(07/01/2001 - Tongi 2001). Tuan2 yang mulia. Allah swt telah memberi tugas nabi dan rasul kepada kita. Semua umat ini lelaki dan perempuan, tua, muda, pemerintah, rakyat bertggjwb membawa kerja nabi2 ke seluruh alam. Maksud hidup nabi adalah maksud hidup umat ini. Dimana ada org Islam di dunia ini samada di utara, di selatan, di timur dan di barat adalah bertggjwb meneruskan kerja nabi sebagai kerja mereka. Walaupun di rumah org Islam yg tiada makanan ia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Walaupun pada nenek tua atau datuk tua yang sedang terlantar sakit diatas katil, dia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Jika umat ini meniru-niru sahaja pun kerja Nabi, Allah swt akan jadikan asbab hidayat seluruh alam. Lebih2 lagi jika umat ini secara menyeluruh membuat kerja Nabi, Allah swt akan mempercepatkan penyebaran hidayat ke seluruh alam.
Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala2nya. Apabila kita membawa hukum-hakam Allah, Allah swt akan redha dgn kita. Kita perlu keluarkan ghairullah dlm hati dan bergerak ke seluruh alam membetulkan yakin yg salah dikalangan umat di seluruh alam. Sahabat dan Baginda Rasullullah saw telah membuat usaha hidayat di seluruh alam walaupun bilangan mrk sedikit, mereka telah mengambil kerja nabi sbg maksud hidup mrk, maka Allah swt telah jadikan mrk asbab hidayat ke seluruh alam. Hari ini kita perlu bertaubat kerana belum menjadikan kerja dakwah sbg maksud hidup kita. Kita perlu bertaubat bersungguh2 dgn hati yg tulus ikhlas kerana lalai dlm membuat kerja dakwah. Org Islam hari ini telah lalai utk menjadikan kerja dakwah sbg maksud hidup mrk dan tidak menyedari bahawa sesungguhnya mrk telah dijadikan oleh Allah swt asbab hidayat seluruh alam.
Tuan2 yg mulia. Kita perlu bertaubat dan sediakan org lain bertaubat, kerana tidak menjadikan kerja dakwah sbg maksud hidup kita dan maksud hidup mrk, supaya Allah swt dgn ini tidak melihat kita dgn kemurkaanNya. Kita bukannya pekilang, pekerja pejabat, doktor, peguam, petani dan sebagainya. Kita sebenarnya naib/pembantu Nabi dan perlu bergerak ke seluruh alam. Hari ini kita banyak menzalimi diri sendiri dan menzalimi umat seluruh alam. Oleh itu kita perlu berdoa, “Ya Allah, ampuni dosa saya dan akan dtg, saya berjanji utk menjadikan kerja nabi sbg kerja saya”. Kita perlu letakkan seluruh dunia medan kerja kita. Keburukan yg akan wujud apb kita tidak menjadikan maksud hidup nabi, iaitu kita tidak ada risau kehidupan selepas mati. Oleh itu kerja nabi bagaimana utk menyediakan diri dan umat seluruh alam perlu dijadikan kerja utama kita. Allah swt beri kita kalimah Laillahailllah.
Seorg yg mengucapkan kalimah ini walaupun kufur dan syirik selama 80-100 tahun, semua dosa2nya Allah swt akan ampun kan. Kita perlu sediakan manusia dimana berada untuk bertaubat kepada Allah. Dgn usaha kita itu seolah2 kita telah mengalihkan kemurkaan Allah swt kpd umat ini ya tidak menjadikan kerja nabi sbg kerja mrk. Kita perlu sediakan umat seluruh alam utk menjadikan kerja nabi sbg kerja mrk. Semua yg ada dlm ijtimak ini perlu disediakan bagi melaksanakan maksud hidup nabi. Allah swt telah jadikan kita asbab hidayat seluruh alam. Umat ini sebenarnya telah dijadikan oleh Allah untuk asbab hidayat seluruh alam. Apb umat ini melaksanakan kerja ini, Allah swt akan pancarkan cahaya hidayat ke seluruh alam. Usaha ini tidak memerlukan kerajaan, wang ringgit dan sbgnya.
Org yg terlantar sakit di katil juga bertggjwb utk hidayat seluruh alam. Org yg membuat kerja agama, Allah swt akan mudahkan asbab mereka. Org yg dtg ke masjid ia adalah tetamu Allah swt. Kita perlu bertaubat kerana kita salah faham dan tidak menjadikan dakwah maksud hidup kita, kita keluar bukan untuk 4 bulan, 40 hari atau satu tahun sahaja. Kerja kita bukan untuk sesuatu masa, tetapi seluruh hidup kita perlu kita wakafkan untuk menyempurnakan tggjwb agama yang Allah swt beri kepada kita. Sejauh mana tggjwb yang Allah swt berikan kita ambil, sejauh itu bantuan Allah swt datang kepada kita. Kita perlu letakkan di depan kita sama ada umat seluruh alam telah beriman kpd Allah swt atau belum. Utk menyeru manusia kpd Allah swt, tidak memerlukan wang ringgit ttp kita perlu redha dgn bantuan Allah swt. Hadratji Inamul Hassan rah. pernah berkata, ‘kamu ada hak pada diri kamu, keluarga kamu dan umat seluruh alam, kamu tidak dpt menyempurnakan hak2 itu jika tidak menjadikan kerja nabi sbg kerja kita’.
Satu mahfum hadis nabi, di akhirat nanti seorg akan memegang org lain walaupun tidak kenal org itu. Org itu mengatakan ketika saya melakukan kemungkaran dahulu di dunia, tuan tidak pernah mencegahkannya. Kerja agama tidak perlu wang tetapi perlu penerimaan Allah swt. Allah swt telah hantarkan kita utk ke seluruh alam hingga hari kiamat. Kita tidak perlu menjadi khalifah utk mana2 Sheikh, kita perlu melihat umat ini samada telah menjadikan dakwah sbg kerja mereka atau belum. Bani Taqif lambat menerima Islam, mereka pun bertggjwb utk membawa kerja nabi ke seluruh alam. Kita semua mampu utk membawa kerja nabi ke seluruh alam. Allah swt yg membuat segala2nya. Kita makhluk tidak ada daya upaya. Kesusahan, kerugian yg dtg apb kita membuat kerja nabi kita perlu lihat perintah Allah swt. Apb susah atau lapar, apa perintah Allah swt ketika itu. Kita semua bertggjwb menyampaikan keesaaan Allah swt ke seluruh alam dan memberitahu dan menyediakan umat seluruh alam utk membuat kerja nabi. Setiap org, yg menjual roti, penarik beca, derebar kereta, penyapu sampah, guru, doktor, peguam dan seluruh umat adalah dihantar utk sumber hidayat ke seluruh alam. Semua manusia, orang Islam seluruh alam bertggjwb dgn kerja nabi. Pemandu beca juga bertggjwb membawa kerja agama di pekan mereka dan seluruh alam.
Hari ini kita tidak bertaubat kpd Allah swt krn tidak merasa satu kesalahan meninggalkan kerja nabi sbg maksud hidup. Kampung demi kampung penduduk di situ perlu dibangunkan dgn kerja dakwah sbg maksud kerja mrk. Kita perlu beritahu manusia fadhilat2 ia mengamalkan agama. Seorg yg mengucap kalimah syahadah 100 kali setiap hari, esok dlm kehidupan akhirat dia akan dibangkitkan dgn muka bercahaya. Kita perlu jumpa umat dari pintu ke pintu, sediakan mrk utk menjadikan kerja nabi sbg kerja mrk. Apabila kita sibukkan diri dgn kerja ini, esok dlm kehidupan akhirat akan dibangunkan bersama2 nabi2 dan anak dan isteri kita akan dibangkitkan bersama2 anak dan isteri2 nabi. Tuan2 yg mulia. Semua amalan kita perlu kita buat dgn cara Nabi saw. Apb kita bangun membuat kerja agama cara Nabi, Allah swt akan turunkan keberkatan. Sesuatu kerja yg kita buat perlu kita belajar bagaimana kerja yg dibuat oleh Nabi saw. Kita perlu bertaubat dan jgn cerita ghairullah kpd sesiapa pun kecuali mengadu kpd Allah. Walaupun kita berlapar selama 3 hari, jgn mengadu kpd makhluk, Allah swt akan beri rezeki yg halal selama satu tahun.
Tuan2 yg mulia. Apb kita melihat seseorg melakukan kemungkaran, kita perlahan2 jumpa mereka beritahu kemungkaran itu dan nangis2 berdoa kpd Alla swt semoga Allah menjauhkan mrk dari kemungkaran itu. Kita perlu fikir bagaimana umat di seluruh dunia membuat kerja nabi dan jgn lihat poket kita dan doa pada Allah, “Ya Allah, ambil kerja dari saya dan hantar saya ke seluruh alam dan kita perlu sayang kpd semua org Islam krn mereka semua telah dijadikan asbab hidayat kpd umat seluruh alam. Kita perlu sediakan setiap penghuni rumah utk bangun membuat kerja nabi dan kita perlu usahakan tidak seorg pun di kampung kita yg tidak bersolat di masjid. Kita perlu belajar kerja agama dgn cara Nabi saw. Kita perlu fikir di tempat mana2 di dunia perlu dihantar jemaah. Kita perlu fikir dari masjid kita jemaah boleh dihantar ke seluruh alam. Kita perlu hubungkan setiap org Islam dgn masjid. Kita perlu hidupkan masjid di seluruh alam dgn amalan masjid Nabi. Kita perlu sediakan kawan2 kita untuk maksud kerja ini. Kita perlu bergerak dari kampung ke kampung untuk membuat kerja Nabi ini.
No comments:
Post a Comment