(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 07/09/1999). Tuan-tuan yg mulia. Kalaulah Allah s.w.t buka hati kita utk faham apa maksud kita berhimpun di sini dan apakah yg kita akan dpt dgn kita berkumpul di sini, utk maksud yg begitu tinggi, maka tidak akan ada satu org pun yg akan minta utk balik ke rumah masing2. Kita semua akan ada keinginan utk keluar dan keluar dan keluar sehinggalah kita mati dan dikuburkan di mana-mana satu tempat. Inilah sebenarnya asas yang betul dalam membuat kerja ini. Allah s.w.t telah buka fahaman kerja ini kepada para sahabat. Mereka telah faham hakikat kerja ini yg sebenarnya dan dlm hati mereka ada kebesaran, kepentingan dan kemuliaan kerja ini. Tidak ada seorg pun dikalangan sahabat menjadikan harta atau negara sbg asas utk membuat kerja ini. Mereka juga tidak jadikan diri mereka sbg asas utk membuat kerja ini. Mereka telah menjadikan pengorbanan sbg asas dlm membuat kerja ini. Mengorban kan kemahuan dan keinginan mereka, mengorbankan segala takazah2 mereka dan mereka telah tunaikan segala takazah2 agama. Allah s.w.t telah buka fahaman dan kepentingan kerja ini kepada mereka. Mereka telah korbankan segala2nya, korbankan diri mereka, kemahuan dan takazah mereka untuk sempurnakan segala takazah2 agama Allah s.w.t. Mereka telah buat dan tunjuk pada kita macam mana hendak buat kerja ini sebenarnya. Oleh kerana pengorbanan mereka, maka Allah s.w.t telah bangunkan dan telah hidupkan agama di seluruh alam.
Tuan-tuan yang mulia, para sahabat telah membuat kerja ini dan telah sempurnakan takazah agama. Mereka tidak pernah lihat keadaan mereka, lapar atau dahaga, panas atau sejuk, dalam semua keadaan, mereka telah buat kerja ini sehingga Allah s.w.t telah jadikan setiap mereka ini sebagai umat Nabi s.a.w. Mereka ada perasaan umat Nabi s.a.w. Selagi kita tidak ada perasaan umat dlm diri kita, maka selagi itulah Allah s.w.t tidak akan pilih kita untuk menjalankan kerja ini. Tuan-tuan yang mulia, kalau kita lihat diri kita sendiri dan di seluruh dunia, orang yg telah mengucap kalimah lailahaillallah, maka kita akan tahu bahawa kita belum ada perasaan umat ini di dalam diri kita. Setiap daripada kita, dalam setiap perbuatan kita dan tingkah laku kita, kalau kita tidak ikut cara Rasulullah s.a.w, maka kita semua tidak akan datang kepada perasaan umat ini. Umat ini tidak akan wujud sepertimana yang dikehendaki selagi kita tidak ikut Rasulullah s.a.w dalam segala amalan, 100%, kehidupan kita. Tuan-tuan yang mulia, kita semua tahu ini adalah kerja Rasulullah s.a.w tetapi kita tidak tahu apa itu kerja Rasulullah s.a.w, apakah yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w, apakah yang telah dipertanggungjawabkan kpd Baginda s.a.w, apakah kerja2 yg Nabi s.a.w telah buat utk wujudkan umat ini. Apabila umat ini telah wujud, barulah Allah s.w.t buat keputusan untuk hidayat untuk manusia di seluruh alam. Kita tidak tahu apakah kerja-kerja yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. Selagi kita tidak faham apakah kerja Nabi s.a.w, apakah kerja yg patut kita buat, macam mana kita patut buat, walaupun berterusan kita buat kerja, kita bergerak, kita pergi seluruh alam, masih kita tidak akan datang kepada natijah yang sebenarnya. Hasil yang sebenarnya tidak akan datang. Kita tidak akan dtg kpd keadaan umat sepertimana yg telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Tuan2 yg mulia, dlm ayat Quran yg telah dibaca oleh Maulana tadi, Allah s.w.t terangkan di antara kerja2 yg patut dibuat oleh Rasulullah s.a.w iaitu dgn memberitahu kpd manusia ttg kebesaran Allah s.w.t, kekuasaan Allah s.w.t, kudrat Allah s.w.t, wujudnya Allah s.w.t. Terangkan kpd manusia tanda2 kebesaran Allah s.w.t dan bawa manusia utk beriman dan yakin kpd Allah s.w.t. Inilah kerja pertama yg perlu kita buat. Selagi kita tidak buat perkara yg sama, maka kita tidak layak utu buat kerja Rasulullah s.a.w. Selagi kita tidak terangkan kpd manusia ttg kebesaran Allah s.w.t, kuasa dan kudrat Allah s.w.t dan mengajak mereka kepada iman, yakin kepada Allah s.w.t, membina iman, maka kita tidak akan menjadi layak untuk buat kerja Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w tahu bahawa kerja ini akan diserahkan kpd umat ini. Baginda s.a.w tahu bahawa umat inilah yg akan menyambung dan teruskan kerja Nabi s.a.w. Nabi s.a.w tidak akan hidup untuk selama2nya. Selepas Nabi s.a.w wafat, maka kerja ini akan dibuat oleh umat ini. Oleh kerana itulah, Nabi s.a.w telah bangunkan umat untuk membuat kerja ini. 3 kerja yang besar yang Nabi s.a.w telah latih umat ini yang mana diantaranya ialah usaha atas iman. Kita diminta keluar ke jln Allah s.w.t 4 bulan, dan dlm masa 4 bulan itu kita kena cakap kebesaran Allah s.w.t dan cakap ttg kuasa dan kudrat Allah s.w.t untuk bina iman yakin kita supaya kita dpt melayakkan diri kita untuk buat kerja Nabi s.a.w.
Tuan-tuan yang mulia, usaha yang pertama ialah utk membina yakin kpd Allah s.w.t yg dikatakan usaha tazqiyah yg mana Rasulullah s.a.w telah buat dan semua nabi2 telah buat iaitu usaha utk membersihkan hati. Sebelum orang mengucap kalimah ini, sebelum orang beriman kepada Allah s.w.t, dalam hati mereka ada keyakinan bahawa makhluklah yang memberi menafaat pada mereka. Harta, kekayaan, kebendaan, makhluk, selain daripada Allah s.w.t, yang memberi menafaat. Setelah mengucap kalimah lailahaillallah, hati mereka tidak serta merta akan datang kepada tawajjuh kepada Allah s.w.t. Hati itu tidak akan datang dgn sendirinya kepada yakin hanya pada Allah s.w.t tetapi hati itu perlu dibawa kepada yakin pada Allah s.w.t. Hati itu perlu dibawa dari yakin makhluk kpd yakin Allah s.w.t. Apabila seseorg itu mengucap sahaja kalimah lailahaillallah, utk bentuk yakin dlm hati dia, maka Allah s.w.t akan letak berbagai macam ujian. Org itu akan diuji oleh Alah s.w.t. Keadaan yg akan dtg bertentangan dgn apa yang dia cakap. Dia akan kata, Allah s.w.t yg menghidupkan, Allah s.w.t yg mematikan, Allah s.w.t yg memberi rezeki, Allah s.w.t maha besar, Allah s.w.t yg memberi kejayaan tetapi Allah s.w.t akan bawa keadaan bertentangan dgn apa yg dia cakap. Allah s.w.t akan letak keadaan yg bertentangan dgn apa yg didakwa oleh org yg beriman ini utk melihat samada org ini benar yakin dlm kalimah ini, samada dia benar dlm ucapan dia atau tidak.
Sptmana Nabi Ibrahim a.s, bila dia telah menerima kalimah ini dan dia telah mensyiarkan bahawa dia ambil Allah s.w.t sebagai rab, Allah-lah segala2nya, maka Allah s.w.t telah uji dia. Mula2 sekali melalui bapanya sendiri iaitu bapanya telah beritahu Nabi Ibrahim a.s, bahawa “Kalau kamu tidak tinggalkan kalimah ini, saya akan keluarkan kamu dari rumah ini, saya tidak akan memberi makan kpd kamu, saya akan pukul kamu sehingga setiap sendi kamu sakit”. Nabi Ibrahim a.s beritahu bapanya, “Kehidupan saya, rezeki saya, segala2nya bukanlah ditangan bapa, segala2nya adalah ditangan Allah s.w.t”. Nabi Ibrahim a.s telah membukti kan bahawa Allah-lah yg menunaikan segala keperluannya dgn dia keluar dari rumah itu dan tinggalkan bapanya. Utk membuktikan bahawa bukan bapanya yg bagi dia makan, bukan bapanya yg menyempurnakan keperluan dia ttpi Allah lah yg menyempurnakan segala keperluannya, maka dgn itu dia telah keluar dari rumah tersebut. Inilah perkara yg asas, selagi kita tidak tinggalkan rumah kita dan keluar di jln Allah s.w.t, maka selagi itulah kita tidak boleh bawa tumpuan hati kita kpd Allah s.w.t. Kita tidak boleh bawa keyakinan bahawa Allah-lah yg menyempurnakan segala hajat kita, segala keperluan kita, Allah-lah rab kita, utk memasukkan yakin ini dlm hati kita, perkara yg asas, yg perlu dibuat oleh setiap org ialah keluar dpd rumahnya.
Tuan-tuan yang mulia, setelah para sahabat memasukkan keyakinan kepada Allah s.w.t ke dalam hati mereka, melalui usaha tazqiyah ini, maka selepas itu barulah Baginda s.a.w mengajar para sahabat. Baginda s.a.w tidak ajar membaca kepada para sahabat kerana Baginda s.a.w adalah ummi, tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Baginda s.a.w tidak mengajar kitab kepada mereka. Baginda s.a.w telah tunjukkan kepada mereka secara amali. Baginda s.a.w telah bawa taqwa dalam diri beliau dan tunjuk pada para sahabat, inilah taqwa. Baginda s.a.w telah bawa sabar dalam diri beliau dan tunjuk pada para sahabat, inilah sabar. Baginda s.a.w telah bawa ihsan dalam diri beliau dan tunjuk pada para sahabat, inilah ihsan. Baginda s.a.w mengajar mereka bukan dgn cara membaca tetapi dgn membawa dan menjadikan Baginda s.a.w sebagai contoh kpd para sahabat cara mana utk mendapatkan sifat2 ini iaitu taqwa, sabar dan ihsan. Sesiapa yang ada sifat-sifat ini dalam diri mereka, iman, sabar dan taqwa seperti sahabat, maka Allah s.w.t akan jadikan asbab iaitu melalui mereka Allah s.w.t akan sebarkan hidayat ke seluruh alam.
Mula2 sekali, semasa di Mekah, Allah s.w.t telah letakkan para sahabat dalam ujian untuk membina iman mereka iaitu melalui usaha tazqiyah. Sesiapa sahaja yang mengucap kalimah ini, maka iman mereka telah dibentuk. Ada yang telah dibaringkan di atas bara api sehingga lemak-lemak di belakang badannya telah memadamkan api tersebut. Badan telah terbakar, darah telah keluar dan kerana tidak tahan dengan penderitaan tersebut, maka sahabat itu telah datang berjumpa dengan Nabi s.a.w minta doa, “Ya Rasulullah, doalah supaya saya dapat selamat dan terpelihara dari ujian ini, saya tidak tahan”. Rasulullah s.a.w tidak doa tetapi sebaliknya Nabi s.a.w telah marah dia dan hantar dia balik ke tempat itu. Nabi s.a.w kata, “Kamu diletakkan disana untuk membina iman kamu, utk mendapat hubungan terus dgn Allah s.w.t, utk menyelesaikan masalah kamu dgn perhubungan terus-menerus dengan Allah s.w.t, kenapa kamu hendak rosakkan iman kamu, kembalilah ke tempat itu”.
Para sahabat telah tunjuk pada Allah s.w.t bahawa mereka sanggup dan mereka telah korbankan segala-galanya untuk dapat yakin kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t telah jadikan mereka sebagai asbab untuk hidayat. Dengan pengorbanan mereka ini, Allah s.w.t telah cetuskan hidayat d Madinah. Mereka buat pengorbanan di Mekah dan Allah s.w.t telah turunkan hidayat di Madinah. Dengan gasht yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w di Mina, Allah s.w.t buat keputusan untuk hidayat di Madinah. Allah s.w.t mahu supaya agama Islam masuk ke dlm setiap rumah Aus dan Khazraj di Madinah. Allah s.w.t juga mahu supaya fitnah orang Yahudi di Madinah dihapuskan. Untuk ini, Allah s.w.t pilih Musaib b. Umair r.a. Dia adalah seorang anak orang kaya. Pakaian yang paling mahal, kasut yang paling mahal, minyak wangi yang paling mahal. Segala2nya dibeli oleh emaknya. Emaknya adalah seorang yang kaya. Segala barang yang dibeli oleh emaknya adalah yg paling mahal. Apabila dia telah menerima iman, maka emaknya telah beritahu padanya, “Kamu pilih samada iman atau mal (harta). Kalau kamu mahu iman, maka kembalikan semua harta ini pada saya. Kalau kamu mahu harta, maka kamu kena tinggalkan iman”. Musaib b. Umair r.a telah buat pilihan bahawa dia mahu iman, dia mahu Allah s.w.t. Hatinya tawajjuh pada Allah s.w.t, maka dia telah buka semua pakaiannya dan campakkan pada emaknya dan dia dalam keadaan telanjang, tidak ada pakaian.
Emaknya telah malu dan campakkan satu cadar pada Musaib b. Umair r.a dan dia telah tutup badannya dgn cadar itu. Musaib telah pergi berjumpa dgn Rasulullah s.a.w di rumah Arqam. Allah s.w.t hendak tazqiyah dan bersihkan dia serta hendak masukkan yakin ke dlm hati dia. Sepertimana kita, bila Allah s.w.t hendak gunakan kita, hendak tazqiyah kita, hendak bersihkan kita, hendak bina iman kita, maka kita jadi takut dan kita semua lari dtg ke sini dan kita bawa macam2 soalan. Ke mana sahaja kita pergi, masalah tidak selesai ttpi sebaliknya masalah semakin bertambah. Kenapa ini belaku? Kerana iman kita belum lagi dibentuk. Kita belum lagi ada tawajjuh pada Allah s.w.t dlm hati kita. Kita takut. Kita merujuk, kita minta dan kita hendak duduk di bawah org2 tua (lama) kita, kita tanya mereka macam2. Sebenarnya, Allah s.w.t akan ajar kita hikmah. Allah s.w.t akan ajar kerja ini kepada kita. Allah s.w.t akan ajar segala2nya pada kita ttpi kita takut kerana kita belum lagi dpt yakin kpd Allah s.w.t. Oleh itu, di mana sahaja kita pergi, pecah-belah berlaku kerana kita belum lagi ditazqiyahkan. Kita berada di belakang dlm pengorbanan. Pengorbanan kita sedikit. Kita ada keinginan supaya org ikram kita. Oleh itu, masalah timbul. Apabila kita tazqiyah diri kita, betulkan diri kita, betulkan yakin kita kpd Allah s.w.t, dgn korban dan keluar di jalan Allah s.w.t, maka semua masalah kita akan selesai spt mana Khabab r.a dihantar balik oleh Rasulullah s.a.w kpd bara api supaya dia dapat ditazqiyahkan dan utk dpt yakin kpd Allah s.w.t.
Tuan-tuan yg mulia, bila Musaib b. Umair r.a sampai ditempat Rasulullah s.a.w di rumah Arqam, disana telah pun ada org2 Madinah yang baru masuk Islam dengan berkat usaha Rasulullah s.a.w di Mina. Org2 tersebut kata, “Kami sedia buat usaha tetapi kami perlu org untuk mengajar kami macamana hendak buat usaha. Kalau tuan hantar satu orang bersama kami ke Madinah, maka kami boleh belajar buat usaha dengan dia”. Bila mereka letak takazah ini di hadapan Rasulullah s.a.w, maka Musaib b. Umair pun sampai. Rasulullah s.a.w kata, “Kamu punya masalah sudah selesai”. Baginda s.a.w kata, “Wahai Musaib”. Dia sahut, “Ya”. “Skrg kamu pergi bersama2 dgn mereka ke Madinah”. Rasulullah s.a.w tidak tanya pun mana pakaian kamu, mengapa kamu hanya ada satu cadar sahaja menutupi badan kamu. Nabi s.a.w tidak terkesan dgn keadaan Musaib b. Umair r.a. Nabi s.a.w tidak tanya pun keadaan dia. Di depan Nabi s.a.w hanya ada kerja ini. Musaib b. Umair r.a pun tidak ada apa-apa keuzuran. Dia tidak memberi apa-apa alasan. Bila Nabi s.a.w suruh dia pergi bersama2 mereka ke Madinah, dia tidak letak apa-apa alasan, dia tidak kata, “saya tidak ada pakaian”, “saya tidak ada duit”, dsbnya. Sebaliknya dia terus kata, “Saya sedia” dan dia telah pergi dgn keadaan itu. Dia telah sambut takazah secara tunai maka Allah s.w.t telah ajar hikmah padanya. Allah s.w.t telah ajar kerja ini pada Musaib b. Umair r.a bila dia telah sedia dan buat usaha dgn pengorbanan. Allah s.w.t ajar dia hikmah macam mana hendak selesaikan masalah.
Kita hari ini, tidak buat kerja dgn pengorbanan dan kita tidak sedia utk beri pengorbanan, maka macam2 masalah timbul di antara kita dan kita tidak tahu macamana hendak selesaikan masalah tersebut. Bila tuan-tuan dtg ke sini dgn berbagai2 masalah dan kami beritahu tuan supaya bawa satu yg telah sedia utk keluar, keluar di jalan Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan ajar hikmah dan selesaikan masalah tuan2 semua ttpi kita kata, “Skrg tidak boleh, ada banyak masalah”. Kita akan bawa 2 atau 3 org untuk recommend kita dalam mesyuarat kenapa kita tidak boleh keluar pada masa itu. Sudah bertahun2 kita buat kerja tetapi kita masih terkesan dgn hal keadaan di sekeliling kita. Kita tidak ada kekuatan utk keluar dalam apa keadaan pun. Sebenarnya kita kena keluar di jalan Allah s.w.t walau macam mana susah pun, walau macam mana banyak masalah pun, kerana ada takazah agama. Kita keluar dengan yakin, taqwa dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Kita belum ada lagi sifat ini. Kita masih lagi terkesan dengan keadaan.
Oleh itu, kita tidak diberi hikmah dan kebijaksanaan oleh Allah s.w.t untuk selesaikan masalah kita. Musaib b. Umair r.a telah sedia dan dia terus pergi ke Madinah. Beliau tunjuk pada kita bahawa usaha dakwah dijalankan di luar masjid. Dia buat kerja ini di mana ramai org berkumpul. Dia tidak buat khususi untuk sesiapa pun. Dia tidak buat perhimpunan yg khusus atau yg istimewa atau yg khas untuk sesiapa pun. Di mana ada org ramai, disitu dia akan buat dakwah. Kebanyakkan orang pada masa itu berkumpul di tempat yang ada air, di telaga. Di Madinah tidak ada markaz. Kita pula disini, buat markaz dan banyak masalah timbul. Bila buat markaz yang besar, yang hebat, maka mulalah hati kita pecah, kita tidak bersatu hati lagi. Bila kita buat kerja dalam keadaan yang simple, dalam tempat yang kecil, maka tidak akan timbul masalah. Bila buat markaz yg besar, dunia pun dtg, maka hati kita pun pecah, kita tidak satu hati dan macam2 masalah timbul.
Musaib b. Umair r.a, dia pergi ke tempat org ramai berkumpul, di telaga dan buat usaha dakwah disana. Dia keluar di jalan Allah s.w.t dgn pengorbanan, maka percakapan dia ada kesan. Siapa sahaja yg dia tashkil, terus masuk Islam. Satu ketika, sedang dia buat usaha dakwah di tempat air itu, terdapat 2 org khawas, di sana. Musaib b. Umair r.a pergi dgn Asad b. Jurarah r.a. 2 org khawas tersebut ialah Saad b. Muaz dan Usaid b. Uzair. Saad b. Muaz kata, “Itu ada satu org baru dtg dan dia sedang merosakkan org2 kita semua. Dia bawa satu agama baru dan dia telah memperbodohkan org2 kita semua. Saya tidak boleh buat apa2 pun kerana Asad b. Jurarah yg jadi rahabah dia adalah saudara saya”. Maka Usaid b. Uzair kata, “Mahukah kamu kalau saya pergi dan halau dia skrg?”. Saad kata, “Mahu”. Dia pun pergi dgn penuh marah dan terus maki, hamun, marah yg sungguh2. Allah s.w.t ajar hikmah pada Musaib b. Umair r.a kerana pengorbanan dia. Usaid cakap macamana pun, dia tidak marah, dia tidak buat apa2, dia diam shj. Bukan macam kita, bila org marah sahaja, kita jadi kelam kabut, tidak tahu apa hendak buat.
Selepas dia habis marah, maka Musaib b. Umair pun kata, “Tuan adalah ketua kaum, satu org pemimpin, tuan tidak patut cakap macam itu, mcm satu org samseng, tuan adalah pemimpin, tuan ada sifat, tuan tahu mcm mana hendak melayan tetamu dan org yg dtg dpd luar. Tuan kena dengar apa yg saya hendak cakap, tanya saya apa yg saya buat dan saya boleh terangkan, kalau tuan suka boleh terima, kalau tuan tidak suka tuan boleh halau saya” . Usaid pun terus diam, rasa sejuk dan duduk. Allah s.w.t bagi hikmah pada Musaib. Setelah dengar kata2 Musaib, maka Usaid pun menyesal atas perbuatan dia tadi. Bila dia menyesal, maka Allah s.w.t bagi dia taufiq utk faham apa yg Musaib b. Umair cakap. Maulana kata, kita duduk di sini bukan dgn tawadduk, bukan dgn rendah diri ttpi kita duduk di sini dengar dgn perasaan penuh sombong. Apa yg kita dengar tidak masuk. Apa yg eldest beritahu pada kita, kita akan kata, “Ini tidak boleh buat, itu tidak boleh buat, ini masalah, itu masalah”. Tahun depan kita bawa lagi banyak masalah. Knp? Kerana kita tidak dengar dgn penuh rendah diri, dgn tawadduk dan tidak terima apa yg org tua2 kita cakap.
Setelah Usaid b. Uzair menyesal atas perbuatan dia, maka Musaib b. Umair pun cakap sepertimana ayat Quran yang dibacakan oleh Maulana tadi. Dia cakap ttg kebesaran Allah s.w.t, tanda2 kebesaran Allah s.w.t, ttg Rasulullah s.a.w dan baca sedikit ayat Quran yg dia tahu. Usaid b. Uzair pun berubah. Skrg dia telah menyesal dan dia telah kosongkan hati dia, maka apa yang Musaib cakap, semua masuk ke dalam hati dia dan dia telah terima. Usaid kata, “Apa yang perlu saya buat kalau saya hendak masuk agama kamu?”. Wajah dia telah berubah. Musaib b. Umair kata, “Kamu pergi mandi, tukar pakaian dan solat 2 rakaat”. Maulana kata, “Bila mandi, air kena kepala, maka org akan jadi sejuk. Kita pula panas, apa yg kita dengar di sini tidak masuk dlm hati. Kepala kita panas”. Usaid b. Uzair telah mandi, jadi sejuk dan masuk Islam dan kembali semula kpd Musaib. Maulana kata, “Org khawas ini adalah org yg berpengetahuan dan faham, maka bila dpt usaha agama, terus buat tindakan”. Usaid b. Umair kata, “Sekarang ini saya hendak hantar kamu pada satu org, kalau kamu dpt yakinkan dia ttg agama ini, maka seluruh Madinah akan masuk Islam”.
Musaib b. Umair begitu seronok seperti orang buta dapat mata. Dia pun tunggu. Usaid b. Uzair pun balik ke tempat orang ramai tadi. Saad b. Muaz dan orang-orang disitu tengok dari jauh kedatangan Usaid b. Uzair. Mereka dapat agak bahawa Usaid telah bertukar. Wajah dia telah berubah. Maulana kata, “Mula-mula bila kita di tashkil untuk 4 bulan, orang pergi usuli kita, bawa bedding dan bila masuk ke dalam masjid, muka masam, sedih, muram macam nenek kita sudah meninggal ttpi bila balik dari 4 bulan, muka penuh berseri-seri kerana iman telah masuk ke dlm hati. Usaid telah pergi pada mula2nya tanpa iman dan kembali dlm keadaan beriman. Muka dia telah berubah. Saad dan kawan2 tahu bahawa dia telah berubah. Allah s.w.t bagi hikmah pada Usaid b. Uzair. Memang susah untuk dia kata pada Saad bahawa dia sudah masuk Islam. Mungkin Saad akan soal macam2 dan masalah akan timbul dan keadaan akan jadi rumit. Bila sampai sahaja di sana, maka Saad pun tanya, “Apa sudah jadi?” Usaid b. Uzair tidak cakap apa-apa. Usaid kata, “Tahukah kamu, ada org sedang serang kamu punya kabilah, pergilah tengok?”. Saad pun pergi lari ke arah Musaib b. Umair. Saad tidak nampak apa-apa pun, maka dia pun terus marah Musaib b. Umair sepertimana Usaid b. Uzair marah tadi. Marah yg sungguh2. Musaib b. Umair buat macam tadi. Dia diam sahaja. Dia bukan macam kita. Kita ini, bila pergi satu tempat, bila kita keluar, bila ketua2 di tempat itu tidak suka kita, marah kita, maka kita tidak tahu hendak buat apa2.
Kita hantar surat pada syura dan tanya apa hendak buat. Musaib b. Umair tidak beritahu pada Asad b. Jurarah bahawa masalah sudah besar, pemimpin2 tidak suka, kita kena hantar surat pada Rasulullah s.a.w, tanya Rasulullah s.a.w apa perlu kita buat. Musaib b. Umair tidak buat macam itu. Dia diam sahaja, hati dia yakin pada Allah s.w.t, tawajjuh pada Allah s.w.t kerana dia keluar dgn pengorbanan. Allah s.w.t bagi dia hikmah. Selepas Saad habis cakap, maka dia pun kata, “Tuan adalah pemimpin kaum, pemimpin yang besar, macam mana tuan boleh cakap macam ini, macam satu orang samseng, tuan perlu cakap dengan cara yang baik. Dengar apa yang saya hendak cakap. Kalau tuan suka, tuan terima dan kalau tuan tidak suka, tuan boleh halau saya dan saya akan pergi dari sini”. Dia pun dengar dan masuk Islam. Dia terus balik dan kumpulkan semua kabilah dia dan tanya mereka, “Apa pendapat kamu semua tentang saya?” Mereka kata, “Apa yang tuan kata, kami ikut”.
Dia pun kata, “Sekarang saya sudah masuk Islam, sesiapa yang tidak masuk Islam, maka saya tidak akan bercakap dannya dan akan putuskan hubungan saya dengannya”. Oleh itu, sebelum maghrib seluruh Madinah telah masuk Islam. Musaib b. Umair, satu org, yg telah buat usaha dgn pengorbanan, maka Allah s.w.t telah ubah seluruh Madinah ttpi kita beratus2 disini, tiap2 tahun dtg ke sini, kerja tidak meningkat, kerja merosot dan macam2 masalah timbul kerana kita belum lagi buat usaha agama ini sepertimana yg dibuat oleh nabi-nabi dan sahabat2. Kita belum lagi tazqiyah, kita belum lagi bersihkan iman kita, kita belum lagi ada yakin dgn Allah s.w.t. Kita belum lagi bangun dan buat usaha agama dengan penuh yakin kepada Allah s.w.t dan dengan tawakkal kpd Allah s.w.t. Oleh kerana itulah, kita belum lagi ada hikmah dlm menjalankan kerja ini. Oleh itu, kita tidak maju.
Tuan-tuan yg mulia, sekarang ini keadaan kita belum ada lagi kelayakkan dan kemampuan utk bawa org2 Islam yg tinggal di masjid kita sendiri pun. Kita tidak ada kemampuan dan kebolehan utk mengendalikan kerja ini dan membawa org2 Islam di sekitar masjid kita untuk membuat usaha ini. Kalau kita hendak bawa seluruh umat di seluruh dunia untuk buat kerja ini, maka kita perlu pengorbanan seperti Abu Bakar r.a. Dalam peperangan Tabuk, Abu Bakar r.a telah sapu bersih rumahnya. Semua telah diikat dalam satu bungkusan. Beliau telah bawa semua hartanya dan pakai pakaian daripada guni dan datang kepada Rasulullah s.a.w. Beliau tidak tinggalkan satu apa pun untuk keluarganya. Bila Nabi s.a.w tanya, “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk anak-isteri kamu?” Abu Bakar r.a kata, “Saya tinggalkan Allah dan Rasul untuk mereka”. Pengorbanan yang begitu tinggi yang telah memberi kebolehan kepada Abu Bakar r.a mengendalikan seluruh umat di seluruh alam.
Kita kena tambahkan pengorbanan kita untuk dapat kebolehan dan kemampuan untuk buat kerja ini dan utk melayakkan diri kita mengendalikan kerja ini dengan cara yang betul dan bawa orang kepada kerja ini. Oleh itu, sesiapa yang belum lagi keluar 4 bulan, bangun sekarang, daripada majlis ini juga, terus keluar ke jalan Allah s.w.t. 4 bulan tunai. Kita balik dgn azam utk tambahkan pengorbanan dan usaha kita. Utk ini, kena ada azam yg tinggi. Secara markaz, kita azam berapa jemaah 4 bulan, 40 hari yang kita akan keluarkan sehingga tahun depan. Begitu juga dengan amalan2 yg lain. Berapa org yg akan dihantar ke sini untuk khidmat. Berapa buah masjid yang kita akan hidupkan dgn 5 amal. Duduk secara markaz dan buat azam yg tinggi dan balik supaya kita ada satu tahap untuk kita capai. Balik dengan fikir dan risau macam mana kita hendak capai azam tersebut.
No comments:
Post a Comment