Agama Akan Dtg Tidak Tergantung Asbab Dunia Tapi Tergantung Pada Usaha Yang Kamu Buat. Manusia adalah sebaik2 ciptaan Allah s.w.t dan mempunyai kelebihan. Manusia merupakan asbab hidayah utk yg lain. Manusia adalah untuk manusia yang lain. Segala macam boleh dikerjakan oleh manusia. Manusia dijadikan untuk kepentingan manusia. Kita menganggap bahawa manusia boleh melaku kan segala sesuatu. Manusia tidak bebas dalam perbuatannya. Manusia dikirimkan ke dunia ini untuk maksud yang tertentu. Bukan untuk kepentingan dirinya sahaja. Semua ciptaan Allah s.w.t, selain manusia, tidak diberi satu tanggungjawab pun ttpi manusia dicipta oleh Allah s.w.t utk kepentingan sesama manusia. Manusia ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk kepentingan umat manusia, sebagai pembawa hidayah daripada Allah s.w.t dan boleh jadi asbab2 hidayah untuk yang lainnya. Bukan untuk diri sendiri sahaja.
Kita tahu maksud kejadian sesuatu benda, samada digunakan utk diri dia sendiri atau digunakan oleh orang lain dengan cara yg salah yg mana ia akan menghapuskan maksud kejadian perkara itu. Kalaulah benda itu digunakan untuk maksud lain dpd maksud ia diadakan, maka tidak akan dapat faedah daripada benda itu. Benda itu sendiri akan hilang, akan binasa. Mana2 benda yang dijadikan utk maksud2 yg tertentu kalau digunakan untuk maksud itu, baru ia akan dapat manafaat. Kalau digunakan utk maksud yang lain, maka benda itu sendiri akan hilang, akan binasa. Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t dgn satu tujuan yg besar dan diberi kemampuan yg besar oleh Allah s.w.t. Kalau manusia ini terpesong dpd ibadat, dpd dakwah, digunakan utk benda2, maka nilai benda2 akan meningkat. Sebaliknya kedudukan manusia akan hilang. Skrg ini manusia telah terpesong dari usaha nabi2. Mereka telah usaha atas benda2 sehingga mereka telah yakin terhadap benda2. Skrg ini, usaha atas Islam sendiri tidak ada telah hilang. Manusia telah diberi satu kerja dan kerja itu telah diengkar oleh manusia sendiri. Bila manusia digunakan bukan utk usaha atas manusia, maka yakin manusia telah rosak. Apabila usaha manusia rosak, maka yakin juga akan rosak.
Usaha dilakukan oleh manusia dan manusia yakin bahawa dia akan berjaya dengan usahanya. Dia telah tetapkan usaha tertentu. Usaha sebenarnya untuk manusia telah diberitahu oleh Allah s.w.t. Allah kata, “Kamu adalah sebaik2 umat”. Umat ini bukan untuk jadi kerajaan, bukan untuk jadi pegawai, bukan untuk perniagaan. Umat ini diketahui tujuan maksud oleh penjadinya sendiri. Dialah yang tahu apa yang diciptakan. Apabila manusia ini terpesong daripada jalan nabi2, buat usaha atas benda2, maka bermulalah kerosakan aqidahnya. Mula masuk cinta dunia kepadanya dan mula hilang ibadat dpdnya. Kerugiannya, kebinasaannya, lahir daripada perkara ini iaitu bila dia tukar usahanya. Oleh kerana itu, perkara pertama, tanpa perkara ini, manusia tidak akan betul. Sekarang ini, peniaga dgn perniagaannya, petani dengan pertaniannya, pemerintah dengan pemerintahannya, apa sahaja usaha yang sedang mereka lakukan dan mereka telah yakin dengan usaha2 mereka sehingga begitu sekali mereka yakin kepada usaha mereka, mereka tidak yakin dengan usaha orang lain. Semua kerja tersebut bukan kerja umat ini. Kerja umat ini adalah untuk seru manusia kepada Allah s.w.t, ajak manusia kepada perintah Allah s.w.t, menghalang umat daripada perkara2 yang dilarang oleh Allah s.w.t. Inilah kerja umat ini.
Dengan kerja inilah insaniah, kemanusiaan, sifat2 kemanusiaan akan kekal dalam ummah. Yang mengetahui tujuan satu2 benda adalah penciptanya. Pencipta satu2 benda lebih tahu tujuan satu2 benda itu diciptakan. Sekiranya benda tadi digunakan selain daripada tujuan pencipta menciptakannya, maka pertama manafaat tidak akan dapat daripada benda tersebut, kedua benda itu sendiri akan rosak. Allah s.w.t yang menciptakan manusia ini. Dia lebih faham, Dia lebih tahu dengan ciptaanNya dan maksud ciptaanNya. Allah s.w.t telah terangkan maksud kejadian umat ini iaitu “takmurunabil makruf, wa tanhauna ‘anil munkar”. Sekiranya manusia buat usaha atas benda lain, maka manusia sendiri akan rosak dan manafaat tidak akan dapat daripada manusia. Skrg ini, manusia telah jadikan segala usaha2 lain sbg tujuan mereka, sebagai usaha mereka.
Peniaga telah usaha atas perniagaan, pekebun telah usaha atas kebun, pekilang telah usaha atas perkilangan, semua jenis usaha masing2 telah buat, hasil daripada usaha akan datang keyakinan. Sekarang ini usaha atas benda2 ini telah begitu hebat sehingga masing2 telah yakin dengan usaha masing2, dia akan dapat kejayaan. Begitu sekali keyakinan mereka sehingga mereka sudah tolak usaha yang lain. Peniaga yakin bahawa dengan perniagaanlah mereka akan berjaya dan mereka tidak yakin lagi bahawa dgn pertanianlah akan berjaya. Demikian juga dgn petani telah yakin bahawa dgn pertanianlah mereka akan berjaya dan petani tidak yakin lagi bahawa dgn perniagaan akan berjaya. Masing2 sudah tidak yakin antara satu sama lain kerana usaha mereka begitu rupa. Jadi, sepatutnya usaha yg dikerjakan adalah usaha untuk bina manusia sendiri.
Oleh kerana semua usaha2 tadi adalah untuk bina benda, bukan untuk bina manusia, pertanian, perniagaan, perkilangan, semuanya usaha utk bina benda, maka hasil dpd usaha yg dilakukan, benda2 naik mutunya, naik nilainya, ttpi manusia sendiri telah rosak. Manafaat yang sebenarnya yang sepatutnya didapati dari manusia, tidak dapat lagi kerana manusia telah ubah jalan usahanya. Tidak semua usaha yang dilakukan akan diterima oleh Allah s.w.t, tidak semua usaha akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Tidak semua usaha dijanjikan hidayat oleh Allah s.w.t. Tidak semestinya manusia buat mana2 usaha, mesti dpt hidayat. Mana2 usaha tidak semestinya akan dpt jln yg lurus, mana2 manusia buat mujahadah, buat usaha atas satu2 perkara maka jln itu akan terbuka/terbentang di depannya.
Jalan2 yang mana dilakukan mujahadah, diusahakan, maka jalan itu akan terbuka di depannya, tetapi tidak semestinya mana2 usaha dilakukan terus dapat hidayat daripada Allah s.w.t. Jalan untuk dapat hidayat ditentukan oleh Allah s.w.t hanya dgn jalan nabi2. Ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Sebanyak mana kita mujahadah dalam jalan nabi2 sebanyak itulah kita akan dapat hidayah. Mana2 usaha lain, tidak akan dihiraukan oleh Allah s.w.t. Siapa2 yang pilih jalan lain daripada Islam, sekali2 tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak akan terima daripadanya. Sesiapa yang terpesong daripada jalan nabi2, maka akan terpesong daripada medan usaha nabi2. Selain daripada usaha nabi, semua usaha yang lain, adalah usaha dunia, usaha atas benda2. Kita faham bahawa saya bertanggungjawab pada rumah saya, anak isteri saya. Tanggungjawab ini disempurnakan oleh binatang2 juga tetapi tidak ada nilai apa2 pun untuk mereka dalam menunaikan tanggungjawab untuk isteri dan anak2 mereka. Tidak ada ganjaran daripada Allah s.w.t. Mana2 manusia meletihkan diri dan inginkan ganjaran atas keletihan dia, maka dia perlu bawa diri dia atas jalan yang betul.
Berjalan di atas jalan yang betul, barulah Allah s.w.t akan beri ganjaran padanya. Allah s.w.t telah letakkan syarat, “Yang bermujahadah di jalan Kami, sesiapa yang bermujahadah di jalan Kami, pasti kami bagi hidayah padanya”. Siapa yang terpesong dari jalan yang sebenar, tidak ada jaminan hidayat daripada Allah s.w.t. Seorang rahib telah mujahadahkan diri dia dalam beribadat kepada Allah s.w.t. Umar r.a lalu di depan menara rahib itu dan berkata, “Bawa dia turun dari menara”. Wajah dia telah pucat kerana mujahadahnya, kurus kering, tanggung kesusahan, kehidupan yang susah, tidak makan, tidak minum, jalani kehidupan ‘rahbaniah’. Pilih semua kesusahan yang ada dalam ibadat. Umar r.a tengok dia dan menangis. Orang tanya kenapa menangis terhadap rahib itu? “Saya menangis kerana saya tengok keadaan rupa parasnya, saya teringat ayat Allah s.w.t, Allah s.w.t kata, “Tidakkah engkau tahu satu org yg menyusahkan diri dia untuk ibadat sehingga kesan ibadatnya datang pada wajahnya”, kesan letih beribadat, apakah hal keadaan dia? Nampak di wajahnya pucat tetapi usahanya salah, bukan jalan yang betul.” Usahanya telah terkeluar dpd cara kenabian. Dia buat usaha tetapi terkeluar dari jalan kenabian. Dia buat ibadat tetapi terkeluar dpd jalan kenabian, dia bawa ‘rahbaniah’ dalam ibadat dan dia telah tinggalkan tanggungjawab dakwah, hidup dgn bersendirian.
Umar r.a menangis tengok wajah dia, dia bermujahadah begitu sekali, usaha begitu sekali, tetapi kesemua usahanya sedang masukkan dia ke dalam jahanam. Iman ini dalam dakwah, dalam ibadah, dalam muamalat, dalam muasyarah, dalam akhlak, semua perkara telah diberi pengajaran, telah diikatkan, tidak ada kebebasan dalam ibadah, tidak ada kebebasan dalam akhlak. Apa yang dia hendak, dia boleh buat, apa yang dia suka makan, dia makan, apa yang dia suka pakai, dia boleh pakai, apa cara yang dia hendak kahwin, dia kahwin, tidak! Dia tidak ada kebebasan langsung, dlm ibadat, dlm usaha. Dlm ibadat dia diperintahkan, dalam usaha dia diperintahkan. Ibadat kepada Allah s.w.t tetapi dia tidak terima Nabi Muhammad s.a.w. Khulasahnya, manusia di dunia ini buat usaha tetapi selagi usahanya tidak kena, tidak sesuai, tidak tepat sebagaimana yang ditunjukkan oleh nabi2, maka usahanya tidak akan datangkan apa-apa faedah, malah kebinasaan untuk dirinya sendiri. Usahanya sia2 sahaja, dalam apa bentuk sekalipun.
Segala usaha2 dunia mmg telah terkeluar lebih awal lagi, malah usaha ibadat sendiri, dlm ibadat sendiri jika tidak bawa cara Nabi s.a.w, pun tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Dlm Quran diberitahu, “Dia buat usaha susah2, mujahadah, ttpi dia akan dibakar oleh api yg panas”. Manusia ini, dlm setiap hal, bukan sahaja dlm iman, bukan sahaja dlm ibadah, ttpi dlm muamalatnya, kerja2 dunianya, perniagaannya, pertaniannya, kerja dunia yg lain, dlm muasyaratnya, dlm kehidupan rumahtangganya, kehidupan hariannya, dlm akhlaknya, semua sekali dia tidak bebas, dia tidak boleh buat apa yg dia suka, tetapi dia diperintahkan oleh Allah s.w.t. Segala perbuatan nya terhad dalam apa yg diperintahkan oleh Allah s.w.t. Nabi2 tidak pernah jadikan medan usaha mereka selain dpd manusia, tidak pernah bumi, pokok, benda2, tidak pernah jadi medan usaha nabi2, ttpi medan usaha ambiya a.s hanya manusia. Oleh kerana itu, dalam hadith beritahu, “Manusia itu sendiri seumpama lombong2”.
Bila dia usaha atas satu perkara, perkara itu akan terbuka di depannya. Nabi tidak kata, bukit2 itu lombong, lombong biasanya tempat org buat usaha. Nabi kata manusia itu sendiri lombong. Manusia ada sifat2 yang mana sifat2 yg hebat itu akan terserlah, akan zahir apbi diusahakan atas mereka. Ketakutan atas senjata bila usaha atas senjata dibuat. Bumi akan keluarkan bijirin, bila manusia buat usaha atas bumi. Amal manusia itu sendiri lebih kuat dpd segala sesuatu yg ada diantara langit dan bumi. Amal yg keluar dpd badan manusia. Ttpi skrg ini kekuatan manusia digunakan di tempat yg lain, salah tempat, maka zahir kekuatan dpd benda2. Sedangkan benda2 ini telah ditundukkan utk khidmat pada manusia. Benda2 yg sepatutnya tunduk pada manusia telah menguasai manusia. Skrg ini, benda2 ini tidak lagi jadi benda yg bagi kesenangan pada manusia, sebaliknya ia menjadi benda yg merosak kan manusia kerana manusia telah lupa usaha yg sebenarnya. Nabi kata, “Manusia ini adalah seumpama lombong emas dan perak”.
Apabila diusahakan ke atasnya maka akan zahir amal daripada mereka. Ambiya a.s datang buat usaha atas hati2 manusia kerana tempat iman hanyalah hati. Anggota2 manusia adalah tempat zahirnya amal. Tempat iman adalah hati. Oleh kerana itu, riwayat ada mengatakan, “Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri”. Hati ini akan jadi mufti yang betul, bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka, nampak ada basirah, hati yang ada iman. Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati. Allah s.w.t kata, “Bukanlah buta mata2 mereka, tetapi buta hati yang ada dalam dada2 mereka”. Oleh kerana itu, medan usaha nabi2 adalah hati2 manusia supaya hati kenal zat Allah s.w.t yang maha tinggi. Nabi2 kenalkan Allah s.w.t kepada hati2 manusia kerana iman duduk pada hati manusia. Iman kena sampai pada tempatnya yang sebenar. Nabi2 usaha atas insan dan atas hati2 manusia.
Semua anggota manusia adalah tempat zahirnya amal. Islah akan datang sebab adanya iman. Amal akan datang sebab adanya iman. Dari kepala hingga ke kaki, gunakan semua anggota atas dasar hukum Allah s.w.t, itulah dinamakan Islam dan ini akan datang dengan kekuatan iman. Tanpa iman atau iman yang lemah, maka akan zahir amal2 yang bukan Islam. Semua amal manusia dalam apa lapangan pun yang mengikut hukum Allah s.w.t, ikut sunnah Nabi s.a.w, itulah yang dinamakan Islam. Amal akan zahir melalui anggota2 sebanyak mana ada iman dalam hati. Islam adalah kezahiran iman. Islam tidak ikut suasana, Islam tidak ikut keadaan tetapi Islam ikut iman. Amal yang dibuat ikut suasana, amal yang dibuat ikut keadaan, bukan Islam. Amal yang dibuat dengan dasar iman akan menukarkan keadaan dan suasana. Untuk bina amal, kena bina iman. Amal yang dibuat dengan iman akan kekal dan atas itulah ada janji2 Allah s.w.t.
Pengenalan orang Islam, Nabi s.a.w kata, “Orang Islam adalah orang yang mana orang Islam yang lain tidak dapat kesusahan daripada lidah dan tangannya”. Nabi s.a.w kata, “Islam itu bukan hanya satu amal sahaja tetapi seluruh lapangan hidup manusia untuk ikut perintah Allah s.w.t, itulah Islam”. Dalam setiap lapangan dalam hidup ada pengenalan dalam Islam. Pengenalan orang Islam dalam setiap lapangan hidup. Dalam perniagaan, pertanian, kehakiman, muasyarat kalau hendak tengok Islam, tengok orang Islam dalam perkara itu. Kamu hidupkan hukum2 Allah s.w.t dalam lapangan hidup kamu, hidupkan sunnah2 nabi dalam lapangan hidup kamu, itu akan menjadi asbab hidayat untuk manusia. Maulana Yusuf rah. kata, “Sesiapa yang menambahkan sifat2 Islam dlm diri dia, maka dialah yang akan jadi sumber hidayat utk umat”. Kita hendak usahakan sifat2 nabuwah dalam diri kita. Sifat2 ini akan datang berkadar dgn iman. Iman akan datang berkadar dengan usaha. Bukan dgn perniagaan, bukan dgn pertanian, bukan dgn kerja2 pejabat. Iman tidak akan dtg dgn perkara2 ini. Iman akan dtg dgn kerja dakwah. Semua nabi2 dtg dgn kerja dakwah kerana keistimewaan dakwah itu sendiri untuk membina iman.
Dakwah bukan hanya untuk memperkenalkan Islam atau untuk memperkenalkan amal Islam tetapi keistimewaan dakwah adalah untuk membina yakin. Semua orang perlu pada dakwah supaya dia dapat bina iman dan yakin. Orang yang paling baik pun tidak terlepas daripada keperluan dakwah. Siapa yang buat kerja dakwah, dia akan buat untuk dia diterima. Maulana Yusuf rah. kata, “Sebanyak mana kelemahan iman, sebanyak itulah niat akan rosak”. Niat yang rosak datang daripada kelemahan iman. Kerosakan yakin menyebabkan amal yg dibuat bukan kerana Allah s.w.t. Yakin yg rosak menyebabkan cacat dlm niat. Keistimewaan dakwah ialah utk membina iman. Dakwah diberikan utk bina yakin. Untuk kukuhkan iman, kerja2 nabi adalah dakwah ‘illallah’. Bukan setakat mereka sahaja bagi dakwah tetapi mereka menjadikan orang yg mereka dakwah juga sebagai daie. Nabi sendiri telah beritahu dakwah sesiapa yg terima dakwah ditangan Nabi, maka pada masa itu juga dia akan jadi daie. Bagi dakwah utk bina iman dia sendiri dan pada masa yang sama juga dia jadikan orang lain da’i. Ini cara dakwah Nabi s.a.w.
Usaha utk iman tidak diberi tumpuan. Org tidak sangka bhw iman itu pun satu benda yg perlu diusahakan. Mereka menyangka, beramal (buat amal) kemudian barulah iman akan meningkat, sedangkan tanpa iman, amal tidak ada roh. Kalau tidak ada keyakinan pada janji2 Allah s.w.t, apakah benda yg akan bawa manusia kepada hukum2 Allah s.w.t? Siapakah yg akan timbulkan harapan pada janji2 Allah s.w.t? Siapa akan bawa manusia ini takut pada amaran2 Allah s.w.t? Oleh kerana iman, sahabat2 sentiasa ada fikir. Banyak mana iman bertambah, maka sebanyak itulah dia akan takut kepada nifaq. Hanzalah r.a kata dia telah munafik. Abu Bakar r.a kata dia telah munafik. Ini org Badar, org Uhud, tidak pernah mungkir janji, tidak pernah khianat mana2 amanah, tidak pernah ada mana2 tanda nifaq pun pada mereka, tetapi sebabnya hanya keadaan mereka berlainan depan Nabi s.a.w, dengar cerita syurga neraka dan apabila mereka pulang ke rumah, sudah berubah. Mereka dengar, orang2 beriman ini, seolah2 mereka nampak Allah s.w.t di mana2 pun. Perasaan mereka depan Nabi s.a.w telah hilang, sebab itu dia kata, “Hanzalah telah munafik”.
Abu Bakar dengar dan Abu Bakar kata, “Ini pun berlaku pada aku juga”. Sebanyak mana iman meningkat, sebanyak itulah seseorang akan takut pada nifaq, akan benci pada nifaq. Tidak mungkin ada alamat2 nifaq dlm diri mereka. Oleh kerana kita tidak ada tumpuan pada iman, walaupun ada tanda2 nifaq dalam diri kita, tetapi kita sangka kitalah orang yg sempurna. Tidak penuhi janji, khianat dlm amanah, sangka ia satu kejayaan bila dpt khianat amanah orang. Ini semua tanda2 nifaq kerana tidak ada iman. Oleh itu, perkara yg terdahulu yg perlu diusahakan ialah atas iman. Iman akan datang bila usaha atas iman. Usaha iman ialah seru manusia kepada Allah s.w.t tetapi kita telah salah faham iaitu dakwah untuk orang lain. Dakwah sebenarnya untuk daie itu sendiri. Dakwah ialah untuk orang yang buat dakwah itu sendiri. Siapa yg bagi dakwah utk dia sendiri, maka dengan dakwah itu, yakin dia akan bertambah dan orang yg didakwah akan dtg kpd apa yg da’i itu yakini. Dakwah adalah utk da’i itu sendiri. Dakwah utk pendakwah itu sendiri. Jgn kita salah faham iaitu dakwah utk org lain. Apb kita bagi dakwah pd org lain utk bina iman kita, utk bawa diri kita sendiri kpd amal, utk bawa yakin kita kpd Allah s.w.t, maka dakwah cara itu akan bawa keyakinan pada diri dia sendiri.
Bila dakwah keluar dpd umat, maka keluar yakin dpd umat. Bila yakin telah keluar dpd umat, maka dia akan bergerak mengikut tempat yg dia nampak ada manafaat. Tidak nampak lagi jalan utk ambil manafaat dari khazanah Allah s.w.t, melalui perintah2 Allah s.w.t. Dia tidak yakin lagi dgn melakukan larangan2 Allah s.w.t, dia akan dapat kejayaan dan dia akan taat pada apa yang dia yakin. Manusia beribadat atas apa yg dia yakin. Rukuk (tunduk), itu bukan hanya ibadat, kita tidak tunduk di depan selain daripada Allah s.w.t bererti kita tidak beribadat selain dpd Allah s.w.t. Ibadat bukannya tunduk di depan mana2 benda. Islam bukannya tundukkan kepala pada mana2, Islam adalah serahkan diri pada Allah s.w.t. “Diri saya dan harta saya, dpd lahir hingga mati, seluruh ibadat, seluruh pengorbanan”.
Yg dimaksudkan dgn solat ialah pengorbanan diri. Semuanya diserahkan kepada Allah s.w.t, itulah yg dinamakan Islam. Bukan hanya utk tundukkan kepala. Ibadat bukan hanya tundukkan kepala. Apa yg diyakini, kita akan taat pada benda2 itu. Apa yg kita yakin, kita akan beribadah pada benda2 itu. Nabi s.a.w telah beritahu dlm satu riwayat, “Bila taat sahaja pada satu benda, maka dia telah beribadat pada benda itu”. Kita tengok antara kita sendiri, kita taat isteri kita, kita taat perniagaan kita, kita taat kedai kita, kita taat kerajaan kita, kita taat selain dpd Allah s.w.t. Kita lihat diri kita masing2. Bila taat pada benda2 itu, maka dia sedang beribadat kpd benda itu.
Mahfum hadith Nabi s.a.w, seorg sahabat, dia seorg nasrani, dia telah beriman dgn Nabi s.a.w. Selepas masuk Islam dia tanya, “Wahai Rasulullah, sblm beriman dgn tuan, kami beribadat kpd Allah juga, kami taat pada Allah juga, kami tidak pernah terima selain dpd Allah sbg Rab, kami hanya taat pada Allah s.w.t. Sebelum dtg kpd tuan, kami dlm satu agama yg beribadat kpd Allah s.w.t, ttp kami tidak faham, dlm Quran ada ayat yg mengatakan, ‘Mereka telah menjadikan rahib2 mereka sbg tuhan, sbg Rab, selain dpd Allah s.w.t’, knp Allah s.w.t kata demikian dlm Quran? Nabi s.a.w jawab, “Beritahu aku, apabila rahib2 kamu, mereka menghalalkan perkara yg haram, mengharamkan perkara halal, adakah kamu terima mereka?” Kata sahabat tadi, “Ya, apa yg mereka kata kami terima”. “Kalau kamu terima mereka, maka kamu telah beribadat kpd mereka”.
Kita tengok kilang, pekebun2, pemerintah2, tengok majoriti, kita taat sesuatu perkara, maka kita sedang beribadat kpd benda itu. Segala ibadat2 badan, segala ibadat2 harta, diri dan harta, dpd mula lahir, semua utk Allah s.w.t. Keyakinan pada janji2 Allah s.w.t akan menyebabkan manusia taat perintah Allah s.w.t, menjalankan hukum2 Allah s.w.t. Taat disebabkan janji2 Allah s.w.t. Sebanyak mana keyakinan kpd janji2 Allah s.w.t, maka sebanyak itulah manusia akan mampu utk taat perintah Allah s.w.t ttp keyakinan pada makhluk, kejahilan pada agama, kesesatan dari segi aqidah akan dtg bila manusia tinggalkan dakwah. Bila tinggalkan dakwah, pertama, kejahilan, kedua, kesesatan dari segi aqidah. Tidak akan kenal siapa yg menciptakannya. Bila tinggalkan dakwah, keyakinan pada Allah s.w.t akan keluar, keyakinan pada selain dari Allah s.w.t akan masuk sehingga insan tidak boleh membezakan manakah jalan kejayaan utk nya. Adakah kejayaan saya dlm perintah2 Allah s.w.t ataupun dlm bentuk2 dunia. Apa yang didakwahkan, itulah keyakinan yg akan masuk ke dalam hati. Ini satu perkara yg pasti. Kalau buat perniagaan, tidak mungkin akan dtg yakin kpd Allah s.w.t, kalau buat dakwah kpd pertanian, tidak mungkin akan dtg keyakinan pada Allah s.w.t. Dakwah kpd selain dpd Allah s.w.t tidak mungkin akan dtg keyakinan Allah dlm hati. Keyakinan pada Allah s.w.t dtg hanya dgn dakwah kpd Allah.
Yakin kpd Allah s.w.t akan dtg bila kita bawa hamba Allah kpd Allah s.w.t. Bila umat telah hilangkan dakwah, maka dtg satu keadaan yg mana tlh menyebabkan hilang amalan makruf nahi mungkar. Sehingga begitu sekali, sehingga umat tlh salah faham iaitu kalau dia sendiri tidak amal, maka dia tidak perlu dakwah orang lain. Ini kefahaman umat sekarang. Salah faham yg begitu besar dlm umat. Kerana salah faham ini, kejahilan tlh berleluasa dlm umat. Buat sendiri2 sahaja. Kalau tidak buat amal, jgn beritahu org lain, ini salah faham yg berlaku dlm umat. Umat ini tlh diberitahu tggjwbnya berkali2. Masa nabi menyediakan umat ini, nabi tlh beritahu tggjwb umat ini. Nabi tidak kata, “Kalau kamu tidak amal, kamu jgn suruh orang lain buat”. Satu org yg tidak amal utk diri dia sendiri, tidak ada kekurangan tggawb dia utk dakwah orang lain pada amal itu. Bukanlah dia tidak amal perkara itu, tggjwbnya utk dakwah org lain pada amal itu tidak kurang sedikit pun. Satu org tidak solat fardhu, kefardhuan dia utk dakwah org lain kpd solat tidak kurang sedikit pun. Satu org tidak buat satu amal, tidak bererti tggjwb dia utk bawa umat kpd amal itu berkurangan, tidak! Tggjwb dia masih sama lagi.
Nabi s.a.w tlh bangunkan setiap umat ini pada dakwah. Bgmn Nabi sendiri buat dakwah. Sesiapa yg ingin lepaskan diri mereka dpd dakwah nabi, tidak mahu dengar dakwah nabi, tidak mahu dengar tilawah nabi, yg menyangka Quran adalah sihir, seumpama Tufir b. Amir, dia masukkan kapas ke dlm telinga dia supaya tidak dengar bacaan Quran Nabi s.a.w. Tetapi dia menjadi orang pertama dakwah kaum dia. Dia tlh terima dakwah Nabi s.a.w dan tlh pergi utk dakwah. Rasulullah s.a.w tlh bangunkan dakwah kpd umat. Umat terbahagi kpd 3 iaitu lelaki, perempuan dan kanak2. Rasulullah s.a.w tlh bentangkan dakwah kpd umat ini sehingga pada masa yg sama, ketiga2 jenis orang ini tlh terima dakwah, Abu Bakar r.a, Khadijah r.ha dan Ali r.a. Hari pertama dakwah dimulakan, pada masa itu juga dakwah diterima. Pada hari yg sama, Rasulullah s.a.w tidak biarkan mereka pada perniagaan mereka, pada pertanian mereka, tetapi Rasulullah s.a.w tlh beritahu dakwah sbg maksud dan tlh beritahu utk selesaikan masalah dgn perintah Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w tidak serahkan umat ini pada pemerintah, pada peniaga, pada petani, tetapi Rasulullah s.a.w tlh ajar umat ini, “Mintalah pertolongan dgn sabar dan solat”.
Rasulullah s.a.w tlh beritahu jalan kejayaan pada umat ini. Inilah jalan kejayaan iaitu “lailahaillallah tuflihun”. Rasulullah s.a.w tlh bangkitkan umat ini pada dakwah kalimah. Asbab hidayah tidak berada di luar manusia. Asbab hidayah bukan berada di luar manusia. Asbab hidayah dlm diri manusia itu sendiri. Dlm diri manusia sendiri ada asbab hidayah. Hidayah tidak dari harta, pada kerajaan tetapi hidayah dapat dari Allah s.w.t dan asbabnya ada dlm diri manusia sendiri. Siapa yang telah buat usaha yg betul, gunakan diri dia dgn betul, janji Allah s.w.t yg pasti, dia akan dapat hidayah. Tufail Addausi beritahu, walau satu orang pun tidak mahu dengar dakwah, tetapi cara nabi s.a.w bagi dakwah, bukan setakat dia terima dakwah, dia telah jadi orang pertama untuk dakwah kaum dia.
Begitulah bentuk dakwah Nabi s.a.w. Bukan setakat orang itu terima dakwah, orang itu sendiri telah bagi dakwah. Itulah cara dakwah yang sepatutnya kita belajar. Sahabat-sahabat r.a, perangai mereka, tabiat mereka adalah tabiat dakwah. Mereka tidak anggap kerja mereka itu sebagai kerja kecuali hanya dakwahlah kerja mereka. Mereka telah dapat nisbat dakwah. Mereka anggap yg lain-lain itu sebagai nisbat kerja mereka, pertanian, perniagaan, kerajaan, pakaian, kasut, emas, perak, semua tidak ada apa-apa perhubungan pun. Mereka buat perniagaan besar2, ttpi mereka tidak anggap mereka ada hubungan dengan perniagaan. Di belakang nama mereka radiallahuanhu wa roduan. Mereka kenalkan diri mereka sebagai Ansar atau Muhajir, ini cara pengenalan mereka. Mereka tidak ada hubungan langsung dengan benda-benda lain. Mereka ada hubungan terus dengan kerja Nabi Ibrahim a.s. Allah s.w.t kata, “Aku namakan kamu sebagai orang Islam”. Allah s.w.t yang ciptakan kita dan bagi nama pada kita. Umat ini telah diberi nama oleh Allah s.w.t sbg org Islam, bukan org peniaga, bukan petani, bukan pegawai.
Umat ini tinggalkan dakwah, sehingga dia telah lupa hubungan dia dengan dakwah. Tidak ada mana-mana hubungan dalam sahabat, kecuali hubungan sebagai Ansar atau hubungan sebagai Muhajir kecuali satu orang yang telah berhijrah kerana satu orang perempuan bernama Ummu Qais. Dia dinamakan muhajir Ummu Qais, yang lain semua hanya Muhajir dan Ansar. Dia masyhur sebagai muhajir Ummu Qais, hijrah kerana perempuan. Begitulah dakwah adalah umum dikalangan mereka. Ada juga dikalangan mereka, siapa yang ada asbab sahaja, belajar agama. Buat usaha duit dulu kemudian belajar agama? Tidak! Sahabat2 r.a, banyak mana kemiskinan mereka, dialah yang paling banyak hasilkan agama. Abu Hurairah r.a, paling kebulur, paling lapar, tetapi dialah pakar hadith yang paling besar. Usman r.a orang yang paling lapar, tetapi dia orang yang paling malu sekali. Jaafar r.a paling lapar, tetapi paling tepat bagi fatwa, mufti paling besar, yang paling tahu tentang halal dan haram.
Tidak diberitakan agama akan datang sebanyak mana asbab yang kamu buat tetapi diberitahu bahawa agama akan datang sebanyak mana usaha yang kamu buat. Agama tidak datang berkadar asbab, tetapi agama datang berkadar usaha. Agama tidak datang dengan asbab2 dunia. Hanya satu cara sahaja untuk dapat hidayat iaitu dakwah. Sebanyak mana kita dakwah manusia kepada Allah s.w.t, sebanyak itulah kayakinan kita kepada Allah s.w.t dan bawa kita kepada sembahyang, bawa kita kepada zikir, bawa kita kepada tilawah, bawa kita kepada ikhlas. Sebanyak mana usaha dijalankan, sebanyak itulah agama akan hidup. Atas inilah Nabi telah bangunkan sahabat2. Seorang sahabat datang untuk belajar agama, menunggang unta, jatuh dari unta, patah leher, sahabat lain datang beritahu Nabi s.a.w, “Telah berlaku sekian2”. Nabi kata, “Tengok keadaan sahabat kamu, dia telah meninggal”. Nabi s.a.w datang dan tengok dia. Nabi s.a.w kata, “Dia dtg belajar agama dlm keadaan lapar”. “Bagaimana tuan tahu?”, sahabat tanya. Nabi s.a.w kata, “Saya tahu bila rohnya keluar, bidadari2 dtg bagi makanan pada dia krn itulah saya tahu dia dtg dlm keadaan lapar”.
Keperluan kita kepada hidayah adalah lebih besar dpd makanan kita, pakaian, kenderaan, rumahtangga kita. Oleh kerana itu, hidayah tidak pernah disertai dengan benda2 yang lain. Hidayat tidak diletakkan berkadar dengan harta atau berkadar dengan pakaian atau berkadar dengan benda2 lain. Satu org datang beritahu, “Wahai Rasulullah s.a.w, saya ini hitam, saya miskin, saya hodoh, saya buruk, masukkanlah saya ke dalam syurga”. Rasulullah s.a.w kata, “ Kenapa tidak? Bahkan saya akan masukkan kamu ke dalam syurga. Sahabat itu terus bagi nyawanya di jalan Allah s.w.t untuk takazah agama. Rasulullah s.a.w datang untuk solatkan jenazahnya. Rasulullah s.a.w senyum apabila tengok jenazahnya. Rasulullah s.a.w kata, “Rupa kamu telah dicantikkan oleh Allah s.w.t, harta kamu telah dibanyakkan oleh Allah s.w.t”. Hidayat tidak bergantung pada rupa paras. Allah s.w.t tidak tengok pada rupa paras dan harta kamu. Allah s.w.t tengok keinginan hati untuk beri hidayat.
Nabi s.a.w beritahu sahabat2, “Rupa buruk, kulit hitam, miskin, Allah s.w.t telah tambahkan hartanya dan Allah s.w.t telah masukkan dia ke dalam syurga dan Allah s.w.t telah jadikan dia cantik”. Rasulullah s.a.w kata, “ Saya tengok bidadari2 syurga bergaduh, siapakah diantara mereka yang mula2 sekali masuk ke dalam jubah sahabat tadi”. Hidayah tidak pernah pandang keadaan seseorang. Rasulullah s.a.w tidak pernah ajar sahabat cari makan dahulu, lepas cukup makan, baru buat kerja hidayat atau baru hendak belajar agama. Rasulullah s.a.w tidak pernah beritahu sahabat2 sempurnakan segala keperluan dunia kamu, kemudian barulah buat kerja agama. Oleh kerana itu, didapati dikalangan sahabat2, walaupun mereka orang paling miskin, walaupun paling lapar sekali, paling banyak menderita kelaparan tetapi merekalah paling banyak mujahadah untuk agama Allah s.w.t dalam apa segi sekali pun. Abu Hurairah r.a paling lapar sekali tetapi muhadith yang paling besar. Kaab b. Malik adalah qari yang paling baik dan dia juga orang yang paling lapar.
Usman r.a mempunyai sifat yg paling pemalu sekali. Keadaan agama sahabat2 tidak pernah bergantung pada keadaan dunia mereka. Apa pun keadaan dunia mereka, mereka diajar oleh Nabi s.a.w untuk buat kerja agama. Agama terhasil bukan bergantung pada asbab2 dunia tetapi bergantung pada sebanyak mana usaha. Sebanyak mana usaha dijalankan, maka sebanyak itulah agama dapat dihasilkan. Mereka tidak pernah dihubungkan dengan mana2 benda dunia atau mana2 kerja dunia mereka walaupun mereka buat benda itu, mereka berniaga, mereka ada kebun, ttpi tidak ada satu org pun dpd mereka dihubungkan dengan benda2 itu. Pengenalan mereka, ta’aruf sesama mereka, mereka tidak kenalkan diri mereka sbg peniaga, petani dsbnya. Sebaliknya apabila kita sebut nama mereka, belakangnya ada ‘radiallahhuanhu’. Pengenalan diantara mereka samada muhajir atau ansar. Inilah keadaan sahabat2. Muhajir dan ansar, dua keadaan untuk bantu agama, untuk kerja agama.
Kita perlu fikir atas asas apakah Rasulullah s.a.w telah tinggalkan umat ini? Bagaimana Rasulullah s.a.w, pada hari pertama lagi, Baginda s.a.w telah bentangkan dakwah pada umat ini dan semasa Baginda s.a.w tinggalkan umat ini, masa tinggal kan dunia ini. Didapati daripada riwayat, Rasulullah s.a w tinggalkan 3 perkara kepada umat ini. 3 perkara yang Baginda s.a.w pesan sbg pesanan terakhir. Apakah perkara terakhir yg Baginda s.a.w bagi pada umat ini sebagai wasiat? Wasiat adalah perkara yg wajib diamalkan kerana orang itu sudah hendak pergi, sebelum pergi dia tinggalkan pesanan. Atas 3 perkara inilah tarbiyah umat ini dan atas 3 perkara inilah umat ini telah dibangkitkan. Telah diserahkan 3 tggjwb ini pada umat ini. Semasa tinggalkan umat ini, Rasulullah s.a.w tidak beritahu perkara yg baru. Atas 3 asas inilah sebenarnya usaha nabi, tarbiyah nabi.
Kalimah2 terakhir Nabi s.a.w semasa meninggalkan dunia ini. Baginda s.a.w pesan, pertama, “Assolah, assolah”, “Jagalah solat, jagalah solat”. Kedua, “Hak2 hamba. Ketiga, “Hantarlah tentera Usamah r.a”. Semua orang faham apa kedudukan wasiat dalam agama. Wasiat ini wasiat siapa? Wasiat Nabi s.a.w, khatammul ambiya, nabi terakhir. 3 pesanan ini termasuk ibadah, muamalat, muasyarah dan usaha untuk menghidupkan ibadat, muamalat, muasyarah. Baginda s.a.w beritahu apa yang perlu dibuat dan beritahu bagaimana perkara2 ini boleh dihidupkan. Dalam pesanan Nabi s.a.w, “Assolah, assolah” telah termasuk semua hukum2 Allah s.w.t. Hak hamba adalah yang paling kecil, tetapi yang paling kecil pun dipesan, bermakna yang lebih besar daripada itu, hak ayah, hak isteri, hak anak, hak orang2 Islam, semuanya dipesan oleh Nabi s.a.w. Solat adalah tiang agama yang membezakan antara iman dan kufur. Nabi s.a.w telah pesan tentang solat dan semua hukum2 ibad. Seluruh agama telah dipesan.
Bagaimana hendak hidupkan 2 perkara ini. “Jangan kamu terkesan dengan kewafatan aku”. Dakwah diterima daripada Nabi s.a.w tanpa ada apa2 halangan. Nabi s.a.w telah tinggalkan 3 perkara ini iaitu hukum Allah s.w.t, hukum ibad dan bagaimana hendak usahakan untuk hidupkan semua agama ini. Nabi s.a.w pesan, teruskan hantar tentera Usamah r.a. Apa wasiat Nabi s.a.w? Walaupun datang musibah yang paling besar, apa musibah yang lebih besar daripada wafatnya Nabi s.a.w? Tidak ada! Walaupun dunia ini ditimpa musibah yang paling besar sekalipun, jgn tangguh kerja agama, itulah maksud Nabi s.a.w. Tidak ada musibah yg lebih besar menimpa dunia ini selain dpd kewafatan Nabi s.a.w, tetapi itupun Nabi s.a.w pesan, jangan tangguhkan tentera Usamah r.a. Usamah adalah cucu angkat Nabi s.a.w iaitu anak kepada Zaid r.a. Oleh kerana itu, kita kena istighfar atas kelalaian kita dan buatlah keputusan bahawa kita akan jadikan kerja ini sbg maksud hidup kita. Sebanyak mana dakwah hidup, sebanyak itulah agama akan hidup.
Iman dan amal akan hidup berkadar dengan dakwah. Sebanyak mana dakwah keluar, sebanyak itulah agama akan keluar dan kelemahan dalam yakin pun akan datang. Masalah sebenarnya bukan untuk kita seorang shj. Seluruh usaha ini adalah utk tukar suasana seluruh dunia. Kalau tidak, keadaan kerosakan akan mengalahkan agama yang ada pada infradi2. “Aku adalah Rasul kepada kamu semua dalam satu masa”, untuk orang hitam, untuk orang putih, untuk peniaga, untuk pekilang, untuk orang yang majoriti, untuk orang yang ada kekuatan jasmani, untuk raja, untuk menteri, untuk mana2 kampung, untuk mana2 tempat. Nabi s.a.w tidak khususkan pada mana2 benda ini. Nabi s.a.w datang utk semua manusia. Skrg ini, nabi untuk seluruh umat dan umat ini hanya utk infradi mereka, tidak!
Tggjwb kenabian adalah untuk ijtima’i, untuk seluruh umat. Demikian juga tanggungjawab umat ini untuk seluruh umat. Nabi tidak datang untuk mana2 kaum tertentu atau mana2 kampung tertentu. Nabi s.a.w adalah untuk seluruh alam. Oleh itu, setiap peribadi umat ini juga bertanggungjawab untuk seluruh manusia di seluruh alam. Setiap orang daripada umat ini bertanggungjawab untuk seluruh manusia. Allah s.w.t beritahu pada Nabi s.a.w, “Nabi adalah untuk seluruh umat dan seluruh umat adalah untuk seluruh umat”. Amal untuk peribadi, tidak cukup untuk umat ini. Keselamatan umat ini adalah dalam fikir untuk seluruh umat yg lain. Kalaulah rumah jiran terbakar, dia keluar dpd rumahnya sendiri, kalau dia keluar untuk jaga rumah dia sahaja, maka rumah jiran dia tidak akan selamat dari kebakaran dan kebakaran akan kena rumah dia juga. Kita kena ajar agama untuk keluarga kita. Kejahilan adalah neraka. Keadaan yang tidak ikut agama adalah neraka. Dalam Quran ada diberitahu, “Jaga diri kamu dan keluarga kamu dpd neraka”. Apa maksudnya? Ajar agama pada keluarga kamu.
Belajar agama dan kamu kena ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan ajar agama. Ajar jiran kamu, ajar orang kampung kamu, ajar orang marhallah kamu, ajar orang daerah kamu, ajar orang negeri kamu dan ajar orang seluruh alam. Dgn perantaraan dakwah, kita kena tukarkan keadaan, tukarkan suasana untuk jaga agama. Kita jaga agama kita dan kita jaga agama orang lain juga. Skrg bukan masanya kita lari dari tempat yang rosak agama dan selamatkan diri. Siapa yg tinggalkan satu tempat untuk jaga agama dia seorang sahaja bererti dia telah engkar t/jawab dia utk jaga agama umat ini. Peningkatan agama dlm diri sendiri ialah bila kita usaha utk tingkatkan agama dalam diri orang lain. Agama dalam diri kita akan kekal dengan kita usaha atas agama dalam diri orang lain. Siapa yg tidak dakwah orang lain untuk bawa pada iman, untuk ajak pada amal, maka dia sendiri telah tutup jalan keselamatan untuk diri dia sendiri. Tafsir surah Al-Asr, siapa yang amal untuk diri dia sendiri, tidak bawa orang lain pada amal, dia sedang tutup jalan keselamatan untuk diri dia sendiri.
Perkara yg disebut oleh Quran utk selamatkan diri adalah bawa umat kpd amal, bawa umat kepada iman. Ini ditentukan oleh Quran, cara Quran. Apa yang ditulis dalam Quran bukan sekadar pengalaman ttpi satu benda yg pasti berlaku. Oleh itu, kita kena tambah pengorbanan kita dan buat azam untuk sebarkan kerja agama ke seluruh alam. Jangan tinggalkan majlis, kita sabar, kita sudah duduk lama, sabar sekejap sahaja lagi, insya’Allah, Allah s.w.t jadikan itu asbab untuk pilih kita untuk kerja agama sehingga akhir hayat kita. Jangan rosakkan majlis. Seluruh umat ini telah dijadikan asbab untuk hidayat dgn syarat dia digunakan utk hidayat, bukan utk asbab dunia. Sebahagian org usaha atas dunia, atas benda2, sehingga dapat kerehatan dunia. Sebahagian orang bina senjata untuk dapat keselamatan. Sebahagian org usaha atas ubat untuk dapat kesihatan. Bukan itu kerja umat. Umat ini dihantar sebagai perantaraan untuk hidayat. Rasulullah s.a.w beritahu pada Ali r.a, “Kalaulah dgn asbab kamu satu org dpa hidayat, maka lebih baik dpd unta2 merah”.
Dgn dakwah infradi akan wujud kemampuan untuk terima hak. Abu Sufiyan terima Islam, dia satu org yg keras. Abbas r.a kata pada Nabi s.a.w, “Serahkan Abu Sufiyan pada saya, saya akan tashkil dia, saya akan pujuk dia”. Sahabat2 fikir, siapa hendak bagi makan, siapa hendak ajar solat, mereka semua tunaikan takazah dakwah. Takazah untuk ajak pada agama, pada ibadat, pada Islam yg sempurna. Dia telah berusaha atas Abu Sufiyan sepanjang malam. Hasil usaha sepanjang malam, pada keesokan paginya, Abu Sufiyan nampak satu org sedang berwudhuk dan dia tanya, “Adakah kamu taat begitu sekali pada Rasul kamu? Apa sahaja yg dikatakan kamu taat?” Abu Sufiyan kata, “Anak saudara kamu ada kerajaan”. Abbas r.a jawab, “ini bukan kerajaan, ini adalah nabuwah”.
Sahabat2 taat pada Rasulullah s.a.w. Sahabat usaha atas org2, mereka dihantar sebagai asbab hidayat. Kalau kita digunakan hanya untuk dunia, maka kita dalam bahaya. Umat tidak akan dapat hidayat sebaliknya umat akan dpt kesesatan. Kita kena buat keputusan bahawa kerja dakwah akan dijadikan sbg maksud hidup kita. Keluar daripada sini dengan azam ini, bawa seluruh umat kpd kerja dakwah. Buat kerja ini dgn diri kita sendiri. Bangun bagi nama. Sesiapa yg ada keinginan utk tambah masa, bangun juga. Kita tunggu sampai tashkil habis. Walaupun kita tidak dpt keluar, kita doa supaya org dimudahkan keluar dan doa supaya Allah s.w.t pilih kita juga dimasa yang lain. Tashkil adalah roh pada usaha ini, roh pada dakwah. Dakwah tanpa tashkil tidak ada roh.
No comments:
Post a Comment