Sunday, January 4, 2015

HAYATUS SAHABAH OLEH MAULANA SAAD (TARBIYAH)

(mesyuarat malaysia - 10/10/2015 - nizamuddin). Tuan-tuan yg mulia. Allah telah tetapkan usul tarbiyah iaitu dgn cara nabi dan cara sahabat. kalau kita menyimpang dari jln tersebut maka agama akan dtg sebagai satu adat sahaja. Demi Allah, dgn cara adat tidak ada apa-apa janji Allah pun utk dpt hidayat/petunjuk. Kalau satu org sebarkan agama dgn cara adat resam, ia tidak akan tersebar. Org yg tidak ada taqwa adalah org yg tidak ada otak. Allah telah kurniakan kpd kita dgn cara sahabat hingga hari kiamat. Kalau kita ikut cara mereka, Allah telah janjikan hidayat dgn penuh penekanan. Wal lazi najahadu fi nah lanah dian nahum subulana. Pasti Allah akan bagi hidayat. 

Hari ni org mengadu kita ada usaha tabligh tapi tiada usaha tarbiyah. Siapa yg buat usaha tabligh? Usaha Dakwah tabligh ialah usaha cara rasulullah dan para sahabat. Cara adat biasa utk menyampai kan agama tiada apa-apa janji dari Allah dan bukan keputusan/pilihan dari Allah. Berapa banyak cabang2 agama -  taklim, dakwah, pengajian, semua cabang2 agama ini menjurus ke arah adat resam. Dlm cara adat resam mudah. Dlm cara sunnah mujahadah. Oleh kerana kita suka cara yg senang maka kita telah mengutamakan cara adat biasa dan tinggalkan cara sunnah.

Kita telah beri keutamaan kpd cara selain sunah, Oleh sebab itu tidak ada tarbiyah. Jln2 tarbiyah telah hilang krn kita sibuk dgn cara yg mudah dan senang. Kita kena ingat, tarbiyah umat ini ada dlm cara sahabat. Maulana Yusuf telah kumpul usul2 kerja para sahabat. Dlm hayatus sahabah ada satu tajuk ttg majalisul iman i.e majlis2 iman, kumpulkan org dlm majlis iman. Maulana Yusuf kumpul amalan2 sahabat - Abdullah rawahah, muaz bin jabal, umar khattab, abu huirairah – mrk jumpa org ramai dan mengajak org dtg ke masjid utk belajar iman. Marilah kita duduk sebentar muzakarah iman. tapi hari ni kita merasakan cara nabi dan sahabat adalah cara yg asing. kalau kita bercanggah dari cara tersebut maka kita telah bercanggah dari nas dan hadis. 

Allah sebut dlm Quran: Innama yak muru masajidalllah hi man amana billah hi wal yau mil akhir… (Kerja org beriman sahajalah yg memakmurkan masjid). Maulana Yusuf telah menukilkan kisah abdullah bin rawahah, bila dia jumpa mana2 sahabat dia kata mari kita duduk sebentar muzakarah iman seketika. Sedangkan kedudukan iman sahabat sgt tinggi. Bila muzakarah ttg kebesaran Allah, maka iman akan bertambah. Org ingat nazqurullah ialah berzikir semata2. Ttpi makna tazkirah ialah mengingat2kan mengenai Allah s.w.t. Satu zikir, satu lagi tazkirah. Mengingat2kan mengenai hukum2 Allah. Mengingat2kan mengenai sunah2 nabi secara ijtimai. Memberi peringatan kpd perkara2 yg baik.

Dlm riwayat yg lain, abdullah rawahah telah pegang tangan abu darda r.hu – dia kata wahai abu darda mari kita duduk dan beriman seketika. Begitu cepat sekali hati kita akan berubah dlm halaqah iman drp periuk yg tergelincir dari tungku. Umar r.hu pegang 2 org sahabat dan kata, bangun dan mari bersama kami ke masjid. Wujudkan halaqah iman di masjid. Ingatkan mengenai Allah s.w.t. Seorang tabiin berjalan bersama muaz r.hu berjalan ajak org ke masjid dan duduk dlm halaqah iman. Asasnya ialah kita mendusta kan /menginkari akan musyahadah kita. Ini adalah khasiat/keistimewaan usaha ini. Masjid yg tidak ada halaqah mengingatkan mengenai tauhid kpd Allah, sifat2 Allah – maka masjid itu kosong. Kalau usaha ini ada nama – maulana ilyas akan letak tahrikul iman (pergerakan iman). Mendustakan yg musyahadah merupakan asas dlm bayan kita. Bayan jgn kosong dari 2 pekara ini - Menceritakan tentang sifat2 Allah dan tauhid Allah. Amalan masjid adalah wujudkan halaqah iman. 

Amalan para sahabat ialah wujudkan halaqah iman di masjid. Maulana yusuf buat satu tajuk mengapa masjid di bina & apakah amalan2 para sahabat. Masjid bukan utk solat semata2. Wujud dan Sibukkan dgn amalan2 masjid dan bila sampai waktu solat, mereka solat. Halaqah masail wujudkan ilmu yg sempurna. halaqah fadail wujudkan keyakinan pd janji Allah/ihtisab. mereka sibuk dgn amal. bersama amal mesti ada ihtisab. kalau tak ada ihtisab tak ada ganjaran dari Allah. abu said khudri kata, muawiyah r.hu telah pergi ke masjid dan tanya apa yg kamu buat – mereka jawab kami duduk semata2 utk mengingat2kan Allah. halaqah dlm masjid, bukan di luar masjid. hari ni kita buat halaqah bercakap di rumah, di kedai, di pejabat – cara adat, bertentang dgn sunnah.

muawiyah kata nabi pernah tanya soalan yg sama dan nabi kata: demi Allah, utk itu sahaja kamu duduk, jibrail telah dtg dan berkata, Allah berbangga2 dgn halaqah iman ini di depan para malaikat. dlm riwayat yg lain, nabi masuk ke dlm masjid dan nampak sahabat sedang duduk dlm halaqah iman. Nabi kata Allah telah buka satu pintu yg belum pernah dibuka seblm ini. alangkah baiknya kalau Allah tunjukkan kpd kamu pintu tersebut. abu hamrah berkata, kami sdg duduk dlm halaqah di masjid nabawi, tiba2 baginda dtg dari salah satu rumah baginda. Baginda telah duduk di halaqah quran. Nabi bersabda, Allah telah perintahkan saya utk duduk di halaqah ini. Abu hurairah r.hu kata, dia telah pergi ke pasar madinah dan berkata, wahai org2 pasar, apa yg menghalang kamu. Warisan pusaka nabi sdg dibahagi2kan di masjid. 

Kamu disini. Mrk berlari ke masjid. Org pasar dtg balik kpd abu hurairah dan kata tiada apa2 pun yg dibahagikan. Apa yg ada? Ada org sdg solat, sebahagian sedang belajar quran, ada muzakarah halal dan haram. Inilah warisan nabi s.a.w. umar r.hu kata, saya mahu org dtg ke masjid dan belajar solat, belajar masalah2 yg lazim, bukan hanya hidupkan masjid dgn 5 amal bahkan perlu ada halaqah utk ajar agama pd org lain. tidak perlu syarat utk jadi alim. balli ghu anni walau ayah. Di masjid nabawi ada bermcm2 halaqah – ada muzakarah agama, ada muzakarah kebesaran Allah. kalau kamu sentiasa berbuat demikian, maka kamu di dlm kebaikan. kita sibukkan buat amalan masjid dgn sempurna. semua azam InsyAllah.

No comments:

Post a Comment