kalimah dan solat. bila dah belajar kalimah dan solat – berhenti buat tabligh dia rasa tabligh ni macam madrasah kena faham - sebanyak mana guna harta dan diri utk agama – sebanyak itulah istiqamah dlm agama. melalui kerja ini utk wujudkan kekuatan dlm agama dan istiqamah dlm agama. bila beramal bersama dakwah – tiada siapa dpt jauhkan kita drp agama. Kisah abdullah huzaifah bawa jemaah pergi ke rom. 

Ditangkap dan dipenjara - ditawar masuk kristian, bagi separuh kerajaan. dia kata – kalau bagi seluruh kerajaan pun tak akan tinggalkan agama walau sekelip mata. raja gertak nak bunuh dia. Abdullah huzaifah kata buatlah apa sahaja aku tetap tak akan tinggalkan agama muhammad. sekarang manusia tinggalkan agama sebab buat dakwah dgn cara sendiri – dakwah tidak dibuat mengikut cara sahabat menyampaikan sesuatu perkara dgn alatan moden – ini bukan dakwah. kemodenan akan tersebar tapi agama tak tersebar – tiada peningkatan dan kemajuan. Allah telah gabungkan hidayat dgn usaha. Bila buat usaha berlawanan dgn cara nabi dan sahabat – tak jadi asbab hidayat – tiada tarbiyah. Bukan semua usaha jadi asbab hidayat. Menyampaikan perkara agama dgn pemikiran sendiri – bukan asbab hidayat. Utk dpt hidayat – cara usaha mesti dan mesti dgn cara sahabat. 

Imam malik kata : umat akhir zaman akan terislah bila buat usaha cara sahabat. Maulana yusuf kata : kita kena kembali ke 1400 thn dulu. Buat usaha ikut kesesuaian zaman – jadi perosak pd sunnah dakwah. Sebagaimana ada sunnah ibadat, begitu juga ada sunnah dakwah. Nabi s.a.w ajar cara nak tunaikan solat/cara beribadat – begitu juga nabi s.a.w ajar cara nak dakwah. Kalau solat dgn cara sendiri – solat tersebut tak diterima oleh Allah. Begitu juga kalau dakwah berlainan dgn cara sahabat – tak dpt hidayat – tak dpt tarbiyah. Tarbiyah hanya akan dpt melalui cara sahabat. Kalau buat cara lain – tak diterima. Allah bagitahu dgn jelas: siapakah agama yg lebih baik drp org yg mengabungkan dakwah dan ibadat. Dakwah bukan utk belajar amal. Dakwah utk menyempurnakan iman dan amal. Sebab utama kelemahan agama – tinggal usaha dakwah. Tinggal dakwah – lemah iman dan lemah amal. 

Lazimkan amal bersama dakwah – dpt tingkat kan agama. Keluar tabligh utk belajar amal – bukan! Dakwahkan perkara yg kita belajar – utk dpt kesempurnaan dlm amal tersebut. Maulana yusuf kata: Melapangkan masa utk dakwah diantara dua waktu solat akan mendatangkan kesempurnaan pd solat yg akan dtg.  Kenapa bagi dakwah? Kena faham. Kenapa org islam mudah tinggalkan agama? Abdullah huzaifah ttp pegang teguh pd agama walaupun digertak utk dibunuh. Dipanah. Raja tlh sediakan kawah air panas. Seorg demi seorg sahabat telah dilempar masuk dlm kawah tersebut. Raja nampak dia menangis. Menangis bukan sebab takut. Menangis sebab ada 1 nyawa sahaja. Kalau ada nyawa sebanyak bulu roma di badan, maka akan di korbankan satu persatu utk agama. sanggup cium dahi raja yg bernajis dgn syarat lepaskan semua sahabat. Cium dahi bukan utk hormat raja.  Ini adalah usul. Sanggup menghadapi kesusahan di dunia utk agama dan saudara islam. Allah muliakan. Hadapi kesusahan utk dunia – Allah hina. Umar suruh semua org lelaki madinah cium dahi abdullah huzaifah. Keputusan Allah – bila org islam Istiqamah dlm dakwah – tak akan tinggalkan agama. 

Bila tinggalkan dakwah – mudah utk tinggalkan agama. Maulana yusuf kata: Umat terbahagi kpd dua – da’i & mad’u. Batil akan terhapus dgn sendirinya bila dakwah kpd yg hak. Usaha macam sahabat baru dpt kekuatan agama macam sahabat. Menyampaikan agama dgn pemikiran sendiri – tak mungkin dpt hidayat. Tak dpt menyempurnakan t/jawab bila buat usaha dgn cara sendiri. Tak cukup utk tarbiyah dan Tak cukup utk hidayat. Kena yakin – menyempurnakan t/jawab hanya dgn cara nabi utk dpt tarbiyah dan hidayat umat. Ini jln yg pasti. Dgn dakwah – yakin dan suasana akan berubah. Perkara pertama : dakwah kpd kalimah lailahaillallah. Dakwah kalimah lailahaillallah utk org beriman. Hari ini - Dakwah kpd  lailahaillallah telah terkeluar drp umat. Sebab tak buat dakwah – sebanyak itulah maksiat wujud – bukan sebab tiada ilmu. Ada ilmu pun tetap buat maksiat. Dgn dakwah - utk ubah yakin. Asas kpd keseluruhan agama adalah iman

4 perkara asas tak terhasil tanpa iman:

1. istiqamah dlm amal
2. sempurnanya janji Allah melalui amal
3. ikhlas
4. ihtisab – dpt ganjaran

bila cakap pasal iman – baru sedar pasal riak dlm diri dan sedar kesyirikan dlm diri. tanpa menerangkan tentang iman – tak sedar kesyirikan yg ada dlm diri. riak dan syirik dlm diri lebih halus dari kesan tapak kaki semut. janji Allah dlm amal tak akan disempurnakan oleh Allah tanpa iman. bantuan Allah pd ambia a.s dan bantuan Allah pd sahabat akan dtg pd kita juga. kalau tak yakin – maknanya kita bersangka buruk dgn Allah. Allah bantu sahabat macam Allah bantu ambia a.s. Tanpa iman ikhlas tak akan wujud. Sebnyk mana iman lemah sebanyak itu wujud riak dlm amalan kita. Tanpa iman – tak dpt ganjaran. Bila ada iman baru ada ihtisab. Dgn ihtisab baru ada ganjaran. Ihtisab ialah menyakini pd janji Allah. Amal tanpa ikhlas – masuk neraka. Tak istiqamah  - agama jadi lemah. Kalau tak dpt selesaikan masalah dunia yg kecil dgn amal – macam mana nak selesaikan masalah akhirat dgn amal. 

Masalah akhirat adlh masalah yg lebih besar. Tertib Allah  - sempurnakan janjiNya pd org yg yakin. Sahabat yakin dgn apa yg disampaikan oleh nabi s.a.w. Hari ni kita duduk dlm taklim tapi tak yakin - Duduk dlm taklim tak dpt apa faedah pun. Kita anggap taklim satu program tabligh. Halaqah taklim adalah halaqah iman. Maksud taklim adalah utk menyegarkan keyakinan terhadap janji Allah. Keluarkan yakin pd asbab. Masukkan yakin pd amal/janji Allah. Hari ni – org yg baca taklim dan org yg dengar taklim tak niat pun atas perkara ini. Taklim bukan maksud utk dtgkan semangat utk beramal. Semangat tak dikira oleh Allah. Allah terima amal stlh amal tersebut diuji. Uji keyakinan pd amal tersebut. Allah dtgkan persaingan – asbab dan amal. Yakin pd yg mana? Utamakan amal atau utamakan asbab. Maksud taklim – memasukkan keyakinan pd janji Allah dlm hati sehingga keyakinan pd asbab keluar dari hati. Sehingga tiada harapan langsung pd asbab. 

Tak mungkin 2 harapan bergabung dlm hati – harapan pd amal dan harapan pd asbab. Cth: satu org bila dah sampai di pintu masjid kemudian dtg satu org bagitahu perdana menteri ada di rumah kamu. Kalau kaki dia melangkah ke arah perdana menteri, secara terang-terang dia telah mengingkari kerajaan Allah. Solat hanya utk suka-suka. Allah buat keputusan samada dia beriman pd kerajaan Allah atau beriman pd kerajan dunia. Org yg takut pd penjara dunia – dia tak akan takut pd penjara Allah iaitu neraka. Bila org islam menjadikan org bukan islam sebagai panduan, Allah akan bagi azab – keluar nikmat islam dari hati. Nikmat paling besar adalah nikmat islam. 

Tidak ada nikmat yg lebih besar drp nikmat islam. Allah rampas dari hati bila tak menghargai nikmat islam. Org yg merasakan org selain islam itu bertuah, dia telah buat satu kesalahan/penghinaan yg sangat besar dgn Allah. Munafik/nifak–separuh kehidupan islam, separuh kehidupan bukan islam. Kalau terima pandangan org bukan islam dan dpt amal – ini syirik & munafik. Org macam ni adalah celaka–rosakkan agama. Melalui kerja ini – banyak mana wujud hubungan kita dgn Allah. Dan bnyk mana telah keluar keyakinan makhluk dari hati kita. Maulana yusuf kata: asal sbb org islam hina krn kita fikir bhw selesai keperluan kena ada hubungan dgn pentadbiran dunia/asbab duniawi. 

Agama keturunan – tak dpt apa-apa dari Allah. tinggalkan dosa sebab takut makhluk dan buat kebaikan sebab makhluk–dua2 adalah musyrik. Bila kita perasan ada org tengok - kita betulkan sedikit rukuk dan sujud dlm solat–ini riak dlm amal– elah pun jadi amal yg syirik. Dosa meninggalkan dosa kerana takut pd makhluk lebih besar drp zina. Cth: org yg sedang berzina–jadi takut sebab pintu terbuka. Terfikir ada org melihat dia berzina. Dosa takut pintu terbuka lebih besar drp zina yg dia sedang buat. maulana yusuf kata: hari ni semua org islam sedang bermain2 dgn agama. Utk baiki islam kita terpaksa ikut sikit2 org batil – ini pengkhianatan pd agama. Utk dpt kesempurnaan janji Allah , iman adalah syarat utama. Tanpa iman, janji tak akan disempurnakan. Tanpa iman, ikhlas tak akan dtg. 

Tanpa iman, tak akan dpt ganjaran. Tanpa iman, tak akan dpt istiqamah dlm amal. Ini adalah 4 perkara yg akan terhasil melalui iman. Istiqamah dlm amal. Ganjaran dlm amal. Sempurnanya janji melalui amal. Keikhlasan dlm amal. Apa itu iman? Iman adalah ikhlas. Ikhlas adalah iman. Iman tak akan terhasil tanpa 4 perkara, utk belajar iman kena ikut cara sahabat. Tempat bina iman di masjid. Buat gasht – bawa org ke masjid utk kuatkan iman dan dtgkan kesempurnaan dlm iman. Kerja ini bukan satu program. Kerja ini adalah usaha atas iman. Sahabat kata: belajar iman adalah kerja kami yg berterusan. Perintah Allah atas org beriman: ya ayyuhal lazi na amanu, aaminu. Perintah ini bukan utk org kafir tapi utk org beriman. Bagaimana nak beriman? Cara sahabat. Sahabat kata: ‘kun bina’ - duduk bersama kami utk tingkatkan iman. 

Kumpul org di masjid dlm halaqah iman inilah sebab utk kekuatan iman. Hari ni org kata: Belajar iman ada banyak cara – ini percakapan org yg Allah tak bagi kefahaman dakwah. Ini percakapan org yg tak yakin dakwah cara sahabat. Dakwah kena ikut zaman – ini tak betul! Sunnah kena ikut zaman – tak betul! Sepatutnya zaman kena ikut sunnah. Hari ni umat telah ikut keadaan dan suasana zaman. Hari ni umat dah tak ikut sahabat. Nampak macam bnyk jln tapi tiada hasil. Demi Allah – hanya ada satu jln yg khusus sahaja utk dtgkan agama dlm kehidupan manusia. Cth: Guna miswak utk bersihkan gigi adalah sunnah. Guna berus gigi pun bersih juga tapi tak dpt pahala sunnah. Miswak bukan satu kefarduan dlm solat tapi kalau tak guna miswak tak dpt 70 ganjaran. Org yg membersihkan gigi dia bukan dgn cara nabi s.a.w – tak dpt ganjaran sunah. Demi Allah - Sunah dakwah, sunah ibadat, sunah adat–semua telah ditetapkan oleh Allah. Tak mungkin ada cara lain. Utk bina iman tiada jln yg lain – hanya ada satu jalan sahaja. 

Buat gasht dan bawa org ke suasana masjid. Abdullah rawahah, umar, muaz bin jabal, abu hurairah, ubay bin kaab – ajak org ke masjid utk bina iman. Wujudkan halaqah iman di masjid. Dgn cara sahabat sahaja akan menyempurnakan iman dan dpt hidayat. Sejauh mana usaha menyerupai sahabat – sejauh itu akan dpt hidayat. Buat dakwah ikut peredaran zaman–ini bukan dakwah. Perkenalkan Allah pd umat–iman bil ghaib–ini adalah perkara yg asal. Membenar kan perkara yg nampak bukan iman. Mikraj – utk uji iman sahabat. Iman lemah – telah murtad. Akal bukan asas utk memahami syariat dan berita dari nabi. Bila guna akal akan berpaling dari agama. Akal bukan asas agama. Kerosakan berlaku dlm syariat sebab guna logik akal. Asas agama ikut perintah Allah. Pemikiran logik akal sangat lemah. Agama ikut perintah Allah – bukan ikut akal. Kenapa kena menyerah sepenuhnya pd nabi s.a.w? kerana semua umat tiada akal. 

Allah telah cipta akal – dibahagi pd 100 bahagian, 1 bahagian sahaja Allah bagi pd semua makhluk, 1% dibahagi pd semua makhluk – berapa akan dpt? Bila tengok kemajuan org kafir – kita kata mereka cerdik, org islam bodoh. Tersangat bodoh/tersangat aneh, bila satu org yg beriman dgn Allah mengatakan diri sendiri bodoh dan org yg tak beriman dgn Allah dikatakan cerdik. Org yg cakap macam ni adalah org yg paling bodoh dlm dunia. Org paling bodoh di dunia ialah apabila tengok kemajuan ahli batil – terkesan. org tak beriman kita anggap dia cerdik padahal Allah kata mrk ni macam haiwan/binatang. kerana kejahilan manusia – kita ikut keputusan ahli batil. keadaan yg berlaku di sekeliling kita walaupun sebesar zarah – bergantung pd ahkam/hukum Allah. langsung tak ada kaitan dgn pemerintah. 

Baki lagi 99 akal Allah bagi pd nabi s.a.w. apa yg disampaikan oleh nabi – kena yakin – ia adalah hak. tak boleh difahami dgn akal tapi kena difahami dgn perintah Allah. oleh itu, org yg beriman dgn nabi s.a.w akan diuji. safar mikraj utk uji org beriman – utk uji bahawa dlm diri kamu sejauh mana telah wujud keupayaan/kemampuan utk tunaikan solat. pertukaran kiblat dari baitulmaqdis ke baitullah adalah ujian utk org beriman. nak ikut nabi atau tidak – ini ujian pd org beriman. maulana yusuf kata: org yg berjalan dgn pemikiran sendiri, dia adalah musuh pd sunnah. menunaikan kefarduan hanya setakat utk menyelamatkan diri drp kekufuran. org islam kena amalkan sunnah. tak ikut sunnah – bukan islam. tinggalkan semua cara-cara lain dan dtg kpd sunnah – itulah islam. zikir bukan khulasah pd tasawwuf. tasawwuf bukan memperbanyakkan zikir. khulasah pd tasawuf adalah ittibaq/ikut sunnah. 

Sebanyak mana ikut sunnah – sebanyak itu hati jadi bersih. hasil drp tasawwuf ialah ittibaq sunnah. hanya menunaikan kefarduan adalah hanya utk membezakan antara kafir dan islam. apa itu islam? Mengikuti/ittibaq sunnah. pergi jumpa manusia dan fahamkan umat. bawa manusia dtg ke masjid. apa itu iman? iman bil ghaib adalah perkara yg asal. iman adalah mempercayai apa yg disabdakan oleh nabi berlawanan dgn logik akal. apa yg disabdakan oleh nabi adalah perkara yg benar. pasti akan berlawanan dgn perkara logik/zahir. 

Allah akan dtgkan ujian yg berat utk uji iman. apa tanda iman? Buat amal kebaikan gembira, buat dosa sedih/risau. kerisauan tentang dosa adalah tanda iman yg paling rendah. dlm hadith: org yg melihat satu dosa, dia hendaklah ubah dgn tangan, sekiranya tak mampu maka ubah dgn lidah, sekiranya tak mampu maka ubah dgn kekuatan hati melalui doa supaya Allah ubah dosa tersebut. kalau ini pun dia tak buat bermakna dlm hati dia tak ada iman walaupun sebesar zarah. darjat iman paling akhir–ubah dgn hati. tak risau dgn dosa–tanda hati kosong dari iman. terangkan tentang iman bersama tanda/alamat iman. 

Tanda iman yg pertama adalah taqwa. taqwa–dtgkan segala kebaikan dlm diri. taqwa adalah akar umbi pd segala kebaikan. taqwa–takut pd Allah dlm keadaan sunyi diri. riak– takut pd makhluk. serendah2 riak adalah syirik. tinggalkan dosa sebab takut pd org dan buat amal utk gembirakan org–ini riak dan syirik. satu perkara yg pasti-syaitan akan mendatangkan pd fikir manusia bahawa tak payah buat kebaikan nanti org akan kata kamu buat kebaikan utk dilihat org. ramai org akan terperangkap dlm soal ini–maka ramai org akan tinggalkan kebaikan. buat amal utk dipandang makhluk–ini bukan riak. buat amal supaya dilihat adalah dakwah secara amali. buat amal utk gembirakan makhluk–itulah riak. buat amal secara terang-terangan jauh lebih baik dari buat amal secara sembunyi2. org lain tengok kita beramal jadi pendorong utk org tersebut beramal. syaitan kata jgn buat amal depan org – nanti riak. 

Zakat secara terang2an akan hidupkan syariat zakat. syaitan akan dtg pd ahli hak melalui jln hak. syaitan akan dtg pd ahli batil melalui jln batil. syaitan akan bagi pandangan - bayar zakat senyap2 supaya tak dtg riak. tunaikan kefarduan secara senyap2/sendirian ada janji buruk dari Allah. Abdullah ibnu masud kata – satu org sempurnakan kefarduan secara sendirian adalah ahli neraka. Cth : solat di rumah, tak pernah tinggal solat, tepat pd waktunya – tak pergi masjid – dia ahli neraka. Ini kepentingan ijtimai amal. Tunai kefarduan tapi tak berjemaah. Ahli neraka. Taqwa – perkara asas pd iman. Takut pd Allah dlm keadaan sunyi diri. Janji Allah sangat besar pd org bertaqwa. Kisah pemuda di zaman umar: Selalu pergi ke masjid – ahli masjid – banyak masa habis di masjid. Kena lalu di depan rumah seorang gadis setiap hari bila nak ke masjid dan balik rumah. Dia tundukkan pandangan bila lalu. 

Pada satu hari, gadis tersebut telah usahakan supaya dia ikut masuk ke rumah gadis tersebut. Org yg dlm hati ada perasaan takut pd Allah – bila syaitan bawa kpd dosa – maka dia segera ingat Allah. Hari ni kita kata syaitan yg jadikan kita pendosa – ini tidak benar – ini pemikiran yg rosak. Syaitan tak ada apa-apa kemampuan utk jadikan kita pendosa. Org yg bertawakkal pd Allah – syaitan tak boleh menguasainya. Syaitan akan menguasai org yg rapat dgnnya. Bila sampai ke pintu rumah - Pemuda tersebut teringat ayat quran- maka telah wujud perasaan takut dlm hati  - jatuh pengsan. Hamba gadis tadi telah bawa dia ke rumah bapa dia. Bila terjaga, dia menceritakan apa yg berlaku. 

Bila baca ayat quran yg sama, pengsan lagi sekali dan terus meninggal. Begitu ketara sekali perasaan takut dia pd Allah. Kesan ilmu adalah yakin – bukan pd maklumat. Org bertaqwa – bila terbuat dosa, takut pd Allah – pengsan dan meninggal dunia –  ini adalah kesan ilmu dgn jln yakin. Kesan drp ilmu adalah yakin – bukan maklumat. Umar tanya kemana pergi pemuda yg selalau dtg ke masjid. Mereka kata dia dah meninggal. Umar telah pergi ke kubur pemuda tersebut. Umar kata org yg takut pd Allah – Allah bagi 2 taman syurga. dengar suara dari kubur – “wahai amirul mukminin, aku telah pun dpt kedua-dua tmn syurga tersebut’. taqwa ialah takut pd Allah semasa bersunyi diri di tempat dimana tiada sesiapa melihat – ini perkara yg asal. melalui perasaan ini, banyak janji2 kebaikan/berita gembira dari Allah. kalimah lailahaillallah adalah kalimah taqwa. kalimah lailahaillallah utk org islam. kalimah ini lebih berhak utk org beriman.

5 janji Allah utk org bertaqwa:

1. buka jln keluar
2. rezeki yg di luar logik akal
3. mudahkan urusan dunia
4. ampunkan dosa
5. tingkatkan darjat

"Waman Yattaqillaha Yaj’allahu Makhrajan Wa Yarzuqhu Min Haithu La Yahtasib. Waman Yatawakkal ‘Allahi Fahuwa Hasbuh. Innallaha Balighu Amrihi Qad Ja’alahullahu Likulli Syaiin Qadra.”  Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya, sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu (Surah At Talaq Ayat 2-3)

dimana sahaja berada - apa keadaan sekalipun – akan dibuka jln keluar utk org bertaqwa. pasti kami akan buka jln keluar utknya. Allah telah buka pintu utk nabi yusuf a.s. Sebelum sampai ke pintu, pintu dah terbuka. Hari ni org kata – saya tak mampu nak menghalang diri saya dari kemaksiatan. Org yg macam ni, Allah tak akan buka jln utk dia – ini pemikiran yg salah. Selamatkan diri dari perkara yg haram – Allah akan buka jln. nabi yusuf a.s lari dari godaan zulaikha. Allah buka pintu utk nabi yusuf a.s. tapi nabi yusuf a.s tetap kena penjara. selamatkan diri dari perkara yg haram – Allah buka jalan. hari ni kita kata org islam kena musibah sebab dosa – tak betul! Bila org islam selamatkan diri dari pekara haram dan dtg pd perintah Allah, maka Allah akan uji dia. 

Adakah dia akan kembali buat perkara haram atau tidak. Kaab r.a tak pergi tabuk – org ramai suruh dia bagi apa-apa alasan pd nabi s.a.w. Dia kata: aku boleh menipu nabi s.a.w tapi Allah s.w.t tahu apa yg aku buat. Org yg cakap benar – Allah akan bagi kebaikan. Hari ni, org nak cakap benar tengok keadaan. Sekiranya keadaan bagus – dia akan cakap betul. Sekiranya keadaan rosak – dia akan kembali pd perkara haram. Nabi yusuf selamatkan diri dari dosa tapi masuk penjara. Padahal dia telah menyelamatkan diri drp dosa. Sepatutnya dpt kesenangan, tapi masuk penjara. Allah akan uji org yg selamatkan diri dari dosa. Menjadi amalan para ambia a.s - mengutamakan dakwah dlm apa keadaan sekalipun. Dalam penjara – nabi yusf tafsir mimpi – tapi sebelum tu buat dakwah dulu. Nabi yusuf pesan pd org yg nak keluar penjara – sebut nama beliau pd raja. Bila kita tinggalkan Allah dan menuju kpd asbab keduniaan utk dpt kejayaan – sebenarnya kita lebih lagi menuju kpd kegagalan. Ini perkara yg tidak disukai oleh Allah. 

Syaitan telah lupakan yusuf utk ingat pd Allah pd ketika itu. Nak masuk penjara beritahu pd Aku (Allah). kenapa nak keluar penjara tak beritahu Aku (Allah). Kalau cakap, Aku akan keluarkan kamu. Usahalah atas taqwa. Sekiranya dtg masalah - bersabarlah. Walaupun dtg masalah – terus bagi dakwah. Sabar dan taqwa – disebut serentak dlm quran. Allah keluarkan dari masalah selama-lamanya. Nabi yusuf telah beristighfar atas perkara tersebut. Allah telah keluarkan beliau dari penjara dan jadi menteri kewangan. Yg terjadi pd org islam hari ni, setelah jadi menteri kewangan masuk penjara kerana pecah amanah. Usaha atas taqwa – dpt kemuliaan selama-lamanya. Bila ayat ini turun? Ayat seribu dinar turun ketika auf bin malik ditangkap oleh org musyrikin. Nabi suruh ucap “lahaulawalaquwataillahbillah” sebanyak-banyaknya. Kita kena tahu tentang kisah di sebalik sesuatu doa. 

Setiap doa masnun ada kisah disebaliknya. Bila tahu kisah – baru dtg yakin. Hari ni manusia telah tinggalkan doa masnun. Doa masnun telah terbukti penerima /qabuliyat. Kena yakin dgn doa – baru Allah terima. Hari ni doa dijadikan sebagai nasyid/syair. Berdoa dlm kelalaian - Allah tak terima. 3 perkara jadikan manusia lalai adalah – penyair, pemburu & peminum arak. Jgn hafal syair – tapi hafal quran. Hari ni manusia doa dgn lalai, zikir pun dlm keadaan lalai. Sahabat hafiz dan muhafiz. Hafal quran utk amal perintah Allah. Hafal quran bukan utk jadi hafiz. Bukan sekadar hafal. Baca “lahaulawala quwataillahbillah”– Allah tutup 99 pintu masalah. Pintu paling rendah adalah kesedihan. Tali yg mengikat auf bin malik telah terbuka dan lepaskan diri dari penjara. Naik kuda dan bawa semua unta yg ada balik ke rumah. Allah turunkan ayat seribu dinar.

Org yg takut pd Allah, Allah akan buka jalan dan bagi rezeki dari sumber yg tak disangka. Janji Allah – rezeki yg tak disangka-sangka. Satu org sahabat tengah kencing – tikus bawa dinar. Hari ni kita solat – tak dpt apa-apa, kerana solat utk selesai masalah bukan utk dekatkan diri pd Allah. Solat utk dekatkan diri dgn Allah. Solat bukan utk minta dunia yg hina. Solat hajat bukan utk hajat. Solat hajat utk hampirkan diri pd Allah. Beramal utk dpt dunia yg sementara adalah satu perkara yg hina. Utk org bertqwa – Allah janji mudahkan urusan dunia. Riak – cerita kebaikan diri – ingin dipuji. Ikhlas – tanya org tentang keburukan diri – supaya di komplain. Kisah nabi daud a.s: Setiap malam menyamar buat rodaan tengok keadaan rakyat dan tanya pasal raja. 

Puasa yg terbaik adalah puasa nabi daud. Sehari puasa. Sehari makan. Semua org puji daud. Satu malam – malaikat menyerupai manusia dtg jumpa nabi daud. Malaikat beritahu ada 1 kekurangan pd nabi daud. Guna harta baitulmal utk perbelanjaan. Buat keputusan – tak nak ambil dari baitulmal. Allah gembira sebab ambil jln taqwa. Allah bagi kemudahan. Allah perintah buat baju besi. Guna tangan – besi jadi lembut. Dgn kudrat Allah - Besi jadi lembut utk daud spt tepung dicampur dgn air. Allah ampunkan dosa dan tingkatkan darjat. Guna harta org lain buat tabligh – tak ada kesan. Guna harta sendiri – belanja utk agama Allah. Dgn asbab usaha ini dtg ketaqwaan. Muhajir bukan sekadar tinggalkan negara – dunia maju tapi agama tak maju. Muhajir ialah org yg meninggakan perkara maksiat dan hijrah tinggalkan kpg halaman. Dlm usaha ini – Allah letak keampunan dan tarbiyah – kena yakin – ini adalah pasti. Allah letak kesan dlm dakwah – ubah suasana. Bawa agama, bergerak jumpa umat – spt air yg mengalir – suci dan menyucikan org lain. Kesucian – dpt hidayat dan tersebar hidayat. 

Akan dpt dgn pergerakan. Bergerak bawa amal kebaikan – maka amal kebaikan akan hidup. Safar di lautan–bila mati–Allah sendiri yg ambil nyawa – tak guna malaikat. Kerja ini sangat mulia dan memuliakan seseorang. Bergerak jumpa umat. Tak ada perkara yg boleh mengantikan bergerak utk agama. Dgn bergerak– unjuk agama secara amali/musyahadah dlm umat. Bukan secara mentelaah/baca dari buku. Musyahadah-Umat lihat amalan kita. Allah letak 2 perkara dlm bergerak : Tarbiyah utk diri & Tarbiyah utk umat. Bila keluar di jln Allah– dpt kefahaman agama. Bila balik jadi muta’adi – ingatkan/takutkan manusia ttg azab Allah–bawa umat kpd agama. Kita semua azam – jadikan kerja ini sebagai maksud hidup kita.

No comments:

Post a Comment