Monday, January 5, 2015

BAYAN MAULANA MUSTAKIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 06/09/97). Maulana menjelaskan kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dihubungkan dengan usaha suci murni ini. Jika kita dapat menyempurnakan hak kerja ini pasti sekali lagi Allah s.w.t akan menyebarkan hidayahnya di seluruh dunia seluruh alam. Sesungguh nya Allah s.w.t yang membuat pilihan siapa yang dipilih utk membuat usaha agama. Sebagaimana Allah memilih para nabi dan ambia. Allah s.w.t menurunkan agama yang sempurna adalah untuk menafaat insan. Cara bagaimana untuk membuat usaha juga Allah telah tunjukkan. Semua tertib dan usul datang daripada Allah dan bukan ciptaan manusia atau cadangan manusia. 

Sesungguhnya Allah s.w.t dengan kudratNya mengambil usaha dari seseorang manusia. Sebagai contoh bagaimana Allah mengambil usaha dari Baginda Rasulullah s.a.w. Rasulullah sebelum dapat kerja kenabian tidak pernah menyembah berhala. Baginda dipanggil Al-Amin iaitu manusia yang paling dipercayai di Mekah, sehingga Baginda dipilih meletakkan batu Hajar Aswad. Kemudian Allah s.w.t telah gerakkan hati Baginda bertafakur dengan Allah di Gua Hiraq. Dalam gua, Hadzrat Jibrail a.s telah datang berjumpa dengan Baginda yang memeluk Baginda dengan kuat dan meminta Baginda membaca surah Iqrak, tetapi Baginda  menyatakan Baginda tidak boleh membaca. Jibrail a.s telah mengulangi sebanyak 3 kali dan dengan kudrat Allah barulah Baginda s.a.w dapat membaca surah itu.

Dlm membuat usaha agama jgn lihat kebolehan dan kepandaian kita, tetapi lihatlah kudrat Allah s.w.t yg berkuasa di atas segala2nya. Sebagaimana contoh yg ditunjukkan dpd perihal Baginda Rasulullah s.a.w, walaupun Baginda seorg ummi, ttpi apabila Allah s.w.t telah membuat keputusan hendak mengambil usaha agama dari Baginda maka walaupun Baginda seorg yg ummi Allah s.w.t sendiri yg menjadi pembimbing Rasulullah s.a.w. Apb Baginda turun dari gua Hiraq, Baginda berasa bimbang bagaimana hendak membuat kerja berjumpa kaumnya, bagaimana hendak membawa seluruh hati penduduk Mekah tunduk kpd Allah, sehingga Baginda demam apabila sampai ke rumahnya dan meminta isterinya menyelimuti tubuh badannya. 

Baginda telah dipujuk oleh isterinya Saidatina Khadijah dan memberi kata2 semangat. Bahawa Baginda adalah seorg yg telah banyak memberi khidmat kpd penduduk Mekah, membantu fakir miskin, janda2, selalu memegang amanat, takkan kaumnya akan menolak Baginda. Seterusnya isterinya membawa Baginda berjumpa bapa saudaranya iaitu Warakah bin Naufal. Sepupunya menyatakan alangkah bahagianya sekiranya beliau berada di saat Baginda dihalau keluar oleh org2 Mekah. Kebimbangan Nabi telah bertambah. Nabi telah membuat usaha seorg diri. Berbagai rintangan telah diterima oleh Baginda. Sebelum usaha Nabi, tawajjuh sahabat2 Nabi kpd makhluk bukan pada Allah, sama keadaan kita sebelum kita buat dakwah tabligh, ttp sehingga skrg pun yakin kita pada makhluk masih belum dpt dikikis pada hati. 

Sahabat2 Nabi seperti Bilal dlm keadaan di heret di atas bara api, di hati beliau keluar Allah Yang Esa, Allah Yang Esa. Dgn keadaan ini Allah campak iman dlm hati mereka. Satu cara utk selesaikan masalah ialah melalui solat, tetapi solat kita hari ini masih tidak betul bagaimana hendak mendpt bantuan Allah.  Kita yg membuat usaha masih melihat keburukan org lain. Baginda membuat usaha jumpa org dan sediakan org utk buat usaha. Selama 13 tahun Baginda membuat usaha di Mekah, segala bentuk penderitaan dialami oleh Baginda. Segala bentuk kesusahan itu adalah merupakan taskiah kpd sahabat. Setiap musim haji Baginda dakwah kabilah2 yg dtg. Abu Jahal akan sentiasa membuat gangguan apb Nabi buat dakwah. Beliau beritahu org yg dijumpai Nabi bhw Nabi adalah anak saudaranya, beliau mengetahui ehwal Nabi dan menuduh Nabi majnun dan sbgnya.

No comments:

Post a Comment