Sunday, January 4, 2015

BAYAN MAULANA UMAR PALAMPURI

(08/04/88 - nizamuddin - mesyuarat malaysia). Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan para sahabat r.a adalah org2 yg paling tawakkal kpd Allah. Manusia ingat dgn ada benda ia boleh membentuk, membina atau memudharatkan seseorang. Benda2 tidak memberi kesan, semuanya datang dari Allah. Kalau dengan benda ada kesan, bumi telan Namrud tetapi keluarkan zam-zam untuk Ibrahim a.s. Untuk seseorang bumi membinasa tetapi bumi yang sama boleh memberi menafaat kepada seorang lain. Bukan bumi yang memberi kesan tetapi yang berbuat demikian ialah Allah s.w.t. Bagaimana Allah membela atau memudharatkan seseorang dengan perantaraan kebendaan bergantung kepada kehendak Allah sendiri. Apabila Allah membuat sesuatu keputusan samada menyenangkan atau menyusahkan seseorang dengan perantaraan kebendaan maka itu semuanya dari Allah. Musuh Allah merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w tetapi Allah tidak mahu ini berlaku. 

Allah selamatkan dengan menggunakan sarang labah2 iaitu suatu benda yang paling lemah sekali. Allah tidak pula menggunakan benda yang ghaib seperti malaikat. Namrud dimatikan oleh Allah dgn menggunakan nyamuk yg lemah. Allah gunakan makhluk yang biasa utk tujuan kekuasaannya. Seseorang yang mempunyai harta yg banyak, samada terpelihara atau binasa bergantung kpd keputusan Allah dan bukan benda. Begitu juga di akhirat, berjaya atau binasa terletak di tangan Allah. Org2 yang beriman, pasti Allah masukkan ke dalam syurga. Manusia pasti akan menemui maut dan selepas itu ia akan selama2nya dalam syurga atau neraka. Kubur akan menjadi tempat yang selesa atau lubang derita. Dan akan dtg satu hari sangkakala akan ditiupkan. Manusia akan dimatikan dan dihidupkan semula. Semua makhluk akan dibinasakan oleh Allah kecuali manusia. Manusia akan dikekalkan cuma kehidupan manusia berpindah2 dari satu alam ke satu alam yang lain. Keseluruhan penduduk alam ini gemar kpd kebendaan tetapi Allah beritahu kita bahawa amal yg akan membela atau membinasakan seseorang.

Amal dan kebendaan disambungkan oleh Allah dgn asbab dunia. Allah memang berkuasa membuat sesuatu ttpi jarang sekali Allah lakukan demikian tanpa sebab. Sebab ada hubungan dgn amal dan kita mesti gunakan asbab dgn tepat, jika tidak kita tidak akan dpt apa-apa hasil darinya. Misalnya, tanam biji-bijian musim panas dlm musim sejuk. Begitu juga tentang hidayah. Utk datangkan hidayah Allah meletakkan satu asbab. Tanpa asbab hidayah tidak akan dtg walaupun Allah boleh beri hidayah pada sesiapa yg Ia suka. Kalau seorg tanam pokok duri, yg akan hasil ialah pokok duri. Mustahil akan lahir pokok yg lain. Asbab memainkan peranan dlm urusan dunia dan akhirat. Apabila penduduk dunia turut hawa nafsu maka keburukan akan tersebar. Samada baik atau buruk yg tersebar bergantung kpd asbab. Usaha atas agama ada asbab. Apb guna asbab dgn tepat maka Allah akan memberi natijah yg baik. Ini adalah ramuan untuk tersebarnya hidayah:

1) Kasih sayang kepada manusia,     
2) Allah sahaja akan balas,     
3) Mahu Allah terima usaha mereka

Sebaliknya selain dari itu, Allah tidak akan sebarkan hidayah. Jangan ingat usaha macam mana yang kita mahu hidayah akan datang. Ini tidak akan berlaku. Usaha ikut cara Rasulullah s.a.w. Apabila usaha agama melalui:     

(1) Asbab tadi dan     
(2) Ikut cara Rasulullah maka hidayah akan tersebar.

Syarat untuk berjaya dalam usaha:

1) Niat untuk akhirat, 
2) Usaha untuk akhirat, 
3) Cara Rasulullah s.a.w

Yakin semuanya dari Allah dan nafi kekuatan diri. Dalam usaha Rasulullah terdapat 3 perkara:

1.        Tilawat-alan-nas
2.        Tazqiyah – bersih hati
3.        Ta’alim – amal tidak akan sempurna tanpa ilmu yang sempurna.

Tilawat-alan-nas : bukan sahaja baca Quran, tetapi juga memperkenalkan al-Quran dan amal-amal al-Quran kepada manusia. Apabila usaha ini mengikut cara Rasulullah walaupun baginda seorang ummi maka Allah akan sebarkan hidayah seluruh alam. Ulama ahli kitab membacakan sifat-sifat Rasulullah untuk dapat hadiah dari orang ramai tetapi mereka tidak beriman kepadanya. Ini kerana mereka jadikan agama sebagai mata pencarian. Juga pencarian mereka terancam jika mereka beriman kepada Rasulullah dan orang ramai mengikut Rasulullah s.a.w. Dalam diri ada nafsu. Jika ikut nafsu kita binasa. Dalam badan kita juga tersembunyi nur atau cahaya. Nur kena ada di luar dan mengurung nafsu di dalamnya. Orang Yahudi sembunyikan yang hak dan zahirkan yang batil. Mereka kata, seluruh ambia datang dari Bani Israil, sepatutnya ketua ambia pun datang dari Bani Israil. 

Begitu juga jika kita jadikan usaha agama untuk kepentingan dunia kita maka disitulah kebinasaan diri kita. Oleh itu kita kena buat usaha ini ikut tertib Rasulullah. Jika kita buat usaha agama kerana dunia kita tidak akan hasil apa-apa, umpama orang yang buka kedai di waktu malam ketika orang sedang nyenyak tidur. Contoh-contoh yang diceritakan Allah mengenai umat2 yang dahulu, boleh berlaku pada umat yang akan datang jika amalan kita serupa dengan amalan umat2 yang terdahulu itu. Jika usaha dunia Allah sambungkan asbab, begitu juga usaha nurani Allah sambungkan dengan asbab. Allah berfirman akan datang aman apabila ada iman dan iman bukan hanya lafaz. Dengan hanya lafaz satu pun tidak akan berlaku. Apa yang dikehendaki adalah hakikat. 

Yakin kepada Allah bermaksud hatinya penuh dengan kebesaran dan kehebatan Allah dan keluar kebesaran dunia, serta beramal dengan kehendak2 Allah dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi. Khalifah menunjukkan kasih sayang kepada penduduk alam. Orang yang suka memberi dan tidak suka mengambil hak orang lain, mereka menunjukkan suatu cara hidup yang bersih. Kekuatan Allah adalah luar biasa dan apabila kekuatan Allah ada bersama-sama dengan seseorang maka tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkannya. Di akhir zaman akan datang kekuatan Dajjal dan Yakjuj-Makjuj. Hanya kekuatan Allah ada bersama-sama kekuatan addin.

Dalam dunia ada 2 golongan:

1. Yang beriman, beramal – khalifah, yg mempunyai amal yg layak mereka dilantik sbg Amirul Mukminin.
2. Yang engkar seperti Firaun, Qarun dan sebagainya.

Orang yang terdahulu telah diuji dan kamu pun akan diuji. Iman bukan pada bibir sahaja tetapi dalam hati yang terbukti dengan amalan. Siapakah orang yang benar2 beriman?  (Dalam al-Quran):

1.        Beriman dengan Allah
2.        Beriman dengan Rasul
3.        Iman mereka tidak ada syak
4.        Mengeluarkan harta dan diri di jalan Allah.
5.        Terus istiqamah dengan perjuangan.

Allah mahu kita berperang dgn org2 kafir dan munafik. Perang org kafir dgn pedang dan perang org munafik dgn lidah. Perang dgn lidah adalah jihad akbar. Jika seseorang luka jumpa doktor maka luka akan dicuci, ubat sapu dan antibiotik akan diberi dan jika teruk akan dibedah. Usaha di Mekah, umpama cuci dan beri ubat. Jika teruk maka pedang akan digunakan utk pembedahan. Allah telah beli diri kita dengan balasan syurga. Tidak ada apa yang kita punyai. Semuanya adalah kepunyaan Allah. Bukan maksud 4 bulan, 40 hari supaya kita balik tidur, sebaliknya untuk menjadikan seluruh hidup adalah untuk agama. Pada setiap manusia Allah jadikan usaha sebagai suatu tertib baginya. Tanpa usaha seseorang itu tidak dapat menyambung hidupnya. Setiap manusia Allah berikan bilangan anggota zahir yg sama samada kaya atau miskin. Allah mahukan manusia menjalankan usaha menggunakan anggota2 tadi. 

Berjaya atau gagal usaha tadi tidak bergantung kepada aggotanya tetapi terletak di tangan Allah. Keputusan terletak di tangan Allah. Manusia sangka kejayaan atau kegagalan di dunia ini adalah untuk selama2nya sedangkan di sisi Allah adalah sementara. Seseorang yang membuat dakwah apabila bertemu dgn sesuatu perkara yg bertentangan dgn kehendaknya maka ini sebagai asbab hampirnya kpd Allah. Tetapi jika dgn dakwah bertambah dgn dunia maka ini adalah merbahaya baginya. Balasan yg akan diterima oleh seseorang dari itu adalah di akhirat dan bukan di dunia. Di dunia tempat kita mencari kebaikan yang akan memberatkan mizan di akhirat nanti. Kadangkala yang menyebabkan seseorang itu masuk syurga bukan amalan seumur hidup tetapi satu2 amalan yg menyukakan Allah. Contoh, sedekah atau memberi minum anjing.

Balasan kebaikan tidak layak diberikan di dunia kerana bumi ini bukan tempatnya untuk memberi balasan. Tiap-tiap perintah Allah mempunyai kekuatan yang luar biasa dan keadaan apabila Allah menghendaki sesuatu maka jadilah ia. Adakalanya ia dijadikan dengan serta merta dan adakalanya jadi sedikit demi sedikit, hikmahnya hanya Allah yang maha mengetahui. Di syurga segala kehendak kita akan ditunaikan serta merta. Hidup Rasulullah s.a.w adalah terhad tetapi Baginda diutus untuk seluruh umat hingga ke hari qiamat. Menjadi syarat untuk dapat kejayaan dengan ikut cara hidup Rasulullah s.a.w. Selepas perjanjian Hudaibiyah walaupun masa singkat tetapi Rasulullah gunakan masa itu dengan sebaik-baiknya untuk buat usaha tanpa memikirkan natijah. Oleh itu walaupun kita dapat sedikit peluang untuk buat usaha agama maka kita hendaklah gunakan masa itu dengan sebaik2nya. Anggaplah itu sebagai ghanimah untuk kita. Kita harus faham bagaimana pertolongan Allah ada bersama kita dan dengan apa cara pula pertolongan itu boleh ditarik oleh Allah. Jangan lemah semangat dengan bilangan yang kecil dan sebagainya tetapi yang pentingnya pertolongan Allah ada bersama-sama kita. Dalam sejarah Rasulullah s.a.w kita dapat lihat bagaimana Baginda dapat pertolongan Allah. Dua perkara mesti diingat:

1. Tanpa pertolongan Allah, agama tidak dapat disebarkan.
2. Bagaimana untuk mendapatkannya ada dalam sirah Rasulullah s.a.w.

Apabila kita pilih usaha agama maka terpaksa kita tinggalkan anak isteri, pekerjaan dan sebagainya. Contoh bagi kita ialah kehidupan para sahabat di mana mereka juga mempunyai keluarga dan pekerjaan. Ada orang yang buat usaha agama tetapi Allah tidak bersama  mereka (hadith mengenai mujahid, alim dan dermawan yang tidak diterima amalan mereka). Bilakah dtg pertolongan atau kemarahan Allah bagi orang yg buat usaha agama. Kita tahu serigala musuh kambing. 

Dua perkara yg lebih bahaya dari dua ekor serigala iaitu:

1) Anggap diri besar,  
2) Buat usaha agama untuk dunia. 

Untuk memelihara diri dari dua perkara ini maka hendaklah kita belanjakan diri dan harta sendiri di jln Allah s.w.t. Dgn ini bayak masa di jalan Allah dan kurangkan untuk keperluan dunia. Org luar akan lihat seolah2 kita campakkan diri dlm kebinasaan sedangkan Allah berjanji akan membalas setiap yg kita belanjakan di jln Allah (sebaliknya menghisab apa yg kita gunakan utk diri sendiri). 

Kemenangan atas musuh Allah bukan bermakna kita dapat pemerintahan tetapi kemenangan ialah apabila tertib Rasulullah s.a.w dpt disebarkan ke seluruh alam. Jika usaha dapat pemerintahan atau kerajaan maka pertolongan Allah akan tercabut dari kita. Para sahabat yakin dgn pertolongan Allah kerana mereka lihat sendiri pertolongan Allah dlm peperangan Badar, Khandaq dan Hunain. Selepas Baginda wafat pertolongan Allah ada bersama2 dgn sunnah atau cara hidup Rasulullah s.a.w. Kekuatan batil yang besar yang akan dtg ialah kekuatan Yakjuj-Makjuj. Jika seorg mati akan bertambah seribu. 

Ini berlaku sejak zaman Zulkarnain. Org yg boleh mengatasi kekuatan ini ialah org yg ada iman dan agama yg hakikat. Satu lagi kekuatan batil yg ada di hadapan kita ialah kekuatan Dajjal. Tapi usia hanya 40 hari. Yg boleh selamat ialah org yg ada iman dan agama yg hakikat. Apabila Allah hendak membinasakan sesuatu kaum maka Allah boleh gunakan apa sahaja kerana semuanya ini ada di dalm khazanah Allah. Contoh, nyamuk, air, etc. Kekuatan Allah tiada siapa dapat tandingi dan keputusan Allah tiada siapa dapat mengatasi. Dtg Baginda Rasulullah s.a.w membawa yg hak, adalah utk membasmi yg batil dari muka bumi.

Dua perkara yang akan datang jika buat usaha: 

1) Nur hidayah, 
2) Addin-Alhaq

Tetapi sebelum kita menerimanya Allah letak sedikit syarat iaitu diri dan harta kita kena belanja di jalan Allah dan kita jadikan usaha Rasulullah s.a.w usaha kita. Allah beri bantuan dan pertolongan dengan berbagai-bagai cara dan rupa. Kita harus kasihan dan bantu saudara-saudara kita yang kelaparan dan miskin. Tidakkah harus kita lebih kasihan dan bantu saudara-saudara kita yang banyak mati tanpa iman dan amalan. Kita kena risau bagaimana risau Baginda tentang umat dan guna apa cara sekalipun untuk selamat umat manusia dari masuk neraka. Agama yang diberikan Allah telah dijaga dan dibesarkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat tetapi sekarang telah dihalau keluar dari rumah-rumah kita dan dari seluruh kehidupan kita. Jika kita ambil dan dakap agama yang sedang dihalau itu pada dada kita maka Allah akan buka pintu berkat dlm hidup kita sebagaimana Allah beri keberkatan pada Halimatun Saadiah. Bantuan Allah bukan bermakna datangnya wang ringgit tetapi Allah akan penuhkan keperluan kita dari yang ghaib. Apabila Allah amkan hidayah maka berbondong2 manusia akan masuk agama Allah. 

Kisah sebenar bukan beri makan minum sahaja tetapi usaha atas hidayah. Allah mahu kita jalankan usaha agama. Allah tanya siapakah yang akan bantu agama Allah. Sebagaimana nabi Musa a.s tanya kaum Hawariyyin. Mulai hari ini kita buatlah keputusan untuk jadikan usaha Baginda sebagai usaha kita, fikir Baginda sebagai fikir kita, risau Baginda sebagai risau kita. Allah jadikan dalam dunia satu waktu yang singkat tetapi jika dapat habiskan masa yang singkat ini dengan tepat maka kita akan berjaya. Kehidupan yang tepat ialah kehidupan Rasulullah s.a.w. Kedatangan nabi-nabi telah pun tamat. Tetapi zaman ini adalah zaman Baginda Muhammad s.a.w. Sebelum Baginda wafat Baginda telah sediakan manusia utk buat usaha Baginda untuk sebarkan keseluruh alam. Sebagai manusia kita ada keperluan tetapi kita juga ada sifat malaikat iaitu ibadat. Disamping itu kita adalah khalifah , oleh itu kita perlu hubungkan diri dengan makhluk2 yang lain. Yang keempat kita kena buat dakwah dalam masa yang singkat.

Tiga perkara perlu ada bagi sesuatu kenderaan: 

1) Bentuk, 
2) Alat kelengkapan, 
3) Kekuatan dalaman

Begitulah juga dengan diri kita. Bentuk diri hendaklah susun ikut bentuk Rasulullah. Susunan yang mana perlu didahulukan dan yang mana perlu dikemudiankan. Dan juga kekuatan diri dalam melakukan sesuatu amalan dengan tepat. Tiap amalan dalam agama mempunyai hasil. Contoh, zikir – ketenteraman jiwa, doa- selesaikan masalah, sembahyang – berkat rezeki, etc. Semua masalah dapat diselesaikan dengan perantaraan amalan. Contoh, masalah kemiskinan dpt diselesaikan dengan nikah. Ttpi hanya amalan yg berjiwa/ada roh yg dpt menyelesaikan masalah kita. Jika tidak berjiwa masalah tidak akan selesai. Kalau kita hendak susu kita perah susu lembu atau kambing yang berjiwa. Dalam mana-mana amalan jika ada lima perkara amalan itu jadi berjiwa:

1.        Yakin kita kena tepat
2.        Jalan yang betul
3.        Semangat yang tepat
4.        Ingatan yang tepat
5.        Niat yang betul

Sempurnakan hak, sebab jika tidak amalan kita akan habis. Perkataan2 dalam Quran dan Hadith ada iman. Yakin atas sifat Allah, kudrat dan khazanah Allah. Dengan itu kehebatan kebendaan akan keluar dari hati. Yang memenuhkan keperluan adalah Allah. Pekerjaan kita hanya sebagai sebab. Dlm perkara iman dua perkara mesti ada iaitu yakin Allah dalam hati dan keluarkan ghairullah dari hati. Iman seperti ini akan hasilkan kemuliaan, kehormatan dan pertolongan. Iman seperti ini yang ada pada Bani Israel maka Firaun tidak dpt menguasai mereka. Iman seperti ini yg juga dipunyai oleh para sahabat. Kita kena keluarkan keyakinan pada makhluk kerana ia kita dapat lihat sedangkan Allah tidak dapat kita lihat, oleh itu kena usaha. Yakin kepada Allah akan dtg apb kita selalu sebut kebesaran Allah dan dengar kebesaran Allah, iaitu suasana dakwah. Srg suasana ini sangat kurang. Skrg kita bentuk jemaah masjid dan 2½ jam dan wujudkan suasana ini. Begitu juga di rumah dan ketika keluar di jalan Allah serta di mana shj kita berada. 

Bilik tetamu Allah ialah syurga dan penjara Allah adalah neraka. Selalu kita cakapkan utk yakin diri. Bagaimana untuk keluarkan kebesaran makhluk, iaitu dengan keluar ke jalan Allah. Apa sahaja amalan termasuk usaha agama tidak dapat dilakukan tanpa korban. Semangat hendaklah betul. Kita pastikan apakah janji Allah atas amalan yang kita lakukan dan dengan penuh harapan kepadaNya. Kita dapat wujudkan perkara ini dengan cakap dan dengar selalu janji dan balasan Allah. Ini di namakan fadhail ta’alim. Dalam bidang ini pun kita lemah. Cara yang betul ialah cara Rasulullah s.a.w. Ini di namakan masa’il ta’alim. Kita tidak adakan majlis masa’il kerana boleh jadi pecah belah. Tetapi kita perlu belajar masa’il untuk membetulkan amalan kita. Apa sahaja yang kita hendak buat kita tanya pada org yg tahu. Tiap-tiap perkara yang hendak dilakukan kita kena tahu halal atau haram. Kita dapat betulkan ingatan dengan kita ingat Allah. Walau apa-pun pekerjaan kita mesti ingat balasan Allah dalam pekerjaan itu. 

Kita dapat banyak ingat Allah dgn berfikir, tilawat al-Quran dan banyakkan doa masnun dan bercakap ttg kebesaran Allah. Niat betul iaitu keredhaan Allah, iaitu bukan kerana dunia. Org yg kenal kebesaran dan khazanah Allah. Mencari keredhaan Allah dinamakan ikhlas. Mereka yang kenal khazanah Allah tidak akan buat usaha agama untuk benda yg sedikit. Ikhlas dapat diwujudkan dgn membelanjakan diri, harta dan kemahuan kita. Perkara yang keenam ialah kita jaga hak saudara2 kita kerana ia akan memusnahkan amalan2 kita. Perkara2 ini perlu dibawa dalam setiap amalan kita. Dengan itu amalan2 kita akan jadi sebahagian daripada agama. Ia akan jadi agama yang sempurna jika kita ikut tertib Rasulullah s.a.w. Contoh, roda bukan kereta, tetapi gabungan roda dan alat-alat kelengkapan lain membentuk sebuah kereta yang sempurna. Susunan atau tertib letak amalan juga penting. Hari ini pekerjaan dan rumah kita letak nombor satu. Sedangkan yang sebenarnya:

1.        Ibadat
2.        Ilmu – cara Rasulullah dan halal atau haram
3.        Kekuatan iman – dapat menjauhkan perkara-perkara yang haram

Ini adalah lebih utama dari kedai dan rumah. Ini semua akan jadi betul jika kita jadikan kerja dakwah kerja kita. Rasulullah telah didik sahabat2 bahawa dakwah adalah kerja mereka. Semua ini akan datang jika kita wujudkan risau Baginda. Satu ialah agama dan satu lagi ialah usaha agama. Usaha dahulu kemudian baru datang agama. Usaha utama dalam agama ialah usaha atas kalimah dan solat. Ini terdapat dalam laungan azan. Hendaklah kamu jadi hamba Allah 24 jam. Usaha pertama perkara ini adalah dlm solat. Usaha tabligh bukanlah usaha 4 bln, 40 hari dan sebagainya tetapi ia adalah usaha sepanjang hayat kita. Dua perkara perlu ada iaitu ikhlas (tiada kerana selain Allah) dan istikhlas (jadikan usaha ini usaha kita). Kita hendaklah jauhkan diri daripada usaha2 lain selain jemaah kita. Seluruh keluarga kita jadikan kerja ini juga kerja mereka. Sekiranya kita dapat gunakan harta benda sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah, dunia akan jadi aman. Modal kita adalah masa dan kebendaan. 

Kenapa Allah hendak beli harta dan diri kita dgn syurga sedangkan Dia yg beri kedua2nya dan Allah tidak pun memerlukannya. Maksudnya kita tidak bebas menggunakan kedua2nya mengikut kehendak kita tetapi kita kena gunakan ikut kehendak Allah. Kita cuma sebagai seorg bendahari. Kita kena gunakan kedua2nya untuk mencari keredhaan Allah. Golongan awwalin Muhajirin dan Ansar adalah org yang tahu gunakan kedua2nya dengan betul. Sampai hari qiamat barang siapa dapat meniru mereka, maka Allah akan redha padanya. Bila dapat gunakan kedua-dua perkara ini mengikut kehendak Allah maka hubungannya dgn Allah bertambah. Allah akan wujudkan suatu keadaan di mana tiada suatu kuasa yang dapat membantu kecuali Allah. Permohonan kepada Allah ketika itu adalah lebih besar nilainya daripada permohonan di waktu2 lain. Kisah-kisah nabi Ayub, nabi Yunus dan sebagainya contoh2 doa yang tulus kepada kuasa Allah. Ketika-ketika tertentu seperti ini tidak selalu datang di mana pengharapan kepada Allah begitu tulus. Nabi-nabi buat usaha cara pembantu. Setiap nya mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Ada orang pandai tashkil, ada orang buat khidmat dan sebagainya. 

Contoh, nabi Musa diberi 12 qabilah sebagai pembantu dan kawan kepada beliau. Begitu juga Rasulullah s.a.w tidak dapat usaha hingga hari qiamat tetapi Baginda diberi pembantu dari kalangan para sahabat. Rasulullah s.a.w beritahu orang Madinah barang siapa sanggup membantu maka Allah akan jadikan contoh kepada generasi akan datang hingga hari qiamat. Oleh itu usahakan ramai rakan2 sebagai pembantu. Kita usaha juga agar mereka juga wujudkan pembantu2. Usahakan dua sifat iaitu Muhajirin (dengan keluar ke jalan Allah) dan Ansar (wujudkan suasana kampung Madinah dan bawa jemaah keluar). Jika kita ada sifat2 ini Allah akan redha dan akan ada hubungan yg paling rapat dgn Allah. Nabi Yunus dpt pertolongan Allah di dlm satu keadaan yg gawat dgn perantaraan satu doa. Malaikat juga memohon doa baginya. Kita juga boleh dptkan doa dari malaikat. Nabi bersabda barangsiapa yg mengajarkan satu kebaikan pada org lain maka para malaikat di langit akan mendoakan baginya. Ini termasuklah bayan, ta’alim, dakwah dan sebagainya.

Kurnia Allah sebelum mati pada orang yang diredhaiNya:

1.        Ketenteraman jiwa dalam apa keadaan sekalipun.
2.        Allah wujudkan cinta kepadanya.
3.        Keberkatan masa dan harta.
4.        Segala masalah dapat diselesaikan dengan perantaraan doa.
5.        Dikenali oleh para malaikat.

Harta benda di dunia telah ditentukan oleh Allah ttpi agama, iman dan akhlak perlu diusahakan. Abu Bakar r.a adalah org yg paling tawakkal pada Allah ttpi ia masih tanggung kain ke pasar untuk dijual. Nabi s.a.w dapat pertolongan Allah kerana setiap detik kehidupannya adalah untuk keredhaan Allah. Para sahabat ikut jejak Nabi s.a.w. Ahli Suffah bukan malas kerja. Mereka diputus menetap di situ supaya apabila ada takazah maka Rasulullah boleh hantar serta-merta. Bila membuat kerja2 kita dengan baik tetap selamat hidup kita ialah usaha agama. Dengan bantuan Allah kedua2nya dapat dibereskan. Sebelum bantuan Allah datang kita tidak nampak tetapi apabila ia sampai maka kita dapat rasa. 

Bantuan akan datang jika kita jadikan usaha agama sebagai usaha kita. Bagi sahabat-sahabat yang bekerja mereka ada dua sifat, pertama telitikan kerja mereka halal atau haram supaya tidak satu pun larangan Allah yang mereka buat kerana yakin memusnahkan hidup apabila buat amalan bertentangan dgn sunnah dan kedua pekerjaan tidak jadi penghalang untuk buat usaha. Pada setiap benda tersembunyi perkara yang baik atau yang buruk. Contoh, pisau pada tangan tukang masak dan pisau pada tangan penjenayah. Begitu juga pada setiap amalan agama spt solat, zikir, tilawat dan sebagainya ada perkara2 yg tersembunyi dibelakangnya. Zaman sahabat Allah turunkan ayat2 yg menguatkan iman mereka sehingga apabila iman mereka kuat mereka minta sendiri Allah haramkan perkara2 tertentu. Hari ini kita inginkan rumahtangga kita dapat iman serta-merta dan haramkan itu ini. Akhirnya porak peranda. 

Kita tidak ikut tertib. Kita selalu kata hidayah di tangan Allah tetapi pada amalan seolah2 hidayah di tangan kita. Kalau orang tak dengar kata, kita marah sedangkan lemah-lembut ada di tangan kita. Kita harus lemah-lembut dan hati-hati dan samada kita tinggalkan kaedah2 Nabi. Fikir kita bukan mengapa manusia tidak dapat hidayah tetapi fikir kita ialah kesilapan amalan yang telah kita lakukan. Kadang apabila kita buat usaha agama, kita akan kurang masa untuk pekerjaan dan rumahtangga tetapi Allah akan beri berkat dlm pekerjaan dan keluarga. Para sahabat tidak sanggup tinggal takazah walaupun mereka menghadapi kesusahan. Dapur Rasulullah s.a.w tidak berasap bukan kerana Baginda tidak pandai berniaga tetapi takazah agama adalah yg paling ulung sehingga Baginda tidak ada masa untuk uruskan makan-minum.

Usahalah pada org2 Cina di negara tuan-tuan. Mereka merupakan pintu usaha ke negara China di mana terdapat lebih dari 1 billion umat manusia. Setiap hari tuan-tuan bergaul dengan mereka tetapi tuan2 tidak usaha atas mereka. Merekalah yg akan usaha ke negara China dan bukannya tuan2. Mengapakah org2 Malaysia tidak ada fikir untuk org2 Cina....(Maulana teresak). Ikram mereka, hubung dengan mereka dan libatkan mereka dgn kerja2 agama. Setiap org mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, maka tanggungjawab orang lama untuk menentukan siapakah yang paling baik untuk menyempurnakan sesuatu takazah. Lain orang lain kemampuannya. Rasulullah s.a.w terima korban Abu Bakar r.a seluruhnya tetapi tidak terima ketul2 emas dari seorang kaya kerana Baginda tahu kemampuan pengorbanan sahabat.

Allah boleh beri rezeki dengan apa cara jika ada perkara2berikut:

1.        Tumpuan hati tidak kepada harta orang
2.        Lidah tidak meminta-minta
3.        Susah senang tidak akan cerita pada orang lain

Cara Allah memberi bantuan dari seorang kepada seorang yang lain adalah berlainan. Ahli Suffah tutup bantuan dari luar barulah Allah buka pintu khazanah Allah terus. Seorang sahabat dalam kesusahan. Isteri suruh cari kerja. Isteri fikir kalau tidak buat sesuatu jiran akan tahu. Dia bakar sampah di dapur supaya jiran ingat dia memasak dan kisar batu supaya jiran ingat dia kisar makanan. Bila suami pulang tanya apa bakar dan kisar. Isteri kata tidak ada apa-apa. Bila suami tengok dapur penuh roti dan pengisar keluar tepung. Mereka tidak mahu harap pada manusia dan tidak mahu tunjuk kesusahan pada manusia. Allah beri bantuan mengikut cara yang Dia kehendaki. Bila buat kerja agama mestilah berperingkat2. Naik tangga satu-satu. Jangan lompat boleh jatuh dan membahayakan. Sekarang tuan-tuan naik satu tangga. Yang keluar 4 bulan sekarang tambah jadi 6 bulan. 

(Maulana datang ke dewan jemaah Malaysia dari bayan utama untuk tashkil orang Malaysia). Allah letakkan kejayaan di dalam agama dan kegagalan di dalam selain agama, kejayaan tidak terletak di dalam kebendaan. Allah yang beri kejayaan dan manusia yang terima tetapi manusia tidak nampak hakikat kejayaan. Zahirnya nampak kejayaan dalam kebendaan tetapi hakikatnya Allah letakkan kejayaan di dalam amalan2 agama, kejayaan dalam kebendaan adalah satu penipuan. Kejayaan yang Allah letakkan dlm amalan agama dan kegagalan yg bertentangan dengan agama adalah tersembunyi sebagaimana syurga dan neraka tersembunyi. Janji2 Allah tentang amalan2 yang baik kita perolehi dari halakah2 ta’alim. Perkara2 yang Allah sembunyi dalam amalan solat, puasa, taqwa dan lain-lain memberi kejayaan dunia dan akhirat. Dlm mancis tersembunyi api, di belakang api tersembunyi nasi beryiani utk lima ribu orang, juga tersembunyi satu gudang, tersembunyi berjuta-juta ringgit harta benda yang akan musnah.

Begitu juga anggota kita dapat digunakan mengikut kehendak Allah dengan betul maka di belakang mereka tersembunyi janji2 Allah, syurga, bidadari dan sebagainya. Jika seorang mati tanpa iman kehidupan di neraka ditetapkan selama2nya. Semua kehidupan selepas kita mati semuanya tersembunyi. Itulah yang dinamakan iman-bil-ghaib. Harta benda seperti lipan atau anggur dalam kaca, tidak dapat memberi menafaat atau mudharat. Oleh kerana manusia tidak dapat lihat kejayaan dalam amalan maka manusia usaha untuk kebendaan. Jika amal manusia itu baik walaupun ia dalam kemiskinan maka ia berjaya. Apa itu amalan agama? Kita amalkan perintah Allah mengikut cara Rasulullah s.a.w. Di antara sahabat-sahabat terkemuka ada juga yang bertani dan berniaga tetapi mereka juga buat usaha agama. Seseorang yang makan makanan yang berzat ia akan jadi kuat dan sihat tetapi jika di samping itu ia makan juga racun sedikit-sedikit lama2 menafaat zat itu semuanya habis. Begitu juga dengan amalan2 agama. Amalan2 buruk boleh menghabiskan amalan2 baik. Macamana amalan agama boleh datang? Amalan agama boleh dtg dgn usaha. Selepas usaha baru dtg hasil. Jihad ertinya bersusah payah. Ia bermaksud belajar, berperang etc. mengikut keadaan2 tertentu.

Usaha itu pula mesti usaha yg betul. Usaha tidak betul tidak dapat hasil. Kita tidak boleh ubah hati sesiapa termasuk diri kita. Kita tidak dapat beri hidayah kepada sesiapa. Hidayah boleh diperolehi dengan usaha yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Allah akan beri hidayah pada hati-hati yang ingin hidayah. Usaha kita ialah untuk dapatkan hidayah tetapi untuk memberi hidayah adalah kuasa Allah. Segala hasil itu akan datang melalui usaha. Bila kita usaha bantuan Allah akan datang dan agama akan hidup. Tetapi cara yang digunakan hendaklah cara Rasulullah s.a.w dan sahabat. Jika tidak, hidayah dan kejayaan tidak akan datang. Asas yang asal usaha ialah ke atas kalimah dan sembahyang. Dari ini baru timbul ta’alim, zikir, pergaulan, ikhlas. Semua usaha ini perlukan hijrah sebagaimana sahabat-sahabat buat hijrah ketika itu fardhu, sekarang tidak fardhu. 

Fardhu ketika itu ialah tinggalkan Mekah pergi ke Madinah untuk seumur hidup. Selepas itu hijrah adalah sementara. Kita ambil semua org utk usaha agama. Kita tidak mampu didik tuan-tuan jadi macam Jibrail a.s baru hendak buat usaha agama.  Maka kita keluar jalan Allah walau apa pun keadaan kita. Rasulullah s.a.w suruh sahabat keluar dlm keadaan apa pun. Jika kita tidak terima org luar dan usaha utk org2 kita sahaja, ini adalah asbab tercabutnya tunjang2 agama. Manusia tidak akan dpt hidayah jika hati tidak ingin kpd hidayah walaupun ia isteri atau anak kepada seorang nabi. Ramai orang Mekah tahu bahawa Muhammad s.a.w adalah rasul dan nabi tetapi hati mereka degil dan tiada keinginan utk hidayah. Ada yang degil kerana assabiyah mereka dan kebanyakkan peperangan yang berlaku di sebabkan assabiyah. Abu Jahal dikecualikan dari hidayah bukan kerana ia tidak tahu kerasulan Muhammad s.a.w. Abu Jahal, Akhnas dan Abu Sufian dengar nabi baca al-Quran di Kaabah kerana tertarik kepadanya tetapi degil dan tidak ingat hidayah.

Dari kecil hingga akhir hayat kita perlu usaha atas al-Quran:

1.        Lafaz dan tajwid betul
2.        Faham maknanya
3.        Amal isinya
4.        Dakwah orang kepada al-Quran

Dakwah kpd al-Quran adalah tanggungjawab semua umat. Kalau kita hendak amal al-Quran hendaklah kita selalu tanya alim ulamak kita. Kalau manusia amal al-Quran maka al-Quran keluar dari kertas dan masuk dalam diri manusia. Ayat-ayat hukum hakam dlm al-Quran sedikit ttpi banyak ayat yg membentuk fikir dan membimbing manusia ke arah Islam. Tentang hukum hakam maka ini tanggungjawab alim ulamak tetapi tanggungjawab untuk menghidupkan al-Quran adalah untuk semua. Satu kesilapan kita ialah kita selalu pandang kerja yang telah kita buat dan tidak pandang kerja yang kita kena buat. Oleh kerana ramai orang tidak ikut agama perlulah lebih ramai lagi org buat usaha. Contoh, satu sudu gula dpt memaniskan satu cawan air tetapi bila satu sudu gula ini dimasukkan dalam satu kolah tidak akan rasa manis. Zaman sahabat mereka anggap usaha ini kerja mereka dan pertolongan Allah pun diberi serta-merta. Usaha dakwah yang kita buat sekarang adalah usaha ambia. Yang penting sekarang kita kemaskan kerja-kerja kita. Allah hijrahkan sahabat2 ke Madinah dan mereka terima orang luar ini dan anggap sebagai saudara sendiri. Hari ini kita ada sifat perkauman dlm setiap peringkat dari negara sampailah ke kampung2. Orang Ansar hendak beri harta pada org Muhajirin tetapi orang Muhajirin tidak mahu kerana mereka kata kami tinggalkan harta kami untuk agama Allah dan kami bukan datang untuk ambil harta kamu pula. Tingkah laku kita terhadap saudara kita yang Islam bergantung kepada sejauh mana keIslaman kita.

Tiga perkara kita kena usaha iaitu Yakin kepada Allah, Yakin kepada sunnah Rasulullah s.a.w dan Usaha agama. Keputusan Allah akan ubah jika kita buat usaha yang akan ubah keputusan Allah. Dari ayat al-Quran, kalau cinta 8 perkara lebih dari 3 perkara maka tunggulah keputusan Allah iaitu cinta kepada Ibubapa, Isteri, Anak, Adik beradik, saudara mara dan kaum, perniagaan, Harta benda dan Rumah. Allah tidak suruh musnahkan cinta pada 8 perkara. Rasulullah s.a.w tunjukkan bagaimana Baginda cinta isteri, anak, cucu dan saudara mara. Allah pun tak suruh kurangkan tetapi jangan lebihkan cinta kepada mereka lebih dari cinta Allah, Rasul dan usaha agama Allah. Kalau kita ikut perintah Allah atas 8 perkara ini bermakna kita cinta Allah lebih dari 8 perkara. 

Jika bawa cara hidup Rasulullah atas 8 perkara ini jangan halang kita keluar jalan Allah. Bagaimana hendak cinta 3 perkara lebih dari  8 perkara? Biasanya jika masa yang banyak digunakan untuk sesuatu perkara maka cinta kita terhadap tersebut akan bertambah. Saya tidak kata kurang masa dengan 8 perkara. Jika disuruh pilih antara 8 perkara dengan 3 perkara maka kita kena utamakan  yang 3 perkara. Hari ini dikalangan karkun pun ada assabiyah. Assabiyahlah yang menyebabkan orang Islam sendiri sanggup bunuh Saidina Usman. Kisah Saad bin Muaz membuat keputusan terhadap Bani Quraizah contoh bagaimana sahabat tidak bersifat assabiyah. Keputusannya bukan untuk kaum atau kawan tetapi keputusannya untuk Allah dan Rasul. (Maulana Umar menangis)

Segala kemusnahan  perkara2 yg baik krn disebabkan assabiyah. Kemusnahan umat Islam dan negara2 Islam kerana assabiyah. Jgnlah tuan2 hancurkan usaha tabligh ini dengan assabiyah. Tidak ada kepastian mereka yang ada kebendaan boleh dapat kejayaan. Kudrat Allah yang berlaku dalam perut ibu, kubur dan syurga. Kita hendaklah bawa kudrat Allah bersama2 kita dan ini menjamin kejayaan di dunia dan akhirat. Walaupun ada banyak harta dan kebendaan tetapi jika bertentangan dgn kudrat Allah maka ia tidak akan berjaya. Apabila kudrat Allah dizahirkan, Firaun, Qarun, Shaddad tidak dpt berbuat apa-apa. Kebanyakan nabi2 Allah dilahirkan dalam keadaan dhaif dan tiada siapa mahu bantu ttpi kudrat Allah bersama2 mereka. Hanya cara Rasulullah yang beri kejayaan hingga qiamat dan kejayaan manusia terletak dlm cara Rasulullah. Kekacauan akan hilang jika amal cara Rasulullah. Rasulullah di hantar untuk seluruh alam. Rasulullah telah sediakan sekumpulan manusia, macamana hendak jalankan hidup cara Rasulullah. Utk dapatkan kudrat Allah kita kena gunakan cara yg betul. Kita kena guna harta, diri kita dan masa dengan cara Rasulullah. Untuk ini setiap umat kena belanjakan diri dan harta dengan jalan yang betul. Setiap manusia, Allah berikan sedikit harta dan masa samada dia kaya atau miskin, tinggal di istana atau pondok.

Kita kena gunakan diri dan harta dengan 4 perkara.  4 perkara itu ialah:

1. Allah ciptakan manusia seperti makhluk-makhluk lain dan dia ada keperluan

2. Sifat malaikat untuk beribadat

3. Sifat khalifah. Malaikat tak boleh jadi khalifah. Apb manusia jadi khalifah hendaklah guna harta dan diri utk org lain.

4. Gunakan harta dan diri untuk dakwah.

Manusia akan lebih sesat dari binatang jika dia gunakan diri untuk keperluan sahaja. Manusia beribadat dengan bermujahadah tetapi malaikat beribadat tanpa mujahadah. Ini perbezaan antara manusia dan malaikat. Tanpa tekankan keperluan diri manusia tidak dapat taat. Ini dinamakan korban. Jika manusia dapat korban kedudukannya lebih tinggi dari malaikat. Manusia boleh jadi khalifah kerana ia guna harta dan diri untuk bantu manusia lain dan sama-sama menanggung kesusahan orang lain. Bila manusia taat dengan tekanan nafsu ia akan dapat kemajuan. Menjadi khalifah bermaksud dia menutup kelemahan orang lain, menunjukkan kasih sayang dan memberi makan kepada orang yang lapar, memberi pakaian orang yang telanjang, menikahkan orang yang tiada isteri. Jika manusia membuat kesalahan ia menegur mereka. Semua manusia suka akhlak yang baik. Jabatan polis, hakim dan penjara semua usaha hendak menjadikan manusia berakhlak baik, supaya manusia jadi manusia. 

Bagaimanapun dalam dunia tidak ada keadilan walaupun jawatan2 ini ada. Akhlak akan datang jika manusia usaha ikut cara Rasulullah s.a.w. Para sahabat suatu masa dahulu adalah hina. Rasulullah usaha bawa mereka pada iman, ibadat dan perbaiki akhlak mereka begitu tinggi. Bagaimana mereka yang begitu hina dalam akhlak boleh perolehi akhlak yang begitu tinggi. Kita juga usaha mengikut jalan yang sama. Kesan yang diperolehi datang dari mua’malat dan mua’syarat. Melalui dakwah iman dan ibadat jadi betul. Maka mua’malat dan mua’syarat jadi betul. Org2 bukan Islam tidak nampak ibadat kita tetapi melalui ibadat ini manusia dapat akhlak yang dizahirkan dalam mua’malat dan mua’syarat. Mua’malat dan mua’syarat ini yang dilihat oleh manusia. Jika kita amal tertib Allah dan tertib Rasulullah manusia akan masuk Islam. Seluruh manusia akan dapat hidayah. Akan timbul keinginan manusia untuk amal Islam di mana Allah akan berikan hidayah.

Ringkasan kehidupan Rasulullah ialah memberi. Kehidupan manusia rata-rata ialah merampas, mencuri, rasuah, judi. Apa yang ada di tangan orang lain dirampas. Orang kaya mahu ambil apa yang ada pada org miskin, org miskin curi dari org kaya, kerajaan ambil dari rakyat, rakyat dari kerajaan, pekerja dari kedua-dua kerajaan dan rakyat melalui rasuah. Dunia seperti neraka. Harta dan diri tidak ada yg selamat. Cara Rasulullah ialah memberi. Makan yang halal, pakai yang halal. Kita cuma tunggu Allah suka dengan kerja kita. Allah dengan cara yang ghaib akan palingkan hati manusia kepada Dia. Manusia boleh usaha dan sebarkan amal Rasulullah tetapi hati manusia di tangan Allah. Satu kawasan akan masuk Islam, satu negara masuk Islam. Oleh itu kita kena fikir apakah kita telah amal Islam dan doa agar manusia dapat hidayah? Di zaman Rasulullah ada tempat dan negara masuk Islam sdangkan jemaah tidak pernah masuk. Apabila angin hidayah masuk manusia berlari kepada hidayah. Org Mekah memusuhi Rasulullah bukan kerana kuasa, harta atau dunia. Ia dimusuhi semata-mata kerana Baginda seru mereka kepada Allah. Walaupun dipukul Baginda datang lagi pada mereka. “Setelah aku dipukul engkau dengarlah cakap aku. Terimalah Allah sebagai Tuhan dan aku sebagai Nabi. Jangan syirik kepada Allah sebelum kamu pula dipukul oleh malaikat Allah”. (Maulana cerita penderitaan dan penghijrahan Zainab binti Rasulullah).

Kenapa tuan-tuan datang ke sini. Di rumah tuan-tuan ada makanan. Tuan-tuan bernasib baik. Ribuan manusia mati dalam peperangan tetapi mereka tidak dapat apa-apa. Walaupun ramai orang sembah patung dalam negara ini (India) tetapi kita dapat agama. Oleh kerana kerja agama inilah Allah telah kumpulkan kita disini. Rasulullah tidak fikir untuk diri sendiri. Begitu juga kita buat usaha bukan untuk diri sendiri. Apa yang saya harapkan biarlah fikir, risau dan kebimbangan Rasulullah sebagai fikir, risau dan kebimbangan kita. Sesiapa yag buat kerja Rasulullah, Allah akan tunaikan keperluannya dengan cara yang ghaib. Allah akan sebarkan hidayah dengan akhlak. Ibadat ini bertujuan kita dapat akhlak. Contoh, Fatah Mekah. 

Orang yang disukai Allah ialah mereka yang banyak memberi menafaat kepada makhluk2 Allah yang lain. Usaha atas hidayah yang paling besar ialah menafaat untuk manusia. Kalau ada suasana dakwah, iman jadi kuat, ibadat jadi kuat dan akhlak jadi tinggi. 2 billion org Islam akan jadi contoh kepada 5 billion orang bukan Islam. Kita jaga diri kita daripada segala jenis masalah khalifah dan kita pergi dengan diri kita sendiri kpd manusia. Kita tidak akan cakap ttg keburukan2 ttpi ttg apa-apa kebaikan yg kita boleh buat. Dgn cara yg paling mudah diterangkan pembentukan jemaah masjid. Cuba renungkan nisbah org yg buat usaha dgn org yg tidak buat usaha. Jangan tuan bilang org2 yg telah solat tetapi berapa peratus lagi yang belum solat. Sekiranya melalui usaha kita maka kebaikan dapat diwujudkan maka hendaklah kita bersyukur kepada Allah. Kita buat usaha dengan niat untuk belajar dan bukan sebagai orang yang telah sempurna dalam pelajaran. Maulana Yusuf pun kata saya tidak pandai buat usaha ini dan bila kita buat usaha ini Allah akan tarbiyahkan. Org2 lama dalam usaha ini pun kata dia tidak tahu usaha ini, macamana kita org baru boleh kata saya sudah tahu tabligh. (Hadzratji datang dan beri pesanan).

Kedatangan kita ke sini adalah untuk memahami dan mengamalkan usaha ini dan kembali buat usaha dengan selaras. Usaha ini usaha yang senang, mudah kita buat. Usaha dengan ikhlas, dengan mudah, dengan kesederhanaan. Walaupun usaha ini mudah, kita usaha agar diri kita dapat buat usaha ini. Kita hendaklah buat gasht, ta’alim, zikir, sembahyang dengan khusyuk  dan gembira. Jangan buat dengan semangat berlebihan. Jangan dengan kasar. Ikram, lemah lembut. Sebanyak mana kita tambah fikir dan usaha sebanyak itu Allah beri kemajuan dalam usaha. Pandang diri kecil dan sentiasa buat usaha ini.

Wazifah yang tidak harus ditinggalkan:

1. Solat fardhu 5 waktu dengan berjemaah, tahajjud, awwabin, isyrak dan dhuha.
2. Zikir 300 pagi dan 300 petang dengan penuh tumpuan.
3. Tilawat al-Quran.
4. Buat ta’alim fadhail.
5. Seminggu 2 gasht, 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun. 

(Maulana Umar sambung). Usaha dibuat secara ijtima’i dan hati kita dapat disatukan. Fikiran dan tabiat manusia berlainan, kita satukan utk buat usaha. Dikalangan sahabat pun ada perkara2 bertentangan berlaku ttpi mereka dapat bersabar. Contoh, peristiwa Usamah bin Zaid dilantik jadi amer. Para sahabat tekan kehendak diri sendiri barulah jemaah dpt bersatu. Contoh, Saidina Umar lucutkan jawatan Khalid Al-Walid dan gantikan dengan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. Allah buat segala2 dalam dunia dengan kudrat ttpi Allah memperlihatkan kepada kita bahawa seolah-olah makhluk yg buat. Allah jadikan bumi tempat utk ujian. Akhirat bukan tempat ujian. Barang siapa buat kebaikan dlm dunia akan dimasukkan dlm syurga. Ada sungai susu tanpa lembu. Mahligai dibina tidak seperti di dunia. Makan tidak perlu buang air. Makan-minum kerana utk kelazatan. Begitu juga di neraka. Ada ular dan kalajengking tanpa menetas dari telur. Rantai tanpa dilebur dari besi. Setiap perkara untuk membalas di neraka telah sedia ada. Allah letakkan asbab dalam dunia kerana Allah hendak uji samada hamba2 Allah ikut perintah Allah. 

Kadangkala untuk taat perintah Allah kita tinggalkan asbab zahir. Menunaikan perintah Allah suatu amalan besar. Contoh, utk menunaikan solat tinggalkan ratusan ribu ringgit atau sebaliknya. Bila manusia yakin dengan janji2 Allah yang tersembunyi dinamakan kekuatan iman. Kalau iman kuat maka kita ada kekuatan amalan. Kalau kita ada iman kita akan dimuliakan Allah. Pertolongan dijanjikan bagi orang yang beriman. Begitu juga dgn keamanan. Keamanan dtg dari Allah. Rata2 skrg tidak ada keamanan. Jika Allah buat keputusan tidak ada kuasa yg boleh melawan keputusanNya. Kisah antara Musa dan Firaun. Seluruh kekuatan dlm dunia tidak dapat lawan kekuatan Allah. Rasulullah ikut bapa saudaranya berniaga ke Syam. Raja Rom kumpul paderi2 dan buka Injil dan tahu nabi akhir zaman telah lahir. Tanda2 nabi diketahui. Raja Rom bercadang utk membunuh Rasulullah untuk selamatkan negaranya. Kuasa yang ada pada manusia adalah sementara ttpi manusia ingat kuasa dia kekal. Orang kuat apabila mati, anjing kencing atas dia pun dia tidak boleh buat apa-apa. Seorg rahib beritahu Abu Talib  bahaya sedang mengancam Rasulullah disini.

Kisah Rasulullah hantar surat kepada Raja Parsi. Kudrat dan khazanah Allah adalah sangat besar. Orang yang faham korban. Baru genggam benih untuk dapat seratus kilo hasil. Ada orang buat usaha agama untuk dunia. Kita buat usaha agama untuk cari keredhaan Allah. Kaisar Rom tahu kenabian Rasulullah tetapi kerana dunia, dia tidak mahu terima. Mereka tidak syak kerasulan nabi tapi dahulu atas nama agama mereka cari harta, kalau mereka terima agama sekarang mereka kena korban harta. Kaisar tahu kebenaran ini tetapi untuk mengekalkan kuasa ia tidak dapat menerima. Rasulullah ada tulis jika kamu terima saya apa yang ada pada kamu akan kekal. Tapi orang yang cinta dunia mata hati jadi buta. Nur ada dua jenis: (1). Nur yang ada hubungan dengan makhluk. Contoh:  bulan, matahari, (2). Nur Khaliq

Bila ada nur Allah kita nampak kebenaran jalan yang ditentukan Allah. Kita juga dapat melihat kebinasaan jika bertentangan dgn kehendak Allah. Bila gelap manusia tidak dpt membezakan mana tongkat dan mana ular. Ia perlu nur makhluk. Nampak menafaat ikut perintah Allah dan nampak mudharat dlm engkar kepada Allah dinamakan nur khaliq. Walaupun dalam buat usaha agama tanpa nur Allah ia buat usaha agama utk dunia. Dua cara digunakan utk menjauhkan org dari usaha agama iaitu gertak (menakut2kan) atau  beri kemewahan dunia. Akan terselamat jika kita anggap nilai dunia spt sayap nyamuk dan kuasa dunia seperti sarang labah2. Kisah Abdullah bin Huzaifah dengan raja Kristian. Walaupun engkau beri seluruh negara dan suruh aku tinggalkan agama walaupun sekelip mata aku tidak sanggup. Beliau ada nur hidayah. Kalau ada nur hidayah ia sanggup korban dunia untuk sebarkan usaha agama. Nur hidayah diperolehi dgn dakwah, ta’alim, zikir, jadikan fikir nabi sbg fikir kita, jadikan usaha Rasulullah usaha kita. Tggjwb umat ialah belajar agama, amal agama dan sebarkan agama. Agama dapat disebarkan dgn dakwah. Tarbiyah yg mula-mula bagi umat ini ialah dakwah. Bukan dakwah sahaja tanpa ibadat. Apa yg kita dakwahkan kita kena amalkan. Org bukan Islam dapat kesan Islam apb mereka lihat Islam dlm amalan.

23 tahun Rasulullah kuatkan iman sahabat melalui usaha dakwah. 13 tahun mereka buat dua kerja, korban dan dakwah. Mereka dapat kekuatan iman. Di Madinah bilangan mereka kecil tetapi mereka dapat pertolongan Allah kerana tiga perkara iaitu taqwa, sabar dan doa (sambil menangis2). Maksud sabar walau apa pun keadaan kita tidak akan tinggal perintah Allah. Jadikan kerja agama kerja kita. Jadikan usaha Rasulullah usaha kita. Apa sahaja ujian Allah dtg kita sabar. Bila dtg kesusahan kita sabar dan doa sambil menangis. Kita perlu ada kesedihan atas seluruh manusia. Kalau ada sifat ini ia akan risau agama dan sentiasa menangis. Jika kita jadikan risau agama sbg risau kita dan kerja Rasulullah kerja kita maka kita akan terselamat dari dunia. Dunia akan dicampakkan dikakinya. 

Dlm peperangan Uhud pertolongan Allah diangkat semula kerana 4 kelemahan iaitu cinta dunia, kelemahan dlm syor, berlaku perpecahan dan tidak taat. Tiga yang akhir itu berpunca dari yang pertama. Keadaan ini berlaku sedangkan Rasulullah ada bersama2 mereka. Dlm kumpulan org yg mahu akhirat jika ada beberapa org mahu dunia pertolongan Allah akan diangkat. Ahli Uhud mungkin akan dikritik hingga qiamat ttpi Allah telah maafkan mereka.  Kesilapan sebagai pengajaran bagi org yg akan dtg. Dlm peperangan Hunain dari awal lagi pertolongan Allah tidak dtg. Telah dtg dalam hati beberapa org sahabat yakin terhadap bilangan. Skrg bilangan karkun ramai ttai kerja tidak berjalan kerana kita lihat pada bilangan dan rancangan2. Utk selamat dari 4 perkara kita kena bawa 3 perkara, taqwa, sabar dan doa. Kita buat usaha agama dgn korbankan dunia. 

No comments:

Post a Comment