(21/08/2001 - sri petaling (Jor KL 2001). Tuan2 yg mulia, Allah s.w.t pandang umat Baginda s.a.w dgn pandangan yg begitu belas rahim. Allah s.w.t maha besar dan disebabkan Allah maha besar, maka ehsanNya adalah juga besar. Tuan2 telah diberi kerja yg besar sebab itulah Allah kata, Dia telah buat ehsan yg besar atas umat ini. Ianya adalah kerja para nabi. Bila nabi Musa a.s berdoa pada Allah minta supaya adiknya Harun dijadikan nabi, Allah ceritakan segala ehsanNya keatas beliau dari beliau lahir hingga hari tersebut. Selepas itu Allah kata, kamu minta nabuwwah utk adik kamu, itupun Allah bagi. Allah telah bagi ehsan yg besar kpd umat ini. Kerana apa? Kerana kerja yg diberi kpd umat ialah kerja yg telah diberi kpd para nabi. Kerja itu adalah kerja khidmat dan umat ini dijadikan utk berkhidmat utk semua manusia. Allah telah jadikan umat ini utk ambil khidmat drp org lain. Umat ini bukan dijadikan utk menyusahkan org lain.
Perkara yg manusia perlukan, tanpa perkara tersebut, tiada apa pun urusan manusia boleh selesai. Perkara tersebut perlu disampaikan kpd setiap manusia di seluruh dunia, kulit hitam, kulit putih, terpelajar, buta huruf, peniaga, petani, lelaki, wanita. Perkara tersebut ialah iman, bukan harta, bukan negara, bukan pangkat, bukan kilang, bukan pertanian. Khidmat yg paling besar kpd manusia ialah dgn usaha kita mereka dpt iman. Siapa yg tiada iman, mereka ini tiada nilai. Perkara ini akan nampak bila manusia mati nanti. Apa yg ada pada dia didunia akan ditinggalkan bila mati. Dia akan pergi dgn tangan yg kosong. Masa itu dia akan tahu bahawa skrg ini saya tiada apa-apa. Oleh kerana itu, apa-apa yg ada ditangan manusia, Allah kata itu adalah tipu daya. Sebaliknya, siapa ada iman, dia ada segala-galanya, walaupun dia tidak ada apa-apa utk makan, tiada pakaian, tiada rumah, miskin, tidak kahwin, tetapi dia ada iman, dia berjalan atas iman, utk dia Allah sediakan segala2nya. Apa-apa yg Allah jadikan disyurga adalah utk org yg beriman. Ada mahligai yg tidak pernah dilihat oleh manusia, tidak pernah terlintas difikiran, tidak ada siapa pun yg boleh bayangkan, kebun2, sungai2, bidadari2.
Ini semua Allah jadikan hanya utk org yg beriman. Macam mana iman ini sampai kpd manusia. Macam mana manusia terima perkara ini. Utk ini, umat ini kena belajar satu kerja. Ianya adalah kerja dakwah. Melaluinya khidmat akan jadi mudah. Utk kerja dakwah, mula2 kena belajar sifat dakwah. Yang paling penting ialah betulkan yakin. Khidmat ini tidak akan dicapai dgn kita bunuh manusia. Kalau kita bunuh, kalau kita hina, kalau kita rampas harta mereka, iman tidak akan sampai kpd mereka. Nabi Musa a.s dihantar ke Mesir, dilahirkan disana, selama 40 thn, apa dia punya fikir? Dia punya fikir sama macam Firaun. Firaun punya fikir ialah macam mana kaum dia dapat harta, dpt negara, dpt kemuliaan, dan macam mana org beriman dapat dilemahkan. Fikir nabi Musa pun macam itu juga, macamana kaum dia dapat negara, dapat harta. Beliau fikir kalau dpt lemahkan kaum Firaun maka dapat rampas harta dan kuasa dari Firaun. Beliau cari peluang dan satu hari dapat peluang. Seorg kaum nabi Musa telah dipukul/dibelasah oleh org Firaun. Org yg kena pukul minta bantuan.
Musa a.s kata ini peluang yg paling baik. Beliau pun pergi nak bantu dan tangkap khibti tersebut. Beliau telah tumbuk atas dada khibti satu kali, terus jatuh dan mati. Allah jadikan Musa utk khidmat. Musa a.s dijadikan supaya Firaun dan kaumnya dapat hidayat ttpi skrg beliau telah tumbuk, mati dan masukkan org itu dlm neraka. Oleh itu, Allah masukkan dlm hati beliau, ini bukan kerja kamu. Tggjwb kamu utk sampai kan iman. Kamu kena sampaikan sehingga mereka terima, bila mati nanti mereka masuk syurga. Oleh itu, keluar drp lidah beliau, ini adalah amalan syaitan. Apa kerja syaitan? Keluarkan manusia drp syurga dan masukkan mereka dlm neraka. Syaitan telah keluarkan nabi Adam a.s dan Hawa a.s drp syurga. Dia telah keluarkan supaya mereka tidak boleh kembali ke syurga. Allah telah isyarat pada Musa a.s, kamu telah buat kerja syaitan. Kamu dihantar utk buat usaha supaya mereka dpt iman, dpt syurga, dpt rahmat, dpt berkat ttpi kamu telah bunuh dia dan hantar dia ke neraka. Tuan2 yg mulia, Apa sahaja org Islam di seluruh dunia buat bertentangan dgn perintah Allah, bermakna mereka tidak ada fikir macamana semua dpt masuk syurga, sebaliknya semua fikir macamana semua masuk neraka, pukul, bunuh dsbnya. Kenapa jadi macam ini? Kerana kita duduk bersama2 dgn org yg fikir macam itu. Kena keluar drp mahul tersebut. Selagi kita tidak keluar drp mahul itu, kita tidak akan faham ia adalah kerja syaitan.
Musa a.s adalah seorg nabi dan juga rasul. Beliau sepatutnya usaha atas syariat yg baru, bukan sama spt Firaun. Quran ada atas tangan kita, kita baca, kita dengar, kita tulis, kita tafsir, kita terjemah ttpi masih buat kerja syaitan. Kita tidak faham. Semoga Allah pelihara kita semua. Sbb itulah ada tertib 4 bulan. Kena tinggal kan mahul dan keluar. Alah s.w.t akan ajar kerja khidmat. Allah s.w.t ajar amal pada nabi Musa, Allah biarkan dia bunuh khibti dan rosakkan mahul. Semua org cari, siapa yg telah bunuh org khibti ini. Nabi Musa a.s jadi takut bila semua org cari beliau spt mana org yg buat dakwah pada hari ini, bila dapat satu berita, mereka susah hati dan tidak boleh tidur, inilah keadaan Musa a.s. Beliau tidak dpt tidur malam. Kalau beliau ditangkap Firaun, pasti akan dibunuh atau dimasukkan dlm penjara. Hari kedua, beliau nampak org yg sama dari kaum dia dipukul lagi oleh org khibti. Org yg kena pukul tadi minta bantuan Musa lagi sekali. Beliau dtg dgn niat utk bantu, bukan dgn pukul ttpi dgn memberi fahaman. Kata beliau, kalau kamu pukul bani Israil tuhan akan marah, kerana mereka adalah keturunan nabi, kalau kamu seksa mereka tuhan akan marah.
Kamu tidak akan dpt iman. Kalau kamu tidak mati dlm iman, kamu tidak akan dpt syurga. Beliau telah bagi amaran pada kaum beliau sendiri, kenapa kamu selalu bergaduh? Kelmarin ada org pukul kamu, hari ini kena pukul lagi, nampaknya kamulah yg salah. Apa-apa batil yg dibuat di depan kita sebenarnya adalah kerana kesalahan kita ttpi kita tidak dpt hendak kenal kekurangan kita. Kita langsung tidak ada tumpuan pada diri kita. Kita tidak tahu knp kita dibunuh, kenapa dunia semua menyusahkan org Islam, kenapa seluruh dunia merampas dari org Islam. Bukan sbb kita org Islam ttpi kerana Islam telah keluar drp kita. Kita telah tinggalkan amalan yg pelihara Islam dan itu adalah usaha dakwah. Pemelihara Islam hanya dlm usaha dakwah. Dakwah akan berjln dgn sifat dakwah. Dakwah tidak berjln dgn kekuatan negara atau kekuatan harta, atau kekuatan individu, ttpi berjln dgn sifat. Kalau sifat itu ada dlm diri kita, maka Allah bersama kita. Yakin akan dtg dlm diri kita. Dia akan pergi kpd org2 spt Firaun, pergi sbg seorg fakir, dgn ikram, muliakan org itu, tidak akan pukul org itu, tidak akan buat kerosakan, dia akan cakap dgn lemah lembut, spt mana Allah berfirman, “pergi kpd Firaun ttpi dgn penuh lemah lembut”. Bercakap dgn dia dgn lemah lembut supaya dia faham, supaya dia ingat bahawa dia adalah seorg pencuri kain kafan, utk isi perut, dia telah jual kain kafan ttpi Allah telah keluarkan dia dari kerja itu. Allah bagi pada dia negara Mesir. Bila dia ingat baru dia akan dtg kpd iman.
Mereka yg ada agama, mereka sendiri pun telah di bawa kpd fasad. Kerana apa? Kerana tidak kenal ‘rab’, usaha dakwah dibuat dgn cara kerosakan spt mana Firaun anggap bhw kerja Musa a.s kerja kerosakan. Beliau telah marah Bani Israil. Kamu org yg buat jahat. Kekurangan dlm diri kamu. Oleh krn kekurangan itulah Firaun buat susah atas kamu. Kenapa? Agama telah keluar dari diri kamu. Inilah keadaan umat Islam pada hari ini. Oleh kerana agama telah keluar dari diri kita, batil telah mengatasi kita. Apa yg ada pada da’i, seluruh dunia perlu kpd perkara itu. Kita kena pergi jumpa mrk bagi mrk faham walaupun mrk tolak kita, kita pergi juga, tidak bagi makan pun kena bagitahu, tidak bagi tmpt tinggal pun kena bagitahu, kalau mrk masukkan kita dlm penjara pun kena bagitahu. Kami adalah utk kebaikan kamu. Ambillah iman ini drp kami. Apa yg diberitahu skrg, kamu akan faham selepas mati. Apa akan jadi pada kamu bila mati, disana tidak ada polis, tidak ada tentera, disana cuma ada malaikat, mrk akan buat apa yg Allah suruh. Kalau kamu tidak ada jawapan, mrk akan pukul.
Siapa akan selamatkan kamu dari pukulan malaikat? Bila kubur jadi rapat, siapa akan keluarkan kamu dari kesempitan tersebut? Bila tingkap neraka dibuka dan kepanasan neraka masuk dlm kubur, siapa akan selamatkan kamu? Yg hanya boleh selamat kan kamu ialah iman. Kalau kamu tidak belajar iman dlm kehidupan dunia, tidak bina iman, tidak buat kerja iman, skrg tengoklah apa yg akan terjadi. Kita kena bagi faham seluruh dunia perkara ini. Kita kena bagitahu pada semua sbg da’i. Kita kena pergi sbg khadim bukan sebagai org yg berpangkat. Kita kena pergi bukan sbg perompak ttpi sbg org yg memberi. Kena ada mizaj khidmat. Seluruh dunia ada hak bahawa kita kena khidmat pada mrk. Semoga Allah bagi faham pada kita. Semoga Allah bagi fikir ini dlm hati kita. Dimahul mana kita berada, kena tinggalkan mahul tersebut. Musa a.s dikeluarkan dari mahul beliau. Bani Israil kata pada Musa, semalam kamu telah bunuh seorang khibti, hari ni kamu hendak bunuh saya pula.
Perkara ini sampai kpd Firaun dan Firaun sudah buat keputusan utk bunuh Musa. Firaun balas keburukan dgn keburukan. Org baling batu, kita juga baling batu. Allah s.w.t kata org itu tidak faham kerja yg sebenar nya. Wahai org beriman, ini bukan kerja kamu. Bukan balas batu dgn batu. Bukan balas keburukan dgn keburukan. Bukan balas kezaliman dgn kezaliman. Walaupun org buat keburukan pada kamu, kamu kena buat kebaikan pada dia, buat ikram, buat ihsan, buat khidmat pada mereka. Kamu kena bentuk mahul sehingga mereka terima iman. Org yg mati dlm keadaan beriman, dia akan masuk syurga. Utk bagi kejayaan pada setiap org, kita kena jumpa mrk ditempat mereka. Kita pergi bukan sbg seorg pemerintah, tetapi sebagai seorang khidmat. Dalam majlis Firaun ada seorang yg beriman. Dia telah sembunyikan iman dia kerana diluar tidak ada mahul iman. Tidak ada mahul amalan iman. Oleh kerana itu, mukmin pun tidak boleh cakap pasal iman sepertimana di bazaar hari ini tidak ada mahul iman. Dalam rumah pun tidak ada mahul iman. Dalam masjid pun tidak ada mahul iman. Tidak dibenarkan cakap pasal iman dimana2 pun. Kenapa kita dilarang cakap pasal iman dimasjid? Kerana tiada mahul dimasjid. Org mukmin hanya duduk dirumah. Oleh kerana org beriman duduk dirumah, org buat keburukan telah bergerak seluruh alam maka keburukan telah tersebar ke seluruh alam.
Kerosakan ada dimana-mana, di daratan, di lautan, semua tempat ada kerosakan. Org yg buat kerosakan sedang bergerak. Org yg tidak ada iman bergerak. Org yg merompak & mencuri bergerak. Ahli iman, mereka jadi wali Allah, mereka duduk dirumah. Oleh kerana itu, semua org punya agama dlm bahaya. Allah s.w.t kasihan pada kita, Allah s.w.t mahu buat kebaikan pada kita. Allah kasihan pada umat ini. Allah telah buat keputusan utk pelihara Islam. Sebab itulah Allah s.w.t jadikan kita da’i supaya boleh sempurnakan tggjwb, supaya boleh beri khidmat seluruh alam. Org beriman yg berada dlm majlis Firaun tadi telah keluar dan buat gasht sepertimana Maulana Ilyas rah. duduk dlm bilik di Masjid Banglawali, dia seorang ahlullah, doa utk sesiapa pun akan selesai masalah. Bapa dia pun macam itu juga. Mula2 Allah keluarkan dia dan mula bergerak. Bila org beriman bergerak, iman pun akan bergerak. Islam pun akan bergerak. Di semua tempat iman akan wujud. Islam akan wujud, kebaikan akan wujud dan keburukan akan mati sepertimana bila dtg cahaya kegelapan akan hilang. Bila org mukmin dlm majlis Firaun tadi mulakan gasht, iman bergerak dan telah sampai kpd Musa a.s. Beliau diberitahu, kamu tidak boleh duduk disini, kamu kena keluar drp Mesir. Bila kamu bergerak baru kamu akan faham kerja kamu. Kamu akan faham sifat dlm diri kamu yg penting utk kerja ini. Keluarlah segera. Oleh kerana itulah jemaah2 bergerak diseluruh dunia.
Sebagaimana seorang sahabat yg jumpa Umar r.a yg dlm keadaan marah, ditangan ada pedang, dlm perjalanan menuju darul Arqam, dia hendak padamkan cahaya seluruh alam iaitu Muhammad. Allah s.w.t telah selamatkan hambaNya. Sahabat itu tanya, ke mana kamu hendak pergi? Kalau kamu teruskan niat kamu nak bunuh Muhammad, kamu juga tidak akan hidup. Bani Abdul Manaf, bani Hashim, bani Zuhrah, saudara-mara Muhammad akan bunuh kamu. Sahabat tadi cakap perkara yg benar. Umar bertambah marah. Dalam diri dia ada batil. Mula2 dia akan marah. Umar kata pada sahabat tadi, kamu juga telah masuk Islam? Maka saya akan bunuh kamu dulu. Dia angkat pedang utk bunuh org mukmin. Org mukmin pun keluarkan pedang dia, utk balas keburukan dgn keburukan, tetapi dia telah ingat satu ayat, ‘tahan tangan kamu dan dirikan solat’. Inilah perintah utk semua org Islam di seluruh dunia. Mulakan dgn solat, belajar macamana hendak gunakan anggota kita dgn betul. Sebelum drp itu, kita tidak dibenarkan angkat senjata. Kita ingat angkat senjata adalah khidmat utk org Islam, ttpi sebenarnya ia adalah satu kezaliman. Kita ingat itu kerja org Islam ttpi sebenarnya ia adalah kerja syaitan.
Bila sahabat tadi ingat ayat tersebut, dia telah masukkan semula pedangnya. Bila org mukmin sempurnakan perintah Allah, Allah masukkan hikmah dlm hati dia. Macamana hendak selamat dari kemarahan Umar. Macamana hendak tahan pedang dia. Macam mana hendak pelihara Rasulullah s.a.w. Bila dia tunaikan perintah Allah, maka Allah bagi dia faham. Dia telah pujuk Umar. Wahai Umar, Islam yg kamu hendak padamkan telah masuk dlm rumah kamu sendiri. Ayat yg penuh dgn hikmah tadi adalah spt tuangkan minyak atas api. Umar tanya, siapa masuk Islam? Dia kata, adik perempuan kamu Umi Jamil, namanya Fatimah. Sahabat tadi telah ubah arah Umar, sebenarnya dia hendak pergi darul Arqam utk bunuh nabi. Satu org beriman telah tunaikan perintah Allah dan Allah telah ajar hikmah pada dia. Serta merta Umar telah pergi ke rumah adik perempuannya. Pintu berkunci, adik perempuan sedang buat taalim fadhail dlm rumah. Masa itu belum ada amalan lain, solat belum ada lagi. Bila buat halaqah taalim fadhail, pasti malaikat akan turun. Malaikat adalah cahaya. Ada nur dlm diri mereka, ada nur kalam Allah. Rumah adik perempuan dia penuh dgn nur-nur ini.
Hati Umar penuh dgn kufur, kufur adalah kegelapan/zulmat. Kezaliman adalah kegelapan. Dlm hati Umar penuh dgn kegelapan. Kegelapan tidak boleh lawan dgn nur. Umar ketuk pintu. Dari dlm rumah keluar suara, ‘siapa’? ‘Umar’. Sahabat tadi telah lari sebab dia tahu siapa Umar. Bila pintu dibuka, Umar tidak akan pukul adik dia, sayalah akan dipukul dulu, sptmana bila polis dtg, amir jemaah akan ditangkap dulu, kalau amir jemaah lari, org t/jawab akan ditangkap. Oleh itu, sahabat tadi telah sembunyikan diri. Iman adik perempuan Umar sudah kuat sebab buat halaqah taalim. Kalau mati dlm keadaan itu, akan masuk syurga. Dia tidak takut pada Umar. Org yg iman lemah takut tashkil. Org yg iman kuat sanggup bagi nyawa bila ditashkil. Kenapa tuan2 takut ditashkil 4 bulan? Sebab belum ada keinginan utk masuk syurga.
Kita masih lagi suka pada isteri, satu jadi dua, dua jadi tiga, tiga jadi empat. Kita masih hendak berseronok2 dlm dunia. Kalau keluar 4 bulan tidak ada keseronokan. Oleh kerana itu, kita tunduk bila ditashkil. Allah s.w.t telah tashkil kita. Kalau Allah s.w.t tidak tashkil, Allah s.w.t tidak bawa kita ke sini/markaz. Walaupun kita tunduk kepala, kita sudah ditashkil. Umar r.a punya tashkil sudah dibuat. Sudah diputuskan dia akan beriman tetapi belum lagi dizahirkan. Siapa yg selamat dari tashkil (tashkil lepas bayan), mereka tidak selamat daripada tashkil malaikat maut. Itulah tashkil yg akhir. Bila malaikat maut datang, tiada siapa boleh uzur.
Bila malaikat maut bawa kita tanpa iman, apa akan jadi dgn kita? Saya (maulana) tashkil tuan2 utk kebaikan tuan-tuan. Oleh itu, semua yg hadir ini buat keputusan, sediakan diri utk ditashkil. Ini adalah persediaan utk tashkil malaikat maut. Mula-mula kita kena bina iman kita, kita bina amal soleh, masukkan nur ilmu ilahi, masukkan muhabbat/cinta pada Allah dan Rasul, masukkan ikram supaya dpt tunaikan hak, utk dapat keredhaan Allah. Bila dtg malaikat maut, kita sudah bersedia. Perkara yg ke-6 ialah tashkil. Skrg ni kita tashkil utk buat persediaan utk tashkil yg besar. Bila ditashkil kita kata poket kosong. Macam itu juga bila malaikat maut datang hati kita kosong drp iman. Iman tidak ada, amal soleh tidak ada. Kita kata pada malaikat berilah saya peluang supaya dapat buat amal baik. Malaikat kata, tidak!, ambil nyawa dia, Tempoh kamu telah habis. Kalau diberi peluang masih kamu akan buat kerosakan. Masukkan dlm barzakh supaya dia dipukul. Kalau dia org beriman, dia akan dipukul utk sucikan dia drp dosa yg banyak. Kalau dia tidak beriman, dia akan dipukul utk tambahkan seksa.
Utk selamatkan drp semua bahaya inilah kita tashkil tuan-tuan utk keluar 4 bulan utk dtg kpd kerja kita yg sebenarnya. Keluar 4 bulan utk dpt sifat dan belajar buat kerja dakwah dan belajar khidmat pada org. Bukan utk ambil harta, bukan utk bagi pakaian, bukan utk bagi makanan ttpi macam mana Allah s.w.t masukkan iman dlm hati saya. Macamana org lain juga dpt keluar dijln Allah, dan Allah masukkan iman dlm hati mereka, dan buat amalan cara nabi s.a.w, Selepas itu, dgn solat akan dpt faedah dari kudrat Allah.
Org mukmin dlm majlis Firaun tadi telah suruh Musa keluar. Allah s.w.t yg bagi izin utk mukmin itu cakap. Musa kata, apa kamu tahu? Kamu bukan org beriman. Kamu adalah org Firaun. 40 tahun Allah suruh mereka khidmat pada saya dan tiba2 dia suruh saya keluar sepertimana org2 terpelajar dikalangan kita kata, apa! Suruh kami keluar, kamu siapa, petani, berniaga kecil-kecilan, nak suruh kami keluar. Walaupun dah dapat seluruh ilmu, kalau tidak keluar masih dlm jalan yg salah. Belajar sahaja tidak cukup. Kita belajar dan kita kena bergerak. Itu yg kita panggil amali/praktikal. Kita hanya belajar/baca iman, belajar/baca sabar, belajar/baca taqwa, ini semua kita baca sahaja. Utk org yg ada ilmu, utk dapat hakikat perkara ini kena keluar 1 tahun, utk masukkan iman dlm hati, masukkan taqwa dlm kehidupan, masukkan sabar dlm diri, nak tengok samada apa yg Allah janji atas iman, taqwa, sabar, kamu dapat atau tidak. Skrg tuan-tuan cuma baca sahaja. Tuan-tuan dpt apa? Tak dapat apa-apa. Kamu hanya tunggu utk dapat.
Allah s.w.t kata, Dia akan tunaikan janji apabila kamu beramal. Bukan dgn baca dan tunggu. Bila kita doa sahaja, itu adalah tunggu. Bila kita keluar dan kita belajar, masa itu kita doa, maka doa kita akan dikabulkan. Musa a.s telah buat persediaan dan doa. Beliau menuju ke Madyan. Beliau telah keluar drp Mesir. Beliau berdoa, ya Allah, ajarlah kerja saya kpd saya, beritahu apa kerja saya, apa yg patut saya buat, apakah tugas saya. Allah telah keluarkan Musa dari Mesir bukan tanpa maksud. Beliau mulakan perjalanan dan sampai di Madyan, disitu ada telaga air. Allah s.w.t beritahu Musa, kerja kamu ialah khidmat. Kerja kamu bukan bunuh. Ada 2 org wanita disitu bersama binatang ternakan. Kaum disitu begitu zalim, mereka minum ttpi tidak bagi 2 org wanita itu minum. Setiap zaman, org2 beragama ditentang. Musa a.s pergi utk khidmat padahal dia sendiri perlu dikhidmat. Dia org luar, dlm keadaan letih, tidak kenal sesiapa pun disana, dlm poket tidak ada duit, patutnya dia di khidmat ttpi dia disuruh khidmat pada 2 org wanita tadi.
Begitulah juga bila jemaah keluar, sampai di satu masjid, dlm keadaan letih, lapar, dahaga, amir sab kata sekarang tidak boleh rehat, keluar buat khususi gasht dan khidmat, lepas itu baru masak dan makan. Inilah yg Allah tunjuk pada Musa a.s. Kerja yg sama Allah beritahu pada Maulana Ilyas. Jangan hanya duduk di masjid. Kalau hanya duduk di masjid sebut Allah, Allah, tidak cukup. Org sakit datang dia bagi tangkal, org yg ada kes minta selesaikan kes, semua yg dtg dgn masalah minta Maulana Ilyas selesaikan masalah mereka. Telah datang satu keadaan di mana Maulana Ilyas pun jadi takut. Ilyas, apa kamu buat? Kamu jadi doktor, hakim, kamu ubah takdir umat. Satu peristiwa telah berlaku, semua takwil-takwil yg dia telah tulis telah dimasukkan dlm peti dan ditanam. Siang dan malam dia fikir, ya Allah, apa kerja saya? Siang malam tidak tidur tidak makan. Telah datang kerisauan dlm hati dia, maka Allah ajar kerja ini pada dia. Dia telah keluar dari Nizamuddin dan pergi ke Mewat. Walaupun satu orang tetap keluar kerana Allah bersama kamu. Bila bergerak baru kerja akan berjalan.
Bila bergerak baru akan faham kerja. Musa a.s telah keluar dari Mesir dan pergi ke Madyan, Maulana Ilyas telah keluar dari Nizamuddin dan pergi ke Mewat. Dgn pergerakan inilah kerja ini sampai ke seluruh alam. Kalau semua yg ada disini (markaz) bergerak, kerja akan sampai ke seluruh dunia dan iman akan sampai ke seluruh alam. Kita kena faham dan kena buat kerja kita yg sebenarnya. Utk belajar kerja ini kita kena keluar. Ini bukan kerja kita, ini kerja rasulullah s.a.w. Oleh kerana nabi s.a.w adalah khatamun nabi, nabi yg akhir, maka kita dapat kerja ini. Kita dpt satu kerja yg besar. Umat ini bukan dicipta utk duduk dirumah. Kita dibenarkan utk kahwin empat, supaya kemana2 kita pergi boleh kahwin disana tetapi pada masa ini belum dibenarkan lagi, nanti kerja akan rosak. Kenapa? Sebab kerja tabligh belum mula dan kita kahwin supaya org itu jadi mertua/menantu kita dan agama akan sampai ke rumah dia. Semasa Abu Sufian belum beriman, dia telah kumpulkan org2 muda di Mekah. Dia sediakan mereka bertentangan dgn nabi. Mereka buat latihan tentera, belajar memanah, belajar lawan pedang, belajar naik kuda. Dlm pada itu, anak perempuan dia, Ummu Habibah, telah beriman dan telah berhijrah dgn suaminya ke Habsyah.
Suami dia telah meninggal dunia. Dia masih kekalkan iman dan raja di sana telah nikahkan dia dgn Rasulullah s.a.w. Bila sampai Madinah, Abu Suffian dapat tahu anaknya telah berkahwin dgn rasulullah s.a.w. Abu Suffian pun terdiam. Dia tidak cakap lagi pasal perang, tidak cakap pasal latihan. Semua pemuda datang dan tanya bila hendak serang Madinah? Dia diam. Mereka tanya, apa sudah jadi? Kamu telah sediakan kami tetapi sekarang kamu diam. Abu Sufian tanya balik, adakah satu org yg lebih baik dari Rasulullah s.a.w? Mereka semua kata tidak ada. Kalau begitu, kenapa perlu kita perangi beliau. Kenapa jadi begini, sebab rasulullah sudah jadi menantu kpd Abu Suffian. Bila org dakwah bangun buat usaha dakwah, baru perkara ini akan wujud. Musa a.s bagitahu kaum tersebut, bagilah wanita ini ambil air, mereka wanita yg baik, beriman dan sentiasa pelihara diri mereka.
Kaum tersebut marah dan mereka memang tidak suka kpd org yg buat usaha dakwah. 10 org telah dtg dan angkat satu batu yg besar dan tutup telaga tersebut. Mereka sengaja tidak mahu bagi wanita itu minum. Musa a.s, dgn lafaz bismillah, telah angkat batu tersebut seorang diri. Dia suruh wanita tadi dan semua binatang peliharaan dtg ke telaga utk minum air. Mereka tidak tanya nama, dari mana, kenapa datang. Selepas khidmat mereka terkesan. Mereka semua balik rumah. Musa a.s baring dibawah pokok. Dia tawajjuh pada Allah dan minta supaya masalah dia diselesaikan. Allah kata, kalau kamu hendak selesaikan masalah kamu, kamu bantulah org yg bermasalah. Kalau kamu hendak selesaikan masalah akhirat kamu, kamu kenalah buat kerja utk selesaikan masalah akhirat org lain. Kalau kita hendak masalah dunia kita selesai pun, kita kena buat kerja supaya semua org di dunia diampunkan. Apabila Allah s.w.t maafkan mereka, Allah s.w.t akan selesaikan masalah dunia mereka.
Org yg tidak dimaafkan didunia maka masalah dunia mereka tidak akan selesai. Di akhirat mrk dlm kegagalan yg besar. Di dunia, apa yg Allah bagi adalah utk menyusahkan mereka. Allah jadikan mereka pemerintah tetapi iman tidak betul, amal tidak betul, mereka akan susah. Allah bagi kedai tetapi Allah akan susahkan mereka. Siapa yg menolak agama, maka apa-apa yg mereka dapat pun, mereka akan dpt dalam keadaan susah. Utk sempurnakan keperluan dunia kita adalah t/jawab Allah. Utk org yg beriman, Allah akan sempurnakan dgn ketenangan. Org yg mungkar, Allah akan sempurnakan dlm keadan yg susah. Dlm umat ini, org yg iman paling kecil pun mereka dlm keadaan senang. Org yg beriman, amal agama, mereka dlm keadaan tenang, 8 tahun kahwin, dapat 8 anak. Manakala org dunia, bukan 8 anak, 2 anak sahaja pun dah susah. Kenapa? Dlm diri tidak ada agama.
Dgn khidmat, nabi Musa a.s telah sampai ke mahul iman. Beliau telah sampai ke rumah nabi Shuaib a.s. Allah bagitahu kerja kamu adalah khidmat. Dlm mahul iman org beriman berkhidmat. Anak perempuan Shuaib syorkan pada bapanya supaya jadikan Musa a.s sbg pekerja. Dia ada kekuatan yg luar biasa, kekuatan 10 org. Dari telaga tadi hingga ke rumah Musa tidak tengok saya. Dia adalah seorg yg amanah. Kalau dpt org mcm ni jadi pekerja pasti akan dpt kejayaan. Org yg amanah dan ada kekuatan. Bila keluar 4 bulan jadi org yg beriman dan beramanah, maka seluruh dunia akan minta org seperti tuan2 utk jadi pekerja. Bukan shj nak ambil jadi pekerja, bahkan akan jadikan tuan2 sbg menantu. Sepertimana Shuaib a.s kata Musa patut dijadikan menantu.
Maka dia telah dikahwinkan. Bila dah kahwin, 8 tahun kena khidmat. Org yg belum kahwin selalu doa supaya dapat isteri yg ada agama. Bila tuan akan dpt isteri yg beragama? Bila kamu sendiri jadi org yg beragama. Musa a.s org yg beragama dan dia dapat anak nabi sbg isteri. Isteri yg faham kerja yg akan diambil dari nabi Musa. Kalau isteri nabi musa mcm isteri kita mcm mana nak buat usaha dakwah? Bila kita bagi nama dan balik rumah, rumah akan jadi medan peperangan. Mula2 kena jadi org yg layak buat usaha agama, lepas itu baru Allah akan bagi isteri yg layak utk kita. Kalau kita sudah kahwin, masih belum terlambat, keluar 4 bulan belajar amal dakwah. Wujudkan sifat dakwah dlm diri kamu dulu. Bila balik dari 4 bulan, mulakan ta’alim dirumah, insya’allah, Allah akan jadikan isteri kamu sebagaimana isteri nabi Musa a.s. Bila-bila nak keluar pun boleh, bila balik rumah dia akan marah. Tetapi sekarang bila nak keluar tidak boleh sebab tidak ada ta’alim dirumah.
Oleh kerana itu, org2 lama pun tidak dpt keluar 4 bln tiap2 tahun, tidak boleh keluar 10 hari tiap2 bln dan tidak boleh bagi 8 jam tiap2 hari. Kalau kita mahu isteri sbgmn Musa a.s kena hidupkan ta’alim dirumah. Barulah isteri akan jadi org yg korban. Dlm hati dia pun akan ada fikir sama mcm fikir dlm hati tuan2. Skrg kita hanya telah keluar 4 bln shj, telah belajar amal dakwah, ttpi sifat dakwah belum ada lagi dan khidmat kpd org belum kita buat lagi. Bermula di rumah dgn hidupkan taalim dan mulakan 5 amal masjid. Allah beritahu pd nabi s.a.w, mula2 betulkan diri kamu dan juga keluarga kamu. Kena khidmat macam mana hendak masukkan iman dlm hati mereka, hidupkan taalim fadhail. Bentuk jemaah dimasjid kita dan buat gasht ke rumah2 jiran kita supaya mereka pun dat agama. Allah beri usaha dakwah kpd kita. Bentuk jemaah 3 hari dan keluar drp kawasan kita dan buat usaha di kampung berdekatan.
Barulah kita dpt sempurnakan hak mereka. Keluar 4 bulan setiap tahun, mesyuarat dgn syura samada dlm negeri atau luar negeri. Barulah kita dpt kemampuan utk sempurnakan hak semua manusia. Selama 8 hingga 10 tahun nabi Musa buat khidmat, baru Allah bagi dia kerja. Dia disediakan utk Mesir. Allah hendak ambil kerja dari Musa a.s. Allah masukkan dlm hati dia fikir hendak balik ke rumah. Semua org Mesir kata, habislah Musa. Musa kata lepas 10 tahun balik mungkin siapa pun tidak kenal dia. Dia pergi dgn isteri dan kambing2. Perintah Firaun utk bunuh dia sudah tamat. Slps 10 tahun punya khidmat, Allah hendak bagi ganjaran pada dia. Bila kita buat usaha tempatan barulah Allah akan bagi ganjaranNya.
Allah akan jadikan kita layak utk buat kerja. Bila? Slps keluar 4 bln. Kalau kita tak keluar 4 bln, ttp buat usaha tempatan, kita tak boleh selesaikan masalah, kita akan dpt pahala, ttp kita tak akan dpt buat kerja dgn sempurna. Kita tak dpt hendak sempurnakan hak org. Kalau kita bg makan pd org lapar, itu tidak cukup. Kita kena pergi jumpa org itu banyak kali, utk ambil kerja dakwah, berulang2 kali jumpa sehingga Allah kesian dgn kita. Samada Allah bagi dia iman, atau Allah bawa dia belajar iman iaitu keluar 4 bln, belajar usaha dakwah, masukkan sifat dakwah dlm diri dia. Dlm perjalanan ke Mesir, Musa a.s sampai ke gunung Thur, padang pasir Sinai. Mlm hari di padang pasir sgt sejuk. Isteri dia kesejukan. Org kata isteri dia sakit hendak bersalin. Sebenarnya bukan sakit hendak bersalin. Tidak ada sesiapa pun boleh tahan sakit bersalin. Kalau tidak sakit, doktor akan bagi injection supaya sakit. Tanpa sakit anak tidak boleh keluar/lahir. Oleh itu, akan sampai kesusahan utk org yg buat usaha dakwah.
Kita kena doa minta hidayat drp Allah. Org yg kita takuti pun kita kena doa hidayat utk dia dan supaya dia keluar di jalan Allah. Allah berkuasa. Sepertimana Rasulullah s.a.w doa utk Umar r.a, Allah bagi dia taufik dan Islam. Bila Allah bagi hidayat? Bila dia sampai di rumah adik perempuan dia. Disana ada halaqah taalim. Bila pintu dibuka, adik telah dipukul dgn belakang pedang. Darah telah keluar drp kepala. Umar kata, kamu telah tinggalkan agama nenek moyang. Bila belum keluar 4 bln, mereka curi, bohong, buat keburukan, kita tidak marah tetapi bila dah keluar 4 bln, buat amal baik, kita marah dia, kita kata dia dah rosak. Fahaman org Islam sudah terbalik. Org yg sudah dibentuk mereka kata dah rosak. Org yg rosak kita kata dia baik. Org yg dah keluar 4 bln, bina iman bina amal, kita kata dia sudah rosak. Bapa kata anak dia dah rosak, majikan kata pekerja dia dah rosak, apa sudah jadi, dia tidak ambil rasuah lagi. Dunia sudah cakap perkara yg terbalik.
Adik ipar Umar yg berdiri diblkg, dan berkata kalaulah agama baru ini benar, tetapi dia juga telah dipukul oleh Umar. Bila isteri tengok abang telah pukul suami, adik perempuan telah pegang tangan Umar. Umar angkat tangan sebelah lagi dan tampar. Tanda 5 jari atas muka. Adik kata pada abang, ambil nyawa saya, cincang badan saya, dan campak daging di lorong2 bagi anjing makan, semua ini kami sanggup buat tetapi kami tidak sanggup tinggalkan Islam, tinggalkan iman. Apa sahaja kamu hendak buat, buatlah. Bila seorang mukmin telah buat korban, cakapnya sgt berkesan. Hati yg keras macam batu pun jadi lembut. Mengalir air mata Umar. Umar kata pada diri sendiri, apa kamu sudah buat wahai Umar, dia adalah adik perempuan kamu sendiri, kamu sudah pecahkan kepala dia, tampar dia, apa salah dia, apa dosa yg dia telah buat. Umar lihat kertas yg tertulis ayat Quran. Dia tanya, boleh saya baca. Wahai abang, ini adalah kalam rab’ saya, kalam yg suci, kamu tidak suci, kamu tidak boleh baca. Kalau nak baca pergi mandi dulu. Umar pergi mandi, dan selepas itu ambil mashaf itu dan baca. Permulaan surah Taha. Bila baca ayat itu, dia gementar. Wahai adik, kalau nak masuk Islam kena buat apa? Bila cakap macam itu, sahabat yg lari tadi, Khabab, telah datang semula. Dia kata, malam tadi Rasulullah s.a.w telah doa pada Allah utk hidayat samada utk Umar Khatab atau Umar Hisham. Yg mana diantara mereka ini yg kamu lebih suka, dgn mereka ini agama boleh disebarkan. Allah telah terima doa rasulullah utk kamu, Umar Khatab. Bila dizahirkan? Bila adik perempuan telah ditampar dan darah mengalir.
Oleh itu, tuan2, apa shj doa yg baginda s.a.w telah buat utk umat ini, selagi umat ini tak buat kerja yg tlh diberi kpd kita, selagi itu doa tidak akan diterima utk umat. Buatlah kerja ini, jadi dai, mulakan usaha dakwah, semua doa2 yg diminta oleh Rasulullah s.a.w akan dizahirkan. Lepas itu umat akan jadi baik/betul. Skrg ini, umat ini, janggut pun tidak ada lagi. Allah telah tukarkan wajah umat ini kerana tinggalkan usaha dakwah, dpd wajah macam baginda s.a.w sudah tukar jadi wajah macam org kafir. Pakaian pun sudah bertukar. Masih lagi kita tidak faham. Kalau kita mahu selamat kena keluar dari keadaan ini. Kalau kita mahu doa nabi dizahirkan, keluar 4 bulan dan belajar amal dakwah. Hadirkan sifat2 dakwah dlm diri. Mulakan usaha dakwah. Allah telah pun buat keputusan utk umat ini. Keputusan itu pun akan dizahirkan. Saya dan tuan2 dengar perkataan agama, duduk dgn penuh tawajjuh, ini adalah tanda2 bahawa Allah telah buat keputusan. Allah telah buat keputusan utk jadikan umat ini sepertimana Allah telah buat dahulu. Umat ini dijadikan sebagai umat supaya mewarisi dunia.
Allah s.w.t mahu kita jadi pemimpin dlm alam ini. Allah mahu kita bangun atas pengorbanan dan Allah akan zahirkan keputusannya. Ini lah perkara yg ditunggu2. Mula2 belajar iman, lepas itu selamatkan iman, lepas itu tingkatkan iman, lepas itu Allah akan zahirkan keputusanNya. Bila keputusan Allah dizahirkan, semua kaum dlm dunia akan ikut umat ini. Musa a.s smpi ke gunung Thur, isterinya sejuk, bukannya sakit. Utk selamat dari sejuk, perlu api. Musa nampak api di gunung Thur. Org kata dia sakit nak lahirkan anak. Adakah org sakit beranak perlukan api? Dia tidak sakit, dia sebenarnya sejuk. Org yg dah smpi ke padang pasir Sinai akan tahu betapa sejuk tmpt tersebut. Saya dah sampai, seluruh mlm saya dlm keadaan sejuk. Musa minta izin, nak pergi cari api. Musa naik bukit Thur. Dlm hati Musa ada isteri dan cuba nak selesaikan masalah sejuk. Tuan2 yg dtg sini/markaz nak dgr bayan pun dlm hati ada isteri. Yg dtg bawa isteri dlm hati tak akan faham apa yg saya cakap. Perkataan Allah dan rasul tidak blh difahami dlm keadaan mcm itu. Oleh itu, keluar satu suara, Allah panggil Musa, wahai Musa, Aku adalah rab kamu. Musa terkejut. Dia ketakutan. Drp mana rab saya panggil saya. Tawajjuh pada rab sehingga isteri tlh keluar drp hati. Allah bgth Musa, kerja kamu ialah dakwah. Kamu kena khidmat pd semua kaum di Mesir.
Khidmat yg paling besar ialah semua mereka dpt iman dan supaya bani Israil dtg pada agama. Utk khidmat ini kamu perlu ada yakin yg betul dlm hati. Kena ada ilmu Allah, kena ada taat pada Allah, kena ada sifat ikram, kena ada ikhlas. Semua ini telah diletakkan oleh Allah dlm diri Musa a.s. Utk bawa Musa pada kerja ini, Allah zahirkan kudratNya. Seblm zahirkan kudrat, Allah tanya soalan pd Musa, apa yg ada ditangan kamu wahai Musa? Musa kata ini tongkat saya dan saya guna tongkat ini utk bersandar dan guna utk kait daun utk kambing makan. Semua kerja dibuat dgn tongkat ini. Semua kerja selesai dgn tongkat ini. Kita pun cakap perkara yg sama hari ni, kerja saya selesai dgn kedai saya, dgn pejabat saya, dgn ladang saya. Allah perintah Musa campakkan tongkat tersebut. Wahai org beriman tinggalkan kedai, ambil cuti drp kerja, tinggalkan ladang selama 4 bulan, lihat samada masalah selesai dgn perniagaan, pertanian, pejabat, atau dgn Allah. Bila campak tongkat bertukar jadi ular. Skrg mcm mana? Allah yg selesaikan masalah atau tongkat yg selesaikan masalah? Bila keluar jln Allah, barang hilang, duit hilang, kita pun jadi takut, fikir macam mana nak habiskan cillah, duit dah tak ada. Kenapa mesti takut? Duit hilang tapi rab kamu tidak hilang. Rab bersama2 kamu. Allah akan selesaikan masalah. Tengok nusrah Allah. Utk faham perkara ini kena keluar 4 bln tiap2 tahun.
Allah suruh Musa pegang ular, sepertimana bila keluar di jln Allah, bila dtg kesusahan baru akan nampak nusrah Allah. Bila kita keluar dlm kesusahan barulah iman dlm diri akan dibentuk. Bila Musa pegang ular, barulah dia faham kudrat Allah. Tangan bercahaya spt matahari. Selepas itu datang perintah. Pergi jumpa Firaun kerana dia sudah sombong. Pergi utk khidmat pada dia. Beritahu dia tentang iman. Bukan dgn usaha dia akan dapat kejayaan, tetapi dgn iman akan dapat kejayaan. Kejayaan bukan dlm kerajaan. Bila mati dlm iman, akan masuk syurga. Beritahu pada Firaun dgn lemah lembut, bukan dgn marah. Kalau tidak mahu terima, jangan pukul dia. Bunuh Firaun bukan kerja kamu. Walaupun kamu mempunyai kaum yg ramai dan besar, jangan bakar rumah org khibti, jgn rompak kedai mereka, jgn rosakkan pertanian mereka. Hanya bagi iman pada mereka. Kalau org tentang kita, jangan marah dia, jangan bunuh dia, ini bukan kerja org beriman, ini kerja syaitan. Kerja org beriman ialah macam mana org lain dpt iman dan semoga Allah betulkan akhlak mereka, dan Allah beri agama pada mereka. Musa a.s telah lihat kudrat Allah. Datang arahan utk tashkil. Dia tidak tundukkan kepala. Dia tidak bagi apa-apa alasan. Dia kata, ya Allah, saya sedia.
Musa minta dgn Allah, bukalah hati saya, mudahkanlah kerja ini, saya gagap, org tidak faham cakap saya, mudahkanlah percakapan saya dan jadikanlah adik saya, Harun, sebagai nabi. Datang jawapan dari Allah, apa yg kamu minta semua sudah ditunaikan. Ada lagi satu perkara yg Musa kata pada Allah, saya dah buat satu kesilapan, saya dah bunuh satu org khibti, kalau saya pergi sana, sudah tentu saya akan dibunuh atau dimasukkan dlm penjara. Datang jawapan dari Allah, Tidak, Aku bersama2 dgn kamu berdua. Kalau kita tidak keluar 4 bulan, dan tidak masuk dlm hati kita, bahawa Allah bersama kita, maka kita tidak boleh buat kerja makami. Bila balik dari 4 bulan, apa nak buat, dirumah tak ada mahul, dimasjid tak ada mahul, tidak ada siapa nak dengar, bapa marah, mak marah, keluar 4 bulan masih lagi tak belajar bahawa Allah bersama kita. Balik dgn penuh berani dan bentuk jemaah masjid. Allah yg akan buat semua perkara. Mahul rumah akan dibina, mahul masjid akan dibina. Allah kata, bukan kamu yg buat, Aku yg buat. Allah punya kerja utk bawa manusia kpd kerja ini.
Musa a.s telah yakin dan mula bergerak. Org yg balik 4 bulan tak buat kerja, knp? Yakin tak betul. Musa a.s sampai Mesir, dia tak balik rumah. Kalau balik rumah dulu, usaha dakwah jadi lambat dan suasana akan rosak. Dia terus pergi jumpa Firaun bersama isteri. Mulakan kerja. Bila kerja mula, datang amaran yg pertama. Allah tarik fahaman firaun. Dia tidak boleh faham apa kudrat Allah. Dia nampak segala kekuatan Allah tetapi tidak faham. Dia kata, tengok org ini, tak ada apa-apa, tak ada harta, cakap pun susah nak faham. Da’i memang tak ada pa-apa. Sekarang pun org Islam anggap org yg buat usaha agama tak ada apa-apa. Oleh itu, mereka anggap kerja ini tak ada apa-apa. Oleh itu, mereka tidak bangun utk buat pengorbanan. Kalau tidak bangun utk pengorbanan macam mana nak jadi da’i. Nabi Musa a.s terus buat kerja, bawa bani Israil kpd agama. Bila semua dtg 100% kpd agama, Musa telah doa dan Firaun serta kaumnya telah tenggelam.
Tuan2, kerja kita adalah kerja dakwah. Inilah kerja yg paling besar. Allah kata inilah perkataan yg paling baik. Tanpa syak dan was2. Sahabat telah telah korban utk bina jalan ini. Allah s.w.t telah pun hidupkan agama. Allah telah sempurnakan agama. Agama telah hancur dan kerja kita adalah utk hidupkan kembali agama. Utk ini, kita kena keluar 4 bulan dan belajar usaha dakwah. Masuk kan sifat dakwah dlm diri. Bila balik, kita kena buat kerja dikalangan org Islam. Allah akan bagi mereka keluar 4 bulan. Semua akan belajar usaha dakwah. Mereka juga akan dpt sifat dakwah. Kita kena fikir dan risau macamana semua manusia dpt iman. Apb org Islam buat kerja yg mana maksud mrk diwujudkan, maka Allah akan zahirkan apa yg Dia telah putuskan. Kita kena dtg kpd kerja. Setiap masjid kena hidup kan usaha. Setiap rumah org Islam kena hidupkan kerja. Kita kena hidupkan iman di seluruh alam. Dgn bani Israil, Allah minta 40 tahun utk bina iman, utk dpt baitulmaqdis. Utk kita hari ini, minta 4 bulan shj supaya kita dpt iman. Jgn takut, dgn penuh harap pada Allah, kita bangun utk 4 bln, insya’Allah. Semoga Allah s.w.t terima kita semua.
No comments:
Post a Comment