Sunday, January 4, 2015

BAYAN MAULANA UMAR PALAMPURI

(Mesyuarat Malaysia - 17/08/1992 - Nizamuddin). Allah s.w.t kurniakan upaya kpd manusia. Manusia perlu berusaha. Kaki berjalan, tangan bekerja, mata melihat, telinga mendengar, otak berfikir dan sebagainya. Allah beri pada semua orang sama ada kaya, miskin, pemerintah atau rakyat. Maksud semua manusia berusaha ialah untuk kejayaan dan mengelak dari kegagalan. Tidak semua manusia berjaya tetapi usaha perlu betul. Kalau betul akan berjaya, kalau salah akan gagal. Apakah usaha yang betul? Iaitu sebagaimana yang Allah s.w.t telah sampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan apa yang salah ialah manusia mengikut akal dan nafsu sendiri. Ingatlah! Manusia lemah, tidak akan dapat fikir jalan sendiri. Sesungguhnya kalau ikut petunjuk Allah manusia akan berjaya. Manusia hanya nampak dan faham sedikit sahaja. Banyak perkara yang manusia tidak nampak, tidak tahu dan tidak faham. Malahan, natijah pada tiap-tiap perkara dan usaha sangat sedikit diketahui oleh manusia. 

Bila datang maut segala2nya habis dan peluang untuk berusaha tiada lagi. Allah nampak segala2nya. Ilmu Allah sempurna. Allah maha sempurna dalam segala aspek dan tiada had atau batasan. Apabila manusia mengikut jalan-jalan yang diberitahu oleh para nabi, manusia akan berjaya jua akhirnya, tetapi mereka mesti korbankan kehendak dan perasaan sendiri untuk usaha di atas jalan yang diperintah oleh Allah. (Org2 yg tidak mengikut petunjuk para nabi akan berakhir dengan kegagalan).

Dalam pengorbanan, manusia akan beroleh kemajuan, tetapi natijahnya kita tidak nampak. Orang yang mahu mengikut jalan para nabi mesti korbankan perasaan dan nafsu mereka. Mereka akan diberkati dan dirahmati. Orang-orang yang mengikut keinginan nafsu dan perasaan sendiri pada zahirnya mereka maju, bilangan mereka ramai dan mereka sangka sudah berjaya walhal di hujung perjalanan mereka, adalah kemurkaan Allah dan kegagalan. Ingatlah, kalau kamu mengikut kemahuan kamu dan melalui jalan yang dimurkai Allah, akhirnya kamu akan gagal dan sengsara. Tetapi semasa di dunia, walaupun kamu buat silap, Allah tidak segera tangkap dan hukum kamu secara serta-merta. Ini tanda kemurahan Allah. Kalau Allah sentiasa segera tangkap dan denda manusia, tentulah manusia tiada masa untuk berfikir dan mengubah diri. Kita akan nampak natijah segala usaha kita apabila datangnya maut. 

Apabila datang maut, segala yang nyata sekarang akan ghaib dan apa yang ghaib sekarang akan jadi nyata. Allah dan Rasul beritahu kita bahawa di dalam solat ada kejayaan.Tetapi manusia tidak nampak apa-apa yang dapat keluar daripada solat. Malahan manusia meninggalkan perniagaan untuk datang solat nampak rugi. Manusia yang tunggu kedai dan meninggalkan solat nampak ada keuntungan. Inilah waham dan kesilapan kebanyakkan manusia di dunia ini. Apa yang kita perlu ialah kita mesti taat segala perintah Allah. Bila Allah kata ada kejayaan tentu ada kejayaan. Allah maha berkuasa. Dengan satu perintah (kun), langit dan bumi boleh wujud dan dengan satu perintah semua boleh binasa dan lenyap. Allah boleh perintah sesuatu jadi dengan segera atau dengan lambat. Tetapi Allah perintahkan sesuatu jadi dengan lambat untuk memberi manusia peluang untuk berfikir. (Untuk menghidupkan akal fikiran manusia)   

Setiap perkara ada naik turun. Dlm perjuangan agama juga ada org naik dan ada org turun. Ada org yg pada mulanya laju kemudian perlahan. Setiap orang akan mengalami begitu, tetapi jangan kita bimbang. Apa yg penting ialah kita sedar bhw orang yang semasa perlahan dan semasa lajunya bila dia sentiasa mentaati perintah Allah s.w.t dan mengikut petunjuk Rasulullah s.a.w dia akan berjaya. Pada mulanya baginda Rasulullah s.a.w menghadapi kesusahan dlm membuat kerja agama dan susah melihat keadaan manusia. Kita juga akan menerima bermacam2 perkara dalam membuat kerja ini. Ada orang yang akan maki dan kritik kita. Kita perlu bersabar. Allah bersama dengan org2 yg sabar. Pertolongan Allah akan datang semasa mujahadah atau selepas mujahadah. Ada org mahu pertolongan dgn segera tetapi Allah lebih mengetahui bilakah pertolongan ghaib itu layak diberi kepada manusia. 

Pertolongan ghaib adalah diluar dugaan dan kuasa manusia. Nizam zahir (tertib alam nyata) memboleh kan manusia berusaha dan berikhtiar. Misalnya jika manusia berusaha dengan betul di dalam perniagaan, ia akan maju. Ttpi nizam ghaib tidak membolehkan perkara sedemikian melainkan dengan amal (ibadat), mujahadah dan doa. Telah banyak kali pertolongan ghaib daripada Allah datang kepada manusia di dunia ini. Jika manusia tidak menghargai pertolongan Allah itu, itulah musibah yang paling besar. Nabi Isa a.s. telah berdoa dan turun hidangan dari langit, tetapi manusia di zaman itu ada yang tidak ikut peraturan (usul) iaitu mereka sorok makanan itu (kerana kurang atau lemah iman dan tawakkal kpd Allah) menyebabkan turunnya bala bencana dpd Allah. Jgn risau, buatlah kerja dakwah terus menerus, pertolongan Allah sentiasa bersama kita. Orang-orang Islam sentiasa tidak cukup kebendaan tetapi kerana kepatuhan kpd tertib dan usul, telah berapa banyak pertolongan Allah yg dtg kpd hamba2Nya di dunia ini. 

Di dlm peperangan Badar, Allah telah beri pertolongan ttp stlh beberapa lama para sahabat bermujahadah memperbetul dan menyediakan diri. Org2 Islam yg terdahulu (awwalin) buat kerja dakwah serta mujahadah dan perbetulkan diri selama 13 tahun. Kisah nabi2 diberitahu melalui Al-Quran utk menerangkan betapa pentingnya mentaati perintah Allah. Para sahabat telah mematuhinya, maka Allah telah menurunkan nusrah pertolongannya. Dgn mujahadah, Allah tetap beri pertolongan. Apabila manusia menangis semasa di dlm mujahadah (dgn meletak pergantungan 100% kpd Allah) maka Allah beri pertolongan. Menangis di depan Allah juga akan mendtgkan kemajuan rohani. Stlh pertolongan diberi kpd rohani manusia, maka manusia akan menuju kpd kejayaan dan pertolongan luar biasa. Org yg keluar 4 bln tanpa apa2 perubahan akan merosakkan kerja Tabligh. Org2 yg sengaja meninggalkan program2 ijtimai (berjemaah) adalah tidak baik.

Allah beritahu 3 perkara yang akan mendatangkan pertolongan daripadanya, iaitu:

1. Sabar
2. Takwa
3. Menangis di hadapanNya.

Ketiga-tiga perkara ini ada di dalam peperangan Badar. Abu Jahal mengejek kerana melihat org2 Islam yang taat pada peringkat awal tidak mendapat pertolongan daripada Allah, tetapi Allah didik orang-orang Islam supaya yakin kepada pertolongan Nya yang akan tiba melalui cerita para rasul. Allah menerangkan, “ Kalau kamu melanggar perintah Tuhan kamu, walau apa persediaan yang ada pada kamu, kamu tidak akan berjaya”. Kehidupan dunia akan binasa tetapi kehidupan akhirat adalah kekal. Orang-orang Islam wajib yakin perkara ini kalau mahukan pertolongan Allah. Allah telah beri hidayah kepada orang-orang yang berada di bawah naungan Firaun lalu mereka bangun mendakwah orang-orang lain secara terbuka dengan penuh yakin. Firaun naik marah dan mahu membunuh semua pengikut Nabi Musa a.s tetapi Allah telah binasakan Firaun dan segala tenteranya. Allah tahu manusia lemah, tetapi Allah mahu manusia bermujahadah terlebih dahulu dan betul-betul menangis di depan Nya, barulah Dia beri pertolongan. Kalau Allah beri pertolongan awal-awal atau selalu segera memberikan pertolongan, tentu manusia akan rosak.

Manusia akan nampak kebenaran apabila masuk kubur. Orang yang hilang beribu ringgit kerana jaga sembahyang akan berjaya dan sembahyang akan datang menjaga nya didalam kubur tetapi orang yang dapat beribu ringgit dengan cara meninggalkan sembahyang akan celaka nasibnya apabila berada dalam kubur. Ahli neraka di bawa ke syurga dan dikatakan kepada mereka, “Kalau kamu telah mentaati perintah Allah, kamu dimasukkan ke sini”. Kemudian barulah mereka dimasukkan ke dalam neraka. Mereka rasa azab sbb melihat nikmat terlepas. Ahli syurga pula di bawa ke neraka dan dikatakan kpd mereka, “Kalau kamu telah melanggar perintah Alah, kamu dimasukkan ke sini”. Kemudian baru dibawa ke syurga. Mereka gembira kerana selamat. Manusia tidak boleh jadi baik selagi tidak terpaut kepada akhirat. 

Baki syurga yang di sediakan untuk ahli-ahli neraka di bahagi2kan di antara ahli-ahli syurga dan baki neraka yang disediakan untuk ahli-ahli syurga di bahagi2kan di kalangan ahli-ahli neraka. Teori2 dan andaian2 sains selalu berubah, tetapi bagi ajaran Allah dan Rasul tidak akan berlaku apa-apa perubahan. Jangan sangka anggap org yg langar perintah Allah akan di azab di dlm kubur dan neraka sahaja. Sebenarnya bayangan2 azab ditunjukkan juga di dunia ini. Malahan bayangan2 nikmat bagi org2 yg taat juga ditunjukkan sedikit di dunia ini. Rasulullah s.a.w perintah supaya kita tunjukkan akhlak yang baik walau terhadap orang kafir, tetapi jangan lemah2 kerana takut. Di dlm kerja dakwah, kita berlembut dgn manusia ada untungnya. Terhadap org dakwah yg langgar usul juga perlu ditunjukkan akhlak yang baik. Kemudian barulah di bawa kepada usul. (dengan hikmah). 

Melanggar perintah Allah adalah lebih dahsyat daripada meruntuhkan langit dan bumi. Kita tidak patut lari daripada fitnah dan keburukan tetapi hendaklah kita mencegah nya - cegah tetapi jangan pula sampai menimbulkan fitnah. Satukan hati diantara kamu. Berpecah-belah akan merugikan dan melemahkan kita. Bahkan juga kehebatan kerja dakwah akan keluar dari hati manusia. Bila kamu berpecah-belah, keberanian dan kehebatan kamu tidak ada lagi. Didalam keluarga juga perlu bersatu. Apabila tidak bersatu hati, manusia akan mementingkan diri sendiri dan merumitkan kehidupan orang lain. Kalau Allah redha dengan kita, sedikit pun sudah besar ertinya bagi kita. Kalau kita buat kerja dakwah dengan bersatu hati, ia akan membawa berkat.

Tiga perkara akan membawa kepada bersatu hati iaitu: 

  1. Jangan sangka buruk pada orang lain, 
  2. Jangan cari keaiban orang lain, 
  3. Jangan ceritakan keaiban orang walaupun ternampak.

Kalau Allah tolong kita, kita selamat. Kalau Allah murka pada kita, kita tidak selamat. Menceritakan kelemahan dan keaiban orang lain adalah mengumpat dan memakan dagingnya. Kita mesti bertindak membetulkan keadaan tanpa menimbulkan fitnah dan sengketa. Kita mesti buat hubungan baik dengan manusia serta memberitahu perkara yang tidak betul secara diam2 sama seorang. Di dlm perhimpunan hendaklah di sebut kemungkaran itu secara umum supaya orang tidak tahu sama ada kemungkaran itu wujud atau tidak dan tidak tahu siapakah yang terlibat. Mencerca dan mengecam orang lain adalah ditegah oleh Al-Quran. Dari itu, jangan kita bayan dengan keras dan jangan sindir orang lain. Org yg bayan hendaklah rasa dia ceramah untuk dirinya sendiri dan org2 yg mendengar hendaklah mencari kelemahan dalam diri masing-masing. 

Selalulah menangis minta ampun dengan Allah s.w.t dan jangan berputus asa. Kalau ada orang datang beritahu tentang kesalahan kita, hendaklah rasakan teguran itu dtg dpd Allah s.w.t. Org yg bercakap hendaklah fikir untuk dirinya sendiri. Kalau dia niat untuk betulkan org lain, dia sendiri tidak dapat menafaat. Kalau dia asyik ceritakan keburukan orang lain dan anggap org lain semuanya tidak betul, dia akan masuk neraka kerana takkabbur atau ujub. Kalau seorang mendengar ceramah kemudian dia amalkan apa yang dia dengar, dia akan masuk syurga dan dia tanya penceramah, “Mengapa kamu masuk neraka sedangkan di dunia dulu kamulah yg telah memberi penerangan kpd kami ?”. Lalu dijawab oleh si penceramah, “Aku bercakap untuk membetulkan orang lain, bukan untuk diriku sendiri”. Bercakap dengan ikhlas, sopan-santun, lemah-lembut, hikmah. Jangan keras dan kasar. Ikut cara Rasulullah s.a.w. Jika tidak kita akan buat dosa sahaja.

Cara Rasulullah s.a.w ialah: 

  1. Cakap mengenai Allah berulang-ulang kali, 
  2. Cakap mengenai iman,
  3. Cakap mengenai akhirat, 
  4. Ajak manusia supaya ikut cara Rasulullah s.a.w.   

Waspada terhadap tipu daya syaitan. Syaitan akan bawa berbagai waham ke dlm hati kita, menyebabkan tauhid kita menjadi longgar dan lemah. Berbisik2 dan mengadakan mesyuarat2 kecil di tengah2 majlis mesyuarat besar adalah sifat munafiqin. Berhati2i. Beberapa perkara yg boleh dtg ke dlm diri manusia yg boleh merosakkan seluruh amalannya spt nifaq, takkabbur, syirik khafi spt riak, ujub, sum’ah dan bergantung dgn kemasyhuran (populariti) sambil2 mencari kepentingan dunia dan sebagainya. Org yg tahu tafsir Al-Quran mungkin faham mengenai org2 munafik, Jgn tiru perangai munafik. (Org munafik adalah hipokrit dan bermuka dua). Mintalah perlindungan Allah dpdnya. Para sahabat takut dgn balasan nikmat di dunia kerana bimbangkan kehilangan bahagian mereka di akhirat. Kerjakan amalan2 sunnah dan bacalah doa2 masnun. Walaupun ianya bukan wajib dan meninggalkannya tidak berdosa tetapi ia boleh menyelamatkan kita dpd tipu daya syaitan dan bidaah. Ertinya, perkara2 sunnah memberi faedah yg besar dan meninggalkannya adalah merugikan. 

Sunnah yg terbesar ialah dakwah. Bila kita buat kerja dakwah, amalan2 sunnah yg lain akan hidup. Setiap org Islam dlm seumur hidupnya hendaklah buat kerja dakwah. Apb kita buat kerja dakwah, syaitan menyerang dan meletak kan di depan kita berbagai halangan, ttpi syaitan takut kpd kita. Allah s.w.t akan hancurkan wakil2 syaitan. Halangan2 itu adalah berfaedah. Melalui halangan2, akan dtg roh, kekuatan dan kematangan serta mutu di dlm diri dan perjuangan kita. Slpas mengadakan halangan, syaitan akan membawa berbagai waham supaya kita tidak keluar ke jln Allah. Ingatlah, Allah tetap menunaikan janjinya. Bagi org2 yg sudah istiqamah 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun, hendaklah gandakan, tingkatkan pengorbanan mereka (dgn mesyuarat). 

Tingkat-tingkat pengorbanan itu ialah: 

  1. Keluar 4 bulan, 
  2. Keluar 4 bulan setiap tahun, 
  3. Keluar setahun atau lebih, 
4.   Keluar bergilir-gilir dalam satu keluarga, 
5.   Keluar ikut takazah. Seterusnya beri diri untuk seumur hidup murabbi.

Kata2 Johrnawala: “Para ambiya adalah insan yg di bangkitkan oleh Allah s.w.t. Mereka makan, minum dan berkahwin spt kita juga. Ttpi itu bukan maksud hidup mereka. Maksud hidup mereka ialah berdakwah, menyebar serta menghidup dan menegakkan agama Allah s.w.t. Kita adalah ummat yg dibangkitkan utk manusia pada akhir zaman ini dan maksud hidup kita ialah menyambung tugas2 para ambiya”.

Bayan: Segala-gala yang berlaku di seluruh alam adalah perbuatan Allah s.w.t. Semuanya berjalan atau bergerak dan diam dengan kudrat dan iradahNya. Allah tidak berhajat kepada sesiapa dan apa-apa dan cara Allah gunakan kudratNya adalah berbagai2 mengikut masa, tempat dan hal. Kita tidak nampak kudrat dan perbuatan Allah, tetapi tanda2 dan kesannya dapat dilihat seperti langit dan bumi, kejadian manusia, burung2 yang terbang di udara, kapal2 yang berlayar di lautan, sejuk dan panas, gelap dan terang, angin yang bertiup, air yang mengalir dan lain-lain. (Ini semua kita nampak jika kita memandang dgn hakikat). Sesiapa yang melihat perkara ini dengan basirah (mata hati) dan akal nuraninya atau dengan pandangan dalam, dia akan beroleh makrifat. Tetapi kalau manusia melihat dengan mata dan akal zahir tentu dia tidak ada apa-apa hubungan (buta) dengan Allah s.w.t dan tidak ada kemahuan untuk mencari keredhaanNya. Kalau demikian keadaan seseorang manusia tiadalah berguna walaupun dia mendapat segala-galanya di dunia ini. Akibat daripada sikap dan nilai hidup yg demikian akan di ketahui di akhirat kelak. Bagaimana kah kita dapat berhubung dengan Allah s.w.t? Pokoknya kita perlu menyedari bahawa selepas Baginda Muhammad s.a.w, tidak ada lagi nabi yang akan dibangkitkan. Kita perlu buat kerja nabi-nabi. 

Ini adalah suatu amanah Allah kpd kita. Kita hendaklah hubungkan diri kita dengan Allah dan hubungkan orang lain dengan Allah. Inilah tugas ummat akhir zaman walaupun dia seorang yang berdosa sebab seorang yang berdosa pun apabila dia membuat kerja dakwah dengan betul. Insya’allah, lama-lama dia akan menjadi baik. Kita dapat melihat tanda2 kudrat Allah dengan mata dan dapat mendengarnya dgn telinga kita. Allah s.w.t menerangkan juga perkara ini melalui Al-Quran kepada kita. Banyak kejadian Allah yang kita tidak dapat lihat seperti pengaliran elektrik, kuasa magnet, malaikat, syaitan, jin, roh, rahmat, bala, akal dan lain-lain. Allah s.w.t bertindak membinasakan harta riba dan memberkati harta sedekah. Melalui sedekah, Allah s.w.t tambah harta kita. Ini sudah pun diterangkan kepada kita tetapi kita nampak Allah s.w.t mengenakan bebanan ke atas org2 mukmin. 

Kita hanya nampak longgokkan wang2 kertas, emas dan perak yang didapati oleh org2 yg dimurkai dan disesatkan oleh Allah s.w.t. Apa yang patut kita dengar (dan menerimanya tanpa sebarang tapisan) ialah Al-Quran dan Hadith. Apa yg di beritahu oleh Baginda s.a.w semuanya dpd Allah s.w.t, bukannya dpd fikiran dan nafsunya sendiri. Kita hendaklah mendengar Al-Quran dan Hadith dgn ta’azim dan tasdiq. (membesarkan dan membenarkan). Hati kita juga dihidupkan melalui nur ta’alim. Melalui ta’alim kita dengar fadhilat amal yg menimbulkan keghairahan untuk beramal. Malahan di dalam Al-Quran dan Hadith ada khabar tentang akhirat serta kelebihan2 syurga dan neraka. Allah s.w.t perintahkan kita solat dan caranya Rasulullah telah beritahu kita. (“Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat”). Baginda s.a.w mengajar kita dengan cara yang mudah. Kalau Baginda s.a.w mengatakan, “Solat sebagaimana aku solat” tentulah susah kerana ia melibatkan muraqabah dan tadabbur yg dlm, seni dan makam rohaniah yg tinggi. Baginda s.a.w solat di hadratillah. Tiada seorang pun di dunia ini yang dapat mencapai solat seperti Rasulullah s.a.w.

Ada berbagai riwayat mengenai zahir solat Rasulullah s.a.w. Walaupun riwayat2 itu berlawanan tetapi ada hadith2nya. Hal ini bukan untuk kita bergaduh. Ada masanya Rasulullah s.a.w buat satu-satu perkara dgn satu cara dan ada masa dengan cara lain pula. Imam Bukhari rah. telah mengumpulkan hadith2 dengan bersusah payah. Ramai org2 Bukhara serupa bentuk wajahnya dengan org2 China, Vietnam, Kemboja, Jepun, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Saya nampak wajah Imam Bukhari pada wajah2 mereka ini. Allah s.w.t berfirman yg maksudnya: “Dan sekiranya kamu berpaling (abai), nescaya Dia (Allah) akan mengganti kan kamu dgn kaum (bangsa) yg lain (utk membangunkan agamaNya) dan mereka tidak akan seperti kamu dan sikap mereka tidak akan seperti kamu.” (Surah Muhammad : ayat 35). Allah s.w.t telah memberi amaran ini kepada para sahabat r.a dan sekelian ummat akhir zaman. (Disebabkan kecuaian ummat Arab di dalam tugas dakwah. Allah gantikan dgn org2 Turkistan - ibu negaranya Bukhara. Allah binasakan org2 Abbasiah dan gantikan dengan org2 Tartar dan Moghul). Kehidupan para sahabat tidak memalingkan diri mereka daripada apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Sesiapa yang memalingkan muka kepada para sahabat akan bersatu. Sesiapa yg tidak berpandu kpd para sahabat akan berpecah-belah.

Kalau tidak merujuk kepada hadith-hadith, bagaimana kita boleh faham Al-Quran? Ummat Muhammadur Rasulullah jangan menolak hadith. Ada orang berkata, kita perlu dapat kuasa pemerintahan terlebih dahulu, baru boleh hidupkan agama. Kita jangan jawab. Diri kita sendiri mesti berpandu kepada Al-Quran dan Hadith. Kita mesti yakin bahawa agama hidup dengan hikmah (dakwah) dan hidayah, dengan menjaga solat, zikrullah, tilawah dan sebagainya. Kita perlu ada akhlak. Kita mesti buang penyakit assobiyah. Jangan kata: “Mereka bukan keluarga saya atau bukan bangsa saya dan saya tidak perlu ikut (seruan) mereka”. Kita mesti ikram (hormat, muliakan) semua orang Islam. Jaga lidah. Jangan cakap: “Orang itu akan masuk neraka jahannam kerana tidak ikut jemaah tabligh”. Jaga fikir dan sangkaan kita. Jangan kata: “Orang-orang itu (yang buat usaha-usaha lain) akan menukar fikiran karkun-karkun kita dan akan menggunakan karkun-karkun kita untuk membuat kerja mereka atau mengira bahawa mereka akan melawan kita.” Sebenarnya perkara seperti itu berlaku kerana kelemahan kita. Kita cuai dan tidak pandai pelihara karkun-karkun kita dengan betul. Jangan beri jalan orang halang kerja (dakwah) ini. Jangan berselisih dan bergaduh. Bila manusia ada cinta dunia dan tiada fikir akhirat, mereka akan menjadi lemah dan buat kerja agama pun untuk tujuan dunia serta mereka akan cari publisiti melalui kerja (dakwah) ini.

Dari itu mula-mula hendaklah kita bentuk fikir agama dan tukar pandangan:

1. Daripada memandang ke arah dunia kepada akhirat
2. Daripada kebendaan kepada amal
3. Daripada makhluk kepada khaliq.

Malah setiap orang perlu diberi inzar (amaran) supaya membuat persediaan menghadapi maut, mesti menghargai masa muda sebelum tua. Di dalam Al-Quran, Allah berjanji akan berikan bumi seluruhnya (secara anugerah dan redha) kepada kita sekiranya kita beriman dan beramal soleh. Maksud ayat Quran: “Sesungguhnya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang soleh.” (Surah Al-Anbiya : ayat 105). Berhubung dengan ini, ada dua perkara yang perlu di perhatikan: 

1) Apa yang perlu kita buat, 
2) Apa yang Allah akan buat untuk kita.

Apabila kita buat apa yg diperintah oleh Allah, Dia akan tunai janji2Nya kpd kita. Misalnya, apb kita bertaqwa. Dia akan beri kita rezeki. Maksud ayat Quran: “Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jln keluar dan memberinya rezeki dari arah yg tiada di sangka2nya”.  (Surah Ath Thalaaq : ayat 5 & 6). Jika kita wujudkan masyarakat mukmin yg soleh. Allah s.w.t akan kurniakan kuasa pemerintahan kpd kita sebagaimana Dia telah mengurniakan kuasa pemerintahan kpd org2 terdahulu. Seterusnya Dia akan wujudkan keutuhan Islam dan suasana aman. FirmanNya: “Dan Allah telah berjanji kpd org2 yg beriman dan beramal soleh diantara kamu, bahawa Dia sungguh2 akan menjadi mrk berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan org2 yg sebelum mrk berkuasa dan Dia sungguh2 akan menegakkan bagi mereka agama yg di redhaiNya utk mereka dan Dia sungguh2 akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada di dlm ketakutan menjadi aman.” (An Nur: ayat 35)

Ada perkara yang Allah s.w.t suka dan ada perkara yang kita suka. Allah suka iman, sabar, tawakkal, syukur, amanah, solat, fikir akhirat, zikir, ikut sunnah di dalam segala perkara, sedekah (belanja kepada orang lain untuk mendapat keredhaan Allah). Inilah perkara2 yang mesti kita buat. Apa yang kita suka ialah harta, pangkat, darjat, kekuasaan, kemasyhuran dan sebagainya. Kalau kita usaha ke atas perkara2 yang Allah suka. Allah akan beri kepada kita apa yang kita suka. Bila manusia berpaling daripada perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, di seluruh dunia manusia jadi huru-hara. Org2 duniawi berbuat apa-apa asalkan dapat dunia dan mereka tidak tetap pendirian kerana ingin menjaga kepentingan dunia mereka bahkan boleh sampai kepada peringkat menjual kebenaran dan tukar agama. 

Firman Allah: “Mereka di dalam keadaan ragu2 di antara yg demikian (iman atau kufur): tidak masuk ke dlm golongan itu (orang2 mukmin) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir). Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) ….” (Surah An Nisaa’ : ayat 145). Inilah kedudukan orang-orang hipokrit. Cara ikram muslimin (memuliakan org2 Islam) ialah dengan tidak melihat warna kulit dan rupa bangsa. Nabi Yusuf a.s dibuang ke dalam perigi dan di penjara tetapi beliau sabar. Beliau tetap menjalankan tugas dakwah. Akhirnya beliau mendapat pertolongan Allah s.w.t. Beliau di keluarkan daripada penjara dan seluruh khazanah di kurniakan kepadanya. Org2 memakai Al-Quran dan Hadith dengan cermin mata ikhlas akan berkata kpa dirinya sendiri, “Apakah kewajipan saya terhadap org lain?” Bukannya, “Apakah kewajipan org lain terhadap saya?”        

Orang2 yg ikhlas berkata, “Saya orang lama. Hak ke atas saya ialah ikram (memuliakan) dia, bukannya dia ikram saya.”  Di dalam hal ini, kita perlu bantu dan hormati cadangan org lain. Jangan kata, “Dia tidak rujuk kepada saya”. Hadrat Ali r.a telah berpesan kepada jemaah2 yang keluar supaya selalu berjumpa dan berbincang di antara satu sama lain, nescaya perkara yang samar2 akan menjadi jelas. Banyak perkara yang boleh diselesaikan dengan cara ini. Ingat! Syaitan tidak membenarkan kita melaksanakan perkara ini tetapi jika kita ikut sunnah Nabi s.a.w, kita dapat selamat daripada syaitan. Apabila kita lantik seseorang melalui mesyuarat, Allah s.w.t akan melantik malaikat untuk membantu perbetulkan orang itu. Kita hendaklah menggunakan 3 perkara: 

1.  Mata-utk melihat tanda2 kudrat dan perbuatan Allah, guna pandangan dlm, muraqabah melalui 
     makhluk.

2.  Telinga - mendengar wahyu dan kalam nabuwwah dengan tawajjuh, tadabbur, ta’azim dan tasdiq.

3.  Hati - tafakkur berfikir secara nuraniah, muraqabah dgn roh dan berdamping dgn Allah s.w.t 
     (merasakan diri berada di dlm majlis Allah s.w.t, berdepan dgn kebesaranNya).

Nur iman akan dtg dgn 3 peranan ini dan inilah jln ma’rifat. Tiga perkara inilah yg akan disoal pada hari akhirat sebagaimana yg telah di tempelak oleh Allah s.w.t di dlm Al-Quran: “Dan sesungguhnya Kami jadikan utk isi neraka jahannam, kebanyakkannya dpd jin dan manusia. Mrk dikurniakan hati ttpi mrk tidak mempergunakannya utk memahami dan mereka di kurniakan mata ttpi mereka tidak mempergunakannya utk melihat dan mereka dikurniakan telinga ttpi mereka tidak mempergunakannya utk mendengar. Mereka spt haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yg lalai (Al A’raah:179)

Pandanglah dengan mata basirah, dengarlah dengan telinga batin dan berfikirlah dengan akal dan nurani. Maksud ada mata tidak melihat ialah tidak melihat dgn mata basirah (mata hati, mata dalam). Maksud ada telinga tidak mendengar ialah tidak mendengar dengan telinga batin. Kalau fikir dengan akal zahir, kita akan mengira kalau ada harta dan kuasa kita boleh berjaya. Mata zahir melihat org2 kaya dan berpangkat adalah org2 yg berjaya. Walhal perkara itulah yg akan mempercepatkan mereka ke neraka. 

Kalau berharta dan berkuasa dgn melanggar perintah Allah, perkara2 itu tidak menjamin rahmat dan keberkatan. Tanpa rahmat kita tidak  selamat. Iman dan amal sahaja yang menjamin rahmat Allah s.w.t. Kita akan bercakap mengikut apa yang kita lihat. Kalau kita melihat dengan cara yang salah, maka pandangan kita tidak betul dan menipu diri kita sendiri serta kita akan bercakap salah hingga menipu dan merosakkan org lain pula. (Hidayah sahaja yang membetulkan pandangan dan pemikiran manusia). Sebaliknya jika lidah bercakap dengan kalam Allah dan kalam Rasul, kita akan mendapat kekuatan. Kekuatan iman dan amal - ialah kekuatan Allah s.w.t. Kekuatan Allah mengatasi kekuatan2 yg lain. Makhluk adalah majaz (batil, palsu). Bila datang kekuatan Allah semua binasa dan lenyap. Maksud ayat Quran: “Dan katakanlah, ‘Telah dtg kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti lenyap’’ (Al Israa:ayat 8)

Kita membuat sesuatu di dalam suasana terang benderang tetapi Allah berkuasa menjadikan kita di dalam perut ibu kita, iaitu di dalam tempat yang gelap gelita, sempit lagi rumit. Kalau demikian, tidaklah menjadi pelik bagi Allah utk membangkitkan kita daripada kubur walaupun kita sudah hancur lebur. Manusia lemah - kaki nyamuk pun manusia tak mampu buat. Tetapi manusia boleh menjadi kuat dgn menghubungkan diri dengan Allah yang maha kuasa. Dgn cara demikian, kita akan memperolehi kekuatan rohani. Kekuatan rohani tidak dapat di atasi oleh apa-apa kekuatan pun di dunia ini. Di alam arwah dan di dalam khazanah Allah, banyak makhluk berada di dlm barisan menunggu giliran utk dtg ke dunia. Manusia2 yg berada di dunia ini pun sudah melalui beberapa zaman seperti zaman alam arwah dan alam rahim. 

Dunia ini sendiri sudah mengalami berbagai zaman. Manusia semuanya menuju ke kubur dan selepas berkumpul di alam barzakh, Allah beritahu bahawa manusia akan dibangkitkan kembali untuk melalui beberapa zaman lagi menuju pembalasan (syurga dan neraka). Sayyidina Umar r.a takut untuk menerima jawatan khalifah kerana katanya tiap-tiap pemimpin negara akan diberkas kaki-kaki dan tangan2 mereka utk disoal. Org2 yang faham tidak akan berebut untuk memdapatkan perkara ini. (Tetapi orang yang layak selalu dikejar oleh jawatan dan pangkat, bukan dia yang mengejar dan merebut perkara itu daripada tangan orang lain). Org2 tua memang tidak dapat buat kerja. Jgn risau ttg mereka. Org2 muda memang mempunyai kekuatan dan tenaga utk berjuang tetapi org2 tua ada kekuatan ra’i dan ra’yi (kepimpinan dan pandangan). 

Pengalaman mereka iaitu kematangan perjuangan dan perjalanan rohaniah adalah berguna. Oleh itu, kalau orang muda membuat kerja tanpa berpandu kepada orang tua, mereka akan terpesong dan tidak sampai ke matlamat. Memperjuang kan perkara yang selain dpd Islam bererti menuju ke arah yang salah. Menyeleweng daripada sunnah Nabi s.a.w serta tunjuk ajar Baginda, bererti melalui jalan yang salah. Jika kita menuju ke arah yang salah atau melalui jalan yang salah, walau selaju mana sekalipun perjalanan kita, namun kita tidak akan sampai ke tempat yang di tuju. Tetapi kalau kita menuju ke arah yang betul, walaupun perlahan akhirnya kita akan sampai juga atau kalau kita mati di dalam perjalanan, kita di tulis sebagai orang yang sampai atau sekurang2nya mati di dalam kebaikan. Org tua mesti tutup kesalahan org muda. Hendaklah jaga lidah. Sesiapa yg menjaga lidahnya, Allah s.w.t akan beri kerohanian yg tinggi. 

No comments:

Post a Comment