Monday, January 5, 2015

BAYAN ZOHOR MAULANA MUSTAKIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 04/09/2000). Tuan2 yg mulia. Alhamdulillah, Allah s.w.t telah ciptakan kita dan hantar kita ke muka bumi ini utk masa yg singkat, masa yg sementara. Allah s.w.t telah letakkan kejayaan manusia dlm agama dan bukan di dlm asbab. Jika agama ada dlm kehidupan manusia, maka Allah s.w.t akan buat keputusan kebaikan dlm hidup manusia dan Allah s.w.t akan buka pintu2 berkat dan rahmat dlm kehidupan manusia ttpi sebaliknya bila agama tidak ada dalam kehidupan manusia, sekalipun manusia bermati2an berusaha mengumpul segala asbab, mengumpul segala benda, Allah s.w.t tidak akan memulihkan kehidupan manusia, bahkan hari demi hari manusia bertambah hancur. Bila akan dapat hasil daripada agama? Hasil akan dapat bila agama sendiri ada. 

Satu, usaha supaya hidup agama, satu lagi usaha supaya agama yang sudah ada ini dapat dijaga. Untuk agama wujud, untuk agama hidup, maka Allah s.w.t hantar nabi dan rasul bermula dpd Nuh a.s. Nabi dan rasul dihantar utk wujudkan agama dlm kehidupan manusia. Utk wujudkan agama dlm kehidupan manusia ini, Allah s.w.t beri 2 kerja kepada nabi2. Pertama, melalui usaha dakwah. Kedua, melalui usaha doa. Semua nabi, melainkan Nabi Muhammad s.a.w telah usaha, usaha dakwah kepada kaum mereka masing2 tetapi bila sampai ke satu peringkat kaum mereka tidak terima lagi agama, tetap keras dlm kekufuran, maka nabi tadi doa kpd Allah s.w.t supaya menghilangkan/ membinasakan semua sekali mereka2 yg kufur kpd Allah s.w.t, biar tinggal di muka bumi ini yg hanya beriman kpd Allah s.w.t.

Pertama sekali, Nabi s.a.w telah berusaha dgn penuh pengorbanan supaya agama wujud sehingga Nabi s.a.w pernah dilontar dgn batu, pernah malaikat menawarkan diri utk menghancurkan kaum yang telah menyeksa Rasulullah s.a.w tetapi Nabi s.a.w menyudahkan doa untuk hidayat kpd mereka. Dari cerita nabi dan rasul di dlm Quran, telah membuktikan kpd kita apabila usaha nabi ada, apabila usaha dakwah wujud, maka dengan penuh yakin agama akan wujud di kalangan manusia. Dpd cerita ini juga kita dapat tahu apabila usaha dakwah tidak ada, apabila usaha dakwah tidak wujud, dgn penuh yakin agama yg masih ada akan hilang dpd kehidupan manusia. 

Allah s.w.t telah membuktikan melalui kisah nabi Nuh a.s, bagaimana nabi Nuh telah usaha atas kaumnya selama 950 tahun, bukan satu jam, bukan 2 jam, bukan sekali dlm seminggu, bahkan berterusan selama 950 tahun semata2 mengajak kaumnya kpd agama Allah s.w.t. Allah s.w.t beritahu dlm Quran secara terperinci ucapan, tindak-tanduk nabi Nuh a.s, cara mengajak manusia kepada Allah s.w.t. Dalam Quran diberitahu, “Sesungguhnya aku, kata nabi Nuh a.s, mengajak /mendakwah kaum aku siang dan malam, tidak bertambahnya mereka dpd dakwah aku, melainkan makin hari makin kurang, makin hari makin lari dari agama, setiap kali aku ajak mereka supaya dosa mereka diampunkan oleh Allah s.w.t, mereka menutup telinga2 mereka dgn jari2 mrk dan menutup muka2 mereka dgn kain dan mereka ttp terus dgn kekufuran dan mereka khibir, bertambah sombong akan Allah s.w.t.” 

Di sini, Allah s.w.t menegaskan kepada kita dan menuntut daripada kita yg buat usaha, iaitu usaha agama perlulah dibuat terus-menerus kerana usaha ini bukan untuk beberapa hari, bukan untuk beberapa waktu , tetapi usaha agama adalah satu jenis pengorbanan yang menuntut daripada manusia memberi segala pengorbanan utk agama. Dgn kata lain, selama agama tidak wujud dalam kehidupan manusia, selama itulah pengorbanan demi pengorbanan kita kena bagi. Nabi Nuh a.s, selama 950 tahun telah berusaha dgn penuh pengorbanan, mengajak manusia kpd Allah s.w.t dan yg beriman kpd Allah s.w.t, mengikut riwayat, sekitar 80 orang sahaja. Masa yang digunakan ialah 950 tahun. 

Oleh kerana tiada lagi manusia yang sanggup beriman, maka nabi Nuh a.s telah menggunakan satu kekuatan iaitu doa kepada Allah s.w.t, satu doa yang aneh. Nabi Nuh a.s telah bedoa, “Wahai tuhanku, jangan kamu biarkan mana2 kafir wujud di muka bumi ini, jika kamu biarkan mereka, mereka tidak akan beriman dan keturunan yang lahir daripada mereka pun tidak akan beriman. Nabi Nuh a.s telah berdoa memohon kepada Allah s.w.t, biar 80 orang ini sahaja wujud di muka bumi ini yang beriman kepada Allah s.w.t, yang lainnya dihancurkan.

Hasil doa tersebut, Allah s.w.t telah selamatkan 80 orang dalam kapal. Ketika itu, tidak ada satu kafir pun, semua sekali beriman kepada Allah s.w.t. Kemudian bagaimana kufur ini timbul kembali? Setelah satu dunia ini, hanya 80 orang beriman kepada Allah s.w.t, tidak ada lagi kafir, maka bagaimana kufur wujud kembali? Setelah nabi Nuh a.s wafat, usaha dakwah tidak ada lagi, pengikut2 nabi Nuh a.s beribadat kepada Allah s.w.t, fikir untuk diri masing2 iaitu bagaimana diri mereka selamat dan bagaimana amalan mereka sempurna, tidak ada lagi usaha mengajak manusia kepada Allah s.w.t sehingga sampai satu peringkat mereka tidak fikir lagi supaya anak2 mereka juga beriman kpd Allah s.w.t, tidak fikir bagaimana agama ini boleh masuk ke dalam kehidupan anak2 mereka sehingga apabila generasi pertama meninggal, maka wujud kekufuran di kalangan anak2 mereka dengan bangsa Ad yang mana Allah s.w.t hancurkan kemudiannya. Seterusnya Allah s.w.t hantar Hud a.s untuk usaha atas mereka dan beginilah salasilah nabi demi nabi berusaha mendakwah manusia kpd Allah s.w.t. 

Bila wujud kerja dakwah, maka agama wujud. Bila tidak ada lagi manusia yg beriman, maka nabi-nabi telah berdoa kpd Allah s.w.t supaya menghancur kan mereka yg tidak beriman supaya mereka yg beriman sahaja kekal di muka ini. Ini berterusan. Begitu juga nabi Musa a.s berusaha dan usaha nabi Musa ada 2 jenis. Pertama, bagaimana hendak usaha atas kaumnya sendiri, kaum bani Israil supaya beriman kepada Alah s.w.t. Kedua, usaha atas kaum Firaun supaya mereka juga beriman kepada Allah s.w.t. 2 jenis usaha telah diusahakan oleh nabi Musa a.s. Akhir sekali nabi Musa a.s telah berdoa kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, hancurkanlah harta mereka, kuncikanlah hati mereka, nescaya mereka tidak beriman hingga apabila mereka melihat sendiri dengan mata mereka azab”. Akhir sekali Allah s.w.t telah menghancurkan Firaun dalam laut, yang bakinya hanya bani Israil yang beriman kpd Allah s.w.t. Beginilah nabi demi nabi, rasul demi rasul, dihantar ke muka bumi ini berusaha mengajak manusia beriman kpd Allah s.w.t dengan penuh pengorbanan. Apabila sampai di satu tahap akhir, tidak ada lagi orang beriman, mereka berdoa kepada Allah s.w.t supaya hancurkan golongan kafir. 

Melainkan Nabi s.a.w. Nabi s.a.w telah berusaha, seorg diri berusaha, tidak ada teman bersamanya. Berusaha atas kaum Quraish, berusaha berterusan, tidak tengok suasana dan keadaan. Ketika itu, di bumi Mekah, tidak ada satu org pun yg yakin kpd Allah s.w.t yg Esa. Ada beberapa org yg tidak sembah patung berhala ttpi hati mereka kpd Allah s.w.t yg Esa. Nabi s.a.w telah usaha di bumi Mekah sehingga sampai ke satu peringkat, Allah s.w.t ilhamkan ke dlm hati Nabi s.a.w, “Ada baiknya saya usaha atas kaum lain, di bandar lain”. Nabi s.a.w usaha di bandar Taif, mrk mempunyai kekuatan, mempunyai kecerdasan dan kepintaran. Sekiranya mereka beriman kepada Allah s.w.t, maka banyak kebaikan yang akan Allah s.w.t zahirkan dalam agama. Di Taif, satu orang pun tidak beriman, bukan sahaja tida beriman malah mereka berusaha memberi semangat kepada budak2 nakal supaya melontar batu kepada Nabi s.a.w dan mereka menjadikan kaki nabi sebagai sasaran. Tubuh nabi, empat penjuru dilontar dengan batu, tetapi masih Allah s.w.t tidak zahirkan pertolonganNya, tidak sepertimana Sarah r.a ketika dia ditangkap oleh raja Mesir iaitu apabila raja Mesir mula sahaja hendak sentuh tubuh Sarah, dia terus jadi lumpuh. 

Nabi s.a.w pula, batu demi batu, dari empat penjuru, dilontar ke tubuh Nabi s.a.w tetapi Allah s.w.t tidak membuat apa-apa pertahanan pun pada nabi s.a.w. Nabi s.a.w dihujani dengan batu, kasut penuh dengan darah, sehingga Nabi s.a.w jatuh pengsan. Setelah nabi rebah, batu masih dihujani sehingga tubuh nabi telah tenggelam. Kenapa Allah s.w.t biarkan begitu? Kenapa Allah s.w.t biarkan Nabi s.a.w disiksa? Kerana Allah s.w.t hendak buat keputusan yang mana bila keadaan ini berlaku, bila apa-apa sahaja luahan nabi, bila nabi s.a.w berdoa kpd Allah s.w.t, maka Allah s.w.t tidak akan tolak doa nabi. Zaid b. Harithah r.a, adalah teman Rasulullah s.a.w ketika itu, dialah yg menggangkat tubuh Rasulullah s.a.w dan bawa ke satu kebun. Bila Rasulullah s.a.w sedar dari pengsan, dia berdoa kepada Allah s.w.t. Nabi tidak membuat rungutan kepada kaumnya, nabi tidak membuat rungutan terhadap kanak2 yang nakal, tetapi apa yang nabi luah ialah, “Ya Allah, sebenarnya ini adalah kelemahan saya, kerana saya tidak pandai, kerana ucapan saya tidak sesuai, ucapan saya tidak munasabah, mereka tidak faham maksud saya”. Rasulullah s.a.w mengadu kpd Allah s.a.w ini semua hasil kelemahan pada saya sendiri. 

Hari ini, yg menyebabkan kita lemah ialah bila apa shj masalah berlaku, kita terus lontar pada org lain, kita hadapkan kelemahan ini pada orang lain, sedikit pun kita tidak nampak akan kesalahan kita sendiri, tidak nampak kelemahan kita sendiri, lemah sbb org lain. Oleh kerana itu, kita tengok di tempat kita, amal tidak wujud dgn sempurna. Kenapa? Kerana kita tidak bawa diri kita untuk menderita untuk agama Allah s.w.t. Kita tidak buat usaha agama dengan cara yang betul. Kita tidak usaha sepertimana yang dikehendaki dalam agama Allah s.w.t. Nabi s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, kerana kelemahan saya, maka semua ini telah berlaku”. Nabi s.a.w kata, “Bagi saya, tidak ada apa-apa masalah, jika Engkau redha, sudah cukup bagi saya”. Ketika itu, Allah s.w.t telah hantar malaikat yg jaga bukit, dtg depan Rasulullah s.a.w, “Ya Muhammad, saya telah diperintahkan untuk menyempurnakan suruhan kamu, saya boleh lagakan dua bukit di antara Taif ini, untuk menghancurkan mereka”. 

Nabi s.a.w kata, “Ya Allah, beri hidayah pada kaum aku, mereka tidak tahu”. Tidak ada dlm hati nabi hasrat membalas dendam. Sekembali nabi s.a.w, di waktu fajar, nabi s.a.w solat, di waktu itu para jin datang mengelilingi nabi, mendengar bacaan nabi. Bila dengar sahaja bacaan nabi, mereka terus beriman dan kembali kepada kaum mereka dan menjadi da’i mengajak kaum mereka kepada Allah s.w.t. Di sini, Allah s.w.t mahu memberi kepada kita satu pengajaran yg mana satu usaha da’i, pengorbanan yang telah dikorbankan oleh da’i, Allah s.w.t tidak sia-siakan. Sekalipun kaum Taif tidak beriman tetapi Allah s.w.t telah jadikan pengorbanan sebagai hidayat utk kaum jin. Oleh itu, setiap pengorbanan dan keperitan kita, kita jgn putus asa, mmg Allah s.w.t tidak zahirkan di sini, mungkin Allah s.w.t zahirkan di tempat lain.

Bila sampai di Mekah, Nabi s.a.w telah berusaha, malam dan siang, hari demi hari dan setiap mereka beriman disiksa. Setiap mereka beriman hilang maruah. Setiap mereka beriman, tiada kehebatan pada mereka. Nabi s.a.w melihat keadaan ini berlaku. Siapa sahaja beriman, kehidupan mereka jadi bahaya. Maka nabi s.a.w memohon satu kekuatan lain dari Allah s.w.t.  Di bumi Mekah ketika itu ada 2 org samseng, yg mana dua org inilah yg merancang segala huru-hara di bandar Mekah. Nabi s.a.w berdoa kpd Allah s.w.t, “Ya Allah, Engkau teguhkan, Engkau hebatkan, Engkau tinggikan, kuatkan agama Islam melalui salah seorg antara 2 samseng ini, samada Umar Khattab atau Amru bin Sham (Abu Jahal)”. 

Kita hari ini, seorg diri buat usaha, seorg diri buat gasht, seorg diri jumpa, seorg pun tidak duduk dlm taalim, seorg pun tidak duduk dlm bayan, semua org lain pandang kita ini serong, ttpi masa inilah, mungkin ada di kampung kita, mereka yg bersifat spt Umar ini, maka kita berdoa kpd Allah s.w.t, hasil dpd usaha harian kita. “Ya Allah, Engkau hidupkanlah usaha, kerja agama melalui ini org”. Inilah masa peluang kita berdoa kpd Allah s.w.t dgn menyebut nama dia, dgn cara ini Allah s.w.t akan gunakan dia utk agama. Waktu malam, Nabi s.a.w berdoa supaya Umar dpt hidayah ttpi pagi esoknya, apa yg berlaku? Bertentangan dgn doa Nabi. Malam Nabi doa hidayah, ttpi pagi esoknya, Umar yg Nabi doa utknya, telah keluar dari satu majlis dgn pedang terhunus, utk memenggal kepala Nabi s.a.w supaya org yg mewujudkan sumber iman ini akan hilang, cahaya agama akan malap dan padam terus. Nabi berdoa hidayah, ttpi yg berlaku pada zahir, pada peringkat awalnya, sebaliknya, Umar hendak bunuh Nabi s.a.w.

Semasa Umar keluar dari rumah Darun Nadwah, tengah perjalanan, jumpa dgn satu org mukmin, org Islam yg mempunyai jiwa Islam, tidak gentar dengan suasana, tidak terpengaruh dgn suasana, orang Islam itu tengok Umar dengan pedang yang terhunus dan dia tahu Umar ini satu syaitan dpdasyaitan2 Mekah, tetapi hati dia tidak tergugat. Kita hari ini, bila kita buat gasht, satu org dtg kepada kita bawa kayu, terus kita lari ataupun datang polis, dia kata kalau teruskan, masuk penjara (jail), takut pada jail, maka kita tidak teruskan gasht, tetapi org ini, tidak terkesan tengok keadaan Umar kerana dia yakin semua keputusan daripada Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t kehendaki saya mati dipancung, maka saya serahkan diri saya utk agama Allah s.w.t. Dia tanya, “Wahai Umar, ke mana kamu hendak pergi?”. Kata Umar, “Saya adalah harapan satu kumpulan yg berada di Darun Nadwah, mereka sedang menanti2 supaya kepala Muhammad dpt dipenggal. 

Dengan penuh gembira mereka berada di sana dengan mengharapkan saya kerana mereka tahu saya ini satu jejaka yang mana apa yang saya telah niatkan maka saya tidak akan hampakan mereka. Mereka sedang menunggu di Darun Nadwah akan kepala Muhammad yg saya pancung”. Kata org Islam itu, “Wahai Umar, ini bermakna setelah Muhammad dipancung, maka 3 kabilah akan lawan kamu, Banu Zahrah, Banu Abdul Manaf dan Banu Hashim, mereka tidak akan biarkan kamu hidup, kepala kamu akan dipenggal”. Umar kata pada dia, “Kamu juga murtad”. Umar pada ketika telah mengangkat pedangnya dan org itu juga hendak mengeluarkan pedang dari sarungnya. Apabila hendak keluarkan shj pedang dari sarungnya, ini org Islam, berjalan mengikut usul, dan hari ini pun kerja agama berjalan di atas usul. Usul bukan utk satu negeri, bukan utk satu negara, bukan utk negeri kafir, bukan utk negeri Islam, tidak!, Usul hanya satu iaitu dpd Quran “hudalinnas”, Quran adalah usul utk semua negara.

Bila pedang hendak dicabut dari sarung, maka dia teringat satu usul dpd Quran, Tahan diri kamu dpd mengeluarkan pedang dan kamu dirikanlah solat dan kamu masih tidak tahu menggunakan kekuatan diri kamu, ini bukan masa utk kamu gunakan kekuatan diri”. Kamu tahan diri kamu dari menghunus pedang, dan kamu hubungkan dgn Allah s.w.t melalui solat. Dia masukkan semula pedang ke dlm sarungnya. Dgn menyempurnakan hukum Allah ini, maka Allah s.w.t mencetuskan kpd hati mereka2 yg menyempurnakan hukum Allah iaitu hikmah dlm amalan. Setelah usul ini diamalkan, setelah pedang dimasukkan ke dlm sarungnya semula, maka Allah s.w.t telah ilhamkan ke dlm hati dia ucapan yg hikmah. Dia kata, “Wahai Umar, kamu hendak selesaikan masalah Muhammad sedangkan agama Islam telah masuk ke dalam rumahtangga kamu sendiri, adik perempuan kamu telah Islam, di sana kamu perlu selesaikan dahulu”. Ucapan ini merupakan satu ucapan hikmah, memalingkan Umar kpd jln hidayat. 

Bila ini berlaku? Setelah satu org manusia menyempurnakan hukum Allah s.w.t, maka Allah s.w.t ilhamkan hikmah ke dlm kehidupannya. Umar pun pergi ke rumahnya, di sana ada taalim. Taalim satu2nya sebagai sumber hidayah. Hari ini, rumah kita tidak ada taalim, tetapi harapan kita supaya satu dunia akan tersebar hidayah, maka tidak sekali2. Rumah yang ada taalim fadhail, maka Allah s.w.t akan gunakan rumah tersebut sbg cahaya utk seluruh alam. Umar pergi ke sana dan masuk Islam. Oleh itu, melalui usaha ini, usaha yg sempurna, yg betul, Allah s.w.t akan ubahkan suasana manusia yg sesat kpd hidayat.

Selama 23 tahun usaha agama telah wujud dan Allah s.w.t telah wafatkan Nabi s.a.w. Dalam masa 23 tahun ini, seluruh jazirah Arab telah Islam, yang tinggal cuma Yahudi dan Nasrani. Di sini Allah s.w.t mengajar manusia bagaimana agama boleh dijaga iaitu melalui penghantaran jemaah Usamah b. Zaid r.a. Sebelum Rasulullah s.a.w wafat, jemaah Usamah telah dibentuk yang mana sahabat2 besar juga adalah diantara mereka2 yang ikut jemaah Usamah. Usamah sendiri sebagai amer, kecuali Abu Bakar r.a tidak turut serta. Nabi s.a.w dlm keadaan tenat, Nabi s.a.w telah memanggil Usamah dan berdoa kepada Allah s.w.t, sekalipun nabi tidak berdaya utk bercakap, tetapi nabi berdoa dgn mengangkat tangan kepada Allah s.w.t dan minta jemaah Usamah ini bergerak maju ke Sham. Kekasih Allah s.w.t, walaupun beliau akan dipanggil oleh Allah s.w.t, masih fikir bagaimana agama di tempat yg jauh, yang masih belum sampai lagi, wujud agama di sana. Tidak berapa lama kemudian, selepas doa, mereka bergerak, jauh dari Madinah, lebih kurang beberapa kilometer, dengar khabar bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. 

Berita kewafatan nabi telah menyebabkan jemaah Usamah kembali semula ke Madinah dan disitu, dlm masa lebih kurang seminggu, fikir2 mereka telah berubah. Nabi s.a.w telah wafat, fikir mereka berubah iaitu fikir siapa hendak jadi amer menggantikan Rasulullah s.a.w. Berubah shj fikir dlm masa seminggu ini, apa kesannya? Nahas kerana berubahnya fikir ini, 100,000 manusia murtad. Begitu juga hari ini, masalah berlaku pada kita, siapa hendak jadi zumindar, masing2 pakat fikir siapa hendak jadi amer, sedangkan padah telah berlaku pada awal kurun dulu, seminggu sahaja tukar fikir, maka 100,000 manusia telah murtad.

Dlm masa seminggu ini, apabila fikir org Islam telah berubah, dulunya fikir macam mana agama tersebar, bagaimana usaha dakwah dpt diteruskan, ttpi fikir mereka telah berubah macamana hendak lantik amer atau ketua, disbbkan berubah fikir ini, telah berlaku 2 masalah. Pertama, agama yg sudah ada keluar kembali, iaitu orang jadi murtad. Agama yang ada dalam diri manusia tercabut keluar bila fikir agama hilang dalam diri manusia. Kedua, Allah s.w.t memberi kekuatan kpd musuh Islam. Allah s.w.t hilangkan pada hati mereka kegerunan pada orang Islam kerana hilangnya fikir dakwah pada orang Islam. Org Rom tidak takut lagi pada Islam. Mereka membuat rancangan  utk menyerang bandar Madinah. Batil yg dulunya tidak hidup, bila fikir dakwah hilang dari org Islam, maka batil yg telah hilang, hidup kembali. 

Musailamah Kazab, satu org yg mengaku sbg nabi, tidak ada satu pengikut pun pada mulanya, ttpi dlm masa seminggu shj fikir dakwah tidak ada pada org Islam, maka pengikutnya telah menjadi semakin ramai, beribu2 org. Bila berlaku keadaan seperti ini, apakah penyelesaiannya? Abu Bakar r.a, di Madinah, telah dilantik menjadi khalifah dan Allah s.w.t memberi satu kekuatan kpd Abu Bakar r.a, kefahaman yg dlm dan tinggi, penyelesaian keadaan ini tidak ada melainkan fikir yg hilang tadi di kembalikan semula, penyelesaiannya ialah jemaah yg dibentuk utk sebarkan agama, akan diteruskan, maka kalimah yg pertama yg keluar dari Abu Bakar r.a ialah “Au fizu jazai Usamah”, teruskanlah berjalan jemaah Usamah yg telah dibentuk. Inilah satu penyelesaian bagi segala masalah yg berlaku.

Suasana yg berlaku ini adalah tindak-tanduk dpd hasil fikir risau yg telah berubah. Keputusannya ialah semua jemaah akan dikeluarkan. Sahabat2 yg besar, zumindar2 dikeluarkan dpd bandar Madinah. Inilah penyelesaian, tidak ada lain dpd ini. Hari ini, zumindar2 dikeluarkan ke jln Allah atas satu penyelesaian utk agama Allah s.w.t. Ketika itu, kesan dpd seminggu sahaja fikir dakwah hilang dari fikir org Islam, maka hati mereka bertukar, keyakinan mereka kpd perintah Allah s.w.t bertukar dgn sbb suasana. Hati mula terkesan dgn suasana. Siapa yg terkesan dgn suasana? Bukan org lain, Umar sendiri, Usman, Ali, telah terkesan. Kata Umar kepada Abu Bakar r.a, “Kamu mahu jemaah Usamah keluar bersama dgn pembesar2 sahabat, orang2 lama dalam jemaah itu, apa akan berlaku pada isteri nabi, bila musuh datang menyerang bandar Madinah, siapa akan menjaga isteri nabi?” maka Abu Bakar r.a jawab “Masalah akan selesai bila kita menyempurnakan perintah Allah”. Dia kata dengan satu perkataan kasar pada Umar, “Apa kamu ini, satu pendekar/pahlawan zaman jahiliah sahaja, zaman Islam kamu jadi pengecut?” Allah s.w.t akan ubahkan suasana bila kita tolong agamaNya, bila kita fikir utk menyelamatkan org Islam, tidak ada nusrah daripada Allah s.w.t tetapi bila kita fikirkan untuk menyempurnakan Islam, maka Allah s.w.t akan bantu org Islam.

Kamu fikir utk menyempurnakan masalah isteri nabi ttpi kita kena fikir supaya bagaimana agama tersebar. Sesiapa yg fikir Islam tersebar, maka Allah s.w.t bersamanya, pertolongan Allah s.w.t bersamanya. Kalau kita fikir atas org Islam, maka Allah s.w.t tidak akan tolong, masalah makin berlaku. Walaupun ucapan tegas macam itu, Umar masih tidak memahami apa yg dimaksudkan oleh Abu Bakar r.a. Memandangkan perkara ini, maka satu cara lain dibuat oleh Abu Bakar. Begitu juga hari ini, kita dengar bayan, bila sampai waktu tashkil, semua org tunduk dgn berbagai2 alasan. Cara yg Abu Bakar buat ialah pegang baju Umar dan tarik dan lepaskan satu tumbukan pada dada Umar r.a . Melalui pukulan tadi, Allah s.w.t menyingkap kan semula, kehilangan fikiran tadi dtg semula, apabila tolong agama Allah maka Allah akan tolong kamu. Jemaah telah dibentuk. Jemaah Usamah telah dibentuk semula bersama2 Abu Bakar dan Umar, 50 org telah dihantar utk usaha atas org murtad, 500 org bersama Khalid al-Walid usaha atas golongan lain. Maka, dlm masa 3 hari, kosong bandar Madinah. Di masjid Nabawi, tidak ada azan, tidak ada solat jemaah. Semua keluar ke jalan Allah s.w.t. Setelah 3 hari, barulah azan berkumandang semula dan suasana masyarakat Islam telah berubah.

Nabi2 dahulu telah usaha atas kaum mereka supaya menjadi abid, tetapi nabi s.a.w telah usaha supaya setiap umat ini, menjadi da’i. Nabi s.a.w mmg sudah tahu bahawa tidak akan ada nabi lagi akan dtg selepas Nabi Muhammad s.a.w, maka tugas kenabian ini diletakkan di atas semua bahu2 umat. Macam mana supaya setiap umat menjadi da’i illallah, menjadi pendakwah manusia lain kpd Allah s.w.t iaitu dgn cara ajar mereka iman. Ajar pada mereka bagaimana hendak dpt iman. Hendak mengajar manusia supaya jadi da’i, illallah iaitu belajar macam mana hendak dpt iman maka Allah s.w.t turunkan ayat, ajar pada nabi utk usaha supaya manusia ini berusaha atas iman. Allah s.w.t befirman, pertama, usaha supaya manusia yakin akan adanya Allah s.w.t dgn dalil dan bukti supaya manusia beriman, memberitahu, membaca ayat2 yg menunjukkan dalil2 dan bukti2, mengajak manusia beriman pada Allah s.w.t, lalu manusia beriman. Mengajak manusia beriman kpd Allah s.w.t tidak semestinya dia beriman dan hatinya bulat kepada Allah s.w.t. Terima iman, beriman kpd Allah s.w.t yg Esa, tetapi masih ada lagi dlm hati mereka harta boleh selesai masalah, ini boleh selesai masalah, itu boleh selesai masalah, patung boleh selesai masalah, masih ada lagi perkara lain dlm hati2 mereka.

Maka untuk perkara ini, Allah s.w.t ajar satu lagi perkara, menghilangkan apa-apa harapan lain pada Allah s.w.t dan perkara ini berlaku di Mekah. Di Mekah, apa sahaja masalah yg berlaku, Rasulullah s.a.w telah ajar pada sahabat, segala masalah minta dgn Allah s.w.t. Allah s.w.t satu2nya zat yang boleh menyelesai kan masalah. Oleh itu, kata alim ulamak, utk org mukmin, kehidupan Mekahlah yg merupakan maksud hidup kita. Apa sahaja masalah yg berlaku atas diri kita, Allah s.w.t akan hantar malaikat pada kita. Bila kita hadapkan hati kita pada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan turunkan khidmatNya dgn menghantar malaikat pada kita. Di Mekah iman dibentuk dan bila hijrah ke Madinah, semua org di Madinah jadi orang Islam. Masalahnya sekarang macam mana orang Madinah dapat jaga iman mereka. Maulana Ilyas rah. telah usaha supaya iman orang Islam wujud dalam hati org2 Islam iaitu tashkil 4 bulan keluar ke jln Allah s.w.t. Apa yang ada dibelanjakan dan keluar di jalan Allah s.w.t, tawakkal terus kepada Allah s.w.t, maka Allah akan bagi iman. Setelah keluar 4 bulan, iman yang sudah ada, bagaimana perlu dijaga? Maka hendaklah diusahakan supaya hidup jemaah masjid. Apabila nabi s.a.w berhijrah sahaja ke Madinah, maka perkara yg pertama sekali nabi buat ialah hidupkan amal masjid, ada beberapa amal. 

Pertama, solat secara berjemaah, bila azan sahaja, semua orang Islam datang solat berjemaah. Kedua, selepas solat ada sahaja halaqah ta’alim atau halaqah kumpul orang Islam untuk dihantar keluar di jalan Allah s.w.t atau halaqah mereka2 yang balik dari jalan Allah s.w.t, tanya khabar, tanya ehwal mereka atau kalau ada perkara penting, iklan pada mereka di sekitar Madinah supaya datang ke masjid untuk buat mesyuarat. Inilah amalan2 yg ada di kalangan org2 Madinah supaya iman yang telah wujud di Mekah sana dapat dijaga iaitu dengan adanya amal masjid. Di Madinah, zaman nabi s.a.w, tidak perlu kepada gasht kerana mereka telah datang ke masjid, tidak perlu pergi dari rumah ke rumah kerana mereka telah bersedia untuk agama Allah s.w.t. Bila kita pulang nanti dengan penuh azam dan penuh tekad, kita usaha 5 amal ini, kita jadikan sasaran kita untuk wujudkan 5 amal. Kita usaha disetiap rumah di kawasan kita supaya mereka semua ambil bahagian dalam 5 amal ini. Jika karkun sahaja yang buat 5 amal ini, orang lain tidak bersama ambil bahagian dengan kita, maka 5 amal tidak akan wujud dengan sempurna.

Satu lagi usaha ialah bagaimana kita hendak usaha atas diri kita, hendak bawa diri kita iaitu setiap waktu iman kita sentiasa bertambah. Utk peningkatan iman ini, di zaman nabi s.a.w telah berlaku, pada waktu pagi nabi s.a.w mengejut mengumpul sahabatnya, katanya “Ini ada satu tuntutan agama yg mana kabilah Abu Sufian balik dari Sham ke Mekah dgn barang2 perniagaan utk bantu kekuatan kekufuran. Kita semua kena keluar dari Madinah dan sekat mereka. Mereka yg rumahnya dekat, boleh balik dan ambil barang dan ttpi tidak perlu balik ke Madinah. 313 orang telah bersedia keluar dari kota Madinah dan di sana telah ada 1000 tentera orang Quraish dari Mekah hendak berlawan dgn org Islam. Tuan2 telah ditashkil dtg utk mesyuarat Malaysia ke sini, ke Nizamuddin, dan kita telah sampai ke Nizamuddin, kemudian dtg satu takazah utk kita sepertimana di zaman nabi, jemaah telah dibentuk keluar dari kota Madinah utk sekat kabilah Abu Sufian, bila sampai shj di Badar, dtg 1000 org kafir utk lawan org Islam. Nabi s.a.w bertanya, “Kamu yg 313 ini sanggup atau tidak utk melawan dgn 1000 orang?” maka semua 313 org telah bersedia.

Tuan2 yg mulia, tuan2 dtg utk mesyuarat ttpi skrg ini takazah dikemukakan kepada tuan2, jika tuan2 semua sanggup, maka Allah s.w.t akan bagi pertolongan kepada kita semua. Tuan2 dtg sini dpd Malaysia untuk mesyuarat tetapi di sini ada takazah baru untuk kita, sepertimana sahabat tadi keluar untuk ambil barang rampasan dan balik ke Madinah semula, bila sampai di Badar bertemu dgn masalah baru, tuan2 yg belum pernah keluar 4 bulan, kita keluar usaha untuk dapat belajar 5 amal ini. Dpd 4 bulan ini, kita balik usaha bagaimana supaya 5 amal ini hidup di tempat kita. Mereka2 yg telah keluar 4 bulan, macamana kita hendak buat tertib supaya setiap tahun keluar 4 bulan. Kedua-dua ini, daripada sekarang kita mulakan. Mereka yang tidak pernah lagi keluar 4 bulan, bagi nama utk keluar 4 bulan dan mereka yg sudah keluar 4 bulan, setiap tahun 4 bulan bermula dpd sekarang. Semua sedia, InsyaAllah. Semoga Allah s.w.t jadikan org2 Malaysia sbg sumber hidayah seluruh dunia. Sebagaimana org2 Badar, Allah s.w.t bagi pertolongan kpd mereka, yg dtg hari ini juga dan dpt keluar tunai, maka Allah s.w.t akan tolong spt org Badar. Jgn kita tinggalkan 4 bulan kita setiap tahun, dgn tertib mesyuarat kita, samada dlm negeri atau luar negeri, kita teruskan 4 bulan setiap tahun, kita jadi org Badar. Nabi s.a.w telah keluarkan jemaah sehingga ke Tabuk.

No comments:

Post a Comment