Sunday, January 4, 2015

BAYAN MAULANA UMAR PALAMPURI

Pengalaman manusia itu khilaf ttpi kesan amal itulah sebenarnya hakikat. Allah wujudkan khasiat pada setiap benda. Manakala dlm diri manusia pula wujudnya roh. Tugasnya ialah utk tarbiyah badan zahir. Dgn adanya roh maka badan akan sentiasa sihat serta kestabilan wujud dlm kehidupan harian. Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan masing2. Kesan kesihatan pada perasaan dan hati, maka sifat senyum, senang, tenang dan gembira akan dizahirkan. Apabila kita tidur, fungsi zahir tadi akan luput. Mata, telinga, mulut dan anggota lain tidak akan berfungsi lagi. Dan sifat itu hapus sama sekali bila dtgnya maut. Roh tertakluk kpd beberapa keadaan. Pertama, tidur di alam dunia adalah umpama mati (rujuk kpd doa bangun tidur). Bangun dari tidur samalah spt bangun dari tidur di Padang Mahsyar kelak. Kedua, di alam dunia kita tidur, kemudian bangun dan kemudian tidur balik. Tidur yg sebenar ialah di Alam Kubur. Manusia dicipta, kemudian dimatikan & dihidupkan kembali. Segalanya adalah dgn izin Allah. Ketiganya, seluruh manusia akan dibangkit kembali di Alam Akhirat. Disanalah segala amalan akan dibalas (amalan ketika di dunia).

Org beriman jika masuk neraka maka api neraka pun akan menjerit: “Keluarlah kamu dari sini aku mulai sejuk skrg!” Ia akan buat “Jaulah” (ziarah) di neraka utk menyelamatkan mereka yg mempunyai iman walau sebesar zarah. Mereka yg ada sifat rahim dlm diri manusia maka dia akan dikasihi di langit. Dlm taalim kita dengar perkara ini supaya sentiasa mengasihi org lain. Bila wujud kesatuan hati maka pandangan Allah jatuh pada kita. Dgn demikian org kafir akan tertarik maka wujudlah dakwah. Kewujudan dakwah adalah pada: Lidah (percakapan), Anggota (amal), Hati (perasaan), Fikir (dakwah) dan utk keluarga amat penting. Lihatlah keluarga Nabi Yusuf & Nabi Ismail a.s. Bagaimana keluarga mereka? Tarbiyah berpunca dari keluarga. Malah fikir alami (global) juga dtg dari fikir keluarga & fikir kampung. (Maulana baca ayat Al Quran). Suatu hari Maulana jumpa sekumpulan doktor yg tidak percaya kpd Alam Kubur. Kita terkadang yakin ttg apa yg tidak nampak apb seorg pakar memberitahu kita mengenainya. Pakar tadi ditanya oleh Maulana: “Benarkah dlm tubuh manusia ada berbagai zat galian?” Jawab mereka: “Benar kerana kami telah membuat kajian & pakar dlm bidang ini.” Kata Maulana: “Walaupun saya tidak nampak bahan itu ttp kepakaran kamu telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat. Yakinlah dgn kepakaran baginda Nabi saw.” 

Pada diri manusia ada 2 keadaan. Diluar kita nampak spt seguni gula, sebtng besi dan sbgnya. Dlm badan kita spt karbohidrat, mineral, protein dan air yg tidak dpt kita lihat. Begitulah juga alam akhirat. Di dunia kita nampak ular, api, kala jengking dan mcm2 lagi ttp di dlm kubur ular, kala jengking, api tidak nampak dgn mata zahir ini. Buatlah usaha agama dgn perasaan takut dan bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya ttp wujud di dunia dan akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu tidak makbul? Jawabnya ialah krnaamal tidak kuat. Utk mendatangkan roh (kekuatan) dlm amal maka kita perlu:

1. Sahih Yakin – iman yg berpunca dari dakwah dan korban.
2. Sahih Tariqat – cara (sunnah) yg betul dari taklim masail.
3. Sahih Jazbah – keghairahan dlm amal (Ihtisab) berpunca dari taklim fadhail.
4. Sahih Niat – niat yg betul dari kesempurnaan iman.
5. Sahih Dian - penumpuan yg tepat (maqam Ihsan) dari amalan tilawah Quran, zikir dan doa. 

Utk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya tidak ada seorg pun yg kita sakiti. Hindarkan dari menjadi muflis di akhirat. Segalanya akan mulai wujud dlm suasana dakwah. Oleh itu iman akan mulai terbina. Sbgmana kisah Abu Darda yg yakin dgn amalan yg diajarkan oleh Nabi s.aw. Bila diberitahu rumahnya terbakar namun dia ttp yakin rumahnya selamat walaupun beberapa kali org dtg memberitahu rumahnya terbakar. Akhirnya terbukti kebenarannya walaupun rumah jiran sekelilingnya terbakar. 

Nasihat Maulana: Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi utk wujudkan keyakinan itu amatlah rumit. Dlm dunia keputusan Allah beransur2. Spt diciptanya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran dan pembinaannya beransur2. Alam akhirat adalah serta merta, serta tiada lagi proses ansuran. Spt kubur, mahsyar, mizan dan sirat yg laju spt kilat. Bila hisab dilewatkan manusia menjadi gelisah. Sengsara yg tidak tertahan sehingga manusia berkata: “Cepat kanlah penghisaban… kami tidak tertahan lagi kepedihan ini… walaupun keputusannya masuk neraka pun kami rela.” Semua Anbiya tidak berani menghadap Allah. Inilah kesengsaraan akhirat.

Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat menangis mengenangkan hari penghisaban yg bakal tiba. Kehidupan kita melalui beberapa peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur dan alam akhirat. Keadaan di dunia ini melambangkan cara hidup akhirat. Oleh itu keperluan terpenting manusia ialah hidayat. Hidayat ialah Nur yg masuk ke dlm hati manusia dan memberi kefahaman ttg 1000 tahun dahulu dan 1000 tahun kemudian. Apa yg ada di langit pun mereka faham. Malah segala kejadian Allah akan difahami. Sebenar nya tiada kejayaan dlm benda. Kejayaan hanya wujud dlm amal ttpi ianya tidak nampak. Dan umat terbahagi kpd 2 golongan iaitu mereka yg nampak kejayaan dlm kebendaan tetapu jalan hidup mereka tidak betul dan kedua mereka yg yakin kejayaan dlm amal maka mereka memilih cara hidup Nabi saw dan kehidupan mereka susah. Umat yg yakin dgn kebendaan merasa berjaya hanya bila lihat perniagaan besar, pengaruh yg kuat. Pokoknya segala asbab yg dpt dilihat. Manakala kejayaan dlm amal pula, segala asbabnya adalah ghaib spt berkat, pahala, malaikat dan nusrah Allah. Tidak dpt dilihat dgn mata zahir. Pemimpin kafir tuduh sahabat berjuang ada kepentingan. Bila Abu Bakar baca Al-Quran semua penduduk Mekah tertarik oleh itu mereka mula bimbang. Tuhan mereka yg banyak (360 berhala) itu cipta seekor lalat pun tak mampu. Makhluk diciptakan lemah. Hanya Allah berkuasa. Dgn satu perintahNya semuanya jadi. Manusia begitu lemah. Jika seluruh manusia berkumpul dari keturunan sejak beribu tahun dahulu utk cipta satu kaki nyamuk pun tidak mampu. 

Utk itu kita perlu sentiasa cakap kebesaran Allah dan ambillah juga sikap suka mendengarnya, serta sentiasa menafikan kehebatan makhluk. Umat yg beriman kecil kelompoknya. Nabi Musa pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya (Hawariyyin). Baginda menerangkan dgn sungguh2 ttg tugas dan kepentingan kerja ini. Ttpi tidak ramai yg taat. Nabi kita pernah menawarkan dirinya: “Sesiapa yg boleh saya bawa pada keluarga kamu atau kampung kamu?” Rayuan demi rayuan dibuat oleh Nabi s.a.w tetapi hanya sekelompok kecil yg tertarik. Hinggalah bantuan ghaib tiba dgn berbagai cara. Penduduk Madinah mempunyai kekuatan dlm iman, ibadat, muasyarat, muamalat dan akhlak. Segalanya mengikut ajaran Nabi. Org luar menjadi amat tertarik apb melihat cara hidup mereka. Dari jahiliyah bertukar kpd kehidupan yg baik. Malah di dpn rumah sahabat dibina sebuah rumah persinggahan yg kecil. Daging disediakan utk musafir yg lalu. Setiap musafir diminta makan dan minum walaupun tanpa turun dari tunggangannya. Musafir dpt melihat kemakmuran Masjid Nabawi. Ia telah dimakmurkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa kerohanian yg berlainan dari sebarang tempat lain seumpama seorg yg masuk dari tempat yg panas ketempat yg “berhawa dingin”. ‘Mahol’ iaitu suasana di Masjid Nabawi mengubah kerohanian. Contoh masjid di atas muka alam ini ialah Masjid Nabawi dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah. Dlm 24 jam jumpa org dan bawa ke masjid utk hidupkan amalan jemaah masjid. 

Di akhir zaman ini kita tidak dituntut utk berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dlm hadis ada diberitahu: “Seorang yg buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat fadhilat 50 sahabat.” Peningkatannya beransur2 maka keberkatan akan dtg dlm kebendaan. Ianya akan bertambah, mencukupi dan doa dpt menyelesaikan masalah2 benda. Dlm peperangan, sahabat dpt bantuan Allah kerana sifat takwa, sabar serta doa dgn menangis. Bantuan ini ttp akan turun sehingga hari Kiamat. Bukan hanya dlm Badar. Terkadang pertolongan ini dilambatkan kerana Allah ingin melihat kerisauan kita. Perkara yg menyebabkan Allah menurunkan kekalahan kpd pihak musuh: sombong dan bongkak, bermegah2 dan menghalang kerja agama spt Badar. Skrg pertolongan Allah telah turun kpd kita. Yg jahat ditukar kpd baik dan yg kaya dpt tunaikan zakat. Duit utk fakir sementara ttp utk kerja agama ianya akan berterusan. Pertolongan Allah akan diangkat bila pertama kita buat usaha dgn niat dunia, kedua kelemahan dlm syor, ketiga wujud pecah belah dan keempat bila org tidak taat. Inilah yg terjadi dlm Uhud 

Ia saling berkait diantara satu dgn yg lain. Dlm Uhud 1000 sahabat yg ikut ttp 300 org ada kepentingan yg lain. Golongan munafik diketuai Abdullah bin Ubay kembali ke Madinah. Kekalahan sementara dirasai oleh Islam kerana wujudnya golongan yg pentingkan dunia. Satu tamsil: Seorang pesakit diberi doktor ubat. Ubat makan iaitu antibiotik & ubat sapu. Jika tidak sembuh juga maka doktor terpaksa membedahnya. Dan utk org yg berpenyakit rohani maka Nabi saw akan hantar sahabat utk buat dakwah. Dakwah spt ubat antibiotik. Dakwah yg disertai dgn akhlak. Akhlak itu seumpama ubat sapu. Jika masih tidak sembuh maka terpaksa dipotong, kalau tidak ia akan berjangkit. Natijah penyakit jasmani adalah Maut. Manakala natijah penyakit rohani pula ialah Neraka Jahannam. Dlm neraka mereka menjerit lalu ditempelak oleh Allah ttg dakwah dan ingatan yg diberi ketika di dunia. Firaun dan kaumnya yg musnah dahulu dihancurkan oleh Allah sendiri. Allah sendiri yg jlnkan “Operation”. Skrg Allah tidak akan jlnkan operation spt dulu ttpi secara beransur2. Ketika sahabat menghadapi penderitaan oleh kaum kafir di Mekah, mrk tidak mengambil tindak balas walaupun mereka mampu karena taat perintah Allah. Di Madinah barulah perintah “melawan” turun. Dlm perang Uhud, tentera kafir hampir kalah dan ghanimah telah ditinggalkan. Ini dilihat oleh pasukan yg sedang bersedia di atas bukit. Amirnya ialah Abdullah bin Zubair. Tercetus fikir dlm hati tentera tersebut: “Kita mesti turun utk kumpulkan ghanimah dan bantu ringankan urusan mereka dibawah serta membantu memerangi musuh yg masih ada.” Hanya tinggal 12 org yg tetap patuh kpd Abdullah bin Zubair. Khalid Al Walid yg ketika itu belum Islam mengambil kesempatan menyerang tentera Islam dari belakang. Khalid hanya mengetuai 100 org tentera kafir utk mencetuskan serangan itu. Dlm peperangan itu 70 org sahabat telah syahid. Seorg musyrikin bernama Abdullah Qaniah telah mensyahidkan gigi Nabi saw dan sempat memecahkan topi besi baginda. Dlm kerja ijtimai, kita semua akan dpt masalah walaupun hanya segelintir sahaja yg buat amal tidak betul. 

Dlm peperangan Uhud, Nabi s.a.w dihebohkan telah wafat. Dlm hal ini sahabat mengambil sikap: “Nabi syahid, kitapun syahid atau kitapun teruskan perjuangan (usaha).” Inilah tahap Uhud iaitu kemenangan, kekalahan sementara (kerana bantuan diangkat Allah) dan kemudian bantuan datang kembali. Iktibar dari peristiwa Uhud ialah seorang yg beriman tetapi kotor dgn keduniaan maka Allah akan tapis dan buang kotoran itu dan apabila bersih barulah bantuan dtg kembali. Jgnlah minta tapisan ini. Ia adalah ujian dari Allah. Sebaliknya mintalah afiat dari Allah. Bila khilaf berlaku dlm usaha agama, tapisan akan dtg dari Allah utk selesaikan khilaf pada diri sendiri. Sentiasa salahkan diri dan merasai bahawa diri kita amat banyak kekurangan. Sabda Nabi saw: “Semua kamu adalah org yg bersalah.” Tiada siapa yg betul. Siapa kata dia betul maka dia telah menentang Nabi secara terbuka. Sabda Nabi saw: “Org yg terbaik diantara yg bersalah ialah org yg bertaubat.” Satu hari seorg pendosa telah berdoa dan Maulana ada dibelakangnya: “Wahai Allah, aku hina spt anjing, ampunkanlah aku spt anjing Ashabul Kahfi. Org lain ada pelindung spt solat, taklim dan amalan baik yg lain. Aku ini tidak ada apa2. wahai Allah, Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi.” Maulana mendoakan pendosa itu dari belakangnya. Kata Maulana, dia itu lebih baik dari org yg buat usaha dgn sifat sombong dan takabur. Dan pada pagi harinya dia telah buat pengakuan depan majma yg dia telah bertaubat. Maulana minta dia keluar 4 bln utk kekalkan perasaan itu. Sebaliknya dia jegilkan matanya pada Maulana seraya berkata: “Saya ttp tidak akan mengulangi perbuatan saya yg lalu.” Selang beberapa lama (beberapa tahun). Dia memperkenalkan dirinya dan berterima kasih pada Maulana kerana telah mentasykil dia keluar. Skrg dia buat perniagaan yg kecil2 yg halal. Pendapatan itu cukup buatnya. Dlm Uhud Allah bersihkan org yg ada cinta dunia. Allah uji utk tingkatkan iman dan menaikkan darjat mereka. Org beriman dan tidak beriman sama2 merasai susah, ttpi kesusahan org beriman adalah bermanafaat.

Org yg tidak beriman diberi peluang oleh Allah utk tunjukkan kemegahannya spt Firaun. Semua org akan sama2 mati, tapi yg berbeza adalah natijahnya, iaitu kejayaan atau kegagalan. Dlm usaha agama semua sama2 buat, yg bezanya cuma ikhlas atau tidak. Bila ujian turun, Allah akan asingkan, dgn sendirinya yg tidak tulin akan diketepikan. Sifat org yg tidak tulen: Mereka suka duduk ditepian berhampiran lorong2. (Maulana baca ayat Al Quran) Bila nikmat dtg merekalah yg paling heboh, ttpi bila ujian tiba mereka cepat2 lari ke lorong tadi. Sesungguhnya ujian Allah tetap akan dtg utk menghasilkan yg benar2 tulen. Apabila beri syor dlm mesyuarat jgnlah masukkan kepentingan diri kita serta taatlah pada setiap keputusan mesyuarat. Org yg menjadi zumindar pula janganlah menjadi seperti pemerintah. Jgn sekat dari awal2 lagi setiap syor walaupun kita tidak akan menerima syor tersebut.

No comments:

Post a Comment