Sunday, January 4, 2015

NASIHAT MAULANA SAAD MENGENAI MESYUARAT (2011)

Sebagaimana solah adalah satu rukun agama yg penting, demikianlah mesyuarat adalah satu rukun penting dalam usaha dakwah. Tidak ada agama bagi org yg tidak solah , demikianlah tiada ada usaha dakwah bagi org yang tidak bermesyuarat. Sebagaimana agama adalah satu amanah, maka mesyuarat juga adalah satu amanah. Kelemahan usaha adalah kelemahan mesyuarat. Usaha telah lemah kerana mesyuarat telah lemah. Maksud mesyuarat bukanlah untuk menyempurnakan takaza, tapi maksud mesyuarat ialah untuk menyatukan hati rakan seusaha sehingga dapat buat usaha bersama2. Takaza akan disempurnakan oleh rakan seusaha yg sanggup berkorban. Mana2 mesyuarat yg tidak dapat menyempurnakan takaza bukanlah bererti mesyuarat itu lemah. 

Sebaliknya mesyuarat yang lemah ialah mesyuarat yang kerana mesyuarat itu rakan2 pecah hati lalu berhenti dpd usaha. Org2 yg bersedia menyambut takaza sebenarnya mereka bersedia dgn sebab mesyuarat yg dilakukan. Ada pun rakan2 yang berhenti daripada usaha, mereka berhenti kerana asbab mesyuarat (yang tak betul). Tiada sebarang 'Faisal' (pemutus) tanpa jemaah ahli syura dan tidak ada jemaah ahli syura tanpa 'Faisal' (pemutus). Sebagaimana tidak ada jemaah tanpa amir dan tidak ada amir tanpa jemaah. Mana-mana rakan seusaha bermesyuarat dengan rakan seusaha yang lain, ini adalah kelemahan mesyuarat. Mana-mana rakan seusaha bermesyuarat dengan mana-mana jemaah, ini pun kelemahan mesyuarat. Mana-mana ahli jemaah bermesyuarat dengan mana2 seorang orang t/jawab, ini pun kelemahan mesyuarat.

Bermesyuarat tanpa mana-mana seorang ahli syura pun adalah kelemahan mesyuarat. Mana-mana rakan seusaha jangan bermesyuarat dengan mana-mana rakan seusaha yang lain. Mana-mana rakan seusaha jangan bermesyuarat dgn mana2 jemaah. Sebaliknya jemaah bermesyuarat dgn jemaah. Mana2 jemaah bermesyuarat dgn mana2 seorg ahli syura, ini pun satu bentuk kelemahan mesyuarat. Kerana ketiadaan mana2 seorang ahli syura, mesyuarat hendaklah ditunda. Tidak perlu buat keputusan pada masa itu juga. Sesiapa yang tidak ada kepentingan mesyuarat maka apa-apa keputusan yang dibuat dlm mesyuarat yg sedemikian pun tidak akan dipandang penting. Keputusan mesyuarat tidak bergantung kepada cadangan yg banyak, tapi keputusan dibuat berdasarkan ‘basiroh'. Dlm mesyuarat mula-mula syor diminta dpd org2 lama dan kemudian dpd org2 yang banyak korban. Org yg ingin agar keputusan dibuat mengikut syornya maka dia akan hias2kan syornya itu. Org yg ingin agar keputusan dibuat mengikut syor nya maka terlebih dahulu dia akan menyediakan suasana syornya itu sebelum mesyuarat lagi. Maksud Hadis: "Sesiapa yg ingin keputusan mesyuarat dibuat mengikut syornya maka dia mengambil potongan dpd api neraka."

Ada dua cara dalam memberi syor:

a. Beri cadangan dgn cara bahawa mesyuarat akan putuskan apa2 yg saya hendak.

b. Terangkan hal2 berkaitan dgn apa2 yg dimesyuaratkan dan atas itu apa2 yg diputuskan oleh 'Faisal' akan diamalkan.

Syor berdasarkan semangat tidak akan diterima kerana syor2 berdasarkan semangat mengandungi 100% kerugian. Semasa mesyuarat, mintalah syor begitu banyak sehingga tidak ada idea lagi utk sesuatu perkara itu. Banyaknya syor utk sesuatu perkara yg dimesyuaratkan bukanlah merupakan ikhtilaf atau perpecahan sebaliknya syor yg banyak akan memantapkan perkara yg dimesyuarat kan. Dlm setiap syor pasti ada apa-apa kekurangan. Apabila syor itu dibawa mesyuarat dan kemudian syor yg banyak diberi terhadap syor itu maka syor2 yg banyak itu akan memantapkan syor itu. Jika ada mana2 org tggjwb memberi apa2 tugas kpd seseorg yg ada hubungan peribadi dgnnya sedangkan org itu tidak ada kemampuan utk tugas tersebut maka org tggjwb tersebut akan dihujani laknat. Sekiranya selepas mesyuarat ada yg mengatakan, siapa yang buat mesyuarat? Siapa yg buat keputusan? Maka tidak ada fitnah yg lebih besar dpd itu. Jika berlaku apa2 keburukan selepas mesyuarat dan ada org berkata, ahli mesyuarat tidak menerima syor kami oleh sebab itu berlaku keburukan. Kata2 demikian adalah perangai org munafik. Sementara org beriman akan kata 'Kami beriman dgn apa2 yg ditakdirkan oleh ALLAH.'

Mintalah syor dpd org yg duduk diam semasa mesyuarat. Jika tidak, apabila selesai mesyuarat, org macam itu akan berkata "Ahli mesyuarat tidak ambil syor pun dari kami lalu mereka dah buat keputusan.” Jika ada org bertanya selepas selesai mesyuarat "Sebenarnya apa syor kamu semasa mesyuarat tadi?" Jawabkan kpdnya, "Apa keputusan mesyuarat, itulah syor kami." Dlm keadaan demikian, jika dia tetap bertanya, "Apa syor kamu dlm mesyuarat tadi?" Katakan kpdnya, "Kami telah beri syor kami dlm mesyuarat”. Jika mesyuarat dilakukan dgn mengenepikan mana2 ahli syura atau org tggjwb maka syura atau org yg diketepikan itu akan membentuk kumpulannya menentang ahli mesyuarat. Lantaran itu rakan2 seusaha akan sibuk dan masalah dalaman dan takaza agama akan terbengkalai. Jika ada mana2 rakan seusaha meletakkan sesuatu takaza kpd org lain dengan niat utk melepaskan dirinya sedangkan ia tidak ada apa-apa uzur syara' maka sebenarnya dia secara terang2an mengingkari usaha dakwah. Sesiapa yg melepaskan takaza kepada org lain maka ALLAH akan pinggirkan dia dari usaha dan bangkitkan org lain untuk buat usaha. Tiada penyesalan dlm mesyuarat. Jgn potong syor sesiapa dan jgn pandang hina syor sesiapa. Amir tidak terikat dgn sedikit atau banyak syor.

Bermesyuarat adalah sunnah. Namun, pecahkan hati adalah haram. Sebelum mesyuarat, pendapat boleh berbeza. Tetapi selepas keputusan amir, semua kena bersatu pendapat dan mengatakan keputusan amir adalah pendapat saya. Semasa keluar di jalan Allah, mesyuarat dilakukan untuk 3 perkara:

a. Sebgmn kita keluar ke jln Allah utk belajar agama demikianlah or kampung pun perlu dikeluarkan utk belajar agama.

b. Bagaimana semua orang Islam di sini dapat hidupkan amalan iman.

c. Untuk aturkan tertib amalan jemaah selama 24jam.

Duduk dlm mesyuarat dgn niat untuk taat, jangan duduk dalam mesyuarat dengan niat supaya orang lain taat kepada kita dan dengar cakap kita. Berikan syor bukan gaya menghukum/memerintah. Keputusan mesyuarat boleh diubah hanya dengan mesyuarat. Duduklah mesyuarat dengan penuh fikir. Jika ada yang berkata, "Syor saya tidak diterima dalam mesyuarat oleh kerana itulah berlaku kerugian/keburukan." Ini adalah cara orang munafik. Bermesyuaratlah samada untuk urusan agama ataupun dunia. Bermesyuarat adalah amalan yang disukai ALLAH, sunnah segala rasul, amalan para sahabat r.anhum serta keperluan kita yg penting. Berilah syor dgn mementingkan manfaat agama yg lebih banyak. Bermesyuarat sebelum mesyuarat adalah rancangan jahat, bermesyuarat selepas mesyuarat adalah pemberontakan.

Tiga perkara kena ada pada amir mesyuarat:
- Pernah keluar ke jalan ALLAH
- Istiqamah 5 amal
- Ada sifat menyatupadukan

Amir jemaah patut ada 3 sifat :
- Kasih sayang seorang ibu
- Pemerhatian seorang ayah
- Tarbiah seorang ustaz

Perbezaan pendapat adalah rahmat. Perpecahan hati adalah azab. Mustahab untuk bermesyuarat dalam urusan peribadi dan wajib bermesyuarat untuk urusan ijtimai. Jika amalan ijtimai dibuat sendiri2 (tanpa mesyuarat) itu merupakan ujub.

No comments:

Post a Comment