Sunday, January 4, 2015

MAULANA UMAR PALAMPURI

Hampir di seluruh dunia mengenali siapa itu Maulana Umar Palanpuri rah. Beliau dikenali sebagai “Suara Emas Dalam Kerja Dakwah” (Golden Voice of Dakwah Work). Sewaktu penulis berada di India pada 1990 ketika keluar 40 hari Masturat sempat menghabiskan masa beberapa hari di Markaz Dunia, Madrasah Kasyaful Ulom, Masjid BanglaWali, Nizamuddin, India. Ketika itu penulis berkesempatan berada beberapa kali di dalam majlis beliau. Pada waktu yang sama juga markaz didatangi rombongan yang pertama yang sebelum ini belum pernah sampai ke situ. Ia itu rombongan pertama dari Russia (USSR). 


Seingat penulis rombongan itu terdiri dari tujuh orang yang pakaian dari ketayap sampai ke stokin warna yang sama iaitu warna biru. Sesampai mereka di markaz berkebetolan dengan malam perhimpunan mingguan di daerah berkenaan. Kesemua mereka berada di tempat khas di atas kolah wudhuk berhadapan dengan pintu masjid (skrg ini sudah tiada). Pada petang itu Maulana Umar Palanpuri rah memberi bayan (ceramah) yang mana dalam bayan tersebut beliau menyentuh bagaimana asal ujudnya fahaman Kominis. 

Fahaman berkenaan bertapak apb sistem Zakat yang terdapat di dlm al-Quran dan Hadis Nabi gagal dilaksanakan. Akhirnya gulongan miskin terpinggir dan seterusnya fahaman ini mulai bertapak. Beliau mengulas begitu panjang lebar sehingga penulis tidak sangka bahawa maulana yang begitu sibuk dengan ilmu agama dan madrasah begitu arif dengan sistem politik semasa serta begitu mahir dengan berbagai idologi yang ujud akhir2 ini. Di dalam bayan beliau, beliau begitu yakin dengan kedatangan tetamu rombongan jemaah pertama dari Russia itu menjadi titik permulaan perkembangan dan kebangkitan Islam di negara berkenaan. 

Beliau bersumpah dgn nama Allah swt bahawa Russia (USSR) akan berpecah satu persatu slps dua tahun dari skrg. Kata2 beliau mengejutkan ramai hadirin yg hadir termasuk penulis. Ternyata selapas dua tahun kata2 beliau ianya benar2 menjadi kenyataan. Satu persatu Negara Kesatuan Russia telah berpecah. Cechnya, Yogoslavia, Cekoslovakia, Bosnia, Serbia, Angustia, Balarus dan lain2. Kata2 beliau dua tahun selepas itu benar2 berlaku.

Kekadang bila beliau membaca potongan ayat-ayat Quran, irama suaranya begitu sayu menahan sebak yg pastinya akan menyentuh perasaan sesiapa sahaja yg mendengar. Kekadang juga bila beliau menceritakan kisah Asyash yg beliau nukilkan dari kitab “maarif e mathnawi” karangan Maulana Hakim Muhammad Akhtar serta tafsiran oleh Syeikh Jalaluddin Rumi, beliau akan menangis sambil menahan sebak. Hadirin juga akan turut menangis ini termasuklah jemaah luar negara, Eropah, Amerika serta juga dari beberapa Negara Arab miski pun bayan di dlm bahasa Urdu dan diterjemahkan ke dlm bahasa masing2. 

Bayannya cukup memberi kesan di dlm hati hadirin yg mendengarnya. Ada beberapa org tetamu luar negara yg dtg ke Markaz Nizamuddin tersebut semata2 ingin bertanyakan sesuatu berkaitan Jemaah Tabligh, namun apabila selesai mendengar bayan dari beliau, jawapan persolan berkenaan akan terjawab di dlm bayan tersebut. Ini diperakui oleh banyak tetamu yg datang ke Markaz Nizamuddin. Mengikut maklumat yg diterima, bahawa beliau semasa kecil dipelihara dan dididik oleh ibunya yg terkenal sabagai saorang wanita yang solehah ketika itu. 

Ketika masih kecil beliau menunjukkan tanda2 kecerdikkan yang mana dgn kecerdikan tersebut membuatkan bapa saudaranya menyekolahkannya mengikut pendidikan sekular yang ada ketika itu. Namun sebaliknya ibunya yang solehah itu berkeinginan anaknya itu diasuh dengan pengajian dan pendidikan agama yang akhirnya inilah terjadi kepada maulana. Ketika masih umur kanak2 beliau telah pun menghafal Al-Quran dan ketika remaja beliau seterusnya melanjutkan pelajaran agamanya di Darul Ulum Deoband yg berkesudahan mendapat keputusan yg cermelang sehingga mengkagumkan guru2 beliau. 

Pun begitu di dlm bidang kerohanian, beliau menjadikan Syeikhul Hadis Maulana Zakaria Al-Kandalawi rah sebagai Syeikh Khalifah beliau. Seringkali di dlm bayan beliau, takkala beliau menceritakan mengenai sejarah silam beliau, beliau akan mencerita kan bagaimana apabila pulang dari madrasah ibunya akan meminta beliau menceritakan apa ilmu yang beliau dapat di madrasah. Ibunya akan memberi perhatian kepada beliau serta berkata,”Sekarang ini tidak ada yg mendengar melainkan ibu sahaja namun ibu berdoa suatu hari nanti kamu akan saksikan bahawa ribuan orang akan mendengar apa yg kamu cakapkan.” Bila beliau menceritakan kisah ini, beliau akan menangis terisak2 di hadapan ribuan dan jutaan manusia yg mendengar bayan beliau. Doa ibu beliau telah pun dikabulkan. 

Pada 21 May 1997 jam 1.30 petang bersamaan hari Rabu, beliau telah dipanggil oleh Allah swt pulang ke rahmatullah di Nizamuddin, India. Iya terjadi setelah beliau beserta beberapa org elders Nizamuddin bersafar ke Ijtimak Agra dan di dlm perjalanan, beliau telah jatuh sakit serta pulang semula ke Delhi. Kemudian beliau dimasukan ke hopital dan telah dibenarkan pulang namun selepas itu beliau diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Sekitar 80an dan awal 90an beliau begitu suka dgn jemaah dari Malaysia serta akan menyapa serta bersarapan pagi bersama jemaah Malayisa. Kesukaan beliau dgn jemaah Malaysia kerana ketika itu kebanyakkan yg dtg ke markaz Nizamuddin adalah muda2 belaka. Pengurbanan beliau terhadap agama memberi menafaat yg banyak kpd ramai manusia yg dtg ke Nizamuddin. Semuga Allah swt mencerahkan tempat rehat beliau dan menerima pengurbanan beliau.

No comments:

Post a Comment