(12/10/2015 – nizamuddin - mesyuarat malaysia). Tuan2 yg mulia. Maulana ilyas rah. kata maksud drp usaha ini ialah utk menghidupkan sunah nabi s.a.w. Satu org yg buat usaha ini hendklah dia hidupkan sunah nabi dlm setiap amalan. Dlm dakwah, dlm ibadat, dlm setiap keperluan yg dilaksanakan. Satu org yg buat usaha tidak berasaskan pd sunah sebenarnya dia tak buat usaha. Dia tak dianggap sbg org yg buat usaha. Satu org yg buat usaha berdasarkan pengalaman, kepandaian, pengetahuan tanpa tengok pd sunah nabi s.a.w hakikatnya dia tidak melaku kan usaha agama. Org yg buat usaha mcm ni hanya ikut peraturan. Cara nak buat gasht mcm ni, kumpul org macam ni, ikut peraturan yg ada. Dakwah adalah utk tunjukkan pd manusia agama yg sempurna secara amali/praktikal.
Org yg buat usaha agama kena bawa sunnah dlm kehidupan. Dlm setiap aspek/bahagian kehidupan bawa sunnah nabi s.a.w. Allah bagitahu dgn jelas dlm quran, wa in tuti u tahtadu…jika kamu mentaati nabi s.a.w, maka kamu akan dpt hidayat. Hanya dlm ittibaq sunnah nabi s.a.w. Satu org yg dia sendiri tak ikut sunnah, tak akan dpt hidayat dari Allah dan satu org yg tak ada hidayat, macam mana dia boleh jadi asbab hidayat utk org lain. Setiap rakan seusaha, kena sangat jaga supaya setiap apa yg dia buat dlm kehidupan betul2 berlandaskan mengikut sunah nabi s.a.w. Ibadat ikut sunah nabi, nikah kahwin, pekerjaan, kehidupan seharian mengikut sunah kerana dia jadi contoh utk seluruh umat. Umat nak tengok agama yg sempurna secara amali. Lebih2 lagi dlm usaha dakwah kena ikut sunah nabi.
Bila buat usaha dakwah ikut cara nabi barulah usaha diterima dan jadi asbab hidayat. Jika semata-mata buat usaha tapi bertentangan dgn sunnah nabi, ini bukan usaha. Kita tak panggil org ini org yg buat usaha. Apakah mizaj kita dlm dakwah? Adakah mizaj kita dlm dakwah ikut sunnah nabi s.a.w. salah satu mizaj nabi yg penting dlm usaha dakwah ialah ummumiyat. Nabi buat usaha secara umum dlm setiap lapisan umat. Nabi pergi jumpa semua org. nabi dakwah semua org. nabi tak pernah rasa hina utk dakwah org yg miskin, hamba sahaya. Nabi tak pernah rasa gerun, gentar, takut utk dakwah raja2. kita jgn buat usaha di kalangan rakan seusaha sahaja. Ini kelemahan utama yg berlaku di malaysia. Setengah tempat usaha kuat, disetengah tempat yg lain org islam murtad. Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Kerana usaha tidak dijalankan ikut mizaj nabi s.a.w. kita pilih tempat, kita pilih org utk buat usaha. Kita pilih siapa kita nak jumpa. Kita pilih tempat mana kita nak pergi. Maulana saad rasa sebab utama yg menghalang karkun malaysia utk buat usaha secara umum kerana mereka memilih keselesaan. Keluar di tempat yg ada ikram, makanan mudah, tempat tinggal selesa, kemudahan semua mudah, org suka, org sokong, ada nusrah. Mereka tak pergi ke tempat yg mujahadah. Selagi mana kita tak buat usaha secara umum, pergi semua tmpt, jumpa semua org, org suka, org tak suka, yg selesa, yg tak selesa, selagi itulah kemurtadan tak akan hilang di tempat kita. Semasa nabi hijrah dari mekah ke madinah, diberitahu pd nabi bahawa jln ini ada 2 perompak, tapi nabi pilih jln tersebut semata-mata nak jumpa perompak dan dakwah mereka pd islam. Perompak pun nabi jumpa.
Begitu umumnya dakwah nabi s.a.w. Dlm usaha kita tak ada jor/perhimpunan ikut tabaqat/kumpulan/golongan. Jor utk org khawas, jor utk petani, jor utk peniaga, tidak ada. Kerana umat sedia ada telah berpecah belah. Petani, peniaga, org miskin, org kaya, org kulit putih, org kulit hitam, org kpg, org bandar. Umat telah berpecah pd macam2 kumpulan. Sdgkan dgn perantaraan usaha dakwah adalah utk satukan umat. Kalau kita buat jor ikut golongan tertentu maka kita telah pecah belahkan umat ini. cara utk kita satukan umat ialah buat jor umum, disitu ada org alim, ada org awam, ada org miskin, ada org kaya. Setiap umat kita bawa kpd usaha nabi s.a.w barulah dpt satukan umat. Tuan-tuan yg mulia, 3 sifat yg mesti ada pd seorang da’i utk satu org itu diterima oleh Allah utk usaha agama:
1. sifat tawadduk/rendah diri.
2. sifat sabar/ketahanan dlm menghadapi segala ujian & dugaan.
3. memaafkan kesalahan.
Anggap diri rendah. Tidak membesarkan diri. Segala ujian samada dari rakan seusaha, dari dalaman atau kesusahan dari org luar, hendak lah sabar menghadapi ujian tersebut. bila ada sifat2 ini barulah dpt istiqamah dlm usaha dan barulah Allah ambil kerja dari dia. Org yg tak ada sifat rendah diri, tak ada sifat ketahanan, tak ada sifat kesabaran tak layak utk buat usaha. Ini adalah 2 sifat yg asas yg sepatutnya ada dlm diri setiap karkun. Ini adalah sifat yg ada pd semua nabi2 dan rasul2. apabila kita menghadapi apa2 ujian atau kesusahan, maka kita cari kesusahan kita dlm kesusahan nabi s.a.w. adakah kesusahan yg menimpa aku ni menimpa nabi s.a.w. dan macam mana nabi buat. maka kita akan dapati nabi s.a.w jauh lebih susah dari kita. maka kesusahan tersebut akan jadi senang utk kita hadapi dan kita akan jadi suka pd kesusahan tersebut. kita tak akan rasa gelisah pd ujian. Sebagaimana solat adalah fardu, begitu juga cinta pd nabi, kasih pd nabi adalah fardu atas setiap org beriman. Satu org tak mungkin beriman tanpa dlm hati dia ada rasa cinta dan sayang pd nabi s.a.w. Bila satu org ada cinta pd nabi maka dia akan suka pd semua perkara yg nabi hadapi. Nabi telah diuji dgn sifat kesabaran. Sifat sabar adalah tanda kenabian. Sifat yg lazim yg ada pd semua nabi2.
Satu org pendeta yahudi yg alim, zaid bin saanah, telah terbaca tentang nabi akhir zaman dlm kitabnya. Dia dapati semua sifat yg patut ada pd seorang nabi ada pd baginda s.a.w. Cuma satu sifat yg dia tak dpt tahu iaitu sifat sabar. Dia nak uji sifat kesabaran nabi s.a.w. maka dia telah pergi berjumpa nabi dan tawarkan pd nabi hutang. Dia telah tetapkan tempoh dan sekian2 tarikh kena bayar. Nabi perlu pd hari itu, maka nabi terima tawaran dan berhutang. Akan tetapi 3 hari sebelum cukup tempoh masa utk bayar hutang dia telah dtg pd nabi dgn kasar telah maki hamun dgn kata2 yg kesat pd nabi dan tarik leher nabi. Sehingga sayyidina umar yg ada pd masa itu telah hunuskan pedang nak pancung kepala dia. Zaid bin saanah buat macam tu semata2 nak tengok apa tindak balas nabi. Adakah sifat sabar ada dlm diri nabi s.a.w. kalau nabi balas keburukan dgn keburukan maka dia bukan nabi. Kalau baginda balas kejahatan dgn kebaikan maka dia adalah nabi. Balas keburukan dgn kebaikan. Nabi tak marah pd dia. Bahkan nabi telah tegur sayyidina umar kenapa kamu ancam nak bunuh dia. Sepatut nya kamu kena nasihat dia supaya minta hutang dgn cara yg baik dan kamu kena kasihan pd aku supaya aku bayar dgn cara yg baik.
Nabi telah perintah sayyidina umar bayar balik semua hutang zaid dan tambah lagi 20 gantang sebagai balasan dia telah diancam bunuh. Zaid tanya kenapa bayar lebih? Nabi s.a.w kata kerana tadi kamu telah diancam utk dibunuh. Melihat keadaan tersebut terus zaid bersaksi bahawa baginda adalah pesuruh Allah. Sayyidina umar tanya kenapa kamu buat demikian wahai zaid sedangkan kamu tahu dia seorg nabi. Zaid kata aku buat sebab nak uji sifat kesabaran yg ada dlm diri baginda. Stlh uji, aku yakin bahawa dia adalah pesuruh Allah. Inilah sifat yg mesti ada dlm diri setiap dai. sifat tawadduk, sabar dan tahamul menghadapi segala ujian. Tanpa sifat ini satu org tak dpt berterusan dlm usaha ini dan Allah tak terima seseorang utk buat usaha ini. Tapi apa yg berlaku hari ni, kalau org kita, kita layan dgn baik. Kalau org luar kita balas dgn keburukan. Ini bukan sifat dai. kita kena buat ehsan. Buat baik pd org yg buat jahat pd kita bukan dgn niat supaya dia jadi org kita. tapi supaya dia dekat dgn agama Allah, jadi pembantu agama Allah. ramai org yg kita belanjakan harta utk dia supaya jadi kawan kita tapi tak kekal dlm usaha dan tak buat kerja sungguh2. Membalas keburukan dgn kebaikan dpt menukar seorg musuh jadi kawan.
Tuan-tuan yg mulia. Sifat lemah lembut dan rendah diri yg ada pd nabi s.a.w dinyatakan sebagai rahmat utk umat ini. Allah berfirman, fabima rahmatin minallah himin tadahum, dgn rahmat Allah, Allah jadikan kamu bersifat lembut dgn mereka. Sifat ;emah lembut, sifat rendah diri kena ada dlm setiap da’i. kerja ini kerja yg besar. Kerja yg tinggi. Kerja yg mulia. Tapi jgn sampai sifat kebesaran, rasa tinggi, rasa mulia itu dtg dlm diri kita. kita kena rasa diri kita kecil, rendah, tak ade apa2. sifat lemah lembut dan rendah diri begitu penting sekali hingga Allah s.w.t bagitahu nabi s.a.w, kalau kamu wahai muhammad bersifat kasar/keras dgn mereka iaitu para sahabat nescaya mereka semua akan lari dari kamu. Mereka adalah sahabat yg sanggup bagi nyawa utk nabi s.a.w . Org yg macam tu pun Allah kata mereka akan lari kalau bersifat kasar. Apatah lagi zaman sekarang ni tidak ada org yg sanggup bagi nyawa pd amir atau org atasan dia. Lebih-lebih lagi kita kena bersifat lembut dgn rakan seusaha. Sifat org mukmin mereka berkasih sayang bersama org beriman. Ini sifat sahabat. Mereka keras atas org kafir. Hari ni sifat ini telah bertukar. Hari ni kita berlembut dgn org kafir tapi dgn org islam kita bersifat kasar. Kita kena tukar sifat kpd sifat berlembut dgn org islam. Rendah diri dgn org islam. Dan keras dgn org bukan islam.
Sifat yg ketiga yg kena ada dlm usaha ini yg merupakan usul ialah kita kena maafkan kesalahan org. rakan seusaha adalah manusia. Mereka bukan malaikat. Mereka pasti melakukan kesalahan dan kesilapan. Memang tabiat manusia selalu buat salah. Bapa kpd seluruh manusia, nabi Adam pun lalai dan lupa. Inikan pula manusia. Bila rakan seusaha buat salah, kita maafkan dia. Kita lupakan kesalahan dia. Kita jgn pandang pun kesalahan dia. Kita jgn peduli pun kesalahan dia. Jgn kita hirau. Seolah2 dia tak buat apa2 salah. Hari ni bila rakan seusaha buat salah kita jadikan kesalahan dia sbg tajuk perbincangan kita. kita berbual pasal kesalahan dia. Bila mengadu pd org t/jawab, terus berkumpul buat mesyuarat apa nak buat dgn kesalahan dia ni.
Padahal berita tu tak tahu pun lagi betul atau salah. Terus kita nak hukum dia. Kalau org buat salah, jgn peduikan. Kita berpaling. Ini yg nabi s.a.w telah ajar dan tunjuk pd kita. Satu org sahabat, muaz bin malik ajzani. Dia telah berzina. Dia telah dtg jumpa nabi s.a.w berkali-kali. Mengaku depan nabi bahawa dia telah berzina dan minta nabi jlnkan hukuman atas dia. Tapi nabi berpaling dari dia. Berkali2 nabi paling. Tak beri tumpuan, tak peduli dgn harapan dia akan pergi. Inilah sikap yg patut ada dlm diri org buat usaha agama. Jgn pandang kesilapan yg org buat. bahkan kita tutup kesalahan dan kesilapan dia. Dgn kita tutup barulah kesalahan itu akan hilang. Sayyidina umar kata hapuskan kebatilan dgn kamu meninggalkan bercakap ttg perkara yg batil tadi. Kalau kita bercakap, maka kebatilan/kesalahan itu makin akan tersebar dan kebaikan akan mengecil. Cara nak hapuskan ialah berhenti bercakap tentang kesalahan tersebut. barulah Allah akan hapuskan kesalahan tersebut. sifat menutup keaiban, menutup keburukan dan kesalahan, kelemahan yg ada pd nabi telah berpindah kpd sahabat.
Satu ketika, dlm majlis sayyidina umar r.hu semasa dia jadi khalifah. Ada satu org telah terkentut dlm majlis dia. Satu kesilapan dlm majlis org ramai. Maka sayyidina umar telah marah dan dia kata yg kentut tadi bangun dan pergi ambil wuduk. Org tadi malu nak bangun sebab ramai org. sayyidina umar bersumpah siapa yg kentut tadi bangun. Satu org sahabat, jarir r.hu yg ada di samping sayyidina umar telah berbisik pd sayyidina umar, wahai amirul mukminin, tuan telah bersumpah, macam mana keadaan pun dia kena bangun. Tapi kalau dia bangun dia akan malu. Apa kata kita semua bangun dan kita semua ambil wuduk. Supaya org tadi tak malu. Sayyidina umar suka dgn syor tersebut. dizaman jahiliyyah pun kamu seorg pemimpin yg baik.
Dizaman islam pun kamu seorg amir yg baik. Maka sayyidina umar telah perintah semua pergi ambil wuduk. Dgn cara demikian org tadi tak malu dan sumpah tadi dpt disempurna kan. Ini lah sifat yg patut ada pd setiap da’i. sifat menutup keburukan. Bila satu org buat salah, apa patut kita buat? cari kebaikan dia. Walaupun kita nmpk dia terang2 buat salah. Tengok pd pengorbanan dia, sifat baik dia, cari kebaikan yg ada dlm diri dia. Satu kisah yg berlaku di zaman nabi s.a.w. satu org telah meninggal dunia. Dan nabi s.a.w telah pergi nak solatkan jenazah dia. Dia bukan org yg baik. Sentiasa buat dosa. Begitu teruknya dia sehingga sayyidina umar kata tak sesuai nabi solatkan jenazah dia. Tapi nabi cari kebaikan dia. Nabi tanya pd semua sahabat, siapa antara kamu tahu apa kebaikan yg ada pd diri dia. Maka satu org telah bangun dan kata dia pernah berjaga sepanjang malam di jln Allah mengawal barang2 jemaah.
Nabi kata mata yg berjaga malam di jln Allah tidak akan disentuh oleh api neraka. Nabi kata dia ahli syurga. Maka nabi telah solatkan jenazah dia. Sayyidina abu bakar siddiq setelah jadi khalifah telah terdengar kata2 satu org budak kecil, sebelum abu bakar jadi khalifah dia khidmat tolong perah susu kambing utk budak perempuan tadi. Sekarang abu bakar dah jadi khalifah dia tak akan buat kerja ini. abu bakar terus pergi dan perah susu kambing dan berkata khilafah ini tidak mengubah diri aku. Aku tetap akan perah susu kambing kamu sebagaimana sebelum aku jadi khalifah. Sifat rendah diri, sifat memaaf kan, pandang kebaikan, tutup keaiban, cari kebaikan, lihat pengorbanan mereka yg buat usaha. Sifat2 ini sangat penting. Ini adalah usul dlm usaha ini.
Tuan-tuan yg mulia. Satu lagi sifat yg boleh dikatakan sangat kurang di kalangan kita iaitu kita melihat salahiat/kebolehan/kemampuan rakan seusaha kita dan mengguna kan kebolehan yg mereka ada utk usaha agama. Kita fikir dan kita cari kelebihan tersebut. perkara ini sangat penting dlm usaha agama. Satu lagi kita bantu mereka utk lebih maju dlm usaha agama dgn kebolehan yg mereka ada. Nabi sentiasa cari kebolehan yg ada pd umat hatta org kafir sekalipun. Nabi lihat pd umar dan abu jahal. Kedua2 mereka ada kekuatan. Ttpi kekuatan mereka digunakan utk kebatilan. Bukan utk agama. Maka nabi telah doa pd Allah, ya Allah bagilah hidayat pd salah seorang dari mrk dan gunakan kebolehan yg ada pd mereka utk dtgkan kekutan pd agama islam.
Allah telah pilih umar r.hu. kita kena rasa gembira bila lihat rakan seusaha ada kebolehan dlm diri mereka dan mereka guna utk usaha agama dan kita bantu mereka supaya terus maju. Apa yg berlaku hari ni, bila ada org yg berkebolehan, baru dlm usaha, dia makin maju dlm usaha agama, maka org2 lain akan mula hasad pd dia. Org2 lama akan hasad dengki dgn dia macam mana dia boleh kedepan dari aku. Kita cuba utk tarik kaki dia, jatuhkan dia, supaya dia tak maju dlm usaha agama. Inilah penyakit yg ada dlm hati kita yg buat usaha agama. Sifat hasad, sifat dengki. Tak nak org lain lebih maju dari kita. sedangkan apa yg sepatutnya kita buat ialah bila lihat ada kebolehan pd seseorang kita kena bantu dia supaya lebih maju dlm usaha agama. Kita bersama dgn dia. Kita juga akan maju dlm usaha agama.
Bukan kita tinggalkan dia. Jgn kita memusuhi dia. Sifat hasad ini akan menyebab kan berlaku pergaduhan/pertengkaran. Kita kena bersihkan hati kita. sifat ini ada pd sahabat. Setiap tajuk dlm hayatus sahabah adalah usul dlm usaha dakwah. Kita kena faham mizaj usaha dakwah dari kehidupan para sahabat. Maulana suruh setiap org selalu baca hayatus sahabah. cuba faham bagaimana sahabat buat usaha. Bagaimana sifat sahabat dlm buat usaha. Supaya usaha kita mengikut mizaj/cara sahabat.
Selama 3 hari berturut2nabi kata saad ahli syurga. Abdullah b amr b as bila dengar bahawa saad ni ahli syurga, maka dia telah fikir apa kebaikan yg ada pd saad yg menyebabkan nabi kata dia ahli syurga. Supaya dia juga dpt usahakan perkara yg sama dlm diri dia. Dia telah minta kebenaran utk bermalam di rumah saad selama 3 malam. Dgn niat dia dpt lihat apa amalan saad, bagaimana zikir, tahajjud, tilawah supaya dia dpt ikut. Selama 3 malam dia tak lihat apa2 pun amalan yg hebat dari saad. Lepas isyak dia tidur dan bangun utk solat subuh. Tiada apa2 amalan pada waktu malam. Lepas 3 hari dia pun putus asa dan nak balik. Saad kata aku tak ada amlan yg hebat, apa yg kau tengok selama 3 malam itulah amalan biasa aku. Abdullah b amr tanya apa sebab nabi kata kamu ahli syurga? Saad kata dlm hati aku, bila lihat org islam ada apa2 kebaikan, aku tak hasad, aku tak dengki pd dia.
Inilah sebab saad jadi ahli syurga. Kita yg buat usaha agama jgn ada sikit pun dlm hati kita ada perasaan cemburu, perasaan degki pd mana2 rakan seusaha. Ini adalah kerja Allah. Allah ambil kerja dari siapa yg Dia hendak. Allah tahu siapa yg boleh dilantik jadi rasul dan nabi. Semua adalah pilihan Allah. Pd satu ketika, nabi s.a.w telah keluarkan pedang yamani. Siapa sedia utk ambil pedang ni utk lawan org kafir musyrikin? Umar r.hu bangun dan minta diberi pd dia. Nabi tak bagi pd sayyidina umar sedangkan umar adalah sahabat yg hebat, sahabat yg mana nabi kata kalau ada nabi maka umar akan jadi nabi. Umar adalah juga bapa mertua nabi s.a.w. org yg ada hubungan kekeluargaan dgn nabi s.a.w. Nabi tanya lagi sekali siapa sedia ambil pedang ini? sayyidina zubair awwam r.hu bangun dan kata saya sedia. Dia pun satu org sahabat yg hebat. Dia adalah sepupu nabi. Satu perkara yg maulana tekankan disini dlm usaha agama ni jgn sekali2 kita kedepankan seseorg yg ada hubungan kekeluargaan dgn kita, dia ada hubungan dgn kita, dia kawan kita, dia baik dgn kita.
Allah sendiri akan pilih. Kalau kita buat macam tu kita telah buat satu kezaliman. Nabi tak bagi pd umar dan zubair pedang tersebut. nabi tanya kali ketiga, siapa sedia utk ambil pedang ini dan tunaikan haknya? Maka seorg sahabat abu dujanah telah bangun dan sedia utk tunaikan haknya. Maka nabi telah bagi pedang tu pd dia. Dia telah bunuh ramai org musyrikin dgn pedang tersebut. zubair telah ikut belakang dia nak tengok macam mana dia guna pedang tersebut. Allah dan rasul lebih tahu dari siapa nak ambil kerja. Hari ni bila kita tak diberi kerja kita kebelakang. Org yg macam ni bukan org yg mukhlis. Tak ikhlas. Org yg ikhlas ialah bila diberi kerja atau tak diberi kerja ttp dlm usaha ini. bila diberi kerja rasa takut kerana ia satu amanah, t/jawab yg besar. Bila tak beri kerja dia lega kerana takut tak dpt menunaikan t/jawab kerja tadi. Zubair tak undur ke belakang tapi dia kedepan dan ikut abu dujanah. Dlm apa sahaja keadaan kita kena bersama dlm usaha ini. Utk mendapat bantuan/nusrah Allah, kena ada ijtimaiyat/kesatuan.
Tanpa ijtimaiyat diantara rakan2 seusaha, tak mungkin kita akan dpt bantuan Allah. walaupun rakan seusaha mempunyai amalan yg makbul disisi Allah, solat mereka hebat, zikir hebat, dakwah hebat, doa makbul disisi Allah, buat pengorbanan/mujahadah yg tinggi, habis2an, mati2an utk agama, semua amalan sampai ke arash Allah sekalipun, tanpa ijtimaiyat/satu hati tak mungkin dpt bantuan Allah. syarat utk dpt bantuan Allah ialah kesatuan hati. Amalan yg paling asas utk dtgkan kesatuan hati ialah mesyuarat. Mesyuarat adalah satu amalan yg sgt penting. Sehingga Allah ceritakan pasal mesyuarat berserta dgn solat. Dlm ayat tersebut Allah tak sebut zakat, tak sebut haji, tak sebut puasa, tak sebut jihad. Wal lazi nas tajabu lirob bihim wa aqo mas solat ta wa amri him syuro bai nahum, Allah sebut solat dan mesyuarat. Sbb ada persamaan antara solat dan mesyuarat. Yg pertama dari segi kepentingan. Sebagaimana solat itu penting, mesyuarat pun penting dlm agama. Dan mesyuarat itu dijlnkan ikut cara solat. Dgn mesyuarat akan dpt bantuan Allah. solat dibuat secara ijtimai, mesyuarat juga dibuat secara ijtimai.
Org islam kena berkumpul utk solat, org islam juga kena berkumpul utk mesyuarat. Mesyuarat dijalankan ikut cara solat. Solat ada imam dan semua makmum kena ikut imam. Imam rukuk, makmum rukuk. Imam sujud, makmum sujud. Semua perbuatan imam, makmum ikut. Imam bertanggungjawab atas org yg solat dibelakangnya. Dlm mesyuarat ada amir. Kita kena taat keputusan amir. Apa keputusan yg amir buat, dia bertggjwb atas keputusan tersebut. makmum tak yah risau. Tak yah nak komplain, ini tak ikut usul, ini tak betul, ini cara betul, ini cara salah, tak payah nak fikir dan pening kepala atas perkara tersebut. kalau tersilap dlm buat keputusannya, maka dia dpt satu pahala.
Kalau dia betul dlm ijtihadnya, mak dia dpt 2 ganjaran. Makmum tak bertanggungjawab atas kesilapan tersebut. makmum kena taat sahaja. Kalau imam buat salah boleh ditegur dgn cara yg betul. Tapi dgn syarat org yg nak tegur imam mestilah org yg solat bersama imam. Imam tak boleh terima teguran org di luar. Kalau imam terima teguran org luar, maka semua solat mereka batal. Begitu juga satu org nak tegur amir, dia kena ada dlm usaha, ada dlm mesyuarat, ada dlm taklim, ada dlm khuruj, bila bersama dlm usaha baru boleh bagi syor dlm mesyuarat utk betulkan apa yg tersilap. Bukan dari luar, tak buat kerja tiba2 nak bagi teguran
Mesyuarat adalah sebab dtgnya bantuan Allah. dlm peperangan khandak, dgn berkat mesyuarat dpt bantuan makanan, batu yg besar pecah dan keluar cahaya dan berita gembira tentang jatuhnya kerajaan rom dan parsi. Sahabat gali parit, jumpa batu besar, ketuk tak pecah. Maka mereka mesyuarat dgn nabi s.a.w. Ini sepatutnya yg dilakukan oleh org malaysia, ada masalah yg tak boleh diselesaikan, duduk mesyuarat dan tanya nizamuddin. Bila mesyuarat dijalankan dgn betul maka Allah dtgkan bantuan dan nusrahNya. Mereka yg mengendalikan mesyuarat, kena dengar pendapat org lain. Ambil syor ahli mesyuarat. Maulana ilyas kata kalau kita tak ambil syor dari rakan2 kita, macam mana kita nak ambil kerja dari mereka. Semoga Allah terima kita semua dan bagi taufiq utk buat usaha dgn mizaj yg betul.
No comments:
Post a Comment