(15/10/2015 - nizamuddin - mesyuarat malaysia 2015). Tuan2 yg mulia, kita hendaklah berusaha bagaimana keenam2 sifat dpt dtg dlm kehidupan kita berserta dgn hakikatnya secara sempurna. 6 sifat ini bukan semata2 sifat bahkan 6 sifat ini adalah perintah Allah s.w.t yg fardu atas kita semua. Perintah Allah dan fardu atas setiap kita utk dilaksanakan. Perintah yg pertama adalah utk beriman pd Allah s.w.t. Ini adalah kefarduan atas setiap manusia. sebagai mana solat adalah fardu, begitu juga iman adalah fardu. Sebagaimana solat ada cara utk ditunaikan, begitu juga usaha atas iman ada cara dia. Bila tunaikan solat dgn cara yg dikehendaki barulah ianya akan diterima oleh Allah s.w.t. Begitu juga dgn iman, dgn cara usaha yg betul baru diterima oleh Allah s.w.t. Ini satu perkara yg sangat penting yg kita semua kena faham. Cara usaha yg betul ialah sebagaimana cara yg diajar oleh nabi kpd para sahabat. Nabi s.a.w telah perintah para sahabat utk memperbaharui iman mereka. Nabi telah ajar para sahabat cara utk memperbaharui dan menguatkan iman mereka.
Cara yg sama kita kena buat, iaitu kita kena jumpa org islam dan bawa mereka ke masjid. Apakah tujuan kita buat gasht/jaulah? Hari ni kita buat gasht semata2 nak jumpa org. Tujuan gasht adalah utk bina iman. Sediakan org dtg ke masjid utk menguatkan iman mereka sendiri. Keluarkan manusia dari suasana yg merosakkan iman mereka, percakapan yg lalai yg merosakkan keimanan dan bawa ke masjid utk menguatkan iman. Perkara ini kita dpt lihat dgn jelas dlm kehidupan para sahabat. Dlm hayatus sahabah kita boleh dapati sahabat2 yg besar spt umar khattab, muaz jabal, abdullah rawahah, ubay b kaab, abu hurairah – mereka semua ajak org lain utk duduk bersama dan bercakap ttg iman. Ada antara mereka adalah ketua ulamak - muaz, ada ketua mufassirin – ubay kaab, ada ketua muhaddisin–abu hurairah, ada di kalangan mereka yg nabi kata kalau ada nabi selepas aku umar lah yg layak jadi nabi. Mereka jumpa antara satu sama lain dan kata ijlis bina nuk min saatan–mari kita duduk sebentar dan beriman–cakap ttg kebesaran Allah. inilah cara utk bina iman kita.
Bukan dgn cara semasa. Kena buat usaha cara yg diajar oleh nabi kpd para sahabat. Kalau kita tak buat macam sahabat buat, maka lama kelamaan usaha yg kita buat makin lama akan jadi makin jauh dan makin terpesong dari cara yg dikehendaki oleh nabi s.a.w. Cara biasa adalah cara yg bertentangan dgn sunnah nabi s.a.w. Tuan2 yg mulia, Dlm bayan dan percakapan kita, hendaklah kita banyak bercakap imaniat, keimanan atas perkara yg ghaib. Perkara yg utama yg kita terangkan dlm bayan kita. Allah maha berkuasa, Allah boleh buat apa shj yg Dia kehendaki, Allah berkuasa atas segala sesuatu. Bukan kita bayan ikut kehendak majmak/org ramai. Kalau kita bayan ikut kehendak ramai maka mimbar kita bukan mimbar dakwah. Perkara ini kita kena faham. Org2 lama yg ada di hadapan saya ini, yg bayan, yg kendalikan mesyuarat. Kadang2 org awam bagi cadangan org ni bayan, org tu bayan. Org yg boleh bayan ialah org yg boleh memalingkan hati2 manusia dari makhluk kpd khaliq, keyakinan dari selain Allah kpd keyakinan kpd zat Allah yg maha kuasa, palingkan hati2 manusia dari asbab kebendaan kpd asbab amal, dari dunia kpd akhirat. Org yg macam ni yg patut bagi bayan.
Percakapan iman adalah maksud, perkara yg dikehendaki, kena cakap berulang kali. Iman berbeza dgn ilmu. ilmu berkaitan dgn hukum hakam. Satu org belajar ilmu dan dah tahu maka dia dah selesai, tak perlu ulang berkali2. Satu org nak solat dan dia belajar ilmu ttg solat. Maksud drp ilmu adalah amal. Dia tak perlu buka kitab setiap kali nak solat. Begitu juga dgn zakat. Satu org yg dah habis belajar di madrasah maka dia tak perlu lagi pergi madrasah. Kena amalkan ilmu yg dah belajar. Akan ttpi perkara yg berkaitan dgn imaniat, yg berkaitan dgn sifat Allah, perkara ni tak selesai sampai bila2. kita kena berulang kali cakap ttg perkara keimanan supaya iman sentiasa meningkat. Inilah maksud drp usaha kita. Perkara ini kita dpt lihat dlm kehidupan sahabat, ini merupakan amalan mereka. Keyakinan para sahabat ttg perkara yg ghaib mengatasi/melebihi keyakinan kpd apa yg mereka lihat. Iman yg macam ni yg kita nak usahakan dlm diri kita. Tuan2 yg mulia, Maulana ilyas kata maksud drp dakwah adalah utk menyempurnakan iman dan amal. Supaya iman dpt sampai ke tahap yg sempurna.
Dan amalan dpt meningkat sedikit demi sedikit ke tahap yg sempurna. Maksud drp dakwah adalah utk mendpt penghampiran diri/taqarrub kpd Allah s.w.t. dakwah utk wujudkan hubungan dgn Allah. ibadat utk zahirkan hubungan dgn Allah. dgn perantaraan usaha dakwah dpt wujudkan sifat ehsan dlm amal ibadat kita. Tanda dakwah kita diterima oleh Allah ialah bila mutu solat kita makin meningkat, amal makin sempurna. Solat seolah2 melihat Allah. kaifiat yg macam ini kita kena usaha dlm solat kita. Tahap yg kedua, Allah melihat kita. Tapi kita kena usaha pd tahap yg tinggi iaitu melihat Allah. nabi s.a.w perintah kita utk minta jannatul firdaus. Minta syurga yg paling tinggi. Dlm setiap amalan kena usaha utk dpt yg terbaik dan yg sempurna. Satu kesalahan yg besar yg berlaku pd semua karkun di seluruh dunia ialah mengabaikan amal ibadat. kita menganggap bila sibuk dgn usaha dakwah, dgn gasht, dgn mesyuarat, dgn bayan sehingga kita abaikan amal ibadat kita pd Allah. tak sempat solat dhuha, tak solat awwabin, tak jaga tahajjud. Kita anggap kita sudah buat kerja yg besar.
Siang hari kita letihkan diri dakwah jumpa org, malam hari kena bangun beribadat pd Allah s.w.t. nabi s.a.w diperintah utk bangun pd waktu malam. Bangun malam akan menghancurkan nafsu dan menyebab kan percakapan kamu lebih jelas dan terang i.e mendatangkan kesan dlm dakwah. Nabi s.a.w tak pernah tinggal solat tahajjud walaupun baginda sedang ghazwah/peperangan dan dlm safar. Bangun malam beribadat dan menangis depan Allah. Di muzdalifah semasa tunaikan haji, satu amalan yg besar, nabi tak bangun tahajjud, tapi masa khuruj nabi tak pernah tinggal solat malam. Nabi s.a.w akan habiskan malam dalam keadaan sujud dan menangis depan Allah. Tapi hari ni kita sibuk dgn dakwah , kita tidur sepanjang malam. Percakapan itu tak mengambil amalan kerja. Kita anggap kita dah buat kerja.
Di samping buat dakwah sangat penting kita jaga amalan2 infradi kita. Tanda dakwah kita diterima oleh Allah ialah berlaku peningkatan dlm amalan kita. Sebab itu maulana ilyas letak gasht di antara dua waktu solat. Supaya solat lepas gasht akan lebih baik dari solat sebelum gasht. Kalau solat tak bertambah baik maknanya gasht dia tidak diterima oleh Allah. dakwah tidak diterima. Tanda dakwah diterima ialah amalan selepas dakwah bertambah baik. Kalau diri kita sendiri tak ada takluk/hubungan dgn Allah, bagaimana kita nak hubungkan manusia/hamba Allah kpd Allah. Kesan dari usaha dakwah iman dan amal kita meningkat. Hari ni kita buat gasht sebab org tak solat, bukan! gasht adalah utk betulkan solat kita sendiri. Supaya solat kita makin meningkat mutunya disisi Allah.
Tuan-tuan yg mulia, Satu org yg buat usaha tapi tak makin dekat dgn Allah, amalan tak makin baik, amalan tak makin sempurna, ia dipanggil istidraj drp Allah. Apa maksud istidraj? Satu org yg sesat, makin jauh dari Allah tanpa dia sedari bahawa dia telah sesat. Dia telah terpesong jauh dari Allah. oleh itu, kita kena selalu tengok amalan kita. Dgn dakwah yg kita buat patutnya amalan makin sempurna. Hari ni kita telah putuskan hubungan antara ilmu dan amal. Seolah2 ilmu benda yg berasingan dan amal benda yg berasingan. Sedangkan kedua-dua perkara ini ada hubung kait antara satu sama lain. Ada hubungan yg kuat antara satu sama lain. Bila ada ilmu kena ada amal. Maksud drp ilmu adalah amal. Tapi hari ni kita telah pisahkan antara ilmu dan amal. Apa maksud taklim? Utk dtgkan ihtisab dlm amalan kita. supaya setiap amalan yg kita buat dgn penuh keghairahan/keinginan atas apa yg dijanjikan oleh Allah s.w.t. Hari ni kita buat taklim semata2 kerana amalan dakwah. Tanpa kita tahu apakah sbb kita buat amal tersebut. bila tak tahu apa sebab kita buat amal maka akan dtg kemalasan. Kita akan rasa malas dan jemu utk duduk taklim. Amal tanpa ihtisab tidak akan dpt ganjaran dari Allah.
Umar khattab r.hu kata tidak ada amalan tanpa niat dan tidak ada niat tanpa ihtisab. Kena wujudkan sifat ihtisab dlm setiap amalan. Ihtisab akan menolak kita utk buat amal. Begitu juga bila keluar di jln Allah, utk semua markaz di seluruh malaysia, taklim pd waktu pagi sebelum bayan hidayat, seblm jemaah keluar, hendaklah baca dari muntakhab hadith. Baca kelebihan/fadilat keluar di jln Allah supaya dlm hati setiap jemaah yg bergerak ada janji2 Allah dlm setiap kesusahan yg dialami semasa keluar di jln Allah. sanggup menanggung kesusahan dan dpt belajar cara sahahat buat usaha. Bagaimana sahabat menggunakan masa mereka semasa keluar di jln Allah. asal usaha kita adalah usaha sahabat. Kita akan tarbiyah dan hidayat bila kita buat usaha dgn cara sahabat. Begitu juga semasa keluar, taklim pagi baca kitab muntakhab hadith supaya setiap org yg keluar di jln Allah mereka tahu kelebihan susah payah berada di jln Allah. taklim petang baca fadhilat amal.
5 amal patut ada di setiap rumah org islam. Di setiap rumah ada halaqah membetulkan bacaan quran. Di setiap rumah ada taklim kitabi – baca hadith dari kitab fadhail amal dan muntakhab hadith. Disetiap rumah ada muzakarah 6 sifat, disetiap rumah ada tashkil – sediakan wanita utk keluar di jln Allah utk 2B, 40H, 10H, 3H. di setiap rumaha da amalan mesyuarat. Diputuskan setiap hari siapa nak baca taklim, siapa nak conduct halaqah quran, siapa nak buat 6 pts. Tulis nama2 ahli keluarga kita. bahagi-bahagikan amalan antara mereka. Satu lagi perkara yg sangat penting ialah taklim mingguan. Taklim mingguan di malaysia sangat2 lemah. Setiap mahalah, setiap jemaah masjid kena usaha, kena fikir bagaimana hidup taklim mingguan di kawasan mereka. Ada 800 mahalah, tapi cuma ada 11 sahaja ada taklim mingguan. Maksud utk hubugkan setiap rumah org islam dgn taklim mingguan.
Perkara ini perlu diberi kepentingan. Dlm jor bulanan halaqah, minta azam dan ambil laporan dari setiap mahalah, bagi targhib utk hidupkan taklim mingguan di setiap mahalah. Bila rumah2 org islam tak ada hubungan dgn taklim mingguan, maka rumah tersebut akan ada hubungan dgn tempat2 maksiat. Kita kena belajar masail-hukum hakam dari alim ulamak. Kita hendaklah bina hubungan antara org awam dgn alim ulamak. Ini adalah maksud usaha kita supaya org awam dpt belajar agama dari alim ulamak. Atas maksud itu kita kena hidupkan maktab2 al quran di setiap masjid/surau. Kita lantik iman atau mana2 qari utk mengajar quran di masjid. Dgn perantaraan gasht kita, sediakan setiap org islam utk belajar quran. Ini merupakan salah satu maksud usaha kita. satu kesilapan yg sangat besar kalau kita kata ini bukan t/jawab kita. kita kena usaha supaya tidak ada satu org islam pun dlm mahalah kita yg tak belajar quran samada kanak2 atau org tua. Sediakan ibubapa utk hantar anak2 ke masjid utk belajar quran.
Sayyidina umar r.hu telah ambil karguzari masjid2 di syam semasa dia pergi kesana dan dia tanya apa amalan2 yg kamu buat di dlm masjid? Satu org sahabat telah jawab bahawa lepas solat, di masjid kami ada halaqah ilmu agama, belajar quran, belajar halal dan haram. Umar kata selagi mana amalan ini ada di masjid2 kamu maka kamu berada atas khair/kebaikan. Sgt penting utk kita hidupkan maktab2 al quran di setiap masjid supaya setiap umat islam dpt belajar quran dan belajar setiap perkara fardu dlm kehidupan. 6 sifat adalah 6 kefarduan. Setiap umat islam kena laksanakan perintah ini. Beriman pd Allah adalah fardu. Solat adalah fardu. Menuntut ilmu adalah fardu ain atas setiap org islam. Menunaikan hak hamba2 Allah adalah fardu. Membetulkan niat dlm setiap amalan adalah fardu yg asas. Begitu juga keluar di jln Allah/usaha dakwah adalah kefarduan yg besar dlm agama.
Bukan hanya semata2 sifat. Hari ni kita bercakap 6 sifat sebagai adat resam sahaja. 6 sifat ini kita kena usaha supaya kita dpt laksanakan dgn sempurna. Usaha atas iman, usaha atas solat, usaha atas ilmu, usaha utk menunaikan hak2 makhluk. Hak manusia Allah tak akan ampunkan. Amalan tanpa ikhlas tak akan diterima oleh Allah. begitu juga mengajak manusia kpd kebaikan, usaha utk dtgkan agama yg sempurna dlm kehidupan adalah kefarduan yg sangat besar. Begitu juga kena usaha supaya dpt jaga zikir. Utk hubunglan hati kita dgn Allah supaya hilang ghaflah dari hati kita. supaya hati kita tak lalai dari Allah. hati kita sentiasa ingat pd Allah. sgt2 penting utk kita jaga zikir kita pagi/petang. Maulana ilyas kata apabila satu org lalai dlm zikir menyebabkan dia akan rasa malas. Bertambah sifat malas dlm diri utk melakukan amalan. Zikir dgn tawajjuh, dgn tumpuan yg sempurna pd Allah. buat dgn penuh adab. Setiap hari kena baca quran. Tidak ada satu hari pun yg berlalu tanpa membaca quran. Ini semua amalan utk wujudkan penghampiran pd Allah. Ilmu adalah penunjuk jalan. Zikir adalah cahaya. Tanpa zikir akan berada dlm kegelapan. Ilmu tanpa zikir tak berguna. Zikir tanpa ilmu adalah kejahilan menyebabkan seseorg itu sesat. Ilmu tanpa zikir adalah zulmat/kegelapan.
Begitu juga hak2 makhluk2 Allah, hak2 rakan2 seusaha. Kita kena usaha utk menunaikan segala hak mereka. Kita akan ditanya oleh Allah pd hari kiamat tentang hak2 manusia. Apa maksud ikram? Hadith pertama yg maulana yusuf letak dlm bab ikram iaitu letak setiap org pd kedudukannya. Kita kena kenal dia, apa kedudukan dia, kita letak setiap org pd kedudukannya. bukan letak kedudukan aku pd kedudukan aku. Hari ni kita minta tunaikan hak kita, diletakkan ditempat kita yg sebenar. ini bukan org yg mukhlis. Org yg mukhlis tidak akan minta hak dia. Dia tak akan minta utk dia dilayan. Ikram adalah letakkan setiap org pd tmpt mereka. Tunaikan hak mereka. Ikram bukan semata2 bagi makan, bagi minum, bantu org dlm kesusahan. Ikram spt ini adalah utk semua makhluk Allah. hatta utk anjing sekalipun. Satu org perempuan yg berzina bagi minum air pd binatang yg hina anjing, dgn sbb amalan itu Allah telah ampunkan semua dosa dia. Apa maksud ikram pd rakan seusaha? Kita ambil kerja drp mereka. Kita gunakan salahiah – kemampuan dan kebolehan mereka utk agama. Kita bagi semangat pd mrk supaya mereka dpt maju dlm usaha agama. Ikhlas, setiap amalan kita buat semata2 krn Allah. ikhlas adalah iman. Riak adalah syirik. Riak adalah amalan menunjuk pd org. Setiap amalan yg kita buat adalah utk mendapat keredaan Allah.
Satu ikhlas dan satu lagi istikhlas. Ikhlas sangat penting. Begitu juga istikhlas sangat penting dlm usaha agama. Apa maksud istikhlas? Kita buat usaha ini dgn menjadikan diri kita semata2 milik usaha ini. dan kita tidak bagi tumpuan kpd selain dari usaha ini. knp? Bila buat usaha ini Allah akan bagi kemahsyuran, org kenal kita, ada org ikut kita, dan ramai org akan ambil kesempatan atas kemahsyuran serta kebolehan kita. Persatuan2, kumpulan2, golongan2, org2 politik, akan cuba bawa kita kpd usaha yg mereka yg buat. akan cuba bawa kita kpd pergaduhan mereka, pertelingkahan mereka, penentangan mereka, maka dlm keadaan demikian kita kena kekalkan diri kita dlm usaha ini. bagi sepenuh jiwa raga kita, fikir kita, tenaga kita, salahiyat kita utk usaha ini semata-mata. Jgn kita pergi kpd selain dari usaha ini. dgn keyakinan usaha ini telah diberi oleh Allah pd saya dan usaha ini telah diberi kpd para nabi dan sahabat.
Hanya dgn usaha ini sahajalah hidayat akan tersebar ke seluruh alam. Kalau tidak kita akan tertipu. Ramai rakan seusaha kita telah tertipu. Dia anggap kebolehan yg Allah bagi pd dia utk buat benda2 lain. Bantu sana, bantu sini. Masuk campur urusan itu dan ini. kita tak memihak pd sesiapa. Kita hanya milik usaha ini semata-mata. Kita bagi tumpuan sepenuhnya pd takazah usaha ini. Kita akan dpt faham istikhlas ini melalui kisah Kaab bin Malik. Beliau telah dipulau kerana dia telah tangguh utk keluar di jln Allah pd peperangan tabuk. Walaupun dia telah ambil bahagian dlm semua peperangan yg lain. Bukan dia tak nak keluar. Cuma dia tangguh dulu. Sehingga sampai keadaan Allah murka dan nabi pun murka dan seluruh org madinah marah pd dia. Tak ada siapa pun nak bagi salam pd dia. Tak ada siapa pun nak jawab salam dia. Dia dipulaukan oleh semua org madinah. Hatta isteri dia yg setia pun diperintah utk dipisahkan. Dlm keadaan tekanan yg begitu dahsyat, sampai surat dari raja ghassan. Bagi tawaran pd dia. Kalau kawan2 kamu tak nak kamu, dtglah pd kami. Kami sedia terima kamu, kami akan muliakan kamu. Kalau org yg buat usaha agama sebab ada kepentingan maka dia kan melompat pergi dan terima offer tersebut. org yg ada kepentingan tak akan kekal pd satu-satu tempat.
Dia akan berada di mana ada faedah utk dia. Tapi org yg buat usaha dgn penuh istikhlas dlm apa sahaja keadaan dia akan kekal dlm usaha. Bila surat sampai kpd kaab dan bagi bermcm2 tawaran pd dia. Apa dia buat? dia campak surat tu dlm tempat bakar roti. Dia kata aku belum selesai dari satu musibah, musibah kedua dah sampai. Allah dan rasul masih marah pd aku, tiba2 dtg pula surat nak sesatkan aku. Dia tak layan permintaan surat tersebut. Dia kekal bersama nabi s.a.w. inilah istikhlas. Dlm apa shj permintaan kita kekal bersama org t/jwb kita. samada org ambil kerja dari kita atau tak ambil kerja dari kita. org peduli kat kita, org tak peduli kat kita. org pinggirkan kita. kita bersama dgn usaha ini. org Ansar pernah diuji oleh Allah. Nabi tak bagi harta pd mrk. Nabi nak uji mrk samada mrk bersama nabi atau bersama harta. Tapi org ansar kekal bersama nabi s.a.w.
Utk ijtimak kita, kita jgn minta apa2 bantuan dan pertolongan dari sesiapa pun, dari pemerintah, dari org kaya, hanya minta dari Allah. kita sempurnakan keperluan sendiri. Kita tak nak ada sokongan dari sesiapa. Tuan2 yg mulia, Kedtgan tuan2 ke sini dan apa yg dimuzakarah kan adalah satu amanah yg besar di atas bahu tuan2. kena sampaikan kpd org2 di negara tuan2. setiap perkara yg dimuzakarahkan dpt dilaksana kan. Usaha dpt dijalankan mengikut mizaj/cara yg diberitahu. Ini adalah t/jawab yg diberi pd tuan2 dan t/jawab ini akan ditanya oleh Allah pd hari kiamat nanti. Semua tuan2 bertanggungjawab secara ijtimai utk ambil setiap perkara yg dimuzakarahkan disini dan bawa ke negara tuan2 dan pastikan setiap perkara dpt dibuat secara amali/praktikal dan dpt diwujudkan diseluruh dunia. Selepas doa, tuan2 semua turun ke bawah dan saya akan musafa dgn tuan2 di bawah. Selawat. doa penutup oleh maulana saad.
No comments:
Post a Comment