Monday, January 5, 2015

BAYAN MAULANA MUSTAKIM

(18/08/1992 - mesyuarat malaysia 1992 - Nizamudin). Semoga Allah s.w.t terima kedatangan dan tujuan kedatangan kita ke sini. Kita datang ke sini untuk mempelajari kerja agama (usaha kenabian atau usaha dakwah agama Allah s.w.t). Rasulullah s.a.w menerangkan kepada kita, “Apabila Allah hendak memberi kebaikan kepada seseorang, Dia beri orang itu kefahaman di dlm perkara agama”. Apabila Allah s.w.t hendak pilih dan mengguna seseorang hambaNya untuk menjalankan tugas2 dakwah, Dia beri ilmu (Quran dan Sunnah), diberiNya faham kerja2 nabuwwah dan akhlak (sifat-sifat mahmudah). Walau di dunia ini terdapat banyak kuasa dan cara yang batil untuk menyekat usaha hidayah (dakwah), namun ia tidak dapat berbuat apa-apa terhadap apa yang diputus kan Allah s.w.t. 

Apabila Allah hendak sebarkan hidayah. Dia bangkitkan seorang rasul. Apabila rasul tidak ada, usaha dakwah terhenti dan hidayah juga terhenti, menyebabkan manusia rosak. Kemudian Allah bangkit kan seorg rasul yg baru. Stlh kenabian tamat, rasul2 dan nabi2 tidak dibangkitkan lagi. Allah s.w.t bangkit kan umat akhir zaman (utk menyambung kerja nabuwwah). Utk tujuan yang besar ini, Allah s.w.t memilih beberapa org untuk dtg ke sini (Nizamuddin) supaya mereka meneruskan usaha yg diamanahkan oleh Allah s.w.t. Kita hendaklah mempelajari usaha (dakwah) ini dgn bersungguh2, ikhlas dan betul. Hanya orang yang menganggap diri mereka masih belajar usaha ini sahajalah yang dapat meneruskan usaha ini dengan kefahaman dan cara yang betul. Org yg berasa dirinya serba tahu, sudah tahu atau lebih tahu daripada orang lain, Allah s.w.t akan pisahkan dia dpd usaha ini. Org yg berasa dirinya lebih tahu dari org lain dan banyak mengkritik (mencemuh), itu tak kena, ini tak kena, akan terjauh dpa rahmat Allah s.w.t. 

Oleh itu, hendaklah kita gabungkan diri dgn jemaah. Kalau kita pisahkan diri daripada jemaah dan menjalankan usaha seorang diri, walau betapa besar pengorbanan kita, ia tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Hidayah tidak akan tersebar melalui usaha org2 yg sedemikian. Allah s.w.t menerangkan dalam surah Yasin: Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Isa a.s. Baginda Isa a.s telah menguruskan 2 org Hawariyyun (kaum pembantu Nabi Isa a.s) tetapi mereka telah didustakan. Lalu ditambah seorang lagi menjadi 3 orang, maka wujudlah satu jemaah. Kerja ijtima’i pun bermula. Mereka diuji. Mereka telah didustakan dan keadaan teruk menimpa mereka. Kepayahan, halangan dan tentangan yang menimpa mereka ini adalah untuk mentarbiyah dan merapatkan hubungan mereka dgn Allah s.w.t serta mengangkat darjat mereka di sisi Allah s.w.t. 

Bayi lahir pada saat kesakitan yg paling teruk. Demikian juga dgn org2 yg memperjuangkan agama Allah s.w.t. Nusrah Allah akan turun pada saat hati betul2 genting (pada saat hati si hamba tidak mengharap dan bergantung kepada sesiapa kecuali Allah s.w.t). Jemaah Hawariyyun telah di tentang dgn berbagai cara dan diberi amaran dgn ancaman2 yg berat, tetapi mereka tidak gentar dan tetap meneruskan usaha mereka. Apb tiba hari jemaah Hawariyyun yg 3 org itu hendak dilontar dgn batu, maka dtg seorg tukang kayu dari pinggir kota sambil memperkenalkan dirinya, beriman dan membantu jemaah tersebut hingga syahid di lontar dgn batu dan sempat berkata, “Kalaulah org2 kampung ini tahu betapa besarnya nikmat mati di dlm iman, tentulah mereka juga mahu jadi seperti ini”.

Berjemaah adalah penting di dalam usaha agama ini, bahkan dituntut. Kita hendaklah memperjuangkan agama dengan niat untuk meng-islah diri (membawa agama yang menyeluruh di dalam diri dan kehidupan kita) Satu hal penting di dalam kerja agama ialah melihat diri sendiri. Sebanyak manakah usul yg sudah di bawa ke dlm usaha saya dan sejauh mana pengorbanan saya serta mutu amalan saya? Bila ada roh, maka hidup dan bersatulah seluruh anggota serta-merta. Jika tidak ada roh, seluruh anggota lumpuh dan akan terpisah dpd satu sama lain. Kita perlu tanya diri sendiri, “Adakah saya gabungkan diri saya dgn jemaah atau tidak? Adakah saya bawa jemaah kecil (penyokong2 saya) kpd jemaah yg besar (di bawah Hadzratji) atau saya memecahkannya?” Inilah yg kita kena menangis. 

Kita perlu tahu apakah fikir dan kemahuan Amirul Waqt serta apakah kerisauannya. Kita hendaklah terus patuh dan amalkannya. Sesiapa yg tidak ikut Amirul Waqt, dialah yg jahil sebab Amirul Waqt mempunyai hubungan dgn Allah s.w.t. Beliau adalah org yg mendapat petunjuk. Apa yg Amirul Waqt mahu ialah supaya kita membentuk Jemaah Wali Masjid (Jemaah Masjid). Tugas Jemaah Wali Masjid ialah menjlnkan usaha ke atas org2 kampung. Walau hanya hidup gasht pertama sahaja, bererti sudah bermula Jemaah Wali Masjid di tempat itu. Seseorg yg sudah kembali dpd 4 bulan di jln Allah bererti agama sudah wujud di dlm kehidupannya. Ttpi ingat, walaupun dia seorg yg alim, ttpi jika tidak mengikut arahan dan tidak menghiaskan dirinya dgn tertib2 yg dikehendaki, tidak ada jaminan dia boleh kekal di dlm agama atau sbg org beragama.

Kalau seseorang itu membiasakan diri dengan tertib2 yg ditetapkan, Allah akan pelihara dirinya, hartanya, ilmunya, anak isterinya dan kehormatannya, malah bumi tempat dia tinggal dan tempat dia jlnkan tugas2 agama juga akan dipelihara oleh Allah s.w.t. Kalau Allah menurunkan bala bencana di dlm negeri dengan sebab masyarakat degil tidak mahu menerima dakwah atau kejahatan mengatasi kebaikan, Allah akan keluarkan dia dpd tempat (negeri) itu, dan anak isterinya dilindungi oleh Allah s.w.t. Tiap2 nabi yg dibangkitkan semuanya memulakan kerja mereka dgn gasht (jaulah) dan semua nabi2 manjalankan jaulah sampai ke akhir hayat mrk. 

Cubalah fikir bagaimana kalau nabi2 membuat jaulah mcm kita (membuatnya dgn main2)? Kita patut fikir apa akan terjadi kalau kita tidak buat jaulah dan tidak duduk di dlm ta’alim? Allah s.w.t tidak menurunkan bala bencana ke dlm satu2 masyarakat (negeri) selagi Nabi ada di dlmnya atau selagi usaha dakwah berjln dgn baik dan selagi penduduknya sentiasa taat dan memohon keampunan Allah. “Dan Allah sekali2 tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan Allah tidak akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al Anfaal : ayat 33). Sebenarnya keselamatan diri, harta, anak-isteri dan keturunan terletak di dlm amalan gasht.

Kisah di zaman Bani Israel. Ada seorg soleh (abid lagi wali) yg lama beribadat dan bertaqwa, tidak pernah membuat kemungkaran (dosa) walau sekelip mata pun. Tetapi apabila Allah perintahkan Jibrail a.s untuk membinasakan kampungnya. Jibrail tidak sanggup lalu berjumpa Allah dan bertanya, “Bagaimana hendak diturunkan azab sedangkan di dalam masyarakat itu ada seorang soleh sedang tekun beribadat”. Allah s.w.t perintahkan supaya diturunkan bala ke atas abid itu terlebih dahulu kerana dia tidak menghiraukan masyarakat. Wali pun tidak selamat tetapi di akhirat dia akan di asingkan dpd org2 zalim (fasiq). Sekarang kita hidupkan jaulah ditempat kita dan kita buat ta’alim. Kita juga dikehendaki membentuk jemaah2 untuk menjalankan usaha ke atas kampung2 di sekeliling kampung kita supaya kemungkaran di kampung2 itu tidak masuk ke kampung kita. Bila gasht 1 dan 2 hidup dan ta’alim hidup, jangan pula kita rasakan sudah selamat. Ramai lagi orang yang melanggar perintah Allah s.w.t di dalam negeri kita yang suatu masa kelak akan masuk ke kampung kita. Seorang karkun lama patut sediakan (bentuk) jemaah baru 3 hari utk kawasan2 di sekitar daerahnya. Bahkan di dlm negara juga ada banyak hal yg timbul dan banyak perkara yg perlu kita buat, khasnya kita perlu bentuk jemaah 40 hari. Ulamak yg ikhlas tidak marah dgn kerja ini.

Enam malam kita habiskan masa kita  bersama keluarga, satu malam kita perlu berada di markaz utk sabguzari (perhimpunan mingguan). Sabguzari adalah untuk orang lama di dalam kerja ini, bukannya kita menjemput orang baru yang tidak pernah keluar untuk dtg beriktikaf di markaz. Bila jemaah pelajar di bentuk, hendaklah org2 lama yang berpengalaman turut serta supaya mereka (pelajar2) dapat belajar. Kita juga perlu fikir tentang masturat kita supaya mereka menjadi seperti isteri2 para sahabat r.a. Jgn kita meninggal dunia tatkala iman mereka kabur. Jangan juga kita bersyarah di luar tetapi di dalam rumah kita lain yang terjadi. Usaha ke atas kaum wanita (kaum ibu) yang utama bukanlah membentuk jemaah 40 hari dan 4 bulan, ttpi hendaklah menghidupkan taalim di rumah dan didik mereka supaya lama kelamaan mereka dpt memahami segala masalah di dlm agama sekurang2nya mengenai perkara asas, pihak suami (bapa) mesti tahu apakah masalah asas itu dan bagaimana cara penyelesaiannya sebagaimana yg berlaku kpd isteri2 para sahabat. 

Malah wanita perlu dididik supaya segera menyediakan lelaki di dalam rumah2 mereka utk keluar di jln Allah s.w.t dan bersedia menerima sebarang kemungkinan dgn sabar. Walau anak kita berumur 3 bulan atau 2 bulan, bawalah ke dlm taalim, supaya Allah s.w.t turunkan sifat malaikat ke dlm diri mereka, mudah2an mereka menjadi seorg yg taat dan memelihara diri. Ada seorg murid di tanya oleh gurunya (gurunya seorang perempuan), “Apakah cita2nya bila dia dewasa”. Murid2 lain sudah menjawab macam2. Ada yg mahu jadi doktor, ada yg mahu jadi jurutera dan macam2 lagi. Tetapi anak ini seorg sahaja yg menjawab, “Saya mahu jadi sahabi (sahabat Nabi s.a.w)”. Gurunya terkejut bagaimana kanak2 ini boleh beri jawapan spi ini. Dia ikut kanak2 tersebut ke rumahnya. Ibu-bapanya di tanya oleh guru itu dan ibu-bapanya menerangkan, “Tiap2 hari selepas Isyak, kami mengadakan taalim. Anak2 kami diajar, kalau mahu berjaya di dlm agama, ikut para sahabat r.a.”

Hendaklah bawa fikir masjid ke dalam rumah. Tanya anak-isteri:

·          Sudahkah solat?
·          Sudahkah membaca Al-Quran?
·          Sudahkah habiskan zikir?
·          Sudahkah membuat ta’alim?

Jangan bawa fikir dari rumah ke dalam masjid. Misalnya masa kita hendak keluar rumah, isteri kita kata, “Pergi ke masjid, balik cepat2 Gula tidak ada, ikan tidak ada, beras tidak ada.” Semasa di masjid, tafakkur kita kepada dapur. Di dalam solat kita fikir gula, fikir ikan, fikir beras dan sebagainya. Di dalam solat kita marah kepada imam kerana membaca ayat panjang2. Ini bukan solat yg betul.

No comments:

Post a Comment