Saturday, January 3, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(banglawali masjid - nizamuddin - 02/10/2013). Umat telah tinggalkan dakwah maka agama telah keluar dari umat. Umat telah tidak amalkan agama. Bila agama secara ijtimai wujud dlm umat maka agama infradi akan wujud dlm umat. Walaupun berada dlm suasana yg baik, utk jaga agama bukan sekadar dgn suasana yg baik, utk dpt menafaat dari agama ialah dgn dakwah illallah. Tanpa dakwah, walaupun ada suasana yg baik, agama akan keluar dari kehidupan. Dgn perantaraan dakwah agama akan kekal dlm kehidupan. Tanpa dakwah agama akan keluar drp kehidupan. Ini adalah hakikat. Iman dan amal akan sempurna dgn dakwah. Iman dan amal akan terbentuk dgn dakwah. Allah tanya dlm quran:siapa yg lebih baik agama drp mereka yg buat dakwah dan beramal soleh? Kehidupan kita hari ni, bila buat dakwah kita tinggalkan amal, bila buat amal kita tinggalkan dakwah. Hari ni kita buat tabligh utk belajar amal.  Hari ni org tabligh buat kerja utk betulkan amal, bila amal dah betul maka akan tinggalkan dakwah. Maulana ilyas kata : dakwah utk menyempurnakan iman dan amal yg telah dipelajari.

Setiap kali solat ada azan. Azan adalah dakwah. Setiap amal ada dakwah. Azan adalah dakwah utk menyempurnakan solat yg berikutnya. Ini adalah perkara yg hak. Dakwah utk menyempurnakan iman dan amal. Org yg hanya belajar utk amal, akan tinggalkan tabligh. Maksud dakwah adalah utk menyempurna kan iman dan amal. Dakwah adalah mengajak kpd kebaikan dan cegah kemungkaran. Allah bersumpah, seluruh manusia iaitu org beriman berada dlm kerugian kerana tidak buat kerja dakwah. Dakwah utk diri sendiri. Ajak org kpd kebaikan, utk mewujudkan dlm hati kesukaan pd amal. Org rasa tak perlu buat dakwah sebab tak beramal. Hari ni org rasa kena buat amal dulu baru boleh buat dakwah. Utk buat dakwah tak ada syarat utk amal tapi utk amal kena ada syarat iaitu dakwah. 

Ajak manusia kpd kebaikan – utk wujudkan kecintaan pd kebaikan. Ajak manusia cegah kemungkaran – utk wujudkan kebencian pd keburukan. Imam syafie kata–kalau Allah turunkan satu surah sahaja pun - surah al-asr -sudah cukup utk keselamatan seluruh umat. Umat tak akan dpt keselamatan – selagi iman dan amal soleh tidak beserta dgn berpesan-pesan dgn hak dan berpesan-pesan dgn kesabaran. Sebagaimana amal adalah fardu – dakwah juga adalah fardu. Tak semestinya buat amal dahulu baru boleh dakwah – ini tipu daya syaitan. Amal bergantung pd dakwah sebagaimana manusia bergantung pd makanan. Kalau tak makan jadi lemah. Kalau tak buat dakwah, amal jadi lemah. Dakwah dan ibadat – kaitan yg sangat erat. Bila gabung dakwah dan ibadat – maka akan wujud agama yg baik. 

Apa itu dakwah? Dakwah adalah cara yg telah dibuat oleh nabi s.a.w dan sahabat dgn jasbah mereka dan bawa agama ke seluruh alam. Kalau tak buat cara nabi–kita akan buat ikut peredaran zaman–tak ada pertolongan Allah, tak ada tarbiyah. Muamalat, muasyarat dan akhlak – tarbiyah hanya dgn cara nabi dan sahabat. Cara lain yg sedang berjalan di dunia sekarang ni tak ada hidayat. Sahabat bergerak sebab tak ada teknologi – ini khayalan org2 batil. Kalau alat dan asbab jadi pengganti buat dakwah – dah tentu Allah bagi pd nabi dan sahabat. Fatimah r.ha menangis tengok nabi – badan berdebu kerana bergerak utk dakwah. Bergerak utk dakwah adalah perkara sebenar. 

Tabligh – hanya dgn cara nabi dan sahabat. Allah beritahu nabi–kalau buat dakwah bukan dgn cara yg diperintah oleh Allah, maka dakwah tak berjalan. Islah umat – hanya dgn ikut cara org2 yg awal - sahabat. Berjalan dlm dakwah dgn cara yg betul – iaitu cara nabi dan cara sahabat. Belajar iman cara sahabat. Iman – perkara yg asas. Perlu dipelajari. Org beriman berhajat pd iman. Org munafik sahaja yg tak berhajat pd iman. Hari ni, org beriman lalai tentang perkara iman. Perkara yg sedih bila org ingat dakwah utk org bukan islam. Org2 cerdik pandai dan org2 awam ingat dakwah utk org2 bukan islam. Dakwah iman utk org2 beriman.

Perintah ini diberi pd nabi dan sahabat. Org bukan islam didakwahkan pd islam – aslim taslim. Org2 musyrikin terkesan dgn ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak sahabat. Fatah mekah – sahabat tidak berseronok/party, tapi mereka beribadat. Sekarang islam hanya ada pd kitab. Islam tak tersebar dgn kitab.Islam tersebar dgn musyahadah. Musyahadah ialah amal (secara amali) org beriman. Org islam adalah kitab islam. Di masjid nabi – org tahanan diberi makan – masuk islam. Dakwah iman utk org beriman. Iman sahabt telah sempurna tapi masih berfikir utk akhirat. Abdullah rawahah–kepala atas pangkuan isteri, menangis, isteri pun menangis, fikir tentang titian sirat. Hari ni org duduk taklim sambil ketawa. Umat buat amal dlm kelalaian – ini sangat bahaya. Org tak tahu dan tak amal – akan dtg musibah. Tapi org yg tahu tapi tak amal – akan dtg musibah yg lebih besar. 

Walaupun sahabat bersama isteri masih teringat akhirat. Nabi perintah sahabat – perbaharui iman.Nabi kata – banyakkan kalimah lailahaillallah – bukan sekadar zikir – tapi cakap mahfum kalimah. Kalau kita faham hanya berzikir – ini kefahaman yg salah. Sahabat bermuzakarah tentang kehidupan akhirat, syurga, neraka – iman jadi kuat. Hari ni kita berzikir kalimah sekejap sahaja – tapi bermuzakarah perkara ghairullah 24j. Wujudkan halaqah iman di masjid – cara sunnah, cara sahabat. Sahabat jumpa sahabat yg lain – ‘kun bina’ – bergerak ke masjid utk tingkatkan iman. Muaz b. jabal, abdullah rawahah,  abu hurairah – ajak sahabat yg lain dtg ke masjid. Dengar azan – tapi tak dtg solat sebab tak yakin dgn solat boleh selesai masalah. Iman bil ghaib adalah perkara yg asal. Lihat dan percaya bukan iman – ini kufur. Iman ialah percaya tanpa lihat. Berfikir bagaimana Allah buat sesuatu pun adalah khilaf. Tak perlu fikir bagaimana Allah buat. Safar mikraj – utk uji org beriman. yakin dgn perkhabaran nabi. Tak masuk akal. Kena yakin. Iman lemah – telah murtad. Iman – meyakini apa yg dikatakan oleh nabi tanpa melihat. Abu bakar yakin dgn cerita nabi sehinggakan org sangka Abu bakar telah mikraj bersama nabi. Maksud jaulah/gasht : jumpa org2 beriman bawa ke masjid. Bila berjln ke rumah Allah–pertolongan Allah akan bersama dia–para malaikat dtg bantu kerja dia. 

Pertolongan Allah dengan dakwah – bukan dgn program. Takluk pd Allah – tempatnya di masjid. Nabi s.a.w-dlm keadaan sakit – di papah – tetap ke masjid – berada di masjid utk tingkatkan iman. Ambil menafaat/faedah dari pencipta – bukan benda yg di cipta. Nizam alam semesta adalah utk ta’aruf – kenalkan Allah – siapa pencipta. Org yg meminta asbab dgn Allah – menyulitkan diri sendiri. Org sakit minta ubat dgn Allah – kenapa tak minta sihat dgn Allah? Org rasa kudrat Allah dgn asbab – tidak! Minta keperluan terus dgn Allah. Terserah pd Allah bagaimana utk uruskan. Allah bantu nabi ibrahim dlm api dgn kudratNya. Malaikat angin, air tak boleh buat apa2. 

Org belajar sains kata dunia berjln dgn aturan alam semesta. Bukan! Allah yg buat segala-galanya. Hujan turun bukan sebab bintang atau awan. Hujan turun dgn perintah Allah. Ambil faedah dari khazanah Allah – menginkari seluruh asbab, alam semesta termasuk jibril a.s. Hari ni kita solat 5 waktu tapi akidah rosak. Percaya pd sains.percaya pd ramalan cuaca. Aturan alam semesta semuanya berjalan dgn kudrat Allah. Allah buat segala-galanya. Kudrat Allah tiada batasan. Allah serahkan aturan alam pd malaikat. Malaikat bawa butiran hujan. Malaikat bawa butiran benih, malaikat jaga gunung, etc. Belajar ilmu utk amal. Utk solat kena belajar ilmu solat. Tapi tak semestinya setiap kali solat kena buka kitab solat. 

Membayangkan ketauhidan Allah adalah maksud. Ilmu bukan maksud. Mahfum hadith :  Cinta dunia adalah akar kpd seluruh dosa. Auf b. malik kata : iman tinggalkan seseorang secepat org membuka baju. bayangkan tanda dan alamat iman – baru ada tarbiyah. dgn dakwah – dpt ikhlas dlm kalimah. ikhlas dlm kalimah – dpt cegah dari perkara yg haram. ikhlas tak cukup dgn niat sahaja – bukan hanya semata-mata krn Allah. ikhlas membentuk amal yg baik. cth : berpuasa di hari raya berdosa walaupun ikhlas. bersama ikhlas ada amal yg benar semata2 kerana Allah. dlm iman ada ikhlas. Dlm solat ada ikhlas. Ikhlas dlm solat dpt cegah dari kemungkaran. Org yg  buat amal – sepatutnya di dgrkan ancaman Allah. Org yg tak buat amal – sepatutnya di dgrkan fadhilat/janji Allah. Ibnu abbas kata: solat yg tak cegah dari kemungkaran akan jadi jauh dari Allah (ancaman). 

Suasana adalah apa yg ada dlm hati manusia. Kekotoran dlm hati membawa kpd suasana buruk. Cth : babi – dlm tmn yg baik pun cari kekotoran. Lebah – cari madu walaupun dlm tmn yg kotor. Tak jaga pandangan dlm solat – akan pandang dosa di luar solat. Tak jaga anggota tubuh dlm solat – tak dpt jaga anggota tubuh di luar solat. Dosa besar dan kecil yg kita buat sebab lalai. Maksud lalai – tak ingat Allah. Ingat Allah dlm kesenangan – maka Allah akan ingat kita dlm kesusahan. Org beriman – setiap waktu ingat Allah. Zikir anggota tubuh ialah dgn amal – amal tangan, amal kaki, amal mata, amal kemaluan etc. Dlm solat kita membelai janggut – maknanya tak khusyuk. Maulana saad tanya satu org : kenapa tak simpan janggut? Org tu jawab : tak ada janggut pun tak apa – janji hati baik. Iman bukan hanya dlm hati. Janggut adalah syiar/alamat islam. Org tak ada syiar islam – org yg imannya lemah. Janggut tak disebut dlm quran – janggut adalah tanda taqwa – syiar Allah. Org tiada iman dlm hati – anggota tubuh tak ada tanda2 islam. Dlm kubur – masalah tak selesai dgn maklumat – masalah selesai dgn amal anggota tubuh – seluruh anggota tubuh berbicara. Keseluruhan agama dlm amalkan sunnah. Tinggalkan sunnah – dtgkan kerugian pd agama. 

Beza antara org islam dan org kafir adalah sunnah. Org islam ikut cara org kafir – tak amal sunnah – tapi solat, puasa , zakat, haji, etc. 5 rukun islam adalah asas islam spt asas bangunan. muamalat, muasyarat, akhlak – kenalkan islam. agama adalah kumpulan seluruh amal. dlm ilmu ada ikhlas. ilmu di lidah – jadi musibah pd org beriman jika tak tunai hak – ilmu yg tak amal. ilmu di hati – bagi menafaat. masuk syurga bukan dgn amal. Masuk syurga dgn taufik/anugerah Allah. amal hanya meningkatkan darjat dlm syurga. nabi s.a.w pun tak masuk syurga dgn amal. Masuk syurga dgn rahmat Allah. Nabi pun tak boleh bantu anak kesayangnya fatimah r.ha di akhirat. Pengadilan di akhirat tak sama dgn pengadilan di dunia. Bergerak dgn ilmu dan zikir – bukan dgn kejahilan. 

Dgn dakwah – keluarkan umat dari kejahilan. Maksud jahil – tak tahu. Kejahilan umat ialah apa yg dipelajari di dunia ni di anggap ilmu. Org2 bodoh guna dalil quran dan hadith dlm mempelajari ilmu dunia. Semua adalah jahil. Ilmu yg betul adalah quran dan hadith – apa yg dijanjikan Allah dgn cara nabi s.a.w. Ilmu adalah satu huruf dlm quran dan ia tak akan berubah sampai kiamat. Ilmu dunia berubah-ubah. Keseluruhan ilmu hanya ada dlm 3 soalan dlm kubur – rububiat, syariat, sunnah. Kisah umar baca kitab taurat – nabi marah. Sifat org kafir – funnun. Mizaj org kafir – berbangga dgn ilmu dunia – bangga jadi doktor, bangga jadi professor etc. Maksud dakwah – umat keluar dari kejahilan. Bawa ilmu dan bergerak – ada 2 faedah : dtg hakikat ilmu dlm diri dan kesan pd org kampung. Mengapa perlu keluar di jln Allah? Kerana ia adalah perintah Allah. Sebagaimana solat adalah perintah Allah. 

Sahabat keluar bukan semua sebab perang. Kalau keluar sebab perang – ini kejahilan. Keluar dlm keadaan susah dan senang. Istiqamah akan dtg bila kita rasa ini perintah Allah. Kalau keluar utk perbaiki amal – tak boleh istiqamah. Ibadat adalah perintah Allah walaupun tak dpt faedah. Dakwah adalah perintah Allah walaupun tak dpt faedah. Allah akan bagi kefahaman yg betul – basirah. Keluar di jln Allah – buat dakwah pd org, maka Allah akan bagi pd kita apa yg kita dakwahkan. Bila balik – buat usaha makami – memperingatkan org tempatan sehingga timbul takut dlm hati (bagi peringatan pd org tempatan selepas balik dari khuruj – baru ada kesan)

No comments:

Post a Comment